Monday, November 4, 2013

bacalah wahai para doktor

melalui entri ini aku berniat menegur  para doktor dan klinik. aku tahu bukan semua doktor dan klinik begini. so, bagi doktor dan klinik yang tidak berkenaan, jangan ambik hati tetapi teruskan berkhidmat dengan ikhlas hati kerana kerjaya anda amat suci.

malam sabtu yang amat-amat lewat. aku sedang menonton perlawanan bola sepak antara man u menentang fulham ketika mem beritahu aku bahawa irfaan terjaga dan menangis kerana sakit telinga. tangisannya tertahan-tahan dan tidaklah meraung-raung. pada mulanya aku sekadar menggosok minyak di sekeliling telinga tetapi amalan ini tidak berkesan.

kemudian, aku dan mem bergilir-gilirlah menyiasat lubang telinga irfaan kalau-kalau dimasuki serangga atau apa-apalah. namun, aku pasti bukan serangga kerana berdasarkan pengalaman lampau jika telinga dimasuki serangga, sakitnya alang kepalang.

setelah beberapa ketika, irfaan masih menangis kecil. sudahnya, aku membuat keputusan untuk menghantar irfaan ke klinik 24 jam yang terdapat tidak jauh di kawasan tempat tinggal kami (yang terkenal mahalnya dan terbiasa memberikan ubat yang pelbagai walaupun sakitnya sikit aje) . waktu pada masa itu ialah sekitar pukul 1.00 pagi. jasi, jalan raya sunyilah. ketika sampai di klinik, tiada pesakit kecuali seorang pekerja. selepas mendaftar, aku duduk di tempat menunggu sambil mendengar pekerja tadi beberapa kali memanggil doktor.

rupa-rupanya, doktor sedang enak dibuai mimpi di biliknya. jadi, walaupun tidak ada pesakit, aku terpaksalah menunggu doktor bangun, membersihkan diri sikit-sikit sebab nak jumpa pesakit. sekitar 10 minit menunggu, nama irfaan terpacul di skrin komputer yang ada di bahagian atas dinding klinik.

kami masuk ke dalam bilik doktor. doktor yang menyambut kami amatlah veteran.

"Anak saya mengadu sakit telinga, doktor," kataka selepas disoal oleh doktor itu.

doktor mengangguk-angguk dan kemudian melayani komputer di depannya. suasana amatlah tidak menyenangkan kerana doktor mengambil masa yang lama menaip-naip pada komputer. irfaan sempat menguap di tepi doktor sedangkan aku tertunggu-tunggu apa yang doktor ingin katakan atau lakukan.

"Jadi, apa ceritanya, doktor?" soalku kerana agak lama menunggu dan doktor tidak membuat apa-apa selain melihat-lihat skrin komputer seolah-olah aku tidak wujud di hadapannya.

"Telinga dia mungkin digigit serangga, atau alahan atau salah makan, atau telinga kotor," kata doktor itu. "Macam-macam pun boleh jadilah," kata beliau.

geram betul. kalau sekadar hendak beratau-atau, aku pun boleh. doktor veteran ini langsung tidak memeriksa telinga anak aku tetapi mengemukakan andaian demi andaian. helo tuan doktor, kalau sekadar nak berandaian, budak tadika pun boleh buat. cuba tanya budak tadika, kalau orang sakit perut, apa puncanya. seribu jawapan dia boleh berikan. so, doktor, jangan letakkan diri anda sebaris dengan budak tadika.

"Doktor, cuba doktor tengok telinga anak saya, mungkin telinga dia kotor atau apa-apa," kataku supaya doktor memeriksa telinga anakku kerana doktor itu kembali sibuk melihat skrin komputer.  persoalannya, perlulah aku meminta doktor berbuat begitu?

doktor itu pun cepat-cepatlah ambil lampu suluh dan menyuluh telinga anakku.

"Ada kotor sedikitlah," kata doktor itu.

kemudian, doktor pun berkata, "saya akan berikan ubatlah. Ubat demam sudah ada tak?" soalnya pula.

"Anak saya demam ke doktor?" soalku, kerana irfaan sakit telinga dan tidak batuk, atau selsema atau demam atau apa-apa yang lain.

"dia bukan demam. tapi kita standbylah," kata doktor itu.

kami berdua keluar dari bilik doktor selepas itu. kemudian, sekali lagi nama irfaan terpacul di skrin menandakan ubat sudah sedia. ketika mengambil ubat, aku perasan doktor itu tidak ada lagi di tempatnya tadi. dengan nada bergurau, aku bertanya kepada pekerja tadi, "Doktor dah sambung tidur balik ke?" soalku.

boleh pula pekerja itu dengan senyum keriangan menjawab, "ya."

"berapa jumlah bayarannya?" soalku.

"RM80," jawab pekerja itu.

MUKA TAK MALU PUNYA KLINIK. SERVIS MACAM TAIK KUCING LAGI ADA HATI MINTA BAYARAN PENUH DENGAN EXTRA CAJ KERANA LEWAT MALAM! KAMI PESAKIT TAK KISAHLAH BAYAR LEBIH KALAU DOKTOR PUNYA SERVIS JUGA TERBAIK.

satu soalan bonus: selamatkah ubat yang dimakan kalau doktor yang berikan ubat itu punyalah sleepy ketika berhadapan dengan pesakit? ada tak kemungkinan, dalam keadaan sleepy begitu, doktor tersilap memberikan ubat? layakkah klinik mengecaj penuh terhadap pesakit sedangkan perkhidmatan yang diberikan sebegitu teruk?


adios!


Tuesday, August 6, 2013

aku dan hujan

hujan lebat betul pagi tadi. seingat aku, malam tadi, sebelum aku tidur, hujan mula turun. aku bersyukur sangat apabila hujan turun. sekurang-kurangnya, kuranglah sikit panasnya. selama beberapa hari aku di kampung, panasnya cuaca bukan main terik lagi.

selepas bersahur pagi tadi, hujan yang turun sejak malam tadi belum lagi ada tanda-tanda hendak berhenti. kemudian, sekitar pukul 5 pagi macam tu, hujan bukan main lebat lagi menyimbah bumbung rumahku. bumbung zink ini kalau disimbah hujan lebat bukan main kuat lagi bunyinya. menjelang pukul 6.10 pagi, aku masih belum tertelap sebab memang begitulah rancangannya. aku nak berjaga sekejap sebelum solat subuh, takut terbabas.

selesai bersolat, hujan masih mencurah-curah. saat itulah aku teringat kembali zaman dulu-dulu-zaman aku di bangku sekolah. kalau pukul 6.15 pagi hujan masih turun, aku bukan main gelisah lagi, perasaan rimas dan tidak selesa bukan main lagi waktu itu.

bukannya apa. menjelang pukul 6.20 pagi aku akan bertolak ke sekolah. bertolak itu bukanlah semudah bertolak sekarang. aku kena pakai baju hujan yang amat tak best itu, dan mula berkayuh basikal melalui ban haji samad. kadang-kadang aku terpaksa berperang dengan anjing-anjing yang dengan santainya pula berbaring-baring di atas ban haji samad itu.

selepas sampai di rumah haji samad, aku akan letakkan basikal di situ dan cepat-cepat berlari ke arah bawah pokok pisang untuk menunggu bas. pokok pisang itu terletak di tepi jalan raya. dan berdoa pula agar apabila bas sampai, masih ada tempat duduk yang masih kosong.

aduhai, itulah aku suatu ketika dahulu- zaman persekolahan-zaman arwah emak begitu tegas mengajar kami sekeluarga agar tidak sesuka hati ponteng sekolah.  anak-anak zaman sekarang ini lain benar. demam sikit, tak datang. demam sikit di sekolah, telefon mak bapak supaya datang ambik.

gambar hiasan: entah kenapa, waktu nak balik kampung hari tu, irfaan sibuk suruh aku buat kad. nak bagi orang kampung. jadi, dalam sibuk2 kemas barang, aku sempatlah memenuhi keinginannya buat kad sempena balik kampung.

byes korang.

Tuesday, July 16, 2013

aku dan terawih

ini bulan ramadan. malam ini aku secara tiba-tiba pula membuat keputusan untuk tidak pergi berterawih kerana ada sesuatu kerja yang nak disiapkan. kononnya, dengan tidak perginya terawih itu, dapatlah curi masa kat situ untuk mula buat kerja.

nombor satu;
lepas solat maghrib, aku lepak2 dulu dalam bilik layan iffah dan irfaan. jam dah dekat pukul 8.30 pm

nombor dua;
lepas budak2 minum susu dan fokus tv, aku tiba-tiba pula ambik majalah fotografi untuk baca-aku baru perasan malajah tu belum habis baca, baca,baca,baca.jam dah dekat 9.00pm

nombor tiga;
aku solat isyak, n kemudian iffah datang melawat aku, so aku layan iffah main kejap. jam dah dekat 9.15 waktu itu

nombor empat;
aku turun ke bawah n ambiklah apa-apa yang patut untuk mula buat kerja. aku perasan jam dah pukul 9.30 waktu tu.

nombor lima;
aku on laptop, n nak mulakan kerja. tiba-tiba aku terpandang handphone ada mesej kat whatsapp, aku baca mesej dan balaslah apa-apa yang patut. n tiba-tiba pulak, ada mesej lain masuk di facebook mesenger. sedar-sedar je, jam sudah menunjukkan pukul 9.45 pm waktu tu.

menyesal betul. kalau aku berterawih, sekitar 9.40 pm sudah siap isyak berjemaah dan solat terawih 8 rakaat.

dan sudahkah aku memulakan kerja yang aku rancang nak buat sampai aku tak pergi terawih tu. takpun!

aduhai, malam esok mesti pergi terawih. dan buat siapa-siapa yang terbabas dan membaca entry ini, aku seru korang supaya berterawih. seronok solat ramai-ramai ni. aku rasa amat rendah diri melihat abang-abang bangla yang bersolat di surau yang sama denganku. berdasarkan pemerhatian aku, mereka amat seronok beribadat. amat-amat seronok. jadi, aku berdoa kepada Allah agar ditiupkan rasa seronok seperti itu untuk beribadat kepadaNya. 

gambar hiasan. aku snap gambar serangga ni di binjal, jitra.

selamat melalui ramadan dan beribadat buat semua. byes!