Wednesday, February 25, 2015

bila anak-anak berbual

aku sedang menekan-nekan kekunci komputer ketika aku terdengar perbualan anak-anak yang amat comel ini. irfaan dan iffah sedang mereka cipta apa-apalah dengan blok lego yang ada di atas meja. tiba-tiba muncullah perbualan ini di antara mereka.
       "Adik dapat kawan baru tak di sekolah?" soal irfaan sambil tangannya leka mencucuk-cucuk blok lego ke blok yang lain.
       "Ada," jawab iffah, ringkas. "adik ada kawan perempuan, kawan lelaki," katanya lagi.
sebaik sahaja iffah katakan yang dia mempunyai kawan lelaki, muncullah dialog ini dari mulut pelajar darjah satu sk subang bestari ini.
       "eeeee adik ada temu janji," kata irfaan kepada iffah.
       "mana ada," nafi si adik.
aku tidak mampu bertahan menjadi pendengar semata-mata, lalu aku tanyakan irfaan soalan ini;
       "temu janji tu apa, abang?" soalku.
       "keluarlah. apa lagi," katanya, ringkas.




hakikatnya;
iffah tak faham pun apa itu temu janji. dia menafikan kerana dia sudah terbiasa menafikan ayat-ayat abang yang bernada begitu. namun abang ini, aduhai bimbangnya. pengaruh tv amat kuat nampaknya. ayat-ayat dari tv itu sepatah demi sepatah melekat dalam mindanya.

selamat tinggal tuan-tuan.



Tuesday, February 24, 2015

Sebuah Kelas Sejuta Kisah


Episod satu.

Marina amat gembira hari ini. Kejayaan hari ini ialah kejayaan terbesarnya dalam tahun 2015. Dia tidak akan melupakan kejayaan ini. Dia sedar rakan-rakannya amat mencemburuinya, terutamanya alia abrar. Alia cemburu amat. Akan tetapi, alia bijak menyembunyikan kecemburuannya itu. Qamarina juga cemburu. Namun gadis pendiam tidak berperasaan ini bukanlah apa-apa. Dia cuma gadis biasa yang  biasa-biasa sahaja.
                “Kalau saya tak berikan duit raya, budak-budak kecil yang gedik itu akan mengutuk saya,” luah irdina tanpa dipinta, seperti biasa. “Saya rasa macam nak cekik-cekik saja budak-budak itu,” katanya lagi meluahkan perasaan yang tidak bersempadan itu.  Di sebelahnya, si dayang sedang tekun mencari isi penting yang tidak kunjung tiba.
                Kelas berjalan seperti biasa. Sebentar tadi cikgu alias singgah di sebelah nisa. Gadis ini tersengih-sengih kerana tidak tahu apa yang patut dilakukannya.
                “Kenapa awak tak tulis apa-apa?” soal cikgu alias.
                Dia tersengih lagi.
                “O, awak ni jenis yang tak ada idea kalau saya duduk di sebelah awak, bukan?” soal cikgu alias lagi.
                Nisa menjawab soalan cikgu alias dengan sengihan mautnya. Cikgu alias bingkas bangun  dan bergerak ke tempat lain.
                “Banyak awak dapat angpau tahun ni?” soal cikgu alias kepada Nicole, tiba-tiba.
                Nicole, gadis cina yang tersepit di celah alia dan irdina ini tidak tergamampun. Dia sentiasa bersedia.
                “Merosotlah ,cikgu,” katanya.
                Cikgu alias bergerak ke arah jillian pula. Pelajar ini bersendirian hari ini. Ramya melarikan diri untuk menumpahkan kasih sayangnya kepada aiswarya. Kasihan jillian. Dia terpinga-pinga diperlakukan begitu oleh ramya, anak emas puan amarjeet itu.
                “Banyakkah angpau yang awak dapat, amoi?” soal cikgu alias.
                Jillian mendongak ke arah cikgu alias yang berdiri di sudut kanan mejanya. Dibukakan sedikit matanya yang sepet itu. Kemudian, dia bersuara.
                “Saya belum kiralah, cikgu,” jawab jillian. Lagipun, raya belum habis lagi,” katanya lagi.
                Di suatu sudut yang lain pula, kelihatan reishma yang duduk di sebelah yasodha, gadis india yang memakai cermin mata berbingkai besar itu. Reishma tersengih-sengih sendirian.
                Persoalannya, mengapa reishma?




bersambung… 



nota: dah lama tak menulis. saya sedang mengasah bakat.

insaf

ketika aku singgah bersolat zohor di surau bersebelahan taman mutiara subang, aku terperasan motosikal ini. ada beberapa biji telur dan tembikai bersaiz comel di dalam bakul motosikalnya. di belakang pula, terdapat kurungan ayam pencen di dalamnya.



