Monday, November 4, 2013

bacalah wahai para doktor

melalui entri ini aku berniat menegur  para doktor dan klinik. aku tahu bukan semua doktor dan klinik begini. so, bagi doktor dan klinik yang tidak berkenaan, jangan ambik hati tetapi teruskan berkhidmat dengan ikhlas hati kerana kerjaya anda amat suci.

malam sabtu yang amat-amat lewat. aku sedang menonton perlawanan bola sepak antara man u menentang fulham ketika mem beritahu aku bahawa irfaan terjaga dan menangis kerana sakit telinga. tangisannya tertahan-tahan dan tidaklah meraung-raung. pada mulanya aku sekadar menggosok minyak di sekeliling telinga tetapi amalan ini tidak berkesan.

kemudian, aku dan mem bergilir-gilirlah menyiasat lubang telinga irfaan kalau-kalau dimasuki serangga atau apa-apalah. namun, aku pasti bukan serangga kerana berdasarkan pengalaman lampau jika telinga dimasuki serangga, sakitnya alang kepalang.

setelah beberapa ketika, irfaan masih menangis kecil. sudahnya, aku membuat keputusan untuk menghantar irfaan ke klinik 24 jam yang terdapat tidak jauh di kawasan tempat tinggal kami (yang terkenal mahalnya dan terbiasa memberikan ubat yang pelbagai walaupun sakitnya sikit aje) . waktu pada masa itu ialah sekitar pukul 1.00 pagi. jasi, jalan raya sunyilah. ketika sampai di klinik, tiada pesakit kecuali seorang pekerja. selepas mendaftar, aku duduk di tempat menunggu sambil mendengar pekerja tadi beberapa kali memanggil doktor.

rupa-rupanya, doktor sedang enak dibuai mimpi di biliknya. jadi, walaupun tidak ada pesakit, aku terpaksalah menunggu doktor bangun, membersihkan diri sikit-sikit sebab nak jumpa pesakit. sekitar 10 minit menunggu, nama irfaan terpacul di skrin komputer yang ada di bahagian atas dinding klinik.

kami masuk ke dalam bilik doktor. doktor yang menyambut kami amatlah veteran.

"Anak saya mengadu sakit telinga, doktor," kataka selepas disoal oleh doktor itu.

doktor mengangguk-angguk dan kemudian melayani komputer di depannya. suasana amatlah tidak menyenangkan kerana doktor mengambil masa yang lama menaip-naip pada komputer. irfaan sempat menguap di tepi doktor sedangkan aku tertunggu-tunggu apa yang doktor ingin katakan atau lakukan.

"Jadi, apa ceritanya, doktor?" soalku kerana agak lama menunggu dan doktor tidak membuat apa-apa selain melihat-lihat skrin komputer seolah-olah aku tidak wujud di hadapannya.

"Telinga dia mungkin digigit serangga, atau alahan atau salah makan, atau telinga kotor," kata doktor itu. "Macam-macam pun boleh jadilah," kata beliau.

geram betul. kalau sekadar hendak beratau-atau, aku pun boleh. doktor veteran ini langsung tidak memeriksa telinga anak aku tetapi mengemukakan andaian demi andaian. helo tuan doktor, kalau sekadar nak berandaian, budak tadika pun boleh buat. cuba tanya budak tadika, kalau orang sakit perut, apa puncanya. seribu jawapan dia boleh berikan. so, doktor, jangan letakkan diri anda sebaris dengan budak tadika.

"Doktor, cuba doktor tengok telinga anak saya, mungkin telinga dia kotor atau apa-apa," kataku supaya doktor memeriksa telinga anakku kerana doktor itu kembali sibuk melihat skrin komputer.  persoalannya, perlulah aku meminta doktor berbuat begitu?

doktor itu pun cepat-cepatlah ambil lampu suluh dan menyuluh telinga anakku.

"Ada kotor sedikitlah," kata doktor itu.

kemudian, doktor pun berkata, "saya akan berikan ubatlah. Ubat demam sudah ada tak?" soalnya pula.

"Anak saya demam ke doktor?" soalku, kerana irfaan sakit telinga dan tidak batuk, atau selsema atau demam atau apa-apa yang lain.

"dia bukan demam. tapi kita standbylah," kata doktor itu.

kami berdua keluar dari bilik doktor selepas itu. kemudian, sekali lagi nama irfaan terpacul di skrin menandakan ubat sudah sedia. ketika mengambil ubat, aku perasan doktor itu tidak ada lagi di tempatnya tadi. dengan nada bergurau, aku bertanya kepada pekerja tadi, "Doktor dah sambung tidur balik ke?" soalku.

boleh pula pekerja itu dengan senyum keriangan menjawab, "ya."

"berapa jumlah bayarannya?" soalku.

"RM80," jawab pekerja itu.

MUKA TAK MALU PUNYA KLINIK. SERVIS MACAM TAIK KUCING LAGI ADA HATI MINTA BAYARAN PENUH DENGAN EXTRA CAJ KERANA LEWAT MALAM! KAMI PESAKIT TAK KISAHLAH BAYAR LEBIH KALAU DOKTOR PUNYA SERVIS JUGA TERBAIK.

satu soalan bonus: selamatkah ubat yang dimakan kalau doktor yang berikan ubat itu punyalah sleepy ketika berhadapan dengan pesakit? ada tak kemungkinan, dalam keadaan sleepy begitu, doktor tersilap memberikan ubat? layakkah klinik mengecaj penuh terhadap pesakit sedangkan perkhidmatan yang diberikan sebegitu teruk?


adios!