Irfaan baru lepas mandi. dalam keadaan masih wangi2 tu dia muncul di tepi meja aku.
"papa, jomlah main dengan ipan," katanya.
waktu tu aku sedang mula nak hidupkan laptop. iffah sedang terbaring di ruang tengah sambil menghisap susu botol dan nonton tv. layan baby tvlah tu. itu jelah satu2nya channel yang boleh buatkan dia melekat lama sikit kat depan tv.
pada masa irfaan mengajak aku bermain apa2 tu, aku baru je lepas melayan dia melukis. iffah pun join aktiviti lukis-melukis tu. cantik jugaklah lukisan abstrak yang iffah lukiskan. habis comot-momot bekas buku mewarna abang dia dikerjakan seikhlas hatinya.
"Abang nak main apa pulak ni," soalku malas2.
"Mainlah apa2," balas irfaan.
aku berdoa agar dia tak minta main ps2 sebab plug tu aku nak gunakan ke plug printer dan laptop.
tiba-tiba irfaan bersuara semula.
"Kita main buah-buahan ni, nak?" soalnya pula sambil menunjukkan kotak flash cards.
"oklah," balasku sambil mula duduk di atas lantai bilik bacaan.
kami berduapun mula menyusun gambar2 buah-buahan. bahagian gambar tu ditelangkupkan ke muka lantai. yang dapat dilihat ialah nama buah-buahan tu yang ditulis dalam bahasa inggeris. budak ni tak boleh membaca lagi, so takpelah kita main teka2 buah.
gambar buah demi buah aku ambil dan tunjukkan kepada irfaan supaya dia dapat menekanya. kalau tekaannya betul, dia dapatlah kad itu. kalau salah, kad tu aku punya. bila habis game tu nanti, siapa yang dapat paling banyak kad dikira sebagai pemenang.
aktiviti tunjuk-menunjuk kad berterusan sehinggalah sampai ke buah mata kucing. waktu aku tunjukkan gambar mata kucing tu, dia macam ingat2 lupa. so, dengan dahi sedikit berkerut-kerut dia fikirkanlah tentang nama buah tu. kasihan melihat anak ini, aku pun bagi dia klu.
"Nama buah ni ada bunyi binatang ni tau," kataku sambil kemudiannya membuat bunyi "miawww" sebagai klu. "Buah apa?" soal aku kemudiannya.
dengan amat pantas terkeluarlah jawapan dari mulut anak ini.
"Anak kucing!" jawabnya.
hehehe. aduhai anak.
ini gambar irfaan memberi makanan kepada anak2 itik di bird pradise, langkawi. iffah & mem takde sebab iffah tido dalam keta waktu tu. so, aku dengan irfaan je yang masuk melawat binatang2 ni.
terima kasih tuan/puan kerana membaca. selalu-selalulah membaca. membaca jambatan ilmu.
No comments:
Post a Comment