Tuesday, October 16, 2012

lukisan abstrak. abstrak sangatlah kan.


Itulah tajuk entry pilihan hati ini kali ini. ini kisah semalamlah. sewaktu aku tengah mengantuk benar menunggu budak SMKTM menjawab soalan exam pmr, aku perasan satu sms dah masuk dalam kotak ingatan telefon bimbit aku. kemudian, semasa mengiringi seorang pelajar ni ke tandas, secara spesifiknya ialah semasa budak itu berada di dalam tandas, aku sempatlah baca sms tu.

-abang buat perangai hari ni. bergaduh dengan kak elin sebab berebut water colour. boleh tak tolong belikan masa balik nanti. beli yang murah2 je sebab i dah janji nak belikan kat dia-

macam tulah bunyi sms tu. sms tu daripada mem. so, takpelah- aku tau irfaan dan anak2 orang lain yang seusia dengannya memang pantang dijanjikan apa2, dia pasti akan menuntutnya sampai dapat. so, aku pun berazamlah untuk membelikan dia water colour tu petang nanti.

dalam perjalanan balik ke rumah, aku sempat singgah kedai buku dan beli water colour yang murah ni-satu setlah dengan buku lukisan, berus dan apa2 yang berkenaanlah. semasa memandu kereta, aku perasan ada lagi satu sms. sewaktu di lampu isyarat, aku sempat membaca sms tu. mem pesan jangan lupa beli water colour sebab ada orang ternanti2kan water colour dia. mujurlah aku dah beli-kalau tak kesianlah jugak.

sebaik aku membuka pintu utama rumah-bunyi keriut yang kecil pada pintu itu dapat ditangkap oleh telinga irfaan. dari atas, aku terdengar irfaan melaung namaku.

"Ya," jawabku.
"Papa beli tak, cat?" soalnya pula.
water colourlah tu. aku faham benar bahasa anak kecil ini.
"Beli," jawabku ringkas.
"Yeay!" irfaan menjerit keriangan. berkali-kali dia menjerit sebegitu.

tuan-tuan bayangkan kalau aku tak beli water colour tu. alangkah kecewanya. alangkah hampanya sekeping hati yang kecil dan belum menyerti apa2 tentang keperitan hidup ini. dulu, sewaktu aku kecil dahulu, nak dapatkan satu set pensil warna yang lengkap pun payah. asyik2 guna pensel warna abang punya. atau kakak punya-dengan pilihan warna yang cacat.

dengan demikian, aku amat bersyukur kerana anak ini, setakat ini tidak perlu melalui keperitan hidup yang dilalui oleh ayahnya. aku panjatkan doa ke hadrat Ilahi agar rezeki keluarga kami berterusan dan melimpah ruah-moga-moga dengan rezeki yang banyak ini, banyaklah lagi manfaatnya kepada keluarga kami.

walaupun irfaan masih muda lagi untuk mengenali water colour dan penggunaannya yang agak 'maafan',aku harap hikmahnya ialah dia kenal peralatan2 yang biasa digunakan di sekolah lebih awal sebelum dia menjejakkan kaki ke bangku sekolah nanti.

 jom kita tengok lukisan abstrak.

ini lukisan abstrak aku. sebenarnya asas lukisan ni sebuah kotak. tapi irfaan cakap, "apahal buat kotak2 pulak. lukislah lukisan abstrak. nilai artistik dan kematangan lukisan pun tinggi." akhirnya aku lukis yang inilah. tajuk lukisan ni ialah Kehidupan Ini Penuh dengan Keharuan dan Kadang kala Menjadikan Kita Haru-biru. itu sebab lukisan ni ada banyak warna biru.
yang ini pula lukisan abstrak hasil tangan iffah. tajuk dia Seorang Gadis Pingitan Yang Terjebak Dengan Noda. menurut iffah," warna biru tu melambangkan perkara yang baik dan warna merah tu ialah bila gadis tu buat benda tak senonoh."

ini lukisan abstrak hasil tangan irfaan. tajuk dia ialah Papa Hebat. pendeklah pulak tajuk dia . bila aku tanya kenapa tajuk lukisan tu ada nama papa, katanya, "Sebab papa belikan irfaan cat."


so, lukisan  abstrak yang manakah pilihan hati tuan-tuan dan puan-puan. tepuk dada tanyalah selera.

byes!

No comments: