Wednesday, September 5, 2012

pap pap pap pap!



hari selasa. pagi sangat. sekitar pukul 6.55 pagi macam tu. ketika aku singgah ke petronas airport itulah aku terdengar bunyi yang aku jadikan sebagai tajuk entry ini.

kisahnya macam inilah. selepas aku selesai bayar dan isi petrol ke dalam perut viva, aku melewati bahgian belakang petronas tersebut. hajatnya ialah nak buang air kecil. namun begitu, sebaik sahaja aku tiba di tandas lelaki, pintu tandas di dalam tandas itu berkunci kerana ada orang di dalamnya.

tak apalah. biasalah tu. bukannya pelik pun. aku tunggu sekejaplah di depan pintu tandas tu. seingat aku, tak sampai seminit menunggu, aku terdengar bunyi air diflush di dalam tandas itu. legalah hati sebab sekejab lagi bolehlah aku gunakan tandas tu.


namun begitu, tuan-tuan dan puan-puan,

telinga aku kemudiannya dapat menangkap bunyi ini, pap pap pap pap berkali-kali selari dengan bunyi curahan air paip. bunyi itu berulang-ulang dan kadangkala kuat pula. oh sudahlah. aku tunggulah sekejab sambil mula rasa geli. bunyi itu belum berakhir lagi. pap pap pap pap pap pap pap pap pap pap!

sudahnya aku buat keputusan tidak mahu menggunakan tandas itu. sebab bunyi orang menepuk punggung untuk membasuh punggung itu yang pada mulanya agak melucukan kemudiannya bertukar menjijikkan kerana aku terbayang dinding tandas yang kecil itu pasti dipenuhi dengan percikan air yang membasahi punggung encik yang sedang sedap menggosok  ala menepuk punggung itu.

pengajarannya di sini ialah: kadangkala kebiasaan yang kita buat itu apabila menjadi tabiat yang kuat menebal dalam diri kita sukar untuk dikikis. padahnya, tabiat biasa kita itu menjadi luar biasa pada pandangan orang lain dan tanpa kita sedari memalukan kita.

ketika aku melangkah keluar dari tandas lelaki itu, bunyi pap pap pap pap itu masih berbunyi dengan galaknya.


aduhai!

1 comment:

athira amira said...

gelinye cikgu!! tak senonoh...hahaha..