Thursday, February 18, 2010

dan aku menyiarkan komen beliau di sini


gambar ni aku tak ambik dalam bentuk potret tapi aku crop sampai jadi macam ni--aku letak kat sini utk memenuhi permintaan pn. chris n cik fadz. yeay!-mana lagi best, ada kaler atau b+w?

setelah aku membaca komen seorang kawan ni, aku memberikan cadangan kepada diriku sendiri agar menyiarkannya di ruangan enrty ini. memandangkan cadangan itu amatlah wajar, maka aku membuat keputusan menyiarkan komen itu di sini.

latar belakang pengomen ini ialah;
1)seorang ibu yang aktif
2)mempunyai potensi yang tinggi kerana bekerja di pesekitaran berprestasi tinggi
3)suka pakai baju sedondong
4)banyak lagi latar belakang dia ni-nanti-nantilah cerita.

inilah komen kawanku yang dia buat dengan penuh ikhlasnya kerana dia terbaca satu entry yang aku tulis.

Kesiannya Irfaan, moga dia cepat sembuh. Bila anak kecil sakit ni mmg menyeksakan kerana mereka tidak tahu mengkhabarkan berita kesakitan mereka itu dan di mana sakit. (ceh! ayat skema habis).

Janganlah komplen bermain dgn anak, sbb akan tiba saatnya nanti,mereka dah tak teringin dah bermain dgn kita, bersembang pun mungkin dah kurang. Masa tu mereka akan lebih suka meluangkan masa dgn rakan2. Bila tiba saat itu, kesedihan dah tak berguna lagi. (fuuyoo, habis poyo ayat aku)

Tp basically kao fahamlah kan maksud aku.

Tadi type dah kat cbox, gila panjang takut ko tuduh aku meroyan pulak karang. ahak ahak.

ni jawapan aku atas keikhlasan hatinya yang membuak-buak itu.

terima kasihlah puteri-memandangkan ko dah tulis panjang2 kat shoutbox n bimbang dianggap meroyan n ko tulis pulak kat ruang komen ni-aku amat hargailah-

sebenarnya, aku tak senang2 menganggap seseorang itu meroyan kat blog aku, kecuali kalau;

1)orang tu merepek2 tak tentu pasal dengan niat yang amat jahat dan disulami dengan hati yang amat busuk

2)orang tu menulis2 sesuatu yang menyakitkan hati dengan sewenang-wenangnya tanpa asas yang kukuh dengan niat yang jahat atau bertujuan untuk menyakitkan hati pemilik blog dan memalukan pemilik blog

3)atau orang tu tak suka dengan apa yang aku tulis tapi dia tak blah ke tempat lain sebaliknya menulis2 pulak apa2 yang amat negatif sifatnya dengan niat yang jahat kat shoutbox tu-oi, kalau tak suka blahlah-blog aku, suka hati akulah apa aku nak tulis (ayat ini amatlah tidak mesra pengunjung tetapi sesekali perlu diingatkan kepada pengunjung yang meroyan.

selepas ko membaca kategori encik atau cik atau puan meroyan versi aku- ko akan mendapati ko bukanlah dalam kategori itu-jadi, ko tak perlu bimbang kerana ko tak termasuk dalam golongan tersebut.

pasal komen ko tu-memang ada benarnya dan pasal ayat2 ko yang skema n poyos tu memang ada benarnya.

terima kasih atas nasihat dan peringatan ko tu. alhamdulillah, cik abang dah sihat-sila terus berikan nasihat kerana aku memang perlukan tunjuk nasihat daripada orang berpengalaman dan mementingkan keluarga macam ko ni untuk memanduku ke arah menjadi bapa mithali (yeay) -aku rasakan ayat aku lagi skema daripada ko lah-haih.

okeyh, byes!

2 comments:

Puteri's territory said...

Buat perhatian murid-murid semua, komen yang dipaparkan dalam entry ni bukan dari Pn Puteri guru sekolah anda ya, saya ulang bukan Pn Puteri yang anda kenali.

Comeinya cik abang dalam gambar tu, good to know dia dah sihat and fuuyooo aku memang dijamin sah bukan meroyan mengikut istilah kao.

Kao buat bunyi cam aku hebat sangatlah padahal aku jauh daripada tu, yelah dalam blog tulislah yang bagus2, padahal kao tak tahu, hari2 aku dok menyinga tp takkan aku nak tulis kot kan.

Tapi terima kasih atas pujian anda yang susah untuk diterima itu, dan memandangkan aku bukan kategori meroyan maka bermula dari hari ni makin panjanglah komentar daripada aku. ahak ahak.

zakiah said...

Assalamualaikum Cikgu aka novelis,
tahniah atas kelahiran buku yang baru...
bila nak masukkan cover buku Mencari 'dude' dalam blog ni?
harap dapat beri tunjuk ajar kepada saya