adapun, selepas puas membelek dan membeli, kami pun pegilah ke kaunter bayaran. kami disambut dengan senyuman yang amat manis oleh cashier kat kaunter tu. so, dia pun taglah barang2 yang kami beli dengan alat elektronik yang aku tak tau apa namanya.
so, jumlah keseluruhannya berjumlah rm51.15. nombor dia memang cun. mem aku pulak jenis yang suka simpan duit satu sen yang merah2 tu. so, dia dapatlah bagi jumlah yang setepat2nya, iaitu rm51.15.
entah apa silapnya, budak cashier tu tersalah tekan wang yang mem aku beri dengan angka yang begini: rm5115.00. so, ditolakkan dengan rm51.15, kenalah dia pulangkan rm 5063.85. menggelabah beb!

aku plak sesaje nak menyakat dia, aku cakap;
"miss, u suppose tu giv her rm 5063.85," sambil aku menunjukkan resit tu.
"takde cik, isteri awak kasi sama saya ini macam punya banyak saja.cukup2 juga. tak ada lebih punya," kata chasier yang menggelabah tu.
"dah la tu, bang," kata mem i. " dik, takpe dik, dah ok," kata mem i sambil menolak badanku.
kesian budak tu. aku pulak, tak tahan nak ketawa bila tengok resit tu. then, sambil berjalan ke arah keta, aku bantailah ketawa (tapi tak kuat2lah).
then, mem i cakap;
"Itulah, ketawakan orang sangat. Tuhan dah balas dah kat abang," katanya sambil menunjukkan tayar keretanya yang kempis habis.
haih, masa orang lain sibuk keluar masuk ke dalam pasar segar baru tu, aku pula sibuk tukar tayar belakang yang kena paku!

chesss! (pinjam perkataan ainin) chess! chesss! (pinjam lagi)
ok, ini pula hiasan tambahan. tapi ada juga sebabnya aku letak gambar ni.
durian ni dah takde lagi kat dunia ni. aku dah makan dia sampai habis, kecuali durinyalah.
dulu, aku suka sangat tengok siri cerita ni.

kat sinilah aku baiki tayar keta. tak jauh pun dgn rumah aku.
okie, cau.














