Mungkin aku amat berbeza jika dibandingkan dengan orang lain. aku tak kisah sangat bersusah-payah melaksanakan sesuatu kerja-kerana aku- amat mementingkan kepuasan bekerja.
atas dasar itulah aku menjadi amat sibuk. aku rasa itulah puncanya aku sibuk-namun aku gembira. prinsipnya mudah-atas apa yangkita buat secara bersungguh-sungguh, jika hasilnya memberangsangkan, maka patutlah kita berasa puas.
ketika aku membuat dua buah pangkin di laman rumah, orang rumah cakap buat apalah awak bersusah payah. beli jelah kat kedai-bukannya awak tak mampu. lagipun, beli bangku kat kedai tu bukannya macam beli nasik lemak-yang mana kita beli berulang-ulang kali-beli bangku sekali je-salah ke kalau membeli?
aku tak kisah dengan pendirian itu-setiap orang ada pendirian-prinsip-mahupun pendapat sendiri. namun, aku berbeza, aku lebih rela buat sendiri sesuatu yang termampu aku buat. hasilnya, dua buah pangkin sedia utk digunakan-kos rm70. dapatlah save dekat enam tujuh ratus ringgit. dan tak ada seorang pun yang tengok pangkin tu kata tak cantik-malah jiran aku mr tan, cakap " awak ni cikgu KH ke?"
dan dia terkejut bila aku katakan bahawa aku ni cikgu BM. betul2 mr tan terlupa bahawa menjadi cikgu ialah menjadi semuanya. menjadi cikgu ialah menjadi ayah, emak, kakak, abang, tukang kebun, tukang cat, tukang kayu, polis, peguam, penyanyi, dan menjadi macam-macam lagilah. malulah aku kalau menjadi cikgu tapi taktau buat banyak benda-sebab cikgu mestilah manusia yang serba boleh-kerana kita bertanggungjawab mengisi keperluan pelajar yang juga berbagai-bagai itu.
kesimpulan daripada entry yang tidak bertema ini ialah, sembahyang itu ibadat, bekerja juga ibadat-kita sembahyang tidaklah lama benar dalam satu2 sesi-malah kita sembahyang semasa kita bekerja. tapi komitmen kita terhadap kerja lain. komitmen kita terhadap kerja ialah siang dan malam, pagi dan petang-bayangkanlah kalau benda yang kita buat siang dan malam itu tidak mampu memberikan kita kepuasan-maka dimanakah seronoknya pekerjaan kita itu? dan alangkah malangnya kerana berjam2 lamanya waktu sehari kita habiskan dengan melakukan kerja yang amat tidak menyeronokkan
kesimpulan yang kedua ialah, aku mohon kepada Allah agar berikan aku kekuatan dan kesihatan untuk terus bekerja dengan bersungguh-sungguh dan beroleh kepuasan terhadap apa yang aku kerjakan.
cukuplah. tengok gambar pulak. ini satu lagi projek menyusahkan diri tapi hasilnya tetap memuaskan hati. rutin aku sekarang ni, balik sekolah, bukak kasut n terus jalan2 kat atas batu refleksologi ni-boleh tahan sedapnya-sebab kaki tengah lenguh2.
peringkat awal pembuatan batu refleksologi-kalau kata kedai saiz yang diaorang buat 1 kaki x 1 kaki-yang aku buat ni 1.5 kaki x 1 kaki. lebih lebar n batunya lebih banyak. so, lagi bestlah memijak.
ni bila aku dah letakkan kat laman.
ni pandangan dari ataslah.
terima kasih. byes!
No comments:
Post a Comment