ringkasnya, pemilik motosikal ini singgah untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah. ketika aku ingin mengambil wudu' muncul kelibat pemilik motosikal ini dari tandas surau. dengan seluarnya yang rosak getah di pinggang dan diikat dengan tali, aku rasa amat kasihan dengan pakcik ini. pada waktu itu, aku berasa seperti ingin memberikan wang kepada pakcik ini untuk membeli seluar baharu.
namun, aku diamkan saja dan mula berwudu'. ketika kelibat pakcik ini hilang sekali lagi, aku mula menunaikan solat. ketika aku ingin melangkah keluar, aku terperasan pakcik ini sedang bersolat di suatu sudut surau dengan berkain pelikat. kusyuk sungguh nampaknya!
kejadian ini amat menginsafkanku. pada saat kita yang bergaji ribu-ribu ini sibuk dengan urusan sendiri dan mengejar pencapaian serta kesenangan atau keselesaan dalam hidup sampaikan solat dan ibadat pun di celah-celah kesibukan yang kita ciptakan, orang yang daif dan serba kekurangan hidupnya mampu meluangkan masanya untuk menghadap Allah. patutnya, merekalah yang bekerja gila-gila untuk menambah rezeki kerana ketidakcukupan mereka di pandangan mata kita, namun mereka tidak melupakan Allah. Tidak sekali-kali.
aduhai insafnya.
No comments:
Post a Comment