Saturday, April 24, 2010

Mana Dude?


Mana Dude?

oh itulah tajuk novel aku yang terbaru. kali ini novel aku diterbitkan oleh buku prima. buku2 ni dipenuhi dengan watak budak2 remaja yg comel n suka pikir benda2 kecil sebagai besar. buku ni mengetengahkan isu yg kecil dan biasanya diabaikan oleh orang2 lain.

dah ramai budak2 sri aman dah baca buku ni-terima kasihlah korang. n ramai yg jumpa aku balik cakap buku tu best-so aku happylah dapat respons macam tu-menunjukkan buku tu memang dapat menarik minat n perhatian golongan sasaranlah.

so, buat pembaca di luar sana, bacalah buku ni-bahasa dia makin sempoi-bahasa dia makin santai-terima kasih ainin naufal, sahabatku yang amat femes dengan buku Melah Melia dan yg terkini buku Sejak Bila Kita Berbaik. puan ainin ni selalu memandu aku untuk menulis dengan bahasa yang santai dan takmo skema sangat-oh aku uploadkan gambar cover buku tu nantilah.

byes.

restoren kak teh. pegilah makan.


klik le gambar tu untuk tengok saiz sebenar.

bulan lalu. aku dengan semangat yang membuak2 membawa cik abang n mem n cikyah pergi ke cameroon highland. naik cik viva. mujurlah aku yg drive. kalu tak, muntah hijau le dibuatnya. hal ini demikian kerana aku amat pasti bahawa aku tidak mampu membiarkan tubuhku ini digoyang ke kiri dan ke kanan oleh sebab jalan yang bengkang-bengkok melampau2 itu.

berjaya sampai. yeay!

sebabkan pergi secara tiba2, aku stay je kat hotel yg murah. tapi kebersihan hotel memuaskanlah cuma bilik dia sempit sikit.

beberapa kekecewaan;
1)mem yang amat disayangi itu tertinggalkan beg cik abang di depan wira kat rumah kami. baju tebal cik abang ada kat dalam tu pulak. so, aku marah2 sikitlah.
2)sebelum pergi, mem amik somethinglah kat dalam badan wira n mem tutup pintu wira tak rapat n alarm yg hari tu aku matikan bunyinya untuk sementara waktu menyebabkan bunyi alarm tak keluarlah-kesimpulannya, lampu berkelip2lah sampai bateri kering. so dalam hati aku marahkan diri sendirilah kerana lupa aktifkan balik bunyi alarm tu.
3)cameroon highland tu tak sejuk lagi macam dulu2. so, cik abang tak payah pakai baju tebal pun sebab tak sejuk.

malam tu kami nak pegi makan. plan nak makan kat kedai tomyam dekat kfc (area pasar malam). sebab payah benar nak cari parking, n mem ternampak satu kedai ni tak jauh sgt dengan kedai tomyam tu pun. mem pun mencadangkan beginilah;

mem: kita makan kat kedai tadi jelah. takpayah nak jalan jauh2 sangat.
diriku: kedai mana pulak ni.
mem: kat restoran tu, apa ntah nama dia. restoren kak teh. restoran baru kot tak jauh macam restoren tomyam tu.
diriku: oh bolehlah. tak payahlah nak jalan jauh2 sgt.

dan kami pun pergilah ke restoren kak teh tu. tapi terpaksalah batalkan je niat tu. tak perlu bincang2 pun pasal nak batalkan niat tu-boleh batal sendiri2 je. hal ini demikian kerana kami sendiri berpakat2 di dalam hati masing2 tak sanggup nak makan kat restoren kak teh tu apabila diri kami telah mendapati nama penuh restoren tu, restoren bak kut teh.

oh ini kes tersalah baca le ni. byes!

o

dan adakah aku akan membiarkan blog ini mati begitu sahaja tanpa entri2 baru?

tidaklah.