Friday, January 8, 2010

kasih sahabat-novel baru aku


sejak cuti sekolah yang lalu, inilah kali pertama aku jenguk blog aku sendiri ni-kesian kan?

aku tanak cakap dulu pasal sekolah n isi di dalamnya-aku nak cakap pasal buku aku dulu.

akui baru sedar bahawa buku aku dah siap sepenuhnya utk menemui pembaca bila aku baca shoutbox itulah. terima kasihlah kepada geng KD yang ucapkan tahniah atas penerbitan buku tu.

pasal buku kecil ni-sebenarnya, inilah novel yang pertama aku tulis dalam hidup-tapi dia hanya terbit selepas enam buah novel yang lain.

mula2 aku tulis dalam bentuk novelet saja-kemudian, atas keperluan tertentu, aku jadikan dia novel. novel ni kira istimewalah jugak buat aku.sebabnya, dgn terhasilnya novel inilah menjadi punca aku bolehlah menganggap diriku ini seorang penulis-sebab dengan terhasilnya novel inilah terhasilnya pulak novel yg lain-lain.

masa aku hasilkan novel ini dalam bentuk novelet dulu, aku letak tajuk dia, seiring jalan. oh selamat membaca bagi berminat.

perasaan aku menjerit2 mengatakan berhentilah menulis entri ni. aku betul2 tak tau menjelang 2010 ni mampukah blog ni bertahan tanpa entri2. betul2 tak ada mood nak tulis 2 kat sini. haih.