aku menonton buletin utama pukul 8 tadi-oh lagi satu kes bayi yang dibuang. kali ini bayi yang baru dilahirkan dalam tempoh dua puluh empat jam itu dibuang di dalam tong sampah pula.
lalu aku teringat kembali kata2 ustaz siang tadi semasa beliau memberi ceramah tentang israk mikraj- kata beliau," sejahat2 abu jahal pun, dia berzina dengan perempuan lain yang dia tak kenal (maksudnya bukan ahli keluarganya) tapi manusia hari ini, berzina dengan anak sendiri."
aku termangulah mendengarnya. kemudiannya, ustaz berkata lagi, "Sejahil2 manusia zaman dulu, bila dia dapat anak perempuan, anak dia yang masih hidup itu ditanam- adalah juga kubur anak dia tu. manusia sekarang tak tanam anak-main buang je kat mana2 dan biarkan anak2 digigit semut dan anjing."
kejamlah manusia zaman ini-semuanya didorong oleh nafsu je. semoga ALLAH membalas kembali perbuatan ibu bapa yang zalim terhadap darah daging mereka sendiri ini secepatnya-biar jadi pengajaran kepada orang lain-dan semoga kemarahan ALLAH itu tidak ditumpahkan ke atas kita semua-seperti mana manusia2 terdahulu mengalaminya.
wassalam.
Saturday, July 24, 2010
keparasitan!
buah jambu di dusun tepi pagar tempat kerjaku. cun kan bokeh dia? snap guna tamron 18-270 vc.ini ialah entry khas utk mengenang satu parasit ni.
ada satu manusia ni-aku akan selalu jumpalah sepanjang hari isnin hingga jumaat-itupun kalau aku pergi kerja dan dia pergi kerja juga.
pada awal july yang lalu, manusia ini telah meminta bantuanku (yang sebenarnya tugas beliau) utk menyiapkan sesuatu. aku tak kesah sangatlah sebab aku buleh buat benda tu-sebab aku kan kreatif orangnya-setakat nak buat benda2 kreatif macam tu apalah sangat.
dan seperti biasa, aku siapkan benda kreatif itu-dan hasil kerjaku itu tidaklah begitu teruk dinilai orang.
okeyh, lepas tu aku seboklah dengan Asean school games tu. balik saja dari asg, aku berjumpalah dengan manusia ini yang tanpa membenarkan aku membetulkan helaan nafas pun, memberikan aku satu tugas lagi-tugas di luar tempat kerjaku-lalu dengan alasan yang amat sesuai-aku menolaknya kerana aku nak kena kejar silibus-then manusia ini berkata, " oh aktiviti ni dua minggu lagi. sempatlah kan?" katanya sambil bertanya pula.
kemudian aku pun bermonolog di dalam hatiku-'oi, apa dah tak ada manusia lain ke kat tempat kerja ni-asyik2 haku je yg ko nak pilih?'
manusia berkata lagi, "kalau awak tak nak pergi takpelah, tapi kena buat benda tu sekali lagi, cuma tajuknya lainlah-ikut tema,"ujar manusia ini.
spontan je terlintas di dasar hatiku, 'dasar parasit!-apa tak bolehkah ko lepaskan aku begitu saja tanpa meletakkan apa2 syarat?'
byes!
aku dan masakan
gambar hiasan-aku jumpa gambar ni kat internet-makhluk apakah ini?oh hari ini mem masak kari ikan tenggiri-n aku suka sangatlah sebab aku memang suka kari ikan pun-kalau kat kantin sekolah tu, n if ada hari yang kak long masak kari ikan-aku takkan lepaskan punya-masalahnya, kari ikan kaklong ni muncul sekali-sekala je-yang muncul hari2 ialah ikan keli yang tak sekalipun aku cuba.
oh biarlah aku membongkarkan rahsia yang sebenarnya bukan rahsiapun- aku suka memasak-aku bercadang nak jadikan memasak sebagai hobiku-tapi ada halanganlah.
halangan2nya seperti di bawah ini. (chewah, aku sengaja memasukkan ayat skema macam ni utk mewujudkan kepelbagaian)
1)mem taklah menggalakkan sangat aku memasak-takut aku kotorkan dan melakukan sepahan di dapur-itu alasan beliaulah-tetapi seingatku, aku tak pernah sepahkan dapur pun-mungkin mem sedang mewujudkan konspirasi dalaman-minyak terpercik di sana-sini tu memang ada-i think dat is alasan utamalah.
