Saturday, October 25, 2014

aku dan kuaci

suatu masa dahulu, aku bukan main suka lagi makan kuaci. sejak zaman sekolah dulu membawa ke zaman menonton bola dengan budak-budak kampung. waktu nonton bola tu, mulut tak berhentilah mengupas kuaci. sekarang zaman tu dah berlalu. adalah sesekali aku beli kuaci tetapi sesekali itu amalah sesekali. maksudnya, jarang amatlah.
gambar kuaci ini dipinjam dari blog orang lain. maaf, terlepas pandang alamat blognya.


ini kisah semalamlah. kisah pergi ke cameron highlands. semasa melawat taman mardi tu, aku terpandang pokok bunga matahari. selama ini, aku tahulah berapa besarnya bunga matahari ni dan kuaci dihasilkan dari bunga matahari inilah tetapi aku tak pernah berkesempatan berada dekat dengan bunga ini seperti semalam.

jadi, semalam aku berkesempatan berdiri dekat-dekat dengan bunga matahari dan merakam detail bunga matahari ini. korang tengoklah detail bunga matahari ni. canon 7D ditambah dengan reynox 250 dapatlah hasil yang macam ni. nak beli lensa macro macam tak berbaloi je memandangkan aku bukanlah jenis yang tabah sangat merakam gambar makro.

ini bahagian tengah bunga matahari ye. ini detail dia.

ini pula bahagian tengah ynag kuningnya dah gugur atau digugurkan dengan sengaja oleh pengunjung. yang hitam2 tu kuacinya yang masih terselamat. dah bahagian yang lompong tu kualinya telah arwah.

ini detail kuali yang tersembunyi di bahagian bawah kuning (bahagian yang aku taktau apa namanya) tu.

ini tentulah bunga matahari.

beginilah agaknya yang berlaku kepada bunga tersebut apabila pengunjung yang  cuba menyentuhnya. ini ialah salah seorang pengunjung hari tu yang kagum dengan apa yang dilihatnya.


gitulah kisahnya.

adios!

aku dan MARDI cameron highlands

kami ke cameron highlands semalam. sajelah bawa anak-anak berjalan. kami tinggal di rumah penginapan milik koperasi mardi yang mereka namakan sebagai komardi. boleh tahanlah bilik tempat kami tinggal tu. oleh sebab kami tinggal di situ, dapatlah kami melawat tanaman-tanaman mardi secara percuma. malas nak bercerita, korang tengoklah gambar2 yang aku rakam di mardi.














 








semua gambar di atas dirakam dari taman mardi, kecuali pokok teh. pokok teh tu rakam kat luar mardi. banyak lagi gambar yang aku rakam, tapi cukuplah buat masa ni. malas nak tunggu proses loading yang amat mendidikku menjadi orang yang tabah.

adios!

Monday, October 20, 2014

aku dan cucur udang vs sate

Salmiza masih di cameron highland. hari ni aku bertugas sepenuhnya menjaga irfaan dan iffah. selepas ambil diaorang di rumah mummy, kami singgah makan tengah hari. kemudian, lepak-lepaklah kat rumah sambil melayan anak-anak bergaduh. pasal gaduh ni tak usah cakaplah. daripada benda-benda besar sampailah sekecil-kecilnya, tak habis-habis gaduh. aduan rakyat tak usah cakaplah. sampai tak larat mendengarnya.
"Papa, tengok adik ni," adu abang. "Adik ambil mainan lego yang abang dah siapkan," sambungnya lagi.
"Mana ada. adik tak ambikpun," balas adik.
"Ye, adik ambil!" tingkah abang.
begitulah keadaan irfaan dan iffah. kalau baik, siap main peluk-peluk dan guling2 tapi kalau gaduh siap nangis2.

so, lepas melayan aduan rakyat, tiba-tiba abang mengadu lapar. masa tu dalam pukul 4.00 petanglah. so, aku pun tanya abang, nak tak dia makan cucur udang cicah sos. jawapannya, tentulah nak. anak-anak ni suka sangat makan apa-apa cicah sos. so, kami bertiga keluar ke kedai runcit berhampiran untuk beli udang, daun kucai dan taugeh.

sebelum sampai di rumah, aku singgah kejap di gerai jual air kelapa dan irfaan ternampak uncle ni sedang nak nyalakan bara api untuk bakar sate. irfaan nak sate. iffah pun ikut je abang. aku fikir cun jugak kalau beli sate sebab nanti dapatlah kuah kacangnya tu.

tapi, aku tak beli pun lagi sate sebab bara api pun belum nyala. so, malam nanti kita orang akan datang balik untuk beli sate. itu janji aku kepada irfaan.

sampai ke rumah, mulalah aktiviti bancuh tepung dan  bahan2 lain untuk buat cucur udang versi aku.

bahan2 dia ginilah.
tepung gandum
udang
daun kucai
taugeh
garam
telur
bawang
kunyit (untuk kasi kuning)

korang boleh tambah lagilah apa-apa yang korang nak tambah macam gula ke, cili ke, dadah ke (gurau ye), sebab korang yang nak makan, suka hari koranglahkan.

gaul semuanya dan siap untuk digoreng. hidang panas-panas. anak-anak tentulah suka cicah sos. orang tua pastilah pula suka kuah kacang. aku hentam je kedua-duanya. jom tengok gambar.






dah siap goreng cucur udang, kita orang pun makanlah. iffah susah sikit nak makan. dia kuat dengan susu je. abang irfaan memang sempoi punya kalau masak2. dah siap kemas-kemas meja lepas makan tu, tiba-tiba irfaan tanya soalan ini.

