Sunday, March 30, 2008

novel baru aku

baru2 ni, KarnaDya dah terbitkan novel ketiga aku. cover novel tu cute. ada gambar bunga2an dan love yang berwarna merah sesangat. tajuk dia: Boleh Tanya Tak? buku tu takde lagi kat kedai tapi akan menemui khalayak pembaca pada pesta buku nanti. belilah, bacalah, moga2 buku kecil itu berhasil membantu korang membaiki diri dalam apa2 sudut.

misi lagi

aku gi melaka baru-baru ni. ada kem. letih beb. sewaktu aktiviti outdoor tu hujan plak. haih. dengan menggunakan secubit kreativiti, aku bungkuskan kamera aku dengan plastik n lubangkan bahagian lens. dapat jugaklah aku snap gambar budak2 aku. at last, aku, diaorang suma-suma pun basah.

budak2 tu ketawakan kamera aku yang kelihatan buruk dibungkus. tengah aku sibuk2 snapping tu, timothy AKA abang Tim pulak datang dengan 1Dnya. lansila ko, Tim.


outdoor aktiviti yg budak2 aku buat dalam renyaian hujan petang jumaat itu.

Timothy (orang d'jungle people) yang sedang menunjuk2kan kat aku Canon 1Dnya. haih, lansi, lansi. tapi 1D tu memang dahsyat beb. pertama kali aku pegang kamera tu. berat dan gah!


inilah benda alah yg aku maksudkan tu. inilah yang buatkan Timothy lansi sangat. apa2pun aku tetapkan sayangkan 350D tu. aku tengah pikir nak namakan 350D tu.

okie, cau!

Sunday, March 23, 2008

misi cuti sekolah yang lalu

"cikgu, ada kelas tak cuti ni?" tanya sorang student aku yang belajar tuition dgn aku.
"takde. cuti ni saya ada misi penting," jawabku selamba.
"oh, okey," jawab studentku itu. dalam hatinya, dia melompat2 sebab tak ada tuition.
"So, wat is your misi penting tu cikgu?" tanyanya lagi.
"i jadi photographer majlis kawin le," jawabku pula.
entah apa yang kelakarnya, dibantainya ketawa pulak. tapi aku tak dapat dengarlah dia ketawa kerana kami berbual pun gunakan msn messenger.

so, cuti sekolah hari tu, aku tak baliklah ke kampung. sorrylah, kampung. aku memang rindu kat engkau, tapi apa nak buat, orang kampung yg nak datang sini.
so, rumah aku yg kecik ni pun dipenuhi dengan sedara-mara akulah kerana mereka dan aku sekali akan pergi ke pahang untuk memenuhi jemputan majlis perkahwinan sepupu aku (anak makngah).

yang bestnya, aku dapatlah tengok majlis perkahwinan di felda. sebelum ini, aku tak pernah jejakkan kaki di felda. kat sini, aku dapat tengok beberapa perkara yg tak pernah tengok lagi. korang tengoklah gambar kat bawah ni supaya kita dapat tengok sama-sama.

nasi dikukus dan bukannya ditanak. beras + ramuannya dimasukkan ke dalam susunan talam dan dikukus dengan menggunakan alat ini.

alat ni orang kampung panggil apollo. aku tak pernah tengok lagi alat ini. biasanya kat kampung aku diaorang masak pakai kawah atau periuk besar je.

ini gambar anak buah aku dari kampung. ini anak adik aku. nama dia aliya.aku snap gambar ni waktu diaorang datang ke rumah aku.

ini plak gambar aliya n syabil. dua2 pun anak buah aku. sebenarnya, aku ada 4 orang anak buah yang sebaya. semuanya sama umur, iaitu 3 tahun. elin, aliya (girl) n syabil n adam (boy). aku plak suka amik gambar budak2. sebabnya: ala budak2 kan cute.

okie, cau.

Saturday, March 8, 2008

itulah...jangan ketawakan orang

semalam, aku n mem gi pasar segar yang baru dibuka di kawasan aku ni. besar pasar tu. everything is new including staff. aku pun amik troli n beli n belilah barang keperluan dapur rumahku itu.
adapun, selepas puas membelek dan membeli, kami pun pegilah ke kaunter bayaran. kami disambut dengan senyuman yang amat manis oleh cashier kat kaunter tu. so, dia pun taglah barang2 yang kami beli dengan alat elektronik yang aku tak tau apa namanya.
so, jumlah keseluruhannya berjumlah rm51.15. nombor dia memang cun. mem aku pulak jenis yang suka simpan duit satu sen yang merah2 tu. so, dia dapatlah bagi jumlah yang setepat2nya, iaitu rm51.15.
entah apa silapnya, budak cashier tu tersalah tekan wang yang mem aku beri dengan angka yang begini: rm5115.00. so, ditolakkan dengan rm51.15, kenalah dia pulangkan rm 5063.85. menggelabah beb!

aku plak sesaje nak menyakat dia, aku cakap;
"miss, u suppose tu giv her rm 5063.85," sambil aku menunjukkan resit tu.
"takde cik, isteri awak kasi sama saya ini macam punya banyak saja.cukup2 juga. tak ada lebih punya," kata chasier yang menggelabah tu.
"dah la tu, bang," kata mem i. " dik, takpe dik, dah ok," kata mem i sambil menolak badanku.
kesian budak tu. aku pulak, tak tahan nak ketawa bila tengok resit tu. then, sambil berjalan ke arah keta, aku bantailah ketawa (tapi tak kuat2lah).
then, mem i cakap;
"Itulah, ketawakan orang sangat. Tuhan dah balas dah kat abang," katanya sambil menunjukkan tayar keretanya yang kempis habis.
haih, masa orang lain sibuk keluar masuk ke dalam pasar segar baru tu, aku pula sibuk tukar tayar belakang yang kena paku!

chesss! (pinjam perkataan ainin) chess! chesss! (pinjam lagi)

ok, ini pula hiasan tambahan. tapi ada juga sebabnya aku letak gambar ni.

durian ni dah takde lagi kat dunia ni. aku dah makan dia sampai habis, kecuali durinyalah.

dulu, aku suka sangat tengok siri cerita ni.

kat sinilah aku baiki tayar keta. tak jauh pun dgn rumah aku.

okie, cau.