Tuesday, October 30, 2012

dan mereka tetap melangkah pergi. buat selama-lamanya.

Malam ni di celah2 kesibukan menanda kertas soalan peperiksaan, aku secara tidak merancang telah melayari  laman sosial facebook. secara jujurnya, FB  tidak lagi menjadi tempat lepak maya pilihan pertama. bila christina chan merungut tentang aku dah lama tak berbual dengannya di FB, aku tidak menafikan. salah satu faktornya ialah FB tidak lagi memberikan aku keterujaan untuk melayari internet.

Entah kenapa, langsung tidak teruja. kadang-kadang, setelah satu minggu berlalu pun, aku belum sekali singgah ke FB. ini ialah suatu keadaan yang tidak pernah berlaku dahulu, iaitu sejak aku mempunyai akaun FB.

Tapi malam ini lain. malam ini berbeza. malam ini aku tersasar ke FB agak lama. puncanya satulah. video yang diuploadkan oleh wazeerah azmi. video tu bukanlah apa-apa. cuma video wazeerah azmi dan atikah mahmud nyanyi2 riang. namun, keriangan mereka ini semacam menyuntik satu perasaan yang lain. perasaan yang aku rasakan ialah kesyahduan apabila terkenang orang2 yang sebelum ini amat menyenangkan hati kita dan telah lama meninggalkan kehidupan kita.

Bukan itu sahaja. Keriangan mereka dalam video itu secara tidak langsung mengembalikan ingatan kepadaku terhadap manusia-manusia ini. sejak bertahun2 aku bergelar guru, berbagai-bagai jenis manusia yang aku temui. dan manusia seperti wazerah dan atiqah ini memang tidak membosankan. terima kasih kerana muncul dