Sunday, January 20, 2008

Antara Sharlinie dan Muhd. Syabil Syakirin AKA Luckyman.

Sharlinie belum ditemui lagi. Aku harap ibu bapanya tabahkanlah hati. memanglah. Memanglah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Aku sendiri pernah melalui pengalaman yang sama seperti keluarga Sharlinie. Moga-moga terbukalah hati orang yang mengambil Sharlinie itu utk memulangkan Sharlinie kepada keluarganya dalam keadaan yang sihat walafiat. Korang tengoklah gambar ni. Ni anak buah aku yang pernah dicurik AKA diculik di hospital sungai petani dulu tu. Namanya Muhd. Syabil Syakirin! Yg kelakarnya, hari tu, ada orang cadangkan supaya baby tu diberi nama Luckyman. Anyway, whoever yang berikan komen tu, aku tetap hargai. Kreatif jugak nama tu.

So, sama2lah kita doakan agar Sharlinie sihat dan kembali semula kepada keluarganya. Amin.

Sunday, January 13, 2008

gi melaka

Semalam, entah apa mimpinya, aku gi Melaka. Saja je, mem aku suka tengok binatang. So, aku bawaklah dia gi A' Famosa Resort di Melaka. Selepas tengok2 kawasan sekitar tu, kami gi tengok wild wild west show (show tu ok2 je tapi compare dgn yang dulu tu lagi best. Agaknya pelakon baru). Then, kami plan gi nak tengok multianimal show, encik bird show n encik gajah show.

Sayangnya, hujan lebat. Kami hanya sempat nengok sekejab sajalah multi animal show. Show-show lain suma2 pun dibatalkan. Tapi, penganjur mengeluarkan beberapa ekor binatang untuk bergambar dgn pengunjung2. Salah satunya binatang nilah. Besar siut!

Then, sebelum balik, aku belilah Mr. Brown ni untuk satu orang tu. Orang tupun apa lagi, senyum meleret-leret.

okie, cau.

Friday, January 11, 2008

JERUT, Tanam Bayi!

"Kurang ajar betul!"
Seingat aku, itulah monolog yang aku lontarkan apabila terbaca berita itu dari surat khabar Harian Metro pada Rabu, 9 Jan 2008. Memang kurang ajar! dan sebenarnyapun, lebih banyak lagi perkataan2 yang negatif yang boleh dikaitkan dengan tindakan sepasang kekasih dari Ulu Tiram, Johor yang menjerut bayi yang baru dilahirkan dan kemudiannya menanam mayat itu sedalam 0.5 meter.

Kemudian, teringat pula aku kepada sekeping gambar yang aku tangkap ketika melayan anak buah di Zoo Taiping ketika cuti sekolah yang lalu.

Gajah mummy dan gajah daddy ini bukan main lagi memprotect anak mereka walaupun anak2 mereka termasuk mereka sekali telahpun diprotect! Apalah nak jadi dengan manusia sekarang. Diberi akal, nafsu juga yang diturut.

haih, malang, malang.
okie, chau!

Saturday, January 5, 2008

hubiku

Actually dah lama dah aku mengecimpungkan diri dalam hobi ni. cuma, sejak akhir2 ni sajalah hobi ni bersemarak dan subur di jiwa. chewaaaah! hobi baru aku, amik gambar sana, sini, sinun. tapi subjek yang paling aku suka ialah kanak2. budak2 ni, amik gambar dalam apa2 keadaanpun, diaorang nampak cute.

dalam blog aku ni, aku letaklah gambar anak buah aku. itupun sebab dia kecik lagi dan tak paham apa-apalah.






inilah model aku yg terkini. free je. next time, aku uploadkan gambar anak buah aku yang satu lagi. Kalau korang ingat kes baby yang hilang di hospital sungai petani, kedah, itulah anak buah aku, sebenarnya. aku akan tunjukkan kat koranglah budak tu yang seusia dengan anak buah aku dalam gambar kat atas ni.


nilah gambar anak buah aku yang hilang kat hospital sungai petani pada 2005. gawat beb famili kami waktu tu. gambar ni dirakam oleh wartawan the star. aku admired betul gambar ni.

okie, bye!

Thursday, January 3, 2008

selamat tinggal 2007

Perit jugalah anak tekak hari ni. Rasanya, dah lama benar tak cakap banyak-banyak, alih-alih hari ni bertugas semula. So, selamat tinggal cuti sekolah 2007. Kat sini aku nak tunjukkan beberapa benda yang aku buat semasa cuti sekolah yang panjang hujung tahun lepas.


Ini gambar kak cik, anak buah aku. Aku curi2 amik masa dia sibuk main dengan permainan dia di kampung.


Gambar ni aku curik2 tangkap waktu kak cik sebok menyusun di atas lantai.


Gambar eyin, anak buah aku, sekali lagi aku curik2 tangkap semasa dia sebok bermain


Dah penat kacau anak buah bermain, aku amik gambar satu sudut di kampung aku.



Kat tepi sungai. Sungai ke? Actually macam tali air je. Tak dalam n tak luas sgt. Tapi kami sekampung tetap panggil ini sebagai sungai. Ada ikan tauuuuuu. haha


Kat sinilah orang kampung memancing. Budak2 muda pun kekadang melepak jugak dekat kepala sungai. Best tau. Angin petang memang kuat. Kalau nak tengok cahaya matahari yang perang menyimbah sawah padi pun kat sini jugalah.

Banyak lagilah benda2 yang aku buat masa cuti sekolah hari tu. Next timelah aku uploadkan lagi gambar2 lain. Yang pentingnya, aku tetap cintakan kampung aku. Terima kasihlah kepada pembangunan yang tidak bernafsu benar di kampung kami. Sekurang2nya kampung aku tidak lagi menjadi gemulah! okie bye.