Tuesday, February 2, 2010
aduhai!
marjana datang ke sri aman hari ni. dan dia menangis.
budak tu seperti biasalah. dia tersenyum-senyum pada mulanya. kemudian, senyuman itu tidak mampu lagi membendung segala macam perasaan yang terbuku di hati-sudahnya, dia menghamburkan air mata. rasa aku mungkin sebab aku sibuk sangat bertanya tentang sekolah barunya.
marjana ini amat menyayangi sri aman-aku betulkan fakta-marjana amat menyayangi rakan2nya di sri aman, sebuah sekolah yang memang aman-marjana langsung tidak sedar bahawa di sebalik kesedihannya itu aku turut berasa sedih. marjana langsung tidak sedar bahawa bila kali pertama aku tahu budak2 felda dipindahkan ke sekolah lain, nama dia antara yang terawal terpacul di sudut hatiku-kemudian, deretan nama lain turut menjelma, marzila (budak syair yang terlalu mendalam apabila berfikir) dan afiqah (budak 2bakti anak pengurus) antara yang terawal muncul.
adakah ada sesuatu antara aku dan marjana sehinggakan begitu sekali ingatan aku terhadapnya?
jawapannya, ya. memang ada sesuatu. ya, ada sesuatu.
oh biarlah kalian tertanya2 atau menduga. memang itu tabiat kalian, bukan?
dan eh kenapa ayat aku tiba2 menjadi amat skema itu. oh mungkin aku terpengaruh dengan esmeralda. ya budak sepanyol itu.
byes!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment