Tuesday, June 29, 2010

oh malunya cikgu alias yang ini


p/s: gambar kat atas tu semata2 hiasan-snap pada 2008-masa mula2 berjinak dengan dunia photography.

aku terbaca berita-ada satu cikgu cemerlang ni-nama beliau-cikgu alias-beliau dengan bangganya telah memberitahu pihak media bahawa rahsia kecergasan beliau pada setiap hari ialah dengan melakukan seks pada setiap malam. haiyohhh! liputan berita ni ada pada satu tabloid-muka depan lagi tu-hoh-aku amat berharaplah agar tak ada satu pun budak2 sri aman yang baca pasal berita tu-kalau tak, aduhai, berita itu akan dijadikan bahan lawak buat diriku ini.

aku pun tengah musykil, tak ada ke benda lain yang nak ditekankan oleh cikgu ini-macam berzikir ke, apa ke, ini cerita pasal aktiviti itu pulak-siap mengaku lagi buat aktiviti itu tiap2 malam--memang le tak salah kan, aktiviti halal suami isteri-tapi cakaplah pasal lain.

n dalam berita tu dikatakan pula ramai isteri2 kegersangan mengejar cikgu alias ini-sebab yelah dah gersang benar kan. hehe-muka tak malu!

hehe-byes!

oh kereta kabel langkawi





kita hanya merancang, ALLAH jua yang menentukan.

mem nak naik kereta kabel di langkawi-so kami pergi ke sana-n agak kurang bernasib baiklah-selepas beratur panjang utk beli tiket-orang yang jaga kaunter tu dengan muka tanpa ekspresi sedih atau kecewa mengumumkan perkhidmatan kereta kabel tidak akan dijalankan oleh sebab cuaca buruk-memang pun sebab lepas tu hujan pun turun semahu-mahunya. kesian mem. tunggulah-bila ada peluang nanti-kita pergi lain-kali ni pergi berempatlah pula-byes!

oh gambar yg kat atas tu aku amik masa o d w ke kereta kabel n pusing2 langkawi. aku editlah guna photoshop utk ubah warna sky dia (gambar kapal) . byes.

Thursday, June 10, 2010

mr mama

dua hari aku kena jalankan tugas ini.

hari satu
hari ni simple je-irfaan bangun awal daripada aku n dia tercongok kat depan tv. astro cerialah tu-walaupun aku rasa taklah ceria sangat sebab asyik2 ulang cerita yang sama je- then, semuanya okey-aku mandikan dia dan mandikan diri sendiri-then before dat irfaan dah sarapan-selalunya inilah yang susah sebab dua tiga hari n dia tak suka sangat ambil sarapan-jenuh jugalah nak memujuknya.tapi aku berjaya-then mandi, then minum susu-agak dalam pukul 10 macam tu, kami bermain ps2-aku menang dan menanglah-si irfaan kat sebelah aku sibuk contengkan semua kertas yang ada di atas lantai-lantaklah. dalam pada sibuk2 tulah, mama dah sampai-habislah kisah mr mama hari satu ni.

hari dua
huiyoh, agak mencabarlah hari ni-satu-cik abang kurang sihat dan ada selsema-haiyohh, dia merengek2-tapi, entah apa hikmahnya, dia habiskan sarapan dengan mudah n dia makan ubat dengan senangnya juga. pelik tapi benar---hoih, diriku amatlah bernasib baik.

cabaran belum habis lagi-pukul sepuluh macam tu, dia buang air besar-haiyoh, air dia punyalah besar--takpe, aku kan bapa mithali, selesai-then tak cukup sekali, mungkin sebab kurang sihat kot, dia buang lagi satu kali air besar yang besar tu---fullamak!

takpe, takpe, aku kan bapa mithali..

pengajaran: sayangilah anak kita n sayangilah isteri kita dengan menjaga anak kita terutamanya bila isteri kita takde kat rumah. kalau isteri ada kat rumah pun kena tulong jugak-eratkan kasih sayang seisi keluarga.

oh sekarang dah ada tempat simpan baby yg kita takmau-senanglah anak2 muda-bila rasa nak buat anak, buat je-pasal kahwin dah tak payah2 nak fikir lagi dah sebab yelah kalau tak kawin pun boleh buat apa2 yang orang dah kawen selalu buat, buat apa nak kawin. tak gitu? ini fikiran aku lah-orang lain aku taktau le. kebanyakan tindakan yg kita buat pasti ada pro dan kontra. fikirlah banyak2 n dalam2. harap2 anak muda kita tak fikir macam nilah. kalau tak, hancurlah masyarakat kita.

