Wednesday, December 22, 2010

mendapat anak baru dengan cemerlangnya


kasihannya blog ini kan.apa nak buat, tuannya sebok.

okeylah, tuan-tuan dan puan-puan. diumumkan bahawa aku dengan cemerlangnya telah mendapat anak baru. yeay!
kali ini aku telah mendapat anak perempuan-itulah yang aku rasa amat cemerlang tu. jadi, alhamdulillah, aku panjatkan kesyukuran kepada ALLAH kerana menambahkan lagi kebahagiaan dalam keluargaku. dulu, aku dan puan salmiza dengan lamanya menunggu untuk mendapat cahayamata (6 tahun kira lama ye buat diriku ini), tapi alhamdulillah penantian itu berakhir pada tahun 2008 dengan kehadiran irfaan. encik irfaan sudahpun dua tahun n tahun ni sambutan ulang tahun kelahiran beliau (16 nov. 2008) macam tunggang langgang sikitlah sebab aku terlebih fokus kat adik yang dilahirkan pada 10 nov. 2010.

dan sebenarnya, aku berasa kecewalah terhadap diriku ini kerana sebenarnya aku terlupa hari lahir beliau-teruk kan? aku mengakuinya. mujurlah, kakak, ayin dan acik dengan gembiranya menyambut ketibaan aku dan irfaan di rumah mereka pada pagi 16 nov. tu dengan ucapan hepi birthday kat irfaan. encik irfaan yang tak mengerti apa2pun tersengihlah dengan sambutan tu-aku pun tersengih jugalah sebab baru teringat bahawa hari tu hari jadi abang. ayohai!

petang tu, aku gi beli kek si subang perdana, kek doreamon n pegi pulak ke kfc kota damansara sebab subang bestari punya kfc baru naik tiang je. alhamdulillah, hari jadi itu disambut seadanya dan anak-anak shanan pun datang memeriahkan keadaan. mujurlah.

ok, pasal anak kedua ni-seperti nama irfaan yang ringkas, nama adik pun ringkas juga. kami sepakat menamakan anak kedua dengan nama iffah. iffah binti alias. ringkas. cukuplah begitu. jadi, impian puan salmiza untuk membeli pakaian anak perempuan yang comel2 pun tercapailah. sebelum ni, walaupun kami nak beli pakaian irfaan, beliau singgah juga di bahagian pakaian kanak-kanak perempuan-pandangan beliau tak lepaslah melihat baju2 yang chomel2 designnya.
lepas ni bolehlah beliau beli baju2 yang chomnel tu.

jadi kesimpulannya, keluarga kami kini terdiri daripada;
alias
salmiza
irfaan
iffah

byes utk kali ni.

oh korang buleh tengoklah gambar iffah-dah lama pun letak di fb.

Sunday, October 10, 2010

novel awal remaja terbaru aku


ini ialah karya terbaru aku yang bakal berada di pasaran dalam oktober ini. terima kasih KarnaDya kerana menerbitkan buku ini. ini ialah siri ketiga siri jom ikut kami.

Jom Ikut Kami : Misi Dua Anggerik

Hamzah yang masih berdendam dengan kumpulan Samad menubuhkan kumpulan siasatannya untuk menandingi kumpulan Samad. Gunalan pula diserang penyakit yang amat bahaya, penyakit angau! Gunalan telah jatuh hati terhadap Sarah, pelajar baru kelas mereka. Sarah pula menanggung masalah yang amat besar. Samad dan ahli kumpulannya membuat keputusan untuk membantu Sarah.

Apakah kesudahannya dendam Hamzah dan berjayakah kumpulan siasatannya? Mampukah hati Sarah ditawan oleh Gunalan? Berjayakah Samad dan ahli kumpulannya membantu Sarah menyelesaikan masalahnya?

Bacalah, anda pasti terhibur dengan kisah sekumpulan remaja menghadapi warna-warni kehidupan mereka!


byes!

Friday, October 8, 2010

keciputan dan budaya penciputan dalam kuteow kerang

nota: wajah kuteow kerang yang digoreng sendiri oleh diriku pada petang yang hening itu.



pernah tak bila korang order kuteow kerang ke, kuteow goreng ke atau char kuteow, korang dapati jumlah kuteow yang dihidangkan dalam pinggan yang memang sudahpun bersaiz piring itu semakin ciput?

jika soalan ini ditanyakan kepada diriku sendiri, aku akan sekuat hati dan seikhlas hati mengatakan ya. jadi isu yang akan ditimbulkan dalam entri ini ialah keciputan kuteow dan budaya penciputan yang berleluasa.

semalamlah harinya apabila aku singgah sekejap di seksyen berapa ntah shah alam utk clearkan cek-aku singgahlah kejap kat restoren tepi meybeng tu. tanpa segan silunya aku telah mengorder kuteow kerang dan teh ais kureng manis. agak beberapa minit menunggu, pekerja restoren pun hantarkan kuteow kerang-dah aku terpaku sekejap-sebelum kuteow itu mendarat di dalam perutku-aku sempat mengeluh di dalam hati-'eh, ciputnya kuteow ni. cukup ke nak membaham ni?'

jadi, itulah isunya sekarang ni. isu kuteow yang terlalu ciput dan pemilik restoren tidak rasa bersalah mengecaj pelanggan rm3.50 sepinggan (actually saiz piring). mungkin korang baca entri ini dan cakap, 'nak makan banyak-goreng sendirilah,'-aku tak pedulipun apa korang nak kata-tapi ciput tetaplah ciput-sedangkan harga tidaklah ciput.

teringat balik kalau makan kat kampung2, tukang masaknya memasak sepenuh hati-makan biar kenyang-berkat sikap itulah dan budaya penciputan yang tidak diamalkan-perniagaan dia tetap on seperti biasa walaupun bangunan kedai kelihatan amatlah uzur-orang tetap berkunjung.

kesimpulannya, jangan ciput sangat dan mengamalkan budaya penciputan terhadap makanan yang berkos rendah kepada pelanggan sedangkan keuntungan yang pengusaha restoran dapat berkoyan-koyan.

gambar kat atas tu ialah kuteow kerang versi alias derais. bahan2 yang digunakan;

1)satu peket kuteow
2)taugeh
3)kerang
4)sedikit cili
5)seulas dua bawang merah dan putih-untuk menumis
6)kicap
7)garam=amat ciput
8)daun bawang-seciput
9)bawang goreng-seciput

hasilnya;

1)dapat makan banyak2-makan beramai2 bersama puan salmiza dan saudara irfaan
2)lagi sedap (mengikut selera aku) dan berdasarkan pujian puan salmiza yang tak pandai berpura-pura
3)lagi puas-boleh tambah2
4)kos dalam rm4

makan kat restoren tepi meybeng
1)ciput seciput ciputnya
2)rm 3.50 (untuk seciput kuteow)
3)tak puas-sebabkan kalau makan panas2 kan sedap

kesimpulannya, lain kali masak jelah sendiri-bukan susahpun.

byes.



the jiran-siri empat



ini ialah entri khas yang akan memperkatakan tentang jiran nombor 4 aku. nama beliau bermula dengan huruf s diikuti huruf u dan h dan a dan f dan n dan a. itulah klunya. harap korang dapat menyiasat siapakah beliau yang aku maksudkan.

jelasnya, beliau kurang bercakap. amat kurang aku rasakan-kerana beliau sentiasa kerja, kerja dan kerja. pernah suatu ketika, ketika loceng sekolah telah lama berdering menandakan bahawa masa pulang dah tiba, aku mendapati beliau masih setia-tekun-ikhlas-rajin-menulis dan menanda buku tanpa jemu-oh, sungguh terpuji.

lalu aku pun mendekati beliau-pada jarak yang selamat-dan-tidak menimbulkan syak wasangka-aku pun berkata, dengan agak perlahan-kerana mesti berhati-hati ketika berbual dengan beliau-inilah yang aku katakan, "cikgu, dah boleh balik dah, cikgu," kataku. dia memangdang ke arahku-dengan senyuman yang amat sedikit-lalu aku berkata lagi," besok cikgu sambunglah lagi kerja cikgu," begitulah aku cuba merasuk beliau. namun, gagal beb. gagal segagal gagalnya.

beliau menoleh ke arahku lalu tersenyum-dengan amat sedikit-dengan senyuman yang dikawal-kawal agar tidak berlebihan-itu jelah-dia senyum je.hampeh betul!

sebenarnya, atau sebetulnya, aku kurang mengenali beliau kerana beliau amat kurang bercakap tetapi begitu banyak bekerja-berkoyan-koyan banyaknya. yang aku tahu, beliau ini kelihatan seperti amat pendiam, bersopan, pemalu, elegan, berkarisma, berkaliber, dan berkoyan-koyan lagilah karektor yang terpuji.

namun, sungguh malang kerana aku tidak pernah dapat mengenal pasti satu lagi kehebatan beliau. sehinggalah ketika aku dan beliau pergi ke sekolah aminuddin baki-dengan beliau menjadi pemandu- (kesian encik avanza)-aku masih tidak menyedari kehebatan beliau ini-sehinggalah aku pulang dengan selamatnya ke sekolah, jiran nombor 3 bertanya, " okey tak dia memandu kereta," soal jiran itu. aku menjawab, "okey." jiran nombor tiga terkejut. lalu aku pun terkejut sebab jiran nombor tiga dah terkejut. jiran nombor tiga bertanya lagi, "okey macam mana? tak laju ke?"

aku menjawab, " okey je-tak laju-pemandu berhemah," jawabku.

lalu aku terpandang jiran nombor satu dan jiran nombor tiga menggeleng-geleng kepala. aku tak ingat siapa yang melontarkan ayat ini. bunyinya macam inilah: "dia tu kan kalau memandu kereta macam ribut tau."

mendengarkan kata-kata itu, dadaku berombak kencang-debaran memuncak-lalu aku teringatkan satu lagu p. ramlee ini. macam nilah lagu dia.

ALLAH selamatkan kamu,
ALLAH selamatkan kamu,
ALLAH selamatkan Alias Derais,
ALLAH selamatkan kamu.

hehe.

jiran nombor empat, jangan marah ye. teruskan tersenyum sedikit-sedikit dengan kawalan senyuman yang sempurna.

byes!

