Saturday, April 24, 2010

Mana Dude?


Mana Dude?

oh itulah tajuk novel aku yang terbaru. kali ini novel aku diterbitkan oleh buku prima. buku2 ni dipenuhi dengan watak budak2 remaja yg comel n suka pikir benda2 kecil sebagai besar. buku ni mengetengahkan isu yg kecil dan biasanya diabaikan oleh orang2 lain.

dah ramai budak2 sri aman dah baca buku ni-terima kasihlah korang. n ramai yg jumpa aku balik cakap buku tu best-so aku happylah dapat respons macam tu-menunjukkan buku tu memang dapat menarik minat n perhatian golongan sasaranlah.

so, buat pembaca di luar sana, bacalah buku ni-bahasa dia makin sempoi-bahasa dia makin santai-terima kasih ainin naufal, sahabatku yang amat femes dengan buku Melah Melia dan yg terkini buku Sejak Bila Kita Berbaik. puan ainin ni selalu memandu aku untuk menulis dengan bahasa yang santai dan takmo skema sangat-oh aku uploadkan gambar cover buku tu nantilah.

byes.

restoren kak teh. pegilah makan.


klik le gambar tu untuk tengok saiz sebenar.

bulan lalu. aku dengan semangat yang membuak2 membawa cik abang n mem n cikyah pergi ke cameroon highland. naik cik viva. mujurlah aku yg drive. kalu tak, muntah hijau le dibuatnya. hal ini demikian kerana aku amat pasti bahawa aku tidak mampu membiarkan tubuhku ini digoyang ke kiri dan ke kanan oleh sebab jalan yang bengkang-bengkok melampau2 itu.

berjaya sampai. yeay!

sebabkan pergi secara tiba2, aku stay je kat hotel yg murah. tapi kebersihan hotel memuaskanlah cuma bilik dia sempit sikit.

beberapa kekecewaan;
1)mem yang amat disayangi itu tertinggalkan beg cik abang di depan wira kat rumah kami. baju tebal cik abang ada kat dalam tu pulak. so, aku marah2 sikitlah.
2)sebelum pergi, mem amik somethinglah kat dalam badan wira n mem tutup pintu wira tak rapat n alarm yg hari tu aku matikan bunyinya untuk sementara waktu menyebabkan bunyi alarm tak keluarlah-kesimpulannya, lampu berkelip2lah sampai bateri kering. so dalam hati aku marahkan diri sendirilah kerana lupa aktifkan balik bunyi alarm tu.
3)cameroon highland tu tak sejuk lagi macam dulu2. so, cik abang tak payah pakai baju tebal pun sebab tak sejuk.

malam tu kami nak pegi makan. plan nak makan kat kedai tomyam dekat kfc (area pasar malam). sebab payah benar nak cari parking, n mem ternampak satu kedai ni tak jauh sgt dengan kedai tomyam tu pun. mem pun mencadangkan beginilah;

mem: kita makan kat kedai tadi jelah. takpayah nak jalan jauh2 sangat.
diriku: kedai mana pulak ni.
mem: kat restoran tu, apa ntah nama dia. restoren kak teh. restoran baru kot tak jauh macam restoren tomyam tu.
diriku: oh bolehlah. tak payahlah nak jalan jauh2 sgt.

dan kami pun pergilah ke restoren kak teh tu. tapi terpaksalah batalkan je niat tu. tak perlu bincang2 pun pasal nak batalkan niat tu-boleh batal sendiri2 je. hal ini demikian kerana kami sendiri berpakat2 di dalam hati masing2 tak sanggup nak makan kat restoren kak teh tu apabila diri kami telah mendapati nama penuh restoren tu, restoren bak kut teh.

oh ini kes tersalah baca le ni. byes!

o

dan adakah aku akan membiarkan blog ini mati begitu sahaja tanpa entri2 baru?

tidaklah.

Thursday, February 18, 2010

dan aku menyiarkan komen beliau di sini


gambar ni aku tak ambik dalam bentuk potret tapi aku crop sampai jadi macam ni--aku letak kat sini utk memenuhi permintaan pn. chris n cik fadz. yeay!-mana lagi best, ada kaler atau b+w?

setelah aku membaca komen seorang kawan ni, aku memberikan cadangan kepada diriku sendiri agar menyiarkannya di ruangan enrty ini. memandangkan cadangan itu amatlah wajar, maka aku membuat keputusan menyiarkan komen itu di sini.

latar belakang pengomen ini ialah;
1)seorang ibu yang aktif
2)mempunyai potensi yang tinggi kerana bekerja di pesekitaran berprestasi tinggi
3)suka pakai baju sedondong
4)banyak lagi latar belakang dia ni-nanti-nantilah cerita.

inilah komen kawanku yang dia buat dengan penuh ikhlasnya kerana dia terbaca satu entry yang aku tulis.

Kesiannya Irfaan, moga dia cepat sembuh. Bila anak kecil sakit ni mmg menyeksakan kerana mereka tidak tahu mengkhabarkan berita kesakitan mereka itu dan di mana sakit. (ceh! ayat skema habis).

