Tuesday, September 25, 2012

hari merdeka yang lalu

Entri ni dah lama ditulis sebelum entry pap pap pap pap tapi setiap kali aku cuba upload gambar-dia buat hal. tu yang terdelay. kalau masih berminat membaca, silakanlah. bacaan percuma pulak tu kan.

ini kisah minggu lepas. kami sekeluarga dengan gigihnya telah menyewa sebuah bilik hotel di jalan masjid india. hal ini kami lakukan untuk memenuhi keinginan ganjil puan S. setelah lebih sepuluh tahun tinggal di perantauan, tidak pernah sekalipun beliau menyuarakan keinginan untuk menonton persembahan bunga ap sempena kemerdekaan, atau menyaksikan perarakan sempena kemerdekaan di dataran merdeka.

namun tahun ini berbeza. tahun ini kami tidak berada di hadapan kaca tv pada pagi 31 ogos. tahun ini kami berada di dataran merdeka. pada petang 30  ogos, iaitu selepas waktu persekolahan, kami bergegas ke jalan masjid india. hotel starpoint yang terletak di bangunan haniffa telah kami tempah awal-awal lagi. ada tiga objektiflah yang ingin kami capai.

1-puan s nak berbelanja tudung2 yang warnanya belum ada lagi dalam koleksi beliau.
2-kami nak menyaksikan persembahan bunga api pada malam 31 ogos itu.
3-menyaksikan secara dekat perarakan sempena kemerdekaan.

malangnya, dua je objektif yang dapat dicapai. persembahan bunga api takde malam tu sebab encik PM menyambutnya di  bukit jalil. so, takpelah. tak kecewa sangat pun sebab petang tu puan s dah berjaya dengan jayanya membeli beberapa helai tudung + hotel tu tersangatlah okey conditionnya. mintak maaflah sebab aku gunakan perkataan bahasa penjajah tu. sebabnya, aku meniru style pegawai2 pendidikan yang dijemput memberi ceramah atau kadang2 cemarah di sekolah kami. petuanya ialah kalau bercakap dengan orang lain atau di hadapan khalayak, mesti campuradukkan sikit bahasa inggeris, baru nampak intelek. kalau tak, tak intelek dan amat kekampunganlah pula.

oh cukuplah. tengok gambar pula.

                                                              generasi yang amat muda.
                                  chewahh, banggalah ko kan dapat naik kuda depan orang ramai.
                                    terima kasih encik. kalu bukan kita yang kibarkan, siapa lagi kan?
 ini tugas yang paling tak femes dalam perarakan tahun ni. tukang kutip taik kuda. apapun, tabik kepada 2 orang pekerja ni. jangan malu, tugas tu murni.
                                          ginilah ramainya manusia di dataran merdeka pagi tu.
dan inilah bentuk permainan irfaan yang aku paling tak suka. permainan panjat katil dan lompat ke bawah. iffah pula sibuk menyusun kopi dan  teh dan apa-apalah di dalam bekas. mem takde dalam gambar sebab pegi beli tudung.

bye tuan2.




No comments: