Tuesday, September 25, 2012

ini pasal mastercheh!

malam ni amat tenang tetapi bosan. sebabnya, sebaik saja aku sampai dari rumah norasid tadi, iffah dan irfaan seperti berpakat2 pula tidur awal malam ni. biasanya, kalau abang tidur, adik akan berjaga atau sebaliknya. namun, malam ni berbeza sikitlah. dua2 pun tidur awal.

sudahnya, malam ini menjadi amat sunyi pula. jadi, aktiviti main psp atau ps2 dengan abang dibatalkan serta-mertalah. kalau tak, meriahlah sikit bilik bacaan AKA bilik ps2 aku. kemudian, mem sibuk kat bawah entah apa yang dibuatnya.

akibat kelainan yang muncul ini, aku telah membuat keputusan tanpa bertanya kepada sesiapa iaitu keputusan aktiviti apakah yang patut dibuat. keputusannya ialah menonton masterchef. malangnya, aktiviti yang dijalankan dalam masterchef ni lebih kurang je dengan aktiviti yang dia buat tahun lepas.

kali ni diaorng pergi sekolah SBT n jadi tukang masak di kantin untuk 600 pelajar lebihlah. jadi, aku nontonlah rancangan ni dengan keterujaan yang berkurangan.  sebabnya satu je. aku amat tak suka kalau masakan2 yang diaorang masak tu, dinilai sedap atau tidaknya oleh budak2 atau orang2 yang boleh dipancing undinya. sebagai contoh, mungkin geng  merah  ada ahli2 perempuannya yang amatlah sweet n ahli lelakinya pula amatlah hensem. aku rasa kalau geng sweethensem tambah sikit ayat2 cinta semasa mencedok makanan untuk budak2 yang menadah pinggan tu, mesti undi itu berjaya dipancing. ni contohlah. jadi, undian terhadap kerja2 masakan tu dah macam takde kena-mengena dengan sedaphampehnya makanan tu lagi.

tu yang aku tak suka. aku suka kalau masa nak tentukan kemenangan pihak yang bertanding, tidak berlaku aktiviti memancing undi. budak2 yang makan dibenarkan makan dengan amannya dan dengan amat sopan pula membuat keputusan sendiri tentang makanan mana yang sedap. macam tu barulah betul. n barulah kita dapat cari kumpulan mana yang betul-betul sedap masakannya dan bukan pandai memancingnya.

so, sebab kaedah pengundian yang aku kurang gemar ni digunakan, aku tukarkanlah nama rancangan ni dengan nama MASTERCHEH! .

tengok gambar lagi.


ni gambar kerengga yang aku berjaya rakam di belakang sekolah sewaktu cikgu yusof dengan amat rancaknya mengajar akaun. terima kasih kepada syairah farhana kerana meminjamkan dia punya 90mm macro lens tamron. syairah memang best!

tengkius.

hari merdeka yang lalu

Entri ni dah lama ditulis sebelum entry pap pap pap pap tapi setiap kali aku cuba upload gambar-dia buat hal. tu yang terdelay. kalau masih berminat membaca, silakanlah. bacaan percuma pulak tu kan.

ini kisah minggu lepas. kami sekeluarga dengan gigihnya telah menyewa sebuah bilik hotel di jalan masjid india. hal ini kami lakukan untuk memenuhi keinginan ganjil puan S. setelah lebih sepuluh tahun tinggal di perantauan, tidak pernah sekalipun beliau menyuarakan keinginan untuk menonton persembahan bunga ap sempena kemerdekaan, atau menyaksikan perarakan sempena kemerdekaan di dataran merdeka.

namun tahun ini berbeza. tahun ini kami tidak berada di hadapan kaca tv pada pagi 31 ogos. tahun ini kami berada di dataran merdeka. pada petang 30  ogos, iaitu selepas waktu persekolahan, kami bergegas ke jalan masjid india. hotel starpoint yang terletak di bangunan haniffa telah kami tempah awal-awal lagi. ada tiga objektiflah yang ingin kami capai.

1-puan s nak berbelanja tudung2 yang warnanya belum ada lagi dalam koleksi beliau.
2-kami nak menyaksikan persembahan bunga api pada malam 31 ogos itu.
3-menyaksikan secara dekat perarakan sempena kemerdekaan.

malangnya, dua je objektif yang dapat dicapai. persembahan bunga api takde malam tu sebab encik PM menyambutnya di  bukit jalil. so, takpelah. tak kecewa sangat pun sebab petang tu puan s dah berjaya dengan jayanya membeli beberapa helai tudung + hotel tu tersangatlah okey conditionnya. mintak maaflah sebab aku gunakan perkataan bahasa penjajah tu. sebabnya, aku meniru style pegawai2 pendidikan yang dijemput memberi ceramah atau kadang2 cemarah di sekolah kami. petuanya ialah kalau bercakap dengan orang lain atau di hadapan khalayak, mesti campuradukkan sikit bahasa inggeris, baru nampak intelek. kalau tak, tak intelek dan amat kekampunganlah pula.

oh cukuplah. tengok gambar pula.

                                                              generasi yang amat muda.
                                  chewahh, banggalah ko kan dapat naik kuda depan orang ramai.
                                    terima kasih encik. kalu bukan kita yang kibarkan, siapa lagi kan?
 ini tugas yang paling tak femes dalam perarakan tahun ni. tukang kutip taik kuda. apapun, tabik kepada 2 orang pekerja ni. jangan malu, tugas tu murni.
                                          ginilah ramainya manusia di dataran merdeka pagi tu.
dan inilah bentuk permainan irfaan yang aku paling tak suka. permainan panjat katil dan lompat ke bawah. iffah pula sibuk menyusun kopi dan  teh dan apa-apalah di dalam bekas. mem takde dalam gambar sebab pegi beli tudung.

bye tuan2.




Wednesday, September 5, 2012

pap pap pap pap!



hari selasa. pagi sangat. sekitar pukul 6.55 pagi macam tu. ketika aku singgah ke petronas airport itulah aku terdengar bunyi yang aku jadikan sebagai tajuk entry ini.

kisahnya macam inilah. selepas aku selesai bayar dan isi petrol ke dalam perut viva, aku melewati bahgian belakang petronas tersebut. hajatnya ialah nak buang air kecil. namun begitu, sebaik sahaja aku tiba di tandas lelaki, pintu tandas di dalam tandas itu berkunci kerana ada orang di dalamnya.

tak apalah. biasalah tu. bukannya pelik pun. aku tunggu sekejaplah di depan pintu tandas tu. seingat aku, tak sampai seminit menunggu, aku terdengar bunyi air diflush di dalam tandas itu. legalah hati sebab sekejab lagi bolehlah aku gunakan tandas tu.


namun begitu, tuan-tuan dan puan-puan,

telinga aku kemudiannya dapat menangkap bunyi ini, pap pap pap pap berkali-kali selari dengan bunyi curahan air paip. bunyi itu berulang-ulang dan kadangkala kuat pula. oh sudahlah. aku tunggulah sekejab sambil mula rasa geli. bunyi itu belum berakhir lagi. pap pap pap pap pap pap pap pap pap pap!

sudahnya aku buat keputusan tidak mahu menggunakan tandas itu. sebab bunyi orang menepuk punggung untuk membasuh punggung itu yang pada mulanya agak melucukan kemudiannya bertukar menjijikkan kerana aku terbayang dinding tandas yang kecil itu pasti dipenuhi dengan percikan air yang membasahi punggung encik yang sedang sedap menggosok  ala menepuk punggung itu.

pengajarannya di sini ialah: kadangkala kebiasaan yang kita buat itu apabila menjadi tabiat yang kuat menebal dalam diri kita sukar untuk dikikis. padahnya, tabiat biasa kita itu menjadi luar biasa pada pandangan orang lain dan tanpa kita sedari memalukan kita.

ketika aku melangkah keluar dari tandas lelaki itu, bunyi pap pap pap pap itu masih berbunyi dengan galaknya.


aduhai!