Wednesday, October 6, 2010

kasih ibu hingga akhirnya


waktu aku tengah terjenguk2 di tepi rimbun pokok bunga, aku perasan kolam ikan kat tepi pokok bunga tu ada sesuatu yang unik-dan-menginsafkan kita manusia-bahawa kasih sayang binatang terhadap anak-anak mereka tidak bersempadan.

wahai manusia-manusia kejam terhadap keturunan sendiri, fikir-fikirkanlah. oh sudahlah.

lumrah kehidupan

siang tadi. entah apa yang merasukku, tiba-tiba, semasa calon2 PMR berdebar-debar untuk memulakan hari pertama periksa, aku dengan camera terjenguk2 di tepi staff room. aku tak taupun nama pokok ni-cuma aku sukalah dengan warna bunga yang kontras dengan warna daun ni-dua-dua pun cun kan? gambar ni mewakili usia muda-cun, cantik, hijau, segar dan kesegalaannyalah.
sudah ditentukan oleh ALLAH. bila tiba masanya, usia muda dihambat dewasa. tempoh masa ini sebenarnya kritikal juga-inilah tempoh dimana kita menilai diri kita sama ada sudah tercapaikah cita-cita dan tergenggamkah impian. tempoh ini juga paling kritikal kerana kita kadang2 tidak sedar usia semakin lanjut-sehingga anak2 kecil mula memanggil kita dengan panggilan yang janggal-pakcik! aku telah mengalaminya, dan memanglah buat kali pertama mendengar anak muda memanggil begitu, janggallah juga.
inilah hujung sebuah kehidupan-pada saat ini, penyesalan atau keinsafan tidak banyak mengubah keadaan. sama ada kita bersedia atau tidak, kita pasti melaluinya-dan ramai juga yang tidak berkesempatan melaluinya-kerana awal-awal lagi sudah dijemputNya.

akhirnya, pokok bunga ini bukan lagi sekadar hiasan-malah menginspirasikan kita atau mengingatkan kita gambaran yang amat tepat berkenaan lumrah dalam kehidupan. belajarlah daripada alam-dari situlah juga terbitnya perkataan 'pengALAMan. terima kasih.

p/s: aku pun tak tau kenapa tulisan aku akhir-akhir ni skema sangat. haih.

Monday, October 4, 2010

aduhai cicak!

ini bukan cicak. ini lelabi yang ada kat kolam tepi bilik guru sri aman.

kerana cicak itulah. cicak yang sesat iulah yang menyebabkan aku hilang mood ni.

macam nilah kisahnya.
masa balik kampung hari tu, aku tunjukkan irfaan apakah binatang yang dinamakan cicak tu. sebab waktu malam, kat dinding rumah di kampung bukan main banyak lagi cicak. taktaulah macam mana keadaan boleh jadi macam tu.

jadi, aku takut-takutkan irfaan dengan cicak itulah sebab nak suruh dia mandi, pakai baju, makan nasi, tido, dan macam-macam lagilah. waktu tu kira berjayalah juga. sebab itu kali pertama dia tengok cicak. dan dia juga dapat menyebut perkataan cicak dengan begitu baik pada masa itu.

lepas dekat dua bulan macam tu, tiba-tiba hari ni muncul seekor cicak dari mana tah-so, irfaan dah nampak cicak tu dan dengan amat spontannya pula berkata, oi cicak, n then dia sebut cicak, cicak, cicak, cicak, dan kejap-kejap buat aksi kegelian n kejap-kejap buat aksi ketakutanlah kunonnya.

aku pun terhiburlah juga apatah lagi dia masih ingat perkataan cicak walaupun dah lama dia tak sebut. namun, setelah agak lama kat dinding tu, cicak tu dah boring benar agaknya-so, dia pun blah dari dinding itu. encik irfaan ni dah mula buat hal-merengek2 nak cicak. hadoiih, sakitnya hati-siap nangis-nangis lagi nak cicak.

macam2 aku buat, ajak masuk bilik n lompat2 kat atas katil pun tak berjaya-main ps2 pun tak berjaya-main benda2 yang bukan permainan kat bilik bacaan pun tak berjaya-makan apa-apa makanan pun tak berjaya-hadooih...tercabar betul kesabaran.

tulah yang aku tak ada mood ni.

byes.

Sunday, October 3, 2010

perihal manusia hebat



alkhwarizmi
ibn sina

pendahuluan
aku menonton dokumentari dalam channel 555-aku rasa budak2 sekolah tak ramai nonton siaran ni. tajuk dokumentari tu ialah science & islam. ada beberapa perkara yang membanggakan akulah-

pertama
pakar pengkaji yang merupakan sejarawan dari benua eropah menyatakan bahawa perubatan islam merupakan asas ilmu perubatan yang digunapakai pada hari ini di seluruh dunia. menurut pakar itu, suatu ketika dahulu, ketika zaman khalifah arrasyidin, sudah wujud gelombang ynag kuat terhadap penguasaan ilmu pengetahuan tetutamanya, ilmu sains ynag menjurus ke arah bidang perubatan.

