Monday, February 1, 2010

cacamarba

sebelum mula menulis ni, aku nak mintak maaflah kepada saudara danny n cik apa ntah sebab komen dia org ni aku terdelete-sorry bebanyak ye.

okey, dah lama tak nulis, budak2 pun ada yg concern benar n tanpa segan silu seperti biasa akan merungut2lah pasal cekgu tak updatekan blog. masalahnya, takde benda yg menarik nak ditulis, takde isu pun. kang salah tulis merengkok pulak kat dalam penjara, kan?

isu satu;
guru pembiak budaya saman.
ni aku nak komen sikit. rasa aku, tak sesuailah tulis besar2 macam tu dalam surat khabar. penulis ayat ni kenalah fikir dalam2 sebelum menulis. sebab bila cekgu tu rasa teraniaya n ingin mendapatkan pembelaan, salahkah dia menggunakannya melalui saluran undang2? daripada dia mengamuk tak tentu pasal n tikam perut orang sana-sini, biarlah dia ambil tindakan melalui saluran undang2. negara kita kan ada undang2. hak untuk mendapatkan pengadilan n pembelaan adalah untuk semua rakyat malaysia, tak kiralah tukang kebun mahupun cekgu.

isu dua;
sekolah berprestasi tinggi.
dengan gembira dan bangganya , dimaklumkan bahawasanya sekolah tempatku bekerja bermati2an itu telah dipilih sebagai sekolah berprestasi tinggi. oh aku amat banggalah dengan pencapaian ini. hal ini demikian kerana sudah pastilah kerana usaha cekgu2 dan usaha para pelajar serta usaha2 oleh siapa2lah yg bermukim di dalam sekolah telah membolehkan sekolah ini menang anugerah itu. dan aku pun berusaha jugak. hehe.

aku nak tulis panjang2 ni pasal isu ni tapi nanti korang cakap aku sombong pulakkan. oh cukuplah pasal ni.

isu tiga;
anakku irfaan itu, dia ni kan agak lambat sikitlah progress dia terutamanya sekali bab mengatur langkah kaki. buat masa ni, dia dah mula berdiri n mula nak mengatur langkah. yang menarik perhatian diriku ini ialah tahap kecomelan dia ketika dia yg duduk semahu2nya dan tiba2 pula berdiri tanpa disedari oleh dirinya sendiri. lepas tu kan, dia baru tersedar yang dia dah berdiri pulak. n muka bukan main cuak lagi sebab takut jatuh-ni aku tengah pikir2 ni, aku dulu macam tu ke? sebab kan orang dulu2 cakap kalau bapak borek, anak dia berbintik2 kan.

oh musykil.

isu empat;
pasal budak2 dalam kelas 1damai dan 1amanah. dan budak2 kelas 2fasih dan 2 cekap. oh nantilah aku usulkan cadangan kepada diriku ini utk bercerita pasal makhluk2 Allah yang ini.

isu lima;
aku berjumpa dengan marjana hari ni-aku nak cerita dalam entri satu lagi-saje je nak banyakkan entri kat blog yg dah berhabuk.

isu enam;
ainin naufal, sahabatku yang amat bimbang pasal anak dia yang masuk darjah satu tahun ni, amat cerdas orangnya-aku mendapati dia telah menulis dengan banyaknya n keadaan ini amat menimbulkan perasaan cemburu di satu sudut hatiku-nasib baik satu sudut je. tunggulah, aku tengah mencabar diriku yang dah setahun tak nulis apa2. penulis konon!

isu tujuh;
kalau kita selalu berfikir dan menulis, dengan cepatnya kita akan dapat menajamkan kemahiran kita yang satu ini. sahabatku ynag bernama encik jankaulu ini ialah apa yang aku maksudkan-dia kan pada mula penulisan dia dulu agak skema sikit gaya dia. tapi sekarang ni, puiiyoh, dah hebat beb-aku selalu jugaklah membaca penulisan beliau yang makin seronok utk dibaca.

takmo tulis lagilah-nanti takde entri pulak.

oh sebelum tu, cik qistina aka amoi, nanti i addkan url blog awak ke sini. n cik d n cik n yg suka bergossip tu, berentilah tabiat buruk tu.

byes.

No comments: