Thursday, June 10, 2010

oh baju raya

p/s: klik pd gambar utk lihat gambar dgn saiz sebenar.


kejadian: membeli kain utk membuat baju raya
latar masa : siang-agak2 nak malamlah jugak
latar tempat: subang jaya-nagoya
latar masyarakat: oh masyarakat yang hiruk-pikuk n pelbagai kaummmm.

ni ha ceritanya-aku secara tiba2 pula pada tahun ini bertukar peranan daripada menjadi tukang komen pasal kain yang nak dibeli kepada tukang jaga pegawai khas pemeriksa. oih, ini kerja yang meletihkan.

dulu2, aku akan jalan2 dengan mem dan tengok2 jenis kain dan komen2 sikitlah-kalau ada orang tengok, aku akan menampakkan lebih kemesraanlah supaya orang2 yang tengok tu akan rasa cemburu kerana suami mereka tak macam tu--haih, lakonan--oih, aku tak buat macam tupun-oh aku buatlah tapi tak berlakon-isteri aku ada satu tu je, kenalah jaga baik2 kan.

okeh, ini cerita tahun ni-encik irfaan telah menjalankan tugas pemeriksaan beliau dengan penuh semangat-kalau selama ini rumahku sahaja diperiksanya -kali ini tidak lagi-habis merata2 kedai nagoya tu dia survey-penat jugalah aku mengekor dari belakang-nak pegang tangan dia, huih, siap menepis-nepis tu-tak nak kasi orang pegang tangan dia-hamboih!

kesimpulannya, aku dah beli kain utk buat baju raya-memang tiap2 tahun pun macamtulah-aku suka beli kain kat nagoya-ada satu jenis kain ni aku selesa sgt bila dijadikan baju melayu walaupun kain dia tebal macam kain langsir. aku suka baju melayu johor walaupun aku orang kedah-sebenarnya, aku maleh nak cekikkan leher aku dengan butang yg banyak dalam baju melayu kedah ni- tengok, aku manusia yang serba ringkas. rambut kurang, baju butang satu je, isteri pun satu--ringkas kan?

byes!

hari guru-episod akhir

p/s: klik pada gambar utk lihat saiz sebenarnya atau untuk memuaskan nafsu mata anda. nyeheheh!

dan inilah tahun yang menggembirakan aku-oh sungguh-kerana sempena sambutan hari guru ni aku dapat banyak hadiah--tak senonoh kan? macam budak kecik kan?

tulah yang korang tak tau. setiap manusia ada cara pemikirannya yang tersendiri-dan tak bolehlah kita nak katakan pemikiran dia tu salah semata-mata kerana gaya berfikirnya tidak sama dengan kita-

oh inilah yg ingin aku katakan dalam episod ni-pada aku beginilah-aku cukup takut kalau mengajar sekolah rendah atau menengah rendah yakni f1 hingga f2 tapi bila sambut hari guru tak dapat hadiah-aku cukup bimbang keadaan itu. pada aku simple saja- pemberian hadiah tanda penerimaan orang terhadap kita-tak ada hadiah, maksudnya lebih kurang macam nilah-iaitu orang kurang menerima kita. yelah, mana ada orang kasi hadiah kalau dia tak suka kita kan? lainlah kalau kat dalam bungkusan tu ada bom.

tapi tak semestinya jugalah-ikut keadaanlah juga-sebab kalau dah mengajar sekolah anak2 pedalaman yang miskin, apa yang hendak diharapkan?

tulah sebabnya tahun ni aku gembira sangat-sebab dapat banyak hadiah seperti dulu2-gembiranya bukan 100% pada hadiah-tetapi gembiranya terhadap penerimaan pelajar terhadap kita. tak bestlah jadi cekgu kalau pelajar2 tak suka-betul tak?

kalau dah mengajar f4 dan f5 susah le nak dapat hadiah macam mengajar f1 dan f2-yelah, f4 n f5 kan dah terlebih matang-kasi2 hadiah kira macam keanak-anakanlah-tak matang--kunun!

korang tengoklah hadiah ni-oh aku dapat jam tangan, 7 helai tali leher baru, frame gambar yang dah siap2 letak gambar irfaan, buku manual photograper berharga rm120, coklat, biskut, alat2 tulis, kad2 yang comel dengan isi yang mengharukan perasaan dan macam2 lagilah.

jadi, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas keikhlasan hati anda yang memberikan hadiah atau kad atau bunga atau apa2 tanda penghargaan dan ingatan-terima kasih sebanyaknya-halalkan segala kekurangan diriku andainya tidak dapat mencapai jangkaan korangs!

byes.

Sunday, May 23, 2010

ni pasal hari guru-episod satu


hari guru baru je berlalu-aku dapat banyak hadiah-nantilah aku tunjukkan hadiahnya-korang bersedialah untuk mencemburui diriku ini. aku cadang nak letak gambar hadiah tu kat sini dengan niat utk membuatkan korang cemburu tahap cipan.

berjumpa di episod kedua-chewahhh.

ni hadiah yg aku dapat dulu kat seri cahaya-jangan cemburu dulu tau sebab ni baru sikit je-tapi aku sayang hadiah bantal ni.

byes.

pegawai pemeriksa khas on duty!

gambar menunjukkan encik irfaan sedang menjalankan tugas rutin beliau-kotak kasut converse aku menjadi suspek utama beliau.


oh ini entri khas pasal encik irfaan-utk pengetahuan korang-beliau dengan tanpa diminta atau disuruh oleh sesiapa telah melantik diri beliau sendiri menjadi pegawai pemeriksa khas kat rumah kami ni. dulu, aku risau le jugak sebab dah setahun lebih tak buleh jalan2 lagi-then encik asri ada beritahu aku pasal buak2ni-actually ayat macam ni dah banyak kali aku dengar-ayat dia macam ni lah--"cikgu, budak2 ni ada dua macam- satu, berjalan cepat, mulut lambat bercakap. satu lagi, berjalan lambat tapi mulut cepat bercakap," kata encik asri dan manusia2 lainlah-

memang betulpun-encik irfaan ni mulutnya bukan main cepat lagi-banyak dah perkataan yang dia sebut yg aku dapat faham-tapi dia lambat berjalan-okey, masalah tu dah selesai-actually bukan masalahpun-cuma, kerisauan yang tidak bertempat je.

oh encik irfaan dah buleh jalan dah-ditambah pulak dengan mulut yang bukan main lagi berkata2-memang cun habis. buat masa ni, encik irfaan bertugas di rumah kamilah-habis le suma barang2 aku diperiksanya. bilik bacaan dah tak macam bilik bacaan dah-banyak buku2 kesayangan aku diselak2 n dicampak2 di tepi rak buku-hoih, aku berasa amat sedihlah mengenangkan nasib buku2 yang selama ni aku selak halaman demi halaman dengan amat cermat itu-

kadang2 dia jalan sambil bercekak pinggang tu-tu yang tak tahan nak tengok-tahap kecomelan masa tu bukan main lagilah-jalan letak tangan kat belakang macam orang tua2 tu-aku dan mem hanya mampu sengih2 jelah-sekarang ni encik irfaan dah pandai bersalam dah-nak tidur kena salam dulu, siap cium2 tangan. kalau nasib baik, takdelah tangan aku kena air liur beliau-kalau nasib aku teramat baik, merasalah air liur beliau kat tangan aku-tapi itu pun tak apa-demi kasih dan sayang.

kesimpulannya, jagalah anak kita sebaiknya-n aku heran sungguh orang yg buang2 anak ni, yang dera2 anak ni-mana perginya kasih dan sayang?

byes.

Saturday, April 24, 2010

Mana Dude?


Mana Dude?

oh itulah tajuk novel aku yang terbaru. kali ini novel aku diterbitkan oleh buku prima. buku2 ni dipenuhi dengan watak budak2 remaja yg comel n suka pikir benda2 kecil sebagai besar. buku ni mengetengahkan isu yg kecil dan biasanya diabaikan oleh orang2 lain.

dah ramai budak2 sri aman dah baca buku ni-terima kasihlah korang. n ramai yg jumpa aku balik cakap buku tu best-so aku happylah dapat respons macam tu-menunjukkan buku tu memang dapat menarik minat n perhatian golongan sasaranlah.

so, buat pembaca di luar sana, bacalah buku ni-bahasa dia makin sempoi-bahasa dia makin santai-terima kasih ainin naufal, sahabatku yang amat femes dengan buku Melah Melia dan yg terkini buku Sejak Bila Kita Berbaik. puan ainin ni selalu memandu aku untuk menulis dengan bahasa yang santai dan takmo skema sangat-oh aku uploadkan gambar cover buku tu nantilah.

byes.

restoren kak teh. pegilah makan.


klik le gambar tu untuk tengok saiz sebenar.

bulan lalu. aku dengan semangat yang membuak2 membawa cik abang n mem n cikyah pergi ke cameroon highland. naik cik viva. mujurlah aku yg drive. kalu tak, muntah hijau le dibuatnya. hal ini demikian kerana aku amat pasti bahawa aku tidak mampu membiarkan tubuhku ini digoyang ke kiri dan ke kanan oleh sebab jalan yang bengkang-bengkok melampau2 itu.

berjaya sampai. yeay!

sebabkan pergi secara tiba2, aku stay je kat hotel yg murah. tapi kebersihan hotel memuaskanlah cuma bilik dia sempit sikit.

beberapa kekecewaan;
1)mem yang amat disayangi itu tertinggalkan beg cik abang di depan wira kat rumah kami. baju tebal cik abang ada kat dalam tu pulak. so, aku marah2 sikitlah.
2)sebelum pergi, mem amik somethinglah kat dalam badan wira n mem tutup pintu wira tak rapat n alarm yg hari tu aku matikan bunyinya untuk sementara waktu menyebabkan bunyi alarm tak keluarlah-kesimpulannya, lampu berkelip2lah sampai bateri kering. so dalam hati aku marahkan diri sendirilah kerana lupa aktifkan balik bunyi alarm tu.
3)cameroon highland tu tak sejuk lagi macam dulu2. so, cik abang tak payah pakai baju tebal pun sebab tak sejuk.

malam tu kami nak pegi makan. plan nak makan kat kedai tomyam dekat kfc (area pasar malam). sebab payah benar nak cari parking, n mem ternampak satu kedai ni tak jauh sgt dengan kedai tomyam tu pun. mem pun mencadangkan beginilah;

mem: kita makan kat kedai tadi jelah. takpayah nak jalan jauh2 sangat.
diriku: kedai mana pulak ni.
mem: kat restoran tu, apa ntah nama dia. restoren kak teh. restoran baru kot tak jauh macam restoren tomyam tu.
diriku: oh bolehlah. tak payahlah nak jalan jauh2 sgt.

dan kami pun pergilah ke restoren kak teh tu. tapi terpaksalah batalkan je niat tu. tak perlu bincang2 pun pasal nak batalkan niat tu-boleh batal sendiri2 je. hal ini demikian kerana kami sendiri berpakat2 di dalam hati masing2 tak sanggup nak makan kat restoren kak teh tu apabila diri kami telah mendapati nama penuh restoren tu, restoren bak kut teh.

oh ini kes tersalah baca le ni. byes!

o

dan adakah aku akan membiarkan blog ini mati begitu sahaja tanpa entri2 baru?

tidaklah.