kedua
nama tokoh yang amat disegani iaitu ibnu sina telah disebut sebagai tokoh terulung dalam dunia perubatan tersebutlah. buku tentang perubatan yang beliau hasillan pada masa itu -bukanlah sekadar buku biasa-tetapi sebaliknya antara ensiklopedia terawal tentang sesuatu bidang di dunia ini. menurut pengacara dokumentari itu, ensiklopedia itu terlalu bagus dan terlalu tersusun sehinggakan buku-buku lain tidak mampu memberi saingan kepadanya.

ketiga
tokoh matematik yang terulung juga lahir dalam kalangan orang islam iaitu al khawarizmi-beliaulah yang mula-mula sekali mewujudkan sistem kiraan matematik yang dinamakan algebra. menurut pakar sejarawan itu, alkhawarizmi. alkhawarizmi menguasai ilmu matematik yunani(geometri) dan india (simbol huruf).

kesimpulannya,
lalu akupun berfikir--hmmm, camne ye nak jadi manusia2 hebat seperti ini-menyumbangkan, menginspirasikan, menguntungkan, haih-mana doraemon ni-kasi le alat2 khas nak jadi macam tu.

byes.

Wednesday, September 29, 2010

moga dikau sejahtera.

inilah aktiviti irfaan waktu petang masa balik kampung untuk beraya-gambar itik2 tu dah tinggal kenangan kerana itik2 menjadi korban selera kari itik puan salwa.
entri ini ditulis khas untuk mendoakan kesejahteraan lelaki malang dan seorang mamat motosikal petang tadi.

dalam perjalanan pulang dari kedai mangkuk tandas, dan dengan beberapa kotak mangkuk tandas dalam encik exora, aku terpandang di laluan motosikal satu kemalangan telah berlaku. seorang lelaki ini terbaring tidak bergerak2 di atas laluan itulah. motosikalnya turut terbaring sama. sedih sangat. teringat waktu adik aku eksiden di kampung beberapa tahun lalu. namun, rasa sedih itu taklama sangatlah sebab aku rasa kagum dan bersemangat pulak lepas tu. mamat motosikal tulah punya hal.

mamat ni tunggang motor agak laju dan dialah paling awal sekali berhentikan motosikal dan berlari dengan cepat ke arah lelaki malang yang terbaring tadi. oh sungguh mulia hatinya kerana sudi menghulurkan bantuan kepada orang lain.

jadi, aku doakan di sini agar lelaki malang itu dilanjutkan usia supaya dia lebih bersyukur lagi diberi peluang oleh ALLAH. aku juga doakan di sini agar mamat motosikal itu dilanjutkan usia dan ditemukan jodoh (jika belum berkahwin) dengan harapan beliau dapat melahirkan banyak zuriat manusia2 bagus sepertinya.

p/s: teringat tazkirah ustaz zawawi di rumah raisa-memberi lebih mulia daripada menerima.

sekian buat masa ini.

perihal kegagalan.


credit to puan salmiza atas gambar ni-pagi raya2010-irfaan dan bapa beliau-dua2 pun tak senyum. hehe

hari ini hujan lebat pada pukul 2.00 petang. namun begitu, jiran2ku tetap tabah mengharunginya. aku cuba menahan mereka, namun gagal. begitulah mereka. begitu teguh pendirian mereka tidakkan cair dihakis hujan lebat petang hari ini.

jiran 1 dan 2 amat tidak sabar2 menunggu aku bercerita tentang jiran 3 dan 4. namun, aku hanya mampu tersenyum-dah sampai tahap tak tau nak cakap apa kan. sebenarnya, biarlah aku berlaku jujur di sini. aku telah beberapa kali cuba menulis tentang jiran 3 dan 4, namun kurang memberangsangkan-sudahnya, aku delete entri tersebut-keunikan jiran 3 dan 4 tiada tandingan sehingga aku amat mesti berhati-hati untuk menulis tentang mereka.

boleh terima tak alasan tu?

suka hati koranglah.

Tuesday, September 28, 2010

the jiran-siri tiga (penguasa zon)



akhirnya, sampailah seru untuk aku menulis tentang jiran aku yang seterusnya. aku malehlah nak cakap nama beliau. cukuplah sekadar memberikan klu kepada korang bahawasanya nama beliau bermula dengan s diikuti huruf i kemudian b seterusnya y dan dihujungnya l. agak-agak dapat tak korang cari jawapan bagi klu aku tadi. selamat mencuba.

oh biarlah aku bercerita tentang beliau-aku fokuskan kepada aspek2 kekuatan diri beliaulah.
sebenarnya, jiran aku yang ketiga ini bukan main lagi kekuatan yang dimilikinya. kalaulah korang merasakan diri korang ialah orang yang amat kuat dari segi vokalnya, aku amat pasti bahawa korang masih tak mampu mengalahkan beliau.




staff room sekolah ini aku dengan pandai-pandainya membahagikan kepada tiga zon. zon utara dikuasai oleh jiran nombor tiga inilah. zon tengah dikuasai pula oleh puan setiausaha sukan yang mempunyai kebolehan ynag sama seperti jiran nombor tiga. namun begitu, beliau bukanlah setia sangat pun kerana beliau tidak lagi berada di sri aman. jadi, zon tengah ini berkemungkinan besar akan dikuasai oleh jiran nombor tiga inilah. zon selatan dikuasai oleh seorang lagi yang mempunyai keupayaan yang sama seperti jiran nombor tiga ini.




dulu, aku berada di zon utara inilah-yang mana pada hampir setiap hari aku mendengar jiran nombor tiga ini melontarkan aura vokalnya yang padat itu. namun, memandangkan aku tidak lagi berada di zon utara sebaliknya berada di zon selatan, aku fikir, habislah keceriaan-keriangan-kemeriahan yang selama ini diberikan oleh jiran-jiran elegan dari zon utara ini.




namun, sangkaanku meleset amat kerana di zon selatan dan amat berdekatan pula dengan tempat dudukku, ada satu lagi ciptaan Tuhan yang akan-akan jiran nombor tiga ini. memandangkan kedudukan kami yang agak dekat, kesan sampingan yang aku terima lebih hebat. aduhai.




pun begitu, aku telah dikhabarkan oleh penguasa zon selatan bahawa beliau tidak akan berada di sri aman dalam suatu tempoh masa tertentu atau barangkali buat selama-lamanya-kerana beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran seperti penguasa zon tengah. jadi, terlintas di fikiranku dua perkara yang amat menggembirakan dan menakutkan.




1)penguasa zon utara yang merupakan jiran nombor tiga ini akan menguasai ketiga-tiga zon di dalam staff room. (menggembirakan dan tahniah diucapkan atas penguasaan zon)


2)hanya tinggal satu lagi spesies seperti jiran nombor tiga ini di staff room kami-alangkah bimbangnya kerana spesies unik semakin hilang. (menakutkan)




jadi, kesimpulannya, marilah kita sama-sama menjalankan proses pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap jiran nombor tiga ini-kerana ini akan menjadi satu-satunya spesies yang masih wujud.




pesanan buat jiran nombor tiga: kekalkan senyuman, teruskan ketawa kerana ketawa itu penawar duka.




byes.

Wednesday, August 4, 2010

the jiran-siri dua

best friend aku yang terkini-kadang2 beliau amat mengada-ngada-tapi aku tak kesahpun.
tak kenal maka tak chenta. ni kisah pasal jiran akulah. jiran yang satu lagi. tapi aku tak chenta kat beliaulah kerana beliau mencintai lelaki lain sepertimana aku juga menchentai perempuan lain. nyehehe!


masa mula2 aku menyertai warga sri aman, beliau ini amatlah sombong kelihatannya. senyum pun takmau-dia dahlah tinggi, jalannya macam meninggi diri pulak tu-haih. tapi tu dululah. sekarang beliau dah insaf, aku rasalah. sebab, siapalah kita ini tanpa kawan2 di sekeliling kita.


seingat akulah, masa mula2 join sri aman ni, setiap kali berselisih dengan beliau, beliau akan jalan macam kawad kakilah-jalan tak pandang kiri-kananpun-senyum jauh sekali, walaupun orang cakap senyuman itu satu sedekah-beliau tak senyumpun-jalanpun straight macam robotlah waktu tu-taktaulah kenapa beliau ni jadi macam tu.


tapi itu dululah-dan yang musykilnya aku tak sedarpun bila aku mula berbual dengan beliau ini-tautau je beliau dah pandai buat lawak dah-dah pandai bercakap dah-dah pandai bertegur sapa dah-dan macam2 lagilah kepandaian beliau ini.


kesimpulannya, beliau seorang yang amat pandai-kalau baca blog beliau-beliau ini nampaknya berjuang dalam aliran gender-aka-feminisme-banyaklah saranan2 beliau dalam blog beliau tentang bagaimana seseorang lelaki mesti melayan perempuan-dan beliau juga tanpa jemu2 menghebahkan di dalam blog beliau pasal bagaimana menjadi ibu yang baik dan melayan kerenah anak2 yang pelbagai itu.


beliau yang aku maksudlah ialah seorang wanita yang tabah-duduk berdekatan dengan wanita2 lain yang juga amat tinggi tahap ketabahan mereka. cuma, bila cakap pasal ketinggian, beliaulah jiran aku yang paling tinggi dan kaya dengan anak2.


apapun, beliau seorang lagi jiran yang menambahceriakan hidup aku buat masa ini-oh cukuplah.


oh sebelum itu, lepas ni aku nak tulis pasal dua orang jiran aku yang amat kontra perwatakan mereka-tunggulah siri samarinda habis dulu.


byes!

Saturday, July 24, 2010

buang bayi lagi.

anak ialah harta yang tidak ternilai harganya-usahlah dipersiakan.

aku menonton buletin utama pukul 8 tadi-oh lagi satu kes bayi yang dibuang. kali ini bayi yang baru dilahirkan dalam tempoh dua puluh empat jam itu dibuang di dalam tong sampah pula.

lalu aku teringat kembali kata2 ustaz siang tadi semasa beliau memberi ceramah tentang israk mikraj- kata beliau," sejahat2 abu jahal pun, dia berzina dengan perempuan lain yang dia tak kenal (maksudnya bukan ahli keluarganya) tapi manusia hari ini, berzina dengan anak sendiri."

aku termangulah mendengarnya. kemudiannya, ustaz berkata lagi, "Sejahil2 manusia zaman dulu, bila dia dapat anak perempuan, anak dia yang masih hidup itu ditanam- adalah juga kubur anak dia tu. manusia sekarang tak tanam anak-main buang je kat mana2 dan biarkan anak2 digigit semut dan anjing."

kejamlah manusia zaman ini-semuanya didorong oleh nafsu je. semoga ALLAH membalas kembali perbuatan ibu bapa yang zalim terhadap darah daging mereka sendiri ini secepatnya-biar jadi pengajaran kepada orang lain-dan semoga kemarahan ALLAH itu tidak ditumpahkan ke atas kita semua-seperti mana manusia2 terdahulu mengalaminya.

wassalam.

keparasitan!

buah jambu di dusun tepi pagar tempat kerjaku. cun kan bokeh dia? snap guna tamron 18-270 vc.

ini ialah entry khas utk mengenang satu parasit ni.

ada satu manusia ni-aku akan selalu jumpalah sepanjang hari isnin hingga jumaat-itupun kalau aku pergi kerja dan dia pergi kerja juga.

pada awal july yang lalu, manusia ini telah meminta bantuanku (yang sebenarnya tugas beliau) utk menyiapkan sesuatu. aku tak kesah sangatlah sebab aku buleh buat benda tu-sebab aku kan kreatif orangnya-setakat nak buat benda2 kreatif macam tu apalah sangat.

dan seperti biasa, aku siapkan benda kreatif itu-dan hasil kerjaku itu tidaklah begitu teruk dinilai orang.

okeyh, lepas tu aku seboklah dengan Asean school games tu. balik saja dari asg, aku berjumpalah dengan manusia ini yang tanpa membenarkan aku membetulkan helaan nafas pun, memberikan aku satu tugas lagi-tugas di luar tempat kerjaku-lalu dengan alasan yang amat sesuai-aku menolaknya kerana aku nak kena kejar silibus-then manusia ini berkata, " oh aktiviti ni dua minggu lagi. sempatlah kan?" katanya sambil bertanya pula.

kemudian aku pun bermonolog di dalam hatiku-'oi, apa dah tak ada manusia lain ke kat tempat kerja ni-asyik2 haku je yg ko nak pilih?'

manusia berkata lagi, "kalau awak tak nak pergi takpelah, tapi kena buat benda tu sekali lagi, cuma tajuknya lainlah-ikut tema,"ujar manusia ini.

spontan je terlintas di dasar hatiku, 'dasar parasit!-apa tak bolehkah ko lepaskan aku begitu saja tanpa meletakkan apa2 syarat?'

byes!

aku dan masakan

gambar hiasan-aku jumpa gambar ni kat internet-makhluk apakah ini?

oh hari ini mem masak kari ikan tenggiri-n aku suka sangatlah sebab aku memang suka kari ikan pun-kalau kat kantin sekolah tu, n if ada hari yang kak long masak kari ikan-aku takkan lepaskan punya-masalahnya, kari ikan kaklong ni muncul sekali-sekala je-yang muncul hari2 ialah ikan keli yang tak sekalipun aku cuba.

oh biarlah aku membongkarkan rahsia yang sebenarnya bukan rahsiapun- aku suka memasak-aku bercadang nak jadikan memasak sebagai hobiku-tapi ada halanganlah.

halangan2nya seperti di bawah ini. (chewah, aku sengaja memasukkan ayat skema macam ni utk mewujudkan kepelbagaian)

1)mem taklah menggalakkan sangat aku memasak-takut aku kotorkan dan melakukan sepahan di dapur-itu alasan beliaulah-tetapi seingatku, aku tak pernah sepahkan dapur pun-mungkin mem sedang mewujudkan konspirasi dalaman-minyak terpercik di sana-sini tu memang ada-i think dat is alasan utamalah.

2)mem cakap, dia kesian kalau aku memasak kerana aku biasanya mengambil masa yang lama berbanding dirinya itu ketika memasak-hmmm, sebenarnya, bahagian ni aku dah improve dah-dulu2 lagi teruk-kalau memasak tu, berejam2 aku dok kat dapur. (halangan ini menunjukkan ada nilai kasih sayang n belas kasihan)

2)mem pun suka masak n masakan dia amatlah kena dengan seleraku-terima kasih kepada isteri yang best yang setiap kali memasak aku tak pernah rasa tak best-atau aku memang pemakan orangnya-oh aku tak taulah-tapi bahagian ini aku amat banggalah dengan isteriku itu.
(halangan ini ada menunjukkan ada nilai kesyukuran)

3)aku pun sebok dengan banyak benda lain kat dunia ni-sebab tu aku tak berkesempatan memasak sesangat-kalau buleh, aku nak jadi tukang masak je kat rumah aku tu. tetapi dalam kehidupan seharianku ini, ada hari2nya di mana aku tidak mampu berada di rumah pada masa tukang masak rumah mula menjalankan tugas semahu2nya. (halangan ini ada menunjukkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga)-chewah!

oh aku sebok2 cakap pasal memasak ni, apakah jenis masakan yang aku buleh masak?

sebenarnya, takdelah banyak sangat jenis masakannya yg aku buleh memasakpun-setakat menggoreng ikan dan kaum2 sejenisnya, menggoreng mi n kaum sejenisnya, menggoreng nasi n kaum sejenisnya, masak kari2 n kaum sejenisnya, masak sup n kaum sejenisnya, dan lain-lainlah. jadi, bahagian ni aku taklah bangga sangat-kena banyak belajar lagi.

oh gambar kat atas tu ialah beruang-kesiankan-bulu dia suma dah gugur.

byes manusia!

