Friday, February 22, 2008

kereta cap ayam


"tulah, orang dah cakap. jangan beli kereta cap ayam, kan dah rugi." dialog ni tak pernah wujud pun. aku saje je nak mulakan entry macam tu. tapi kenyataannya, kereta cap ayam ni murah n kalau dalam ayat yang lebih sedapnya ialah kereta mampu milik. cuma ayat tu akan jadi lebih sedap kalau dipanjangkan sedikit seperti ini : kereta mampu milik tapi mudah rosak. nak beli kereta cap kuda, tak mampu. last2, beli kereta cap ayam jugak. haih.

korang fikir2kanlah. aku malas nak pikir lagi ni. hati tengah sakit.

oh football


baru2 ni, my skol ada le hantar pasukan b17 n b15 utk tourmanent peringkat zon. dulu2, kalau skol aku hanto team, memang kena belasah le. tapi, kali ni tak lagi. kalah memang le kalah. tapi macam 1-0 ke, 2-0 ke, cam gitu je la. then ada seri pun. menang belum lagi. maybe next year kot. YANG HERANNYA, pasukan kami ni tak sempat pun training macam pasukan lain. kami dpt maklumat tentang tourmanent tu 2 minggu sebelum tourmanent, so ada dua kali perjumpaan je. kali pertama pemilihan pemain, n kali kedua pula pilihan posisi n tendang2 bola skit. then pegi tourmanent.

tak pula kena belasah. maknanya, adakah pasukan kami dah improve atau fakta yang lebih menakutkan, iaitu adakah tahap kemahiran bola sepak di negara kita merosot begitu teruk sekali sehingga di peringkat sekolah lagi.

coba korang pikirkan. ni masalah negara ni.

Sunday, February 17, 2008

TQ YEW GARDEN!

terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Puan Peng Yew Fah AKA mummy Jing Jing kerana membenarkan saya menghabiskan masa merakam gambar bunga2 yang cantik yang terdapat di YEW GARDEN. untuk pengetahuan pelawat blog ini, YEW GARDEN terletak di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh. YEW GARDEN terletak di tepi Sekolah Menengah Teknik Selangor. di bawah ini, saya sertakan gambar YEW GARDEN.


ok, untuk korang punya info, hari ni, Ahad, entah apa yang merasuk fikiran aku, aku amik kamera n gi ke nursery ni. ada banyak bunga dan pokok hiasan yang menarik. so, apa lagi. aku snaplah sebanyaknya gambar bunga2 kat situ. ok, kat bawah ni gambar2 yang aku snapkan. actually ada banyak lagi tapi aku belum buka lagi akaun kat flikr macam yang ainin buat tu. lepas ni, aku akan bukak akaun tu n kalau korang nak tengok gambar tu, bolehlah. aku cadang nak letak banyak2 kat situ.


akan datang, aku nak belajo amik gambar binatang kecik2 plak. sebab yg tu maybe lebih cute dan mencabar. so, buat masa ni, harap korang enjoy menatap gambar2 ni. cau!

aku dan pendrive


semalam, dalam pada orang lain sebok nak siapkan itu ini dengan bantuan komputer, aku sekadar duduk2 dan diam2 jelah. sebenarnya, kerja aku dah siap tapi jadi tak siap pulak sebabnya aku terlupa nak bawak pendrive. aku rasa korang pun pernah melalui situasi yang macam ni. entahlah, sekarang ni, pendrive tu dah jadi satu kemestian bila pergi kerja.

ok, dua keping gambar ni takde kena mengena dengan entry kali ni. tapi aku uploadkan jugaklah sebagai hiasan. dua keping gambar ni aku snap masa budak2 aku sebok berlatih bola sepak di bawah bimbingan coach dari KDFC.aku saja je nak menunjuk-nunjukkan skit skill aku yang tak seberape ni kat sorang manusia tu. haha. alah, manusia yang suka menshow offkan skill photography dia tu.

Sunday, February 10, 2008

aduhai jb

aku baru balik dari jb. biasanya, 4 jam je dah boleh sampai ke rumah. tapi, memandangkan cuti Tahun Baru Cina dah berakhir, maka pada siang tadi (Ahad), berjajar-jajarlah pemandu kereta di lebuh raya, termasuk aku. hasilnya, bertolak pukul 12 tengah hari dan sampai 7 petang. fuhhh. cemuih!
ada le beberapa aktiviti aku buat kat johor. tapi, kebanyakan aktiviti ialah jadi driver mem pegi jumpa kawan2 lama dialah. tapi takpe jugaklah sebab kawan2 dia pun dah jadi macam kawan2 aku jugak. so, tak ada hallah. okey, kat bawah ni aku letaklah beberapa gambar yang sempat dan sengaja aku rakam ketika di jb.
sejujurnya, aku memang suka JB, terutama makanannya. kedai makan yang biasa2pun sediakan bukan main banyak lagi pilihan makanan berbanding kedai2 makan di tempat tinggal aku sekarang ni.


apa lagi, moh le kita jalan2.

Wednesday, February 6, 2008

namun ku punya hati...

korang taulah bila jadi cikgu ni. bukannya mudah, beb. tapi, memang dah jiwa aku. dulu2 pun, masa cikgu di sekolah aku tanya apa cita2 aku, jawapannya cikgu. akhirnya, jadilah cikgu.
walaupun gaji cikgu ciput, aku happy beb dengan kerja ni. hari2 aku menghadapi berbagai-bagai jenis manusia. ada yang ok dan ada yang ko. tapi, budak2 ni jahat2 dia pun, dia tetap manusia.
semalam, tanpa sorang pun sedar, perasaan terharu mendorong air mataku yang mahal merembes di tandas. budak ni, punyalah bermasalah. dah dua kali kena gantung sekolah. tapi, bila tukang sapu sampah sekolah aku kematian suami sebab accident di tempat kerja, budak ni dermakan rm50.
"Wei, banyaknya u nak donatekan. ada duit nak makan ke lepas ni?" aku terkejut.
"i got another two ringgit, cher." jawab budak tu.
"dua ringgit? cukup ke nak makan?" aku bertanya lagi.
"It's ok, cher. i pity to dat aci la," jawab budak tu.
budak tu kasi aku not rm50 itu n blah terus. aku amik duit tu n serahkan kepada badan badan pengawas yang menganjurkan kutipan derma kilat tu. senyap2, aku rekodkan merit untuk budak 'jahat' yang ada hati tu.

Tuhan maha kaya.
tengok, dalam jahat2 diapun, dia ada hati.


aku n beberapa orang cikgu lagi bawak budak2 untuk programme leadership camp di Taman rimba Commonwealth, Rawang baru2 ni. hutan buluh dia cantik.