Tuesday, October 30, 2012

dan mereka tetap melangkah pergi. buat selama-lamanya.

Malam ni di celah2 kesibukan menanda kertas soalan peperiksaan, aku secara tidak merancang telah melayari  laman sosial facebook. secara jujurnya, FB  tidak lagi menjadi tempat lepak maya pilihan pertama. bila christina chan merungut tentang aku dah lama tak berbual dengannya di FB, aku tidak menafikan. salah satu faktornya ialah FB tidak lagi memberikan aku keterujaan untuk melayari internet.

Entah kenapa, langsung tidak teruja. kadang-kadang, setelah satu minggu berlalu pun, aku belum sekali singgah ke FB. ini ialah suatu keadaan yang tidak pernah berlaku dahulu, iaitu sejak aku mempunyai akaun FB.

Tapi malam ini lain. malam ini berbeza. malam ini aku tersasar ke FB agak lama. puncanya satulah. video yang diuploadkan oleh wazeerah azmi. video tu bukanlah apa-apa. cuma video wazeerah azmi dan atikah mahmud nyanyi2 riang. namun, keriangan mereka ini semacam menyuntik satu perasaan yang lain. perasaan yang aku rasakan ialah kesyahduan apabila terkenang orang2 yang sebelum ini amat menyenangkan hati kita dan telah lama meninggalkan kehidupan kita.

Bukan itu sahaja. Keriangan mereka dalam video itu secara tidak langsung mengembalikan ingatan kepadaku terhadap manusia-manusia ini. sejak bertahun2 aku bergelar guru, berbagai-bagai jenis manusia yang aku temui. dan manusia seperti wazerah dan atiqah ini memang tidak membosankan. terima kasih kerana muncul dalam sejarah hidupku. dan terima kasih sebab awak berdua masih tidak berubah (berdasarkan pengamatan aku terhadap video tu). sebab kalau manusia berdua ni berubah, aku pasti akan merindui wazeerah dan atiqah yang dahulu.


Selepas kemunculan wazeerah azmi dan atiqah mahmud, muncul pula syuhadah dan izarra. dua manusia ini pun turut memeriahkan kehidupan aku sepanjang di sri aman. dan terima kasihlah sebab tidak pernah sekalipun manusia-manusia ini menyebabkan aku berasa sedih, marah, benci-mereka muncul dan muncul. photo studio itu seperti rumah kedua mereka. foto studio itu termasuk diriku ini menjadi tempat luahan rasa kecewa marah sedih bangga syuhadah dan izzarra, terutamanya izarra.

Selepas izarra dan syuhadah melangkah pergi, muncul pula farah nawal dan ksherah. entah kenapa aku didatangkan pakej manusia-manusia riang ini secara berpasangan.  seperti waze, atiqah, izarra dan syu, farah nawal dan ksherah juga tiada bezanya. gelak tawa mereka, dan segala macam perilaku mereka berdua ini cukup menceriakan hidupku di sri aman.

Malangnya, seperti waze, atiqah, izarra dan syuhadah, farah nawal dan ksherah juga akan melangkah pergi. dan mereka akan tetap pergi. yang tinggal hanya kenangan pahit manis masam masin kehidupan mereka sebagai pelajar sambil dikelilingi oleh pelbagai ragam guru-guru yang setia menghabiskan usia mendidik anak bangsa.

terima kasih wazeerah.
terima kasih atiqah.
terima kasih izarra.
terima kasih syuhadah.
terima kasih farah nawal.
terima kasih ksherah.

terima kasih kalian.
semoga Allah merahmati hidup kalian!

selamat malam puan2. malam ni jiwa kacau sikit.


No comments: