Sunday, March 25, 2012

aduhai anak

petang tadi aku balik dari sekolah dan irfaan yang terdengar aku membuka pintu terus memanggilku dengan kuat.

aku pun menyahut dengan segera kerana nak mengelakkan telingaku menangkap panggilan yang nyaring dan sama itu berkali-kali.
"Ada apa abang?" soalku.
"Tengok mama ni," katanya. "Mama campak semua baju," katanya lagi.
aku ternampak baju2 kecil dan comel berserakan di tingkat atas rumah, ruang tengah sehingga ke tangga.
mem sedang berbaring dengan iffah, melayan TV. aku risau juga. sangkaku hari ini mem menghadapi stress yang amat tinggi di sekolahnya kerana hari ada satu event besar di sekolah yang diterajui oleh mem, iaitu pertandingan MTQ dan pertandingan2 lain yang melibatkan berbelas2 sekolah lain. sangkaku majlis itu hancur dan mem kena bambu dengan teruk atau apa2lah yang negatif.
"Kenapa yang?" soalku. "Ada masalah di sekolah ke?" soalku lagi.
"Taklah," jawabnya. "Masalah dengan budak tu buat perangai," kata mem sambil menunjukkan irfaan.
lega hatiku. masalah dengan encik irfaan rupa2nya.
"Lain kali jangan campak baju lagi," kata irfaan kepada mem. "Nanti irfaan hantar mama pergi rumah mummy," katanya lagi dengan gaya membebel.

aku terdiamlah sambil memungut baju yang bersepah. irfaan turut membantuku sambil mengulangi lagi ayat itu beberapa kali. tadi dia diam sahaja. tapi dengan adanya aku di rumah, dia mulalah berkata2. sebab kononnya penyelamat dia dah ada.

itulah dia. anak2 ni mudah ikut apa-apa yang kita selalu kata. satu hari nanti ayat2 itu akan menghempap muka kita balik. dalam kes ini, biasanya kalau mem marahkan irfaan, dia akan kata " nanti mama hantar irfaan pergi rumah mummy."

sekarang apa dah jadi?

utk pengetahuan korang, mummy dalam kisah ini ialah puan s, iaitu kakak kepada mem. beliau tegas orangnya. irfaan cukup takut nak mengada-ngada dengan puan s. cara didikan anak2nya berbeza amatlah dengan aku dan mem. so, bila nak ugut irfaan, selalu mem akan cakap ayat itulah, kali ni wakenabeb! haha.

byes.

No comments: