Friday, September 25, 2015

flora di rumah isteri

selamat hari raya aidiladha. hari ini hari kedua raya. namun, di negeri kedah, sambutan hari raya aidiladha tidaklah semeriah aidilfitri. tahun ini kami berpeluang pulang beraya bersama keluarga setelah bertahun-tahun tidak berpeluang beraya aidiladha bersama keluarga. tahun-tahun lepas, aidiladha jatuh pada tengah-tengah minggu dan cuti sehari itu kami rasakan kurang berbaloi untuk pulang ke kampung. jadi, kami beraya di selangor.

tahun ini, aidiladha jatuh pada cuti sekolah. jadi, kami berpeluang beraya di kampung. namun, sambutannya makin hambar. hari ini raya kedua di rumah mem terasa seperti tidak ada raya, kecuali stesen tv masih menyiarkan rakaman takbir raya. 

petang ini, entah kenapa, selepas solat asar kurasakan terlalu bosan. anak-anak leka bermain sesama sendiri, mem berbual dengan emaknya. aku capai d7000 dan terbongkok-bongkok di tepi pasu bunga. projek petang ini aku nama FLORA DI RUMAH ISTERI. jom tengok beberapa keping gambar flora yang sempat aku snap. banyak jenis bunga di rumah ini tetapi ini waktu petang. bunga-bungaan tidak berkembang semuanya.





 buah markisa
 bunga markisa



 bunga mahkota dewa
 bunga ulam raja
 buah mahkota dewa


bunga kenanga


terima kasih tuan2.

Wednesday, September 16, 2015

aku dan khidmat buat poster

Sabariah mengarahkan teater muzikal lagi. kali ini beliau arahkan teater yang bertajuk Dayang Senandung. dan seperti biasa, aku perlu membantu beliau menyediakan jurugambar-jurugambar dan juruvideo untuk pementasan itu nanti.
             cuma, sebagai jurugambar sekolah, tugas aku bukan sekadar menyediakan gambar-gambar itu, tetapi termasuk juga menyediakan bahan untuk tujuan publisiti. jadi, aku kena buat trailer dan juga poster untuk pementasan beliau. so, inilah dia poster yang aku sediakan untuk beliau.


mungkinlah tuan2 rasa alangkah biolnya aku kerana baru menulis entri ini sedangkan pementasannya telah lama tamat. sebenarnya, nawaitu aku menulis entri ini bukan untuk mempromosikan tetapi sekadar menyatakan bahawa inilah sebahagian kecil tugasku di sekolah itu.

dan seperkara yang lebih penting lagi ialah nak beritahu tuan2 bahawa setiap kali aku merekacipta poster atau trailer atau menghasilkan video, macam-macam komen dan kritikan aku dengar daripada rakan2 guru sehinggalah anak2 didik. itu perkara biasalah, orang tengok dan komen. salah ke komen?

alkisah, nak dijadikan cerita, baru-baru ini dalam sambutan bulan kemerdekaan, cikgu A berjumpa denganku di hadapan bilik guru. beliau menunjukkan kepadaku reka cipta banner bulan kemerdekaan oleh seorang designer ini.
           "Apa komen kau?" soalnya.
           "Okey," kataku.
           "Aku rasa design ni ringkas sangat, "katanya pula.
           aku mengangguk.
           "Kau tau tak, aku komenlah kat designer ni, mengatakan bahawa design ni simple sangat," katanya lagi.
           "Habis tu?" soalku, ringkas.
           "dia melenting pulak. katanya, cikgu buatlah sendiri designnya," kata cikgu A.
           "Pulak," kataku.
           "Aku cakap, manalah aku tau reka2 design segala," kata cikgu A pula. "Sebab itulah kita hantar kat dia suruh designkan," katanya lagi.
           "Lepas tu, apa kata dia?" soalku pula.
           "Katanya, kalau cikgu taktau design2 segala, cikgu tak layak nak komen kerja-kerja saya," jelas cikgu A.
           "Dia cakap macam tu?" soalku pula.
             Cikgu A mengangguk. "Saya dah minta maaf berkali-kali, dia marah-marah lagi pula," kata cikgu A, kemudiannya.
            "Suruh dia berhenti jadi designer," kataku. "Dan kalaulah masalah sentap dia tu tak habis-habis lagi, lain kali hantar je banner kat syarikat lain. kat luar sana, bersepah-sepah kedai buat banner" kataku lagi sambil berlalu.

tak masuk akal kan? kalau kita bukan designer, kita tak layak komen design orang. kalau kita bukan pelakon, kita tak layak komen lakonan orang. kalau kita bukan tukang masak, makan je sebab kita tak layak komen masakan orang. kalau awak tak ada blog, jangan sibuk nak komen2 kat blog orang. aduhai, macam-macam perangai manusia.

sempena bulan kemerdekaan ni, saya  ada mencipta lirik dan lagu untuk lagu Negaraku Tercinta, dinyanyikan oleh Wani Kayrie dan Fatehah Quzandrea. piano oleh ming ling. kalau korang dapat nonton video tu kat facebook, komen le tak ada hal punya.

selamat tinggal tuan2.

Tuesday, September 15, 2015

kem tahan lasak di kolej ke lima, UM dan perihal tolong-menolong

Sahabat baikku menjadi penyelaras kem tahan lasak. kem ini kami adakan di Kolej kelima, UM. adalah sekali beliau mengeluh tentang sikap kawan yang tak reti mengenang jasa.
      "Waktu dia buat program, nama aku  awal-awal lagi dah muncul dalam senarai AJK dia," katanya. "Aku tak kisahlah sebab aku ingat kalau hari ni aku tolong dia, esok dia tolong aku pulak," katanya lagi.
       aku sekadar menganguk sajalah.
      "Tapi yang aku sakit hati ialah bila aku pula buat program, dan aku letakkan nama dia dalam pasukan aku, dia keluarkan ayat ini; kenapa saya? takde ke orang lain?" terang sahabat ini.
        aku terdiam lagi.
       " Kalau engkau, sakit hati tak?" soalnya pula.
       "Tentulah aku sakit hati," kataku, bukan hendak menyimbah minyak ke dalam api, tetapi itu kenyataannya.

aku suka ayat sahabat ini: hari ni aku tolong dia, esok dia tolong aku pulak. sebenarnya, bukanlah bila kita menolong orang, kita harapkan balasan, tetapi alangkah seronoknya kalau kita tolong-menolong. buat apalah nak berkira sangat tenaga dan kepakaran yang banyak tu. malulah sikit kat semut dan kerengga yang menjadikan tolong-menolong dan kerjasama sebagai amalan harian.

malaslah nak tulis lagi. biar gambar bercerita. sebenarnya, banyak gambar yang aku snap hari tu tetapi ini sahajalah yang termampu diuploadkan.

nota: gambar edit sikit guna photoshop cs3 -artistic filter paint apa ntah.






                                      ni anak murid kesayangan semua cikgu. kata beliaulah.

cikgu yusof, pengetua sekolah, pengetua kolej ke 5, UM, YDP PIBG, dan penolong2 kanan.


selamat tinggal tuan2.