Wednesday, September 5, 2012

pap pap pap pap!



hari selasa. pagi sangat. sekitar pukul 6.55 pagi macam tu. ketika aku singgah ke petronas airport itulah aku terdengar bunyi yang aku jadikan sebagai tajuk entry ini.

kisahnya macam inilah. selepas aku selesai bayar dan isi petrol ke dalam perut viva, aku melewati bahgian belakang petronas tersebut. hajatnya ialah nak buang air kecil. namun begitu, sebaik sahaja aku tiba di tandas lelaki, pintu tandas di dalam tandas itu berkunci kerana ada orang di dalamnya.

tak apalah. biasalah tu. bukannya pelik pun. aku tunggu sekejaplah di depan pintu tandas tu. seingat aku, tak sampai seminit menunggu, aku terdengar bunyi air diflush di dalam tandas itu. legalah hati sebab sekejab lagi bolehlah aku gunakan tandas tu.


namun begitu, tuan-tuan dan puan-puan,

telinga aku kemudiannya dapat menangkap bunyi ini, pap pap pap pap berkali-kali selari dengan bunyi curahan air paip. bunyi itu berulang-ulang dan kadangkala kuat pula. oh sudahlah. aku tunggulah sekejab sambil mula rasa geli. bunyi itu belum berakhir lagi. pap pap pap pap pap pap pap pap pap pap!

sudahnya aku buat keputusan tidak mahu menggunakan tandas itu. sebab bunyi orang menepuk punggung untuk membasuh punggung itu yang pada mulanya agak melucukan kemudiannya bertukar menjijikkan kerana aku terbayang dinding tandas yang kecil itu pasti dipenuhi dengan percikan air yang membasahi punggung encik yang sedang sedap menggosok  ala menepuk punggung itu.

pengajarannya di sini ialah: kadangkala kebiasaan yang kita buat itu apabila menjadi tabiat yang kuat menebal dalam diri kita sukar untuk dikikis. padahnya, tabiat biasa kita itu menjadi luar biasa pada pandangan orang lain dan tanpa kita sedari memalukan kita.

ketika aku melangkah keluar dari tandas lelaki itu, bunyi pap pap pap pap itu masih berbunyi dengan galaknya.


aduhai!

Sunday, August 12, 2012

perihal laman yang sempit ini.

Salam tuan-tuan.

semalam aku pergi ke seri cahaya. ada majlis berbuka puasa di sana. yang sebenarnya, di sri aman pun majlis yang sama juga turut diadakan. namun, aku memilih berbuka puasa di seri cahayalah. bukan nya sri aman tak menyeronokkan tetapi majlis di seri cahaya ini membolehkan aku berjumpa kembali dengan rakan-rakan lama sama ada yang masih bertugas di seri cahaya mahupun yang sudah lama meninggalkan seri cahaya, seperti aku.

kira majlis semalam tu seperti majlis perjumpaan semulalah, atau dalam bahasa penjajahnya reunion. baiklah. yang nak dijadikan cerita kenapa blog ini diupdatekan setelah berkurun2 dibiarkan kesepian ialah sebab aku baru menyedari bahawa blog ini bukanlah sesepi yang aku sangkakan. beberapa orang rakan termasuk bekas pelajar yang hadir ke majlis tu buat komen yang macam ginilah bunyinya;

"Cikgu, dah lama cikgu tak updatekan blog ya," kata salah seorang pelajar. "Saya suka tau baca blog cikgu," katanya lagi.

oh barulah aku sedar bahawa walaupun seorang sahaja yang membacanya, tetap ada orang membacanya,. bukan begitu?

dan sebab itulah petang ini sementara mengasuh iffah dan irfaan, aku cuba tulis sesuatulah. pagi tadi, selepas bersahur aku tak sambung tidur. lepak2 kejab depan tv, then solat then borak2 dengan mem. bila matahari dah menjengah, aku cepat2 pegi siram pokok bunga. memang itu rutin hari minggu dan rutin hari2 sebelum pegi sekolah pun. korang tengoklah sendiri pokok2 bunga yang aku tanam di laman sempit rumah kami.