Thursday, July 22, 2010

berpindah tempat baru-the jirans

gambar hiasan-aku rasa kerongsang ni dah terkorban sebab dah lama aku tak nampak mem pakai kerongsang ni. snap guna 50mm 1.8.

ini entry menggunakan teknik flash back (imbas kembali)

cuaca seperti biasa hari itu. aku, lelaki ini, masih berasa ganjil sedikitlah kerana aku ditempatkan di sebuah sekolah yang isinya dipenuhi dengan perempuan. sedang aku berjalan2 di laluan antara depan dewan dan serambi ilmu, ada seorang cikgu ni datang dari arah parking. dan secara kebetulan juga kami bertembung.

si dia ini mengukirkan senyumanlah-dan aku, sebagai orang baru menegur beliau.
" i rasa kan, u pernah pergi sekolah i dulu," kataku, menduga respons beliau.
si dia ini berjalan agak laju jugalah-kebiasaan barangkali.
"how come?" katanya ringkas sahaja. nada suaranya seakan sombong.
sebagai manusia peramah, aku terus menjawab- sebab i pernah nampak u di sana. then, kami berbual2lah sambil beliau berjalan dengan cepatnya walaupun beliau tidak perlu cepat2. dari situlah kami kenal-dan kami jadi jiran pulak tu. si dia yang aku maksudkan ialah jiranku yang ibu bapa beliau namakan christina chan.

nota akhir: selamat tinggal jiranku-jangan sombong2 tau dengan bekas jiran ko ni.

oh bacalah lagi lepas ni kerana entry the jiran akan muncul siri kedua dengan jiran2 yang lain pulak. dan siri kedua mungkin akan keluar awal sebelum puan puteri dengan seikhlas hatinya memberikan aku sepatah dua kata.

byes.

Tuesday, July 20, 2010

ASG 2010 dah tinggal kenangan










ASG dah habis secara rasminya-malaysia jadi juara-bestlah jugak-cuma yang tak bestnya, kerja aku secara rasminya belum lagi habis-aku kena buat laporan pulak lepas ni-semua gambar2 kena masukkan dalam laporan tu-dah tu, laporan tu nak kena printing banyak2 pulak tu-haih.

okeh, korang tengoklah gambar2 yg aku snap hari tu-ada banyak sebenarnya tapi dalam memory card yang satu lagi-melah le nak gosek2. so yg nilah jelah aku nak kongsikan-yang lain-lain, masuk dalam buku laporan-tatau apa dia org nak buat dengan laporan tu.

byes.

oh sebelum tu,terima kasih aku ucapkan kepada mereka ini.
cik liew
cik shakirah (yang amat hebat orangnya-ketelitian beliau sungguh mengagumkan diriku)
cik aslina (yang kurang teliti berbanding cik shakirah)
chooi fun
syuhadah
iman syafiqah
siti nur alani
syahirah
ahmisha
n de dayangs
kerana manusia2 ini telah memeriahkan aktiviti aku selama seminggu di mini stadium msn bukit jalil.

byes.

carnival 1REAL community di bukit jalil

norasid n pembantu setianya
kak seti prepare the ko-ti-au yang sedapan itu.
penjual sate n pembeli sate berpakat2 memakai baju merah
connie n miss yeow menyedari wajah mereka dirakam
dan mereka ini makan2 berterusan
miss yong n puan leong tidak dapat dipisahkan langsung
cikgu BM pun kena bertugas hari tu-main paku
sabariah disnap wajahnya-dan beliau amatlah terkejut
cikgu disiplin n ustaz n cikgu maha pun menjalankan tugas meniup belon sampai letih mulut mereka


adalah satu pagi ni, masa aku tengah parking avanza sri aman kat tepi mini stadium, aku dihonkan oleh seseorang. sekali bila aku toleh, nampak siti nur n haria-n kat belakang tu, berkoyan2 kereta yang ada pelekat sri cahaya--oh baru aku ingat. dia orang ada carnival 1REAL community kat parking A bukit jalil.

aku buat macam tak terkejutlah-takde sebab pun nak terkejut-then aku kosong kotak n naik ke bilik gerakan kami yang sebenarnya bilik suis mini stadium tu-tapi itu dah kira okeyh--kalu tak, berpeluh2lah kita org kat kantin-dengan takde aircond n takde kipas.

agak tengah hari sikit macam tu aku tersedar dari lamunan-ada sms menerjah masuk ke dalam kotak memori hp aku-cewah, ayat skema. rupa2nya sms dari seseorang yg ingin membelanjakan aku-oh, peluang tidak boleh dilepaskan-tapi sebenarnya, aku pun memang dah plan nak pegi carnival tu-lagipun, event pagi tu ada dua je-

dan aku pun melangkahkan kakiku ke sana-okeyh-aku jumpa ramai manusia yang aku kenal-dan sebab kamera memang dah ada dalam tanganku-aku snap le gambar mereka-sehinggalah aku berjumpa gerai siti nur.

terima kasih buat siti nur yang belanjakan aku sate n air sirap-n azhar belanjakan aku air kelapa n kak seti + azhar bersatu hati membelanjakan aku ko-ti-au yang sedapan itu.

byes!