byes!

oh baju raya

p/s: klik pd gambar utk lihat gambar dgn saiz sebenar.


kejadian: membeli kain utk membuat baju raya
latar masa : siang-agak2 nak malamlah jugak
latar tempat: subang jaya-nagoya
latar masyarakat: oh masyarakat yang hiruk-pikuk n pelbagai kaummmm.

ni ha ceritanya-aku secara tiba2 pula pada tahun ini bertukar peranan daripada menjadi tukang komen pasal kain yang nak dibeli kepada tukang jaga pegawai khas pemeriksa. oih, ini kerja yang meletihkan.

dulu2, aku akan jalan2 dengan mem dan tengok2 jenis kain dan komen2 sikitlah-kalau ada orang tengok, aku akan menampakkan lebih kemesraanlah supaya orang2 yang tengok tu akan rasa cemburu kerana suami mereka tak macam tu--haih, lakonan--oih, aku tak buat macam tupun-oh aku buatlah tapi tak berlakon-isteri aku ada satu tu je, kenalah jaga baik2 kan.

okeh, ini cerita tahun ni-encik irfaan telah menjalankan tugas pemeriksaan beliau dengan penuh semangat-kalau selama ini rumahku sahaja diperiksanya -kali ini tidak lagi-habis merata2 kedai nagoya tu dia survey-penat jugalah aku mengekor dari belakang-nak pegang tangan dia, huih, siap menepis-nepis tu-tak nak kasi orang pegang tangan dia-hamboih!

kesimpulannya, aku dah beli kain utk buat baju raya-memang tiap2 tahun pun macamtulah-aku suka beli kain kat nagoya-ada satu jenis kain ni aku selesa sgt bila dijadikan baju melayu walaupun kain dia tebal macam kain langsir. aku suka baju melayu johor walaupun aku orang kedah-sebenarnya, aku maleh nak cekikkan leher aku dengan butang yg banyak dalam baju melayu kedah ni- tengok, aku manusia yang serba ringkas. rambut kurang, baju butang satu je, isteri pun satu--ringkas kan?

byes!

hari guru-episod akhir

p/s: klik pada gambar utk lihat saiz sebenarnya atau untuk memuaskan nafsu mata anda. nyeheheh!

dan inilah tahun yang menggembirakan aku-oh sungguh-kerana sempena sambutan hari guru ni aku dapat banyak hadiah--tak senonoh kan? macam budak kecik kan?

tulah yang korang tak tau. setiap manusia ada cara pemikirannya yang tersendiri-dan tak bolehlah kita nak katakan pemikiran dia tu salah semata-mata kerana gaya berfikirnya tidak sama dengan kita-

oh inilah yg ingin aku katakan dalam episod ni-pada aku beginilah-aku cukup takut kalau mengajar sekolah rendah atau menengah rendah yakni f1 hingga f2 tapi bila sambut hari guru tak dapat hadiah-aku cukup bimbang keadaan itu. pada aku simple saja- pemberian hadiah tanda penerimaan orang terhadap kita-tak ada hadiah, maksudnya lebih kurang macam nilah-iaitu orang kurang menerima kita. yelah, mana ada orang kasi hadiah kalau dia tak suka kita kan? lainlah kalau kat dalam bungkusan tu ada bom.

tapi tak semestinya jugalah-ikut keadaanlah juga-sebab kalau dah mengajar sekolah anak2 pedalaman yang miskin, apa yang hendak diharapkan?

tulah sebabnya tahun ni aku gembira sangat-sebab dapat banyak hadiah seperti dulu2-gembiranya bukan 100% pada hadiah-tetapi gembiranya terhadap penerimaan pelajar terhadap kita. tak bestlah jadi cekgu kalau pelajar2 tak suka-betul tak?

kalau dah mengajar f4 dan f5 susah le nak dapat hadiah macam mengajar f1 dan f2-yelah, f4 n f5 kan dah terlebih matang-kasi2 hadiah kira macam keanak-anakanlah-tak matang--kunun!

korang tengoklah hadiah ni-oh aku dapat jam tangan, 7 helai tali leher baru, frame gambar yang dah siap2 letak gambar irfaan, buku manual photograper berharga rm120, coklat, biskut, alat2 tulis, kad2 yang comel dengan isi yang mengharukan perasaan dan macam2 lagilah.

jadi, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas keikhlasan hati anda yang memberikan hadiah atau kad atau bunga atau apa2 tanda penghargaan dan ingatan-terima kasih sebanyaknya-halalkan segala kekurangan diriku andainya tidak dapat mencapai jangkaan korangs!

byes.