2)mem cakap, dia kesian kalau aku memasak kerana aku biasanya mengambil masa yang lama berbanding dirinya itu ketika memasak-hmmm, sebenarnya, bahagian ni aku dah improve dah-dulu2 lagi teruk-kalau memasak tu, berejam2 aku dok kat dapur. (halangan ini menunjukkan ada nilai kasih sayang n belas kasihan)
2)mem pun suka masak n masakan dia amatlah kena dengan seleraku-terima kasih kepada isteri yang best yang setiap kali memasak aku tak pernah rasa tak best-atau aku memang pemakan orangnya-oh aku tak taulah-tapi bahagian ini aku amat banggalah dengan isteriku itu.
(halangan ini ada menunjukkan ada nilai kesyukuran)
3)aku pun sebok dengan banyak benda lain kat dunia ni-sebab tu aku tak berkesempatan memasak sesangat-kalau buleh, aku nak jadi tukang masak je kat rumah aku tu. tetapi dalam kehidupan seharianku ini, ada hari2nya di mana aku tidak mampu berada di rumah pada masa tukang masak rumah mula menjalankan tugas semahu2nya. (halangan ini ada menunjukkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga)-chewah!
oh aku sebok2 cakap pasal memasak ni, apakah jenis masakan yang aku buleh masak?
sebenarnya, takdelah banyak sangat jenis masakannya yg aku buleh memasakpun-setakat menggoreng ikan dan kaum2 sejenisnya, menggoreng mi n kaum sejenisnya, menggoreng nasi n kaum sejenisnya, masak kari2 n kaum sejenisnya, masak sup n kaum sejenisnya, dan lain-lainlah. jadi, bahagian ni aku taklah bangga sangat-kena banyak belajar lagi.
oh gambar kat atas tu ialah beruang-kesiankan-bulu dia suma dah gugur.
byes manusia!
Thursday, July 22, 2010
berpindah tempat baru-the jirans
gambar hiasan-aku rasa kerongsang ni dah terkorban sebab dah lama aku tak nampak mem pakai kerongsang ni. snap guna 50mm 1.8.ini entry menggunakan teknik flash back (imbas kembali)
cuaca seperti biasa hari itu. aku, lelaki ini, masih berasa ganjil sedikitlah kerana aku ditempatkan di sebuah sekolah yang isinya dipenuhi dengan perempuan. sedang aku berjalan2 di laluan antara depan dewan dan serambi ilmu, ada seorang cikgu ni datang dari arah parking. dan secara kebetulan juga kami bertembung.
si dia ini mengukirkan senyumanlah-dan aku, sebagai orang baru menegur beliau.
" i rasa kan, u pernah pergi sekolah i dulu," kataku, menduga respons beliau.
si dia ini berjalan agak laju jugalah-kebiasaan barangkali.
"how come?" katanya ringkas sahaja. nada suaranya seakan sombong.
sebagai manusia peramah, aku terus menjawab- sebab i pernah nampak u di sana. then, kami berbual2lah sambil beliau berjalan dengan cepatnya walaupun beliau tidak perlu cepat2. dari situlah kami kenal-dan kami jadi jiran pulak tu. si dia yang aku maksudkan ialah jiranku yang ibu bapa beliau namakan christina chan.
nota akhir: selamat tinggal jiranku-jangan sombong2 tau dengan bekas jiran ko ni.
oh bacalah lagi lepas ni kerana entry the jiran akan muncul siri kedua dengan jiran2 yang lain pulak. dan siri kedua mungkin akan keluar awal sebelum puan puteri dengan seikhlas hatinya memberikan aku sepatah dua kata.
byes.
Tuesday, July 20, 2010
ASG 2010 dah tinggal kenangan









ASG dah habis secara rasminya-malaysia jadi juara-bestlah jugak-cuma yang tak bestnya, kerja aku secara rasminya belum lagi habis-aku kena buat laporan pulak lepas ni-semua gambar2 kena masukkan dalam laporan tu-dah tu, laporan tu nak kena printing banyak2 pulak tu-haih.
okeh, korang tengoklah gambar2 yg aku snap hari tu-ada banyak sebenarnya tapi dalam memory card yang satu lagi-melah le nak gosek2. so yg nilah jelah aku nak kongsikan-yang lain-lain, masuk dalam buku laporan-tatau apa dia org nak buat dengan laporan tu.
byes.
oh sebelum tu,terima kasih aku ucapkan kepada mereka ini.
cik liew
cik shakirah (yang amat hebat orangnya-ketelitian beliau sungguh mengagumkan diriku)
cik aslina (yang kurang teliti berbanding cik shakirah)
chooi fun
syuhadah
iman syafiqah
siti nur alani
syahirah
ahmisha
n de dayangs
kerana manusia2 ini telah memeriahkan aktiviti aku selama seminggu di mini stadium msn bukit jalil.
byes.
carnival 1REAL community di bukit jalil
norasid n pembantu setianya
kak seti prepare the ko-ti-au yang sedapan itu.
penjual sate n pembeli sate berpakat2 memakai baju merah
connie n miss yeow menyedari wajah mereka dirakam
dan mereka ini makan2 berterusan
miss yong n puan leong tidak dapat dipisahkan langsung
cikgu BM pun kena bertugas hari tu-main paku
sabariah disnap wajahnya-dan beliau amatlah terkejut
cikgu disiplin n ustaz n cikgu maha pun menjalankan tugas meniup belon sampai letih mulut merekaadalah satu pagi ni, masa aku tengah parking avanza sri aman kat tepi mini stadium, aku dihonkan oleh seseorang. sekali bila aku toleh, nampak siti nur n haria-n kat belakang tu, berkoyan2 kereta yang ada pelekat sri cahaya--oh baru aku ingat. dia orang ada carnival 1REAL community kat parking A bukit jalil.
aku buat macam tak terkejutlah-takde sebab pun nak terkejut-then aku kosong kotak n naik ke bilik gerakan kami yang sebenarnya bilik suis mini stadium tu-tapi itu dah kira okeyh--kalu tak, berpeluh2lah kita org kat kantin-dengan takde aircond n takde kipas.
agak tengah hari sikit macam tu aku tersedar dari lamunan-ada sms menerjah masuk ke dalam kotak memori hp aku-cewah, ayat skema. rupa2nya sms dari seseorang yg ingin membelanjakan aku-oh, peluang tidak boleh dilepaskan-tapi sebenarnya, aku pun memang dah plan nak pegi carnival tu-lagipun, event pagi tu ada dua je-
dan aku pun melangkahkan kakiku ke sana-okeyh-aku jumpa ramai manusia yang aku kenal-dan sebab kamera memang dah ada dalam tanganku-aku snap le gambar mereka-sehinggalah aku berjumpa gerai siti nur.
terima kasih buat siti nur yang belanjakan aku sate n air sirap-n azhar belanjakan aku air kelapa n kak seti + azhar bersatu hati membelanjakan aku ko-ti-au yang sedapan itu.
byes!
Wednesday, July 14, 2010
kerja baru
kontinjen dari Malaysia. paling ramai.
kontinjen dari singapura. ramai juga. tapi paling sempoi kan pakaian dia tu.
kontinjen dari thailand. juara bertahan. aku perasan sesuatu-saiz diaorg besar2.saiz pemuda2. bukan remaja2.
upacara perasmian oleh timbalan perdana menteri aka menteri pelajaran malaysia.
kontinjen malaysia dengan maskot harimau.
abang nikon yang tiba2 muncul di depan lens diriku.
abang kadet yang pegang bendera dengan penatnya.
kontinjen indonesia. ini kontinjen luar yang paling ramai.
abang berjambul dari victoria institution. kalau tak silap akulah.
abang bendera.kerja baru aku.
satu minggu ni aku tak masuk kelas. bunyi macam best kan? tapi sebenarnya tak best langsung. aku kena lantik jadi AJK dokumentasi untuk Asean School Games utk acara trek dan balapan. bermula pada 12 hingga 19 july ni. hoih, penat tau kerja ni-ni lah aku tunjukkan beberapa keping gambar yg aku snap pada hari pembukaan sukan tu semalam.
aku rasa tu jelah aku nak kasi tau.
byes!
Subscribe to:
Posts (Atom)