Wednesday, July 14, 2010

kerja baru

kontinjen dari Malaysia. paling ramai.
kontinjen dari singapura. ramai juga. tapi paling sempoi kan pakaian dia tu.
kontinjen dari thailand. juara bertahan. aku perasan sesuatu-saiz diaorg besar2.saiz pemuda2. bukan remaja2.
upacara perasmian oleh timbalan perdana menteri aka menteri pelajaran malaysia.
kontinjen malaysia dengan maskot harimau.
abang nikon yang tiba2 muncul di depan lens diriku.
abang kadet yang pegang bendera dengan penatnya.
kontinjen indonesia. ini kontinjen luar yang paling ramai.
abang berjambul dari victoria institution. kalau tak silap akulah.
abang bendera.

kerja baru aku.

satu minggu ni aku tak masuk kelas. bunyi macam best kan? tapi sebenarnya tak best langsung. aku kena lantik jadi AJK dokumentasi untuk Asean School Games utk acara trek dan balapan. bermula pada 12 hingga 19 july ni. hoih, penat tau kerja ni-ni lah aku tunjukkan beberapa keping gambar yg aku snap pada hari pembukaan sukan tu semalam.

aku rasa tu jelah aku nak kasi tau.

byes!

Monday, July 12, 2010

entri pasal kecurangan


ini entry khas utk ibu bapa. budak2 sekolah tidak digalakkan membaca.

aku menonton rancangan oprah hari tu-pasal kecurangan lelaki terhadap wanita yang selama ini berkongsi hidup dengannya. ada satu benda yang menarik perhatian aku dalam rancangan yang sememangnya menarik tu.

oprah berkata, "yang geramnya kenapa bila suami tu curang, perempuan yang dipilihnya lebih hodoh berbanding isterinya sendiri?"

dan aku pun menjawablah di dalam hatiku-kan orang dah cakap dulu2 lagi-kalau nak kawin, cari isteri yang cantik rupa dan budi bahasanya. juga begitulah kalau cari suami-cari yang gagah perkasa dan berbudi bahasa-body saja tak guna kalau tidak disertai dengan budi pekerti yang mulia.

dan dalam hal ini akulah lelaki yang amat bertuah dan bersyukur-aku memanglah ada body-tapi takdapatlah aku pastikan sejauhmana kegagahan dan keperkasaan aku-pun begitu, seorang wanita telah berjaya menjadikan aku suaminya.

dan sehingga kini aku belum pernah curang-yeay n yippi. tak sempat nak curanglah-banyak kerja nak dibuat seperti memasak, menulis, melayari internet, menonton televisyen bersama anak n isteri, pergi jalan2 hujung minggu, balik kampung, tidur, main kamera, main ps2 dengan irfaan yang asyik2 nak tukar joystick, tidur lagi, semayangpun n macam-macam lagi. suma-suma aktiviti tu belum campur lagi dengan kerja2 kat sri aman-oh aku sungguh stress sehingga tak sempat nak curang. hehe.

tak senonoh kan entri ni?

food photography in sri aman





ini aktiviti rutin kelab fotografilah.

cik shakirah takde-dia pergi jps. n kami (lebih kurang 15 orang pelajar) menyerang bilik masakan. bukannya apa, aktiviti kelab minggu ini ialah memasak n mengambil gambar makanan yang dia orang masak.

objektif aku ialah, nak ubahkan sikit rutinlah-kasi budak2 tu cabaran-biar meriah sikit-masak dulu baru ambil gambar-tapi aku lupa pulak nak bagitau shakirah pasal objektif tu-sudahnya, masa shakirah briefing budak2 tu, adalah kot budak2 senior yang liat memasak ni tanya, "cikgu, kalau masak siap2 boleh tak. then bawak ke sekolah-lepas tu kita shoot je gambar masakan tu," n shakirah bersetuju.

sudahnya-hanya budak f1 sajalah yang masak-f5 punya budak bawak makanan yang dah siap masak-dah tu bawak donat pulak tu----objektif yang amat menyimpang. cabaran aku ialah, masak makanan yang murah kosnya tapi bila ambik gambar dia orang kena ambik gambar biar nampak makanan tu sedap dan mahal-itulah cabarannya---haih.

takpe-at least-adalah aktiviti hari tu. budak2 f1 masaklah nugget yang diaorang beli tu-n meriahlah jugak aktiviti hari tu, termasuk kemeriahan azrianna berkicau dan amik gambar. hehe.

byes korang!