 pokok bunga ini dibeli ditepi jalan ke sungai buloh. bunga ini mirip bunga melor tapi jauh panggang dari apilah. bunga melor wangi. yang ini sekadar serupa dari segi warnanya.
 pokok ini hamnpir2 menghampakan aku sebab aku terpaksa menunggu sekitar 1tahun untuk melihat bunganya.
 pokok bunga ini dibeli di jalan ke kuala kedah, kedah. jauh kan?
 tatau apa nama pokok ni. aku bagi nama dia pokok 'apanama'. hehe.
 pokok limau untuk tomyam. aku tanam pokok ini sebagai pokok hiasan dan memudahkan mem kalau2 dia nak masak apa2 resepi yang memerlukan daun pokok ini sebagai salah satu bahan masakannya.
 pokok yang baru ditanam menggantikan pokok terdahulu yang hanya berdaun. ini permintaan mem juga.
 waktu membeli pokok ini, aku sempat bertanya kepada penjual di tepi jalan sungai buloh tu. "Pokok ni jenis memanjat ke?" soalku.
 dia terdiam sekejab. kemudian, dia menjawab.
"Dia panjat sikit saja," katanya.

sikit konon!
 ini bahagian pucuk pokok yang memanjat sikit tadi tu. ini pokok spesis morning glory. so, memanjat ialah kepakaran keturunan mereka. so, aku buat tempat memanjatlah pada pasu pokok ni.
 pokok ini aku beli sebab aku suka daunnya. celoreng.
 ini pokok kari. aku tanam pokok ni untuk kegunaan mem juga. pokok ini dibawa dari kampung dan merupakan pemberian mak ndak samsiah.
 bunga kertas. sekali lagi sebab daunnya celoreng dan bunganya multi colour. chewah, guna bahasa penjajah!
 baru tanam untuk memenuhi hasrat mem.
 juga ditanam untuk memenuhi hasrat mem.
 ini ialah air pancut yang bersaiz mini-aku buat dia seperti jeram. so, bila lepak2 kat luar rumah waktu petang, kami sekeluarga dapat dengar air jeram di tepi laman. aku belalah kura2 plastik ni kat tepi jeram mini tu.
 ini pangkin jenis berpenyandar dan pangkin panjang tanpa penyandar. aku buat sendiri. so aku dapat menyelamatkan beratus2 ringgit.aku tengok di sungai buloh, bangku yang guna kayu macam ni sekitar rm400++ untuk setiap satu. bayangkanlah kalau dua. so, buat sendiri lagi best. panjang dan lebar boleh buat ikut suka hati. pangkin panjang tanpa penyandar tu panjangnya lebih 5 kaki. so, aku boleh baring2 kat situ kalau nak.

kos kedua2 pangkin sekitar rm70. kos terbesar dia ialah kos cat pink dan biru tu. kos lain ialah skru dan tenaga tulang empat kerat aku sendiri. pink ialah warna untuk iffah dan biru untuk irfaan. kayu-kayan yang amat berkualiti (kayu seratus tahun) tu dari sekolah. encik leman berikan kayu tu kepada aku waktu hujung tahun lepas. kayu bilik KH yang nak dibuang kerana waktu tu encik leman dan pekerja2 dia sedang renovate bilik KH.
 ni shot posisi lain.
 ni shot posisi lain lain. kat situ ada pasu kegemaran aku tepi pangkin.
 laman sempit rumah aku. sekitar satu lot parkir kereta. cukuplah untuk dua orang anak tu melompat.
 pokok ni aku tanam dalam pasu tepi jeram mini tadi.
 ni pokok pandan. juga ditanam  untuk kegunaan mem.

ah, itu jelah kali ni. so, korang taulah sekarang ni kan. selain mengambil gambar dan menulis, satu lagi hobi aku ialah tanam pokok dan belek2 tanaman. ada orang kata tanam pokok bunga dan belek2 pokok bunga boleh dikatagorikan sebagai satu bentuk terapi. aku setuju. sebab setiap kali aku melayan pokok2 bunga in, kat situ muncul ketenangan. alhamdulillah.

byes korang!
 

anak2 dah membesar.

helo tuan-tuan.

sebetulnya, ini ialah waktu yang paling jarang aku menulis. sebab biasanya pada waktu-waktu begini, membalut badan dengan selimut tebal ialah perkara yang paling nikmat untuk dibuat. tetapi ini bulan puasa beb. aku baru lepas bersahur. dah dekat-dekat nak subuh ni, malehlah nak tidur balik. bimbang terbabas pulak nanti.

kat atas tu korang dapatlah tengok betapa anak-anak dah membesar. tahun ni punya kempen sambutan hari raya keluarga aku lebih terancanglah. baju raya anak-anak suma dah beli. untuk budak2 tu takde apaapalagi yang tinggal. tinggal nak balik kampung n beraya.

salam ramadan tuan-tuan.

Saturday, April 7, 2012

susah sangat ye nak mengaku kesalahan diri kau?

ini ialah entri yang akan mengisahkan perihal manusia yang tidak mahu mengakui kelemahan diri.

mesej: kalau dah bersalah tu, minta maaf. kemudian, muhasabah diri. wujudkan ruang untuk menginsafi diri dan betulkan diri.

suatu petang, _____ telah menghubungi aku bertanyakan pasal resit bayaran untuk pertandingan bahas BM.

jawabku, "saya dah berikan resit tu kepada ____ lama dah. saya pun dah cakap kat u pasal tu."
"Tapi dia kata resit tu tak dapat lagi," jawab beliau. "Kemudian, ____ menghubungi aku pula.
"Wei, bila masa kau kasi aku resit tu?" katanya, "Takdepun resit tu kat aku," sambungnya pula tanpa sempat aku menjawab soalannya tadi.
"Aku dah kasi resit tu dalam tangan hang sendiri," kataku pula. "Lepas tu hang tanya aku duit claim tu nanti nak bagi kat aku atau kat ______. hang sendiri yang kata macam tu, hang tak ingat ke?" kataku, menjelaskan keadaan.
"Tak adelah, mana ade," balasnya pula.
"Eh, hello, hang siap tanya aku lagi nak bagi duit tu kat aku atau ______. lepas aku bagi resit tu kat hang, aku cepat-cepat jumpa______ dan bagitau dia resit tu aku dah bagi kat hang. nanti, hang akan bayar duit tu terus kat dia," jawabku, menegaskan fakta.

selesai perbualan hari tu.

semalam, di ofis, dia (sorry ye, tak boleh guna perkataan beliau sebab kejadian ini menghilangkan rasa hormat aku kepada makhluk ini) timbulkan persoalan yang sama lagi.
"Aku dah bagi resit tu lama dah. sebab tu aku tak sebut2 lagi pasal tu sebab hang cakap dulu nak bayar terus duit claim tu kepada _____. aku ingat _______ dah dapat dah duit dia," kataku.
"Nak bayar macam mana resit tu takde," jawabnya.
"Tu bukan masalah aku, sebab resit tu aku dah bagi kat hang by hand lagi," jawabku.
"Resit tu takdelah. betul ke kau dah bagi resit tu kat aku. selama ni resit aku tak pernah hilang tau. kau tengok tempat aku ni, mana ada sepah2? tak mungkin hilang punya," jawabnya.
"Yang penting, resit tu aku dah bagi hang," jawabku.
"Hang telefon la balik sekolah yang keluarkan resit tu, mintak dia bagi fotostat salinan resit tu," katanya, tiba-tiba.
terdetik di dalam hatiku, ' apahal pulak aku nak call sekolah tu? bukannya aku yang hilangkan resit tu.'
belum sempat aku menjawab permintaan mengarut makhluk ni, ada seorang lagi masuk campur dan terus call sekolah tu. kebetulan, budak ofis sekolah sana tu kawan dia. melalui panggilan telefon tu, masalah tu boleh dianggap selesai.

sebenarnya, aku tak kisahpun nak telefon sekolah sana tu untuk selesaikan masalah ni. tapi, cara makhluk ni mengalihkan kesilapan dia kepada aku menyebabkan aku tak ada hati nak tolong.

sebenarnya, kita ini manusia yang kurang sempurna. perlunya kita bekerjasama antara satu sama lain adalah untuk saling menyempurnakan diri yang terkurang sempurna di sana-sini tu. buat salah mengakulah salah, kemudian kita sama-sama mengatasi masalah yang timbul atas sebab kesalahan yang kau dah buat tu.

tapi ini tidak. kalau orang buat salah, bukan main lagi kau ye. bila kau buat salah, salahkan orang lain pulak. pencenlah jadi manusia wei. jadilah benda lain macam mangkuk tandas ke, longkang ke.

byes.

Sunday, March 25, 2012

aduhai anak

petang tadi aku balik dari sekolah dan irfaan yang terdengar aku membuka pintu terus memanggilku dengan kuat.

aku pun menyahut dengan segera kerana nak mengelakkan telingaku menangkap panggilan yang nyaring dan sama itu berkali-kali.
"Ada apa abang?" soalku.
"Tengok mama ni," katanya. "Mama campak semua baju," katanya lagi.
aku ternampak baju2 kecil dan comel berserakan di tingkat atas rumah, ruang tengah sehingga ke tangga.
mem sedang berbaring dengan iffah, melayan TV. aku risau juga. sangkaku hari ini mem menghadapi stress yang amat tinggi di sekolahnya kerana hari ada satu event besar di sekolah yang diterajui oleh mem, iaitu pertandingan MTQ dan pertandingan2 lain yang melibatkan berbelas2 sekolah lain. sangkaku majlis itu hancur dan mem kena bambu dengan teruk atau apa2lah yang negatif.
"Kenapa yang?" soalku. "Ada masalah di sekolah ke?" soalku lagi.
"Taklah," jawabnya. "Masalah dengan budak tu buat perangai," kata mem sambil menunjukkan irfaan.
lega hatiku. masalah dengan encik irfaan rupa2nya.
"Lain kali jangan campak baju lagi," kata irfaan kepada mem. "Nanti irfaan hantar mama pergi rumah mummy," katanya lagi dengan gaya membebel.

aku terdiamlah sambil memungut baju yang bersepah. irfaan turut membantuku sambil mengulangi lagi ayat itu beberapa kali. tadi dia diam sahaja. tapi dengan adanya aku di rumah, dia mulalah berkata2. sebab kononnya penyelamat dia dah ada.

itulah dia. anak2 ni mudah ikut apa-apa yang kita selalu kata. satu hari nanti ayat2 itu akan menghempap muka kita balik. dalam kes ini, biasanya kalau mem marahkan irfaan, dia akan kata " nanti mama hantar irfaan pergi rumah mummy."

sekarang apa dah jadi?

utk pengetahuan korang, mummy dalam kisah ini ialah puan s, iaitu kakak kepada mem. beliau tegas orangnya. irfaan cukup takut nak mengada-ngada dengan puan s. cara didikan anak2nya berbeza amatlah dengan aku dan mem. so, bila nak ugut irfaan, selalu mem akan cakap ayat itulah, kali ni wakenabeb! haha.

byes.

Thursday, August 18, 2011

kueh raya dan lagu raya

irfaan dan iffah, putera dan puteriku.

salam.

sekarang pukul 2.30 pagi. aku belum tidur lagi. ini ramadan ke 17 tahun ini. sebenarnya, aku sedang temankan mem buat kueh raya sambil melayan lagu raya. tahun ini macam tahun 2009 dimana beliau dengan gigihnya buat kueh sendiri. tak banyakpun. ada le dalam dua tiga jenis je. sebab nak kena berjaga tengah malam tu yang menjadi kekangan sikit tu.

aku tunjukkan korang gambar yang aku baru amik petang tadi. dua tiga menjak ni aku hilang kata-kata untuk cakap banyak2 kat blog.

ta'tau kenapa.

Friday, July 8, 2011

anak ini, kadang-kadang menjadi terlalu chomel (episod tiga)


malam tadilah aka 7 jun 2011.

aku sedang menonton televisyen dengan mem. irfaan sedang baring-baring sambil hisap susu botol di sebelah mem yang sedang berbaring. iffah pula sibuk menyulur ke sana ke marilah. akhirnya, setelah kepenatan, beliau membuat keputusan untuk berbaring pula.

ketika beliau berbaring hampir dengan abang itulah aku melihat perilaku anak-anak kecil ini. iffah berbaring amat hampir dengan aku tetapi kakinya yang comel itu mampu menyentuh kepala dan badan abang. kemudian, aku terpandang sesuatu yang kemudiannya menjadi hiburan aku dan mem malam tadi.

sewaktu abang sedang leka melayan susu botolnya, si adik ni menghulurkan kakinya yang kecil ini ke atas bantal abang lalu menggosok kepala abang dengan kakinya. abang beralih pandangan ke arahnya. mereka bertentang mata sekejaplah. secara spontan jugalah kaki iffah berhenti menggosok kepala abangnya. bila abang mengalih pandangan ke arah kaca tv, perbuatan yang sama diulang lagi. aku mencuit mem dan memuncungkan mulut ke arah kaki adik. beliau tersenyumlah melihat kerenah di adik dan abang ni.

dua tiga kali iffah berbuat begitu, akhirnya irfaan hilang sabar.
"adik ni, janganlah kacau abang," jeritnya sambil menolak kaki adik. "Kacau je," katanya lagi. dan iffah berkebil-kebil sekejap sambil kemudiannya menjerit kuat seperti kebiasaan bila memberi respons terhadap acahan sesiapa.

oh anak-anak dah mula pandai bergurau dan barangkali tak lama lagi bergaduh. hmm, hidup semakin bertambah meriah.

p/s: aku tengah fikir bagaimana sahabatku yang beranak lima itu menghadapi kehidupan hariannya dengan putera dan puteri beliau.