Thursday, December 13, 2007

Tahniah Nicol!



Dalam pada aku kecewa dengan aksi tidak konsisten pemain badminton negara, dan juga prestasi skuad bola sepak negara di Korat, tiba-tiba datang pula satu berita lain. at least, sebagai rakyat Malaysia, taklah kecewa sangat.

TAHNIAH NICOL ANN DAVID.
Pemain squash nombor SATU dunia ini telah dianugerahkan OLAHRAGAWATI ASIA 2007. semoga ramai lagi rakyat Malaysia akan cemerlang pada masa akan datang, dalam bidang masing-masing, termasuk penulisan!

ok chao!

Wednesday, November 28, 2007

TQ dewi

terima kasihlah dewi sukma kerana sudi mengetuk pintu. memang tidak dinafikan, hiasannya tak ada. tunggulah, tunggulah bila seru dah tiba. haha, tunggu lagi...

tahniah, wong mew choo!


siapa yang tak tahu tentang kehebatan China dalam sukan Badminton. semua orang pun mungkin telah maklum tentang hakikat itu. namun, baru-baru ini, pemain badminton wanita negara kita, Wong Mew Choo telah menyalahkan pemain badminton wanita dari negara China. habis semua diranapkan oleh Wong Mew Choo. bermula pemain nombor tiga dunia, kemudian Zhang ning, pemain nombor dua dunia dan akhirnya pemain nombor satu dunia tewas ditangan Wong Mew Choo.
yang bestnya, atau yang manisnya, atau yang hebatnya, kemenangan2 tersebut berlaku di negara China. negara yang melahirkan pemain2 hebat dalam sukan badminton. tahniahlah, Wong Mew Choo.
yang ingin saya pinta di sini ialah, marilah kita semua mencontohi semangat perjuangan yang tinggi seperti ini. kalau bukan hari ini, esok lusa kita pasti berjaya. asasnya ialah usaha dan doa dan macam-macam lagilah.

Sunday, November 11, 2007

terima kasih

buat KARNADYA. terima kasihlah sebab syarikat korang percaya dengan sekuman bakat yang saya miliki. terima kasih atas sokongan.

buat KOMUNITI di laman web KD. kadang-kadang, seperti bermusim. nama saya terpacul di laman web tersebut atau di ruang sembang laman web tu. terbatuk2 juga saya kat sini.

buat BERITA HARIAN. pernah satu kali tu, anda menaip sekecil2nya nama karya saya, Kalkulator Mylia dan dengan sebaris komen tentang karya saya yang entah siapa-siapa ni. saya amat menghargainya.

buat pembaca. korang memang tak kenal saya. tapi korang baca juga novel saya. itu sebesar2 sokongan yang saya dapat, sebenarnya.

geng, berterima kasih tu simple je amalannya. tapi itu tanda orang yang mensyukuri bantuanNya. saya bukan nak tunjuk bagus, tetapi nak ajak geng semua untuk turut mengamalkannya.
kalau dah amalkan, baguslah.
kalau kurang amalkan, banyakkanlah.
kalau belum amalkan, mulakanlah.
kalau tak pernah amalkan, insaflah. hahaha.

bila seseorang bertanya...

ramai juga geng yang terkejut bila dapat berita yang saya menulis novel. tak pernah sekalipun dalam perkenalan terdahulu saya menyatakan bahawa saya ingin menjadi penulis.

jawapan: memang saya tak pernah berasa ingin menjadi penulis sebelum ini walaupun saya mempunyai asas untuk menulis. terima kasih prof A. Wahab Ali dan encik Zubir Ali yang suatu ketika dahulu saban minggu mendidik saya untuk menjadi penulis. saya biasa menulis cerpen dan sajak. terima kasih kepada seorang rakan dan bekas roomate dari Sabah yang pernah mendeklamasikan sajak saya dalam pertandingan sajak kemanusiaan dan menang tempat pertama pertandingan yang disertai oleh universiti2 tempatan (kami bagi pihak UM).namun buat masa itu, hasil penulisan itu bukan untuk diketengahkan dan tak terfikir pula untuk menulis novel. tetapi kenapa sekarang?

jawapan kepada jawapan: dah sampai seru.

selepas terhasilnya novel awal remaja kedua bertajuk Zizan Atau Zidane?, dalam satu email tu seseorang yang bergelar penulis mula bertanya. bila nak tulis cerita tentang budak2 pompuan main bola sepak?

jawapan: tunggulah. sekali dengar macam ganjil. namun, saya tak fikir perkara itu ganjil dalam dunia sekarang. masih ada ramai lelaki berkaki bangku sedang pada masa yang sama, orang pompuan berlari dan mengasak demi mengejar sebiji bola untuk menjaringkan gol.

dalam satu email yang saya dapat, seseorang bertanya. novel dah dua, gambarnya mana untuk dimuatkan dalam web KD?

jawapan: nantilah. sekejab lagi saya berikan gambar tu.

ada banyak lagi soalan. malas le nak jawab. alasan: masa tidak mengizinkan.

geng, jangan salahkan masa. kat atas tu adalah satu contoh alasan yang korang tak patut berikan.

masa tidak mengizinkan.

"maaflah. semuanya kosong. takde jam, hiasan, dan apa-apa lagi yang biasa ada pada blog2 lain yang korang pernah lawati. tunggulah. bila masa dah cukup nanti, saya lengkapkanlah semuanya itu."

itulah kebiasaaannya bila orang tak siapkan kerja beri alasan. kesian masa. balik-balik, masa yang dipersalahkan. masa, masa, masa.

sebenarnya, bila orang merungut tentang masa tak cukup atau kesibukan yang tidak surut-surutnya, di mana silapnya? masa atau orang yang menguruskannya?

geng, sama2lah kita berfikir.