ringkasnya, pemilik motosikal ini singgah untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah. ketika aku ingin mengambil wudu' muncul kelibat pemilik motosikal ini dari tandas surau. dengan seluarnya yang rosak getah di pinggang dan diikat dengan tali, aku rasa amat kasihan dengan pakcik ini. pada waktu itu, aku berasa seperti ingin memberikan wang kepada pakcik ini untuk membeli seluar baharu.

namun, aku diamkan saja dan mula berwudu'. ketika kelibat pakcik ini hilang sekali lagi, aku mula menunaikan solat. ketika aku ingin melangkah keluar, aku terperasan pakcik ini sedang bersolat di suatu sudut surau dengan berkain pelikat. kusyuk sungguh nampaknya!

kejadian ini amat menginsafkanku. pada saat kita yang bergaji ribu-ribu ini sibuk dengan urusan sendiri dan mengejar pencapaian serta kesenangan atau keselesaan dalam hidup sampaikan solat dan ibadat pun di celah-celah kesibukan yang kita ciptakan, orang yang daif dan serba kekurangan hidupnya mampu meluangkan masanya untuk menghadap Allah. patutnya, merekalah yang bekerja gila-gila untuk menambah rezeki kerana ketidakcukupan mereka di pandangan mata kita, namun mereka tidak melupakan Allah. Tidak sekali-kali.

aduhai insafnya.

oh kucai!

salam tuan & puan,

entah kenapa aku secara tiba-tiba amat suka menanam pokok ini.  ketika aku pergi ke nursery lot 52 sungai buloh, aku ternampak pokok kucai ini yang dijual pada harga rm12 sepasu. pasu buatan sendiri aku sebetulnya dapat memuatkan empat pasu kucai. namun, kucai yang ada di kedai itu hanya sepasu. walaupun begitu, aku tetap membeli sepasu kucai tersebut.

kucai yang dibeli itu sudah berbunga. dan sunguh tidak disangka-sangka, bunga kucai yang tua itu yang kemudiannya aku taburkan di atas pasu bunga panjang buatan sendiri itu tumbuh. kemudian, aku semaikan pula baki beberapa butir benih kucai di dalam pasu kecil. alhamdulillah, menjelang satu minggu, benih kucai mula beraksi!

dan lebih menyeronokkan lagi, ketika pulang ke kampung baru-baru ini aku terperasan ada tanaman kucai di rumah ibu mertuaku. hasilnya, penuhlah sudah ruang yang masih berbaki di dalam pasu buatan sendiri sepanjang 3 kaki itu. dan petang tadi, ketika menyiram pokok, aku perasan kucai ini mula menjulurkan daunnya. alhamdulillah!

 bunga kucai ibu mertua. tak lama lagi bercambahlah benihnya.
 pokok kucai yang dibeli di nursery sungai buloh lot 52
 pokok kucai ibu mertua
kucai ibu mertua yang dipotong daunnya ketika ditanam.
anak kucai yang disemai mula tumbuh.


oh bahagianya! 








Monday, February 23, 2015

kebun atau tanaman herba di laman sempit kami

salam tuan & puan,

menjelang awal tahun 2015, secara tiba-tiba, kata-kata mem selama ini iaitu laman kami dipenuhi dengan pokok-pokok tidak berbunga akhirnya berjaya mengubah lanskap laman sempit kami. aku terfikir tentang betapa aku telah menghijaukan laman kami dengan pokok hiasan yang berjaya menghijaukan laman tetapi kurang berbunga.

kemudian, terlintas di fikiranku untuk membuat perubahan pada laman sempit kami. dan perubahan seperti biasalah memerlukan pengorbanan. dalam hal ini, pokok bunga heliconia kami perlu dikorbankan atas sebab;

1)pokok ini terlalu mewah berdaun dan mengambil ruang yang luas di laman kami.
2)daun pokok heliconia ini menggelapkan laman sempit kami.
3)kerja-kerja menguruskan daun-daun heliconia ini tidak lagi gembira aku lakukan.

lalu, atas dasar perubahan dan penghijrahan, laman sempit ini aku susun atur semula menjadi laman yang dipenuhi dengan pokok herba yang boleh dinikmati hasilnya dan bukan lagi boleh dilihat hasilnya.  pokok-pokok herba yang mengambil alih tempat heliconia di tepi pagar hadapan rumah ialah;
1)pegaga
2)limau kasturi
3)serai
4)pudina
5)cabai melaka
6)terung bulat
7)kucai
8)daun sup
9)ketumbar bangla
10)pandan

dan alhamdulillah, tanaman herba ini hidup dengan subur setelah dicurahkan kasih sayang sepenuhnya.












dengki tak? hehe. berbudi kepada tanah tidak pernah menghampakan. sekarang ni, kami tidak perlu lagi membeli cabai melaka di kedai. serai juga begitu. pandan turut berfungsi dengan baik. limau kasturi mula berbuah. limau purut telah lama berjasa. terung telah pernah dicampurkan dalam masakan. pudina dan ketumbar bangla juga pernah dinikmati secara percuma terus dari laman sempit kami.

jom le berkebun. berbaloi-baloi.

adios!