"Pa, bila kita nak gi beli sate?" soalnya, tiba-tiba.

hai, dah kenyangpun ingat sate lagi? anak-anak ni kalau dah janji dia akan tuntut sampai dapat.

"Malam nilah," balasku, malas-malas sebab aku tau dia dah kenyang dan kalau beli pun dia tak makan banyak punya.walau bagaimanapun, janji mesti ditunaikan.

adios!

Saturday, October 18, 2014

jom masak sotong celup tepung

pernahlah satu hari ni bila aku berbual pasal masakan, tiba-tiba soerang kawan ini berkata dengan penuh kehairanan;
"Kau masak?"
ya, apa masalahnya kalau aku memasak? jadi, melalui entri ini sekali lagilah aku hebahkan bahawasanya selain menulis dan merakam gambar serta berkebun (tanam pokok bunga), satu lagi aktiviti kegemaran aku ialah memasak. cuma, aku tak selalu memasak sebab orang rumah pun selalu memasak. dan alhamdulillah, masakan dia kena dengan citarasa utara aku. jadi, aku memasak bila orang rumah penat ke, atau sibuk dengan hal sekolah dia ke, atau memang hari tu aku nak makan masakan sendiri.

aku kerap  juga masak masakan ni. Irfaan n salmiza suka. nama resepi ni ialah sotong celup tepung. very leceh but berbaloi kalau nak makan puas2. sebab kalau beli kat kedai, ciput je dia buat sedangkan harga dia mahal. padahal, kita tau kos menyediakan resepi ni murah je. selamat mencuba, kalau ingin cuba. 




Cara penyediaannya mudah amat.
Bahan2;
Tepung gandum
Telur
lada sulah (nak kasi rasa pedas)
Rempah kari sikit (nak kasi rasa berempah pada salutan tepung)
Sotong le, apa lagi.

Cara buat;
Basuh sotong bersih2
Letak dalam penapis untuk kasi kering air
Masa nak potong sotong, lap sikit dengan tisu-nak keringkan sotong untuk elakkan letupan
Sediakan tepung gandum yang dicampur dengan rempah kari. kacau. jangan letak air.
Lepas tu, korang sediakan satu bekas lain untuk letakkan telur-kat dalam bekas telur ni le aku letakkan lada sulah.  aku guna semua telur tu, tak kira kuning atau putih-pukul telur tu tanpa belas kasihan.
Dah potong sotong, salutkan dalam tepung dulu, then celup dalam bekas telur. Lepas tu, korang salut sekali lagi dalam bekas tepung tadi dan masukkan dalam kuali untuk digoreng. Masa korang salut ni le korang kena hati2 sebab kalau salutan dia tak elok, berlakulah letupan demi letupan.
Kalau dah angkat dari kuali, korang jangan letak dalam pinggan yang korang dah alaskan dengan tisu. Korang letak dulu dalam penapis untuk kasi minyak kering. Kalau letak dalam pinggan terus, nanti dia akan kumpul minyak dan sotong celup tepung korang tak rangup.

cubalah, kalau berani. hehe.

adios!


Thursday, October 9, 2014

entri baru dah muncul

akhirnya, di penghujung sesi persekolahan 2014 ini, aku terasa hati untuk menulis sesuatu setelah sekian lama mengusangkan blog ini.

assalamualaikum puan2,

malam tadi. waktu aku lepak-lepak depan laptop, anak-anak bermain bersama-samalah. mula-mula okey kemudian key-o. kemudian, muncul pengadu pertama.

"pa, adik patahkan tulang abang," kata irfaan.

amboi, siap patah-patah tangan lagi ye korang bergaduh. aku pun belek-belek dan usap-usaplah tangan yang dilaporkan patah tulangnya itu. belum pun sempat selesai mengusap lengan abang, muncul pengadu kedua.

"pa, abang pukul adik," kata iffah. "Tengok ni, sakitlah kaki adik," katanya lagi.

amboi, sorang patah tangan, sorang sakit kaki, bukan main lagilah korang bergaduh ye. walaupun begitu, aku tak ambil hal sangatlah. anak-anak bergaduh. carik-carik bulu ayam, bercantum juga akhirnya nanti.

syukur alhamdulillah, anak-anak makin membesar. beberapa bulan sahaja lagi, aku perlu melawat gudang pakaian untuk membeli baju sekolah irfaan. walaupun aku agak ketinggalan dengan kawan-kawan yang lain, rasa syukurku kerana zuriat ini tidaklah berakhir. syukur alhamdulillah.

puan2, sila melihat gambar yang aku ambil gunakan d7000. kali ini alat mainan irfaan jadi mangsa.




jadi, melalui entri ini aku sedang mengingatkan diriku sendiri dan puan2 agar sentiasa bersyukur. bersyukur dan bersyukur.

adios!