adalah satu hari tu, atau mungkin hari2 yang lain juga, aku tertanya kepada diriku sendiri. tidakkah irfaan jemu bermain-tidakkah terlintas di fikirannya untuk berehat seketika-hoih, naik cemuih aku melayan beliau.
rutinnya beginilah-sesampai sahaja aku dari sekolah, dalam keadaan yang kelesuan, beliau pula baru bangun dari tidur. kalau dia sedang mendarat di atas lantai, dia akan cepat2 merangkak ke arahku dan mencapai kakiku yang masih bersarung stokin-aduh, penatnya aku rasakan saat itu.
kalau dia tidak mendarat di atas lantai, iaitu dia sedang berdiri di atas sofa sambil cik yah memegangnya, dia akan lompat2 sikit menunjukkan keterujaannya di atas ketibaan suami emaknya itu.tapi suami emaknya itu benar-benar kelesuan saat itu.
kemudian, biasanya tanpa melengah-lengahkan masa, beliau akan cepat2 mengajakku bermain di depan tv dengannya-segala macam benda permainan berlonggok di situlah-terpaksalah aku melayan beliau saat itu-dan beliau pula bermain tanpa hentinya-dan kasang2 tibalah idea yang amat kreatif iaitu beliau telah menciptakan satu permainan yang ganjil dan langsung tidak menyeronokkan bagi diriku ini.
permainannya mudah-beliau akan mengambil apa2 permainan yang ada dan mencampakkan ke bawah sofa-kemudian, dengan amat bersusah payah pula beliau akan cuba mengambilnya-yang pasti, beliau tidak mampu melakukannya-sudahnya, akulah yang terpaksa mengambilnya-duhhhh, penatnya-selepas bersusah payah aku menghulurkan tangan ke bawah sofa, beliau akan mengambil barang itu dan mencampakkannya semula ke bawah sofa. dan aku terpaksa mengambilnya semula-perbuatan itu diulang2 beberapa kalilah sehingga aku berpura2 pengsan. hoh, sungguh 'menyeronokkan' permainan itu.
atau satu lagi permainan yang tidak kurang 'menyeronokkan' ialah permainan yang aku namakan sebagai mari mencampak bola jauh-jauh dan suruh papa ambil bola tu dan kemudiannya campakkan semula jauh-jauh. rasanya tak payahlah aku bercerita lagi pasal bagaimanakah permainan itu dimainkan-yang pastinya, duhhhhh penat sungguh!
itulah sebabnya aku terfikir tidakkah beliau ingin berehat sekejap? tetapi keadaan itu tidak pernah berlaku. namun akhirnya, beberapa hari ini, keinginanku itu tercapai.
beliau berhenti bermain-naluri ingin bermain sewenang2nya hilang tiba-tiba. beliau demam-demam teruk-ada selesema, batuk, muntah2-merenget-renget.
buat pertama kalinyalah beliau demam dengan teruk begini-tiada lagi permainan dengan sofa, main campak2 bola, atau main sepah2kan ruang tamu. semua permainan tidak disentuhnya-yang aku lihat beliau banyak berbaring dan sesekali terjaga kerana batuk kuat yang mengganggu tidurnya-oh azab sungguh-satu lagi, tiada lagi senyuman atau ketawa yang menghiburkan hati aku-semua itu tiada lagi buat masa ini-dan fikiran aku benar2 terganggu.
menyesal benar aku kerana meminta agar beliau berhenti bermain. aku benar2 terlupa resam hidup anak2 kecil. aku doakan agar beliau cepat sembuh dan kembali aktif dengan semua jenis permainan beliau itu. tak apalah kalau nak sorok2kan barang bawah sofa pun, tak apa. buatlah. kalau nak campak bola jauh2 pun buatlah, tak apa-tapi janganlah banyak sangat.
hoih, penatt dah menulis. byes. kesimpulan atau pengajarannya korang fikirkan sendirilah.
1 comment:
Kesiannya Irfaan, moga dia cepat sembuh. Bila anak kecil sakit ni mmg menyeksakan kerana mereka tidak tahu mengkhabarkan berita kesakitan mereka itu dan di mana sakit. (ceh! ayat skema habis).
Janganlah komplen bermain dgn anak, sbb akan tiba saatnya nanti,mereka dah tak teringin dah bermain dgn kita, bersembang pun mungkin dah kurang. Masa tu mereka akan lebih suka meluangkan masa dgn rakan2. Bila tiba saat itu, kesedihan dah tak berguna lagi. (fuuyoo, habis poyo ayat aku)
Tp basically kao fahamlah kan maksud aku.
Tadi type dah kat cbox, gila panjang takut ko tuduh aku meroyan pulak karang. ahak ahak.
Post a Comment