Janganlah komplen bermain dgn anak, sbb akan tiba saatnya nanti,mereka dah tak teringin dah bermain dgn kita, bersembang pun mungkin dah kurang. Masa tu mereka akan lebih suka meluangkan masa dgn rakan2. Bila tiba saat itu, kesedihan dah tak berguna lagi. (fuuyoo, habis poyo ayat aku)

Tp basically kao fahamlah kan maksud aku.

Tadi type dah kat cbox, gila panjang takut ko tuduh aku meroyan pulak karang. ahak ahak.

ni jawapan aku atas keikhlasan hatinya yang membuak-buak itu.

terima kasihlah puteri-memandangkan ko dah tulis panjang2 kat shoutbox n bimbang dianggap meroyan n ko tulis pulak kat ruang komen ni-aku amat hargailah-

sebenarnya, aku tak senang2 menganggap seseorang itu meroyan kat blog aku, kecuali kalau;

1)orang tu merepek2 tak tentu pasal dengan niat yang amat jahat dan disulami dengan hati yang amat busuk

2)orang tu menulis2 sesuatu yang menyakitkan hati dengan sewenang-wenangnya tanpa asas yang kukuh dengan niat yang jahat atau bertujuan untuk menyakitkan hati pemilik blog dan memalukan pemilik blog

3)atau orang tu tak suka dengan apa yang aku tulis tapi dia tak blah ke tempat lain sebaliknya menulis2 pulak apa2 yang amat negatif sifatnya dengan niat yang jahat kat shoutbox tu-oi, kalau tak suka blahlah-blog aku, suka hati akulah apa aku nak tulis (ayat ini amatlah tidak mesra pengunjung tetapi sesekali perlu diingatkan kepada pengunjung yang meroyan.

selepas ko membaca kategori encik atau cik atau puan meroyan versi aku- ko akan mendapati ko bukanlah dalam kategori itu-jadi, ko tak perlu bimbang kerana ko tak termasuk dalam golongan tersebut.

pasal komen ko tu-memang ada benarnya dan pasal ayat2 ko yang skema n poyos tu memang ada benarnya.

terima kasih atas nasihat dan peringatan ko tu. alhamdulillah, cik abang dah sihat-sila terus berikan nasihat kerana aku memang perlukan tunjuk nasihat daripada orang berpengalaman dan mementingkan keluarga macam ko ni untuk memanduku ke arah menjadi bapa mithali (yeay) -aku rasakan ayat aku lagi skema daripada ko lah-haih.

okeyh, byes!

Wednesday, February 10, 2010

oh anak!

adalah satu hari tu, atau mungkin hari2 yang lain juga, aku tertanya kepada diriku sendiri. tidakkah irfaan jemu bermain-tidakkah terlintas di fikirannya untuk berehat seketika-hoih, naik cemuih aku melayan beliau.

rutinnya beginilah-sesampai sahaja aku dari sekolah, dalam keadaan yang kelesuan, beliau pula baru bangun dari tidur. kalau dia sedang mendarat di atas lantai, dia akan cepat2 merangkak ke arahku dan mencapai kakiku yang masih bersarung stokin-aduh, penatnya aku rasakan saat itu.

kalau dia tidak mendarat di atas lantai, iaitu dia sedang berdiri di atas sofa sambil cik yah memegangnya, dia akan lompat2 sikit menunjukkan keterujaannya di atas ketibaan suami emaknya itu.tapi suami emaknya itu benar-benar kelesuan saat itu.

kemudian, biasanya tanpa melengah-lengahkan masa, beliau akan cepat2 mengajakku bermain di depan tv dengannya-segala macam benda permainan berlonggok di situlah-terpaksalah aku melayan beliau saat itu-dan beliau pula bermain tanpa hentinya-dan kasang2 tibalah idea yang amat kreatif iaitu beliau telah menciptakan satu permainan yang ganjil dan langsung tidak menyeronokkan bagi diriku ini.

permainannya mudah-beliau akan mengambil apa2 permainan yang ada dan mencampakkan ke bawah sofa-kemudian, dengan amat bersusah payah pula beliau akan cuba mengambilnya-yang pasti, beliau tidak mampu melakukannya-sudahnya, akulah yang terpaksa mengambilnya-duhhhh, penatnya-selepas bersusah payah aku menghulurkan tangan ke bawah sofa, beliau akan mengambil barang itu dan mencampakkannya semula ke bawah sofa. dan aku terpaksa mengambilnya semula-perbuatan itu diulang2 beberapa kalilah sehingga aku berpura2 pengsan. hoh, sungguh 'menyeronokkan' permainan itu.

atau satu lagi permainan yang tidak kurang 'menyeronokkan' ialah permainan yang aku namakan sebagai mari mencampak bola jauh-jauh dan suruh papa ambil bola tu dan kemudiannya campakkan semula jauh-jauh. rasanya tak payahlah aku bercerita lagi pasal bagaimanakah permainan itu dimainkan-yang pastinya, duhhhhh penat sungguh!

itulah sebabnya aku terfikir tidakkah beliau ingin berehat sekejap? tetapi keadaan itu tidak pernah berlaku. namun akhirnya, beberapa hari ini, keinginanku itu tercapai.

beliau berhenti bermain-naluri ingin bermain sewenang2nya hilang tiba-tiba. beliau demam-demam teruk-ada selesema, batuk, muntah2-merenget-renget.

buat pertama kalinyalah beliau demam dengan teruk begini-tiada lagi permainan dengan sofa, main campak2 bola, atau main sepah2kan ruang tamu. semua permainan tidak disentuhnya-yang aku lihat beliau banyak berbaring dan sesekali terjaga kerana batuk kuat yang mengganggu tidurnya-oh azab sungguh-satu lagi, tiada lagi senyuman atau ketawa yang menghiburkan hati aku-semua itu tiada lagi buat masa ini-dan fikiran aku benar2 terganggu.

menyesal benar aku kerana meminta agar beliau berhenti bermain. aku benar2 terlupa resam hidup anak2 kecil. aku doakan agar beliau cepat sembuh dan kembali aktif dengan semua jenis permainan beliau itu. tak apalah kalau nak sorok2kan barang bawah sofa pun, tak apa. buatlah. kalau nak campak bola jauh2 pun buatlah, tak apa-tapi janganlah banyak sangat.

hoih, penatt dah menulis. byes. kesimpulan atau pengajarannya korang fikirkan sendirilah.

Tuesday, February 2, 2010

dan seseorang telah tersentak.

aku dah agak dah. pastinya ada seseorang tersentak bila membaca entry aduhai tu. malang sekali yang mula2 sekali tersentak bukanlah marjana, tetapi syafiza. haha. padan muka.

dia amat tersentaklah bila membaca sebahagian kecil entry tu di sekolah tadi. tulah, manusia ni kan suka melihat sesuatu pada sisi yang gelap dahulu sebelum merenung jauh-jauh ke dalam sesuatu perkara itu untuk melihat sisi cerahnya. lebih malang lagi, manusia ni suka melihat sisi gelap itu terlalu mendalam sehingga terpadam terus sisi cerah-oh aduhai.

memanglah ada sesuatu antara aku dengan marjana, atau dengan afiqah sekalipun, mahupun juga terhadap marzila. aku harus mengakui bahawa aku lebih cepat teringatkan orang-orang di sekitarku yang amat baik terhadapku. aku begitulah. aku lebih mudah teringat budak2 yang amat baik terhadapku berbanding budak2 yang perasan bagus dan sentiasa memikirkan bahwa dirinya sempurna. oh nyahlah jauh2 manusia seperti ini dalam alam hidupku.

marjana, syafiza, n afiqah ini amat berpotensi untuk menyerlah. amat sayang kerana pelajar2 baik seperti ini terpaksa meninggalkan sri aman. harap2 sekolah baru mereka ini mampu mengembangkan lagi potensi diri yang ada pada diri mereka.

mujurlah, ada banyak lagi manusia spesis ini di sri aman, terutamanya bekas pelajar 2erat 2009 dulu. spesis2 ini ada dengan banyaknya. aku taknak namakan spesis ini bimbang mereka terlebih yakin pula nanti. untuk marjana, afiqah n marzila memang sengaja aku sebutkan di sini kerana aku tidak pasti akan berpeluangkah untuk aku bertemu dengan mereka nanti.

oh kata-kata marjana hari tu sungguh terkesan di hatiku, katanya, " saya tak akan lupakan cekgu sampai bila-bila." --terharu beb!

"saya pun takkan lupakan awak n geng2 awak cik marjana oi," kataku di dalam blog ini.

oh cukuplah.

aduhai!



marjana datang ke sri aman hari ni. dan dia menangis.

budak tu seperti biasalah. dia tersenyum-senyum pada mulanya. kemudian, senyuman itu tidak mampu lagi membendung segala macam perasaan yang terbuku di hati-sudahnya, dia menghamburkan air mata. rasa aku mungkin sebab aku sibuk sangat bertanya tentang sekolah barunya.

marjana ini amat menyayangi sri aman-aku betulkan fakta-marjana amat menyayangi rakan2nya di sri aman, sebuah sekolah yang memang aman-marjana langsung tidak sedar bahawa di sebalik kesedihannya itu aku turut berasa sedih. marjana langsung tidak sedar bahawa bila kali pertama aku tahu budak2 felda dipindahkan ke sekolah lain, nama dia antara yang terawal terpacul di sudut hatiku-kemudian, deretan nama lain turut menjelma, marzila (budak syair yang terlalu mendalam apabila berfikir) dan afiqah (budak 2bakti anak pengurus) antara yang terawal muncul.

adakah ada sesuatu antara aku dan marjana sehinggakan begitu sekali ingatan aku terhadapnya?

jawapannya, ya. memang ada sesuatu. ya, ada sesuatu.

oh biarlah kalian tertanya2 atau menduga. memang itu tabiat kalian, bukan?

dan eh kenapa ayat aku tiba2 menjadi amat skema itu. oh mungkin aku terpengaruh dengan esmeralda. ya budak sepanyol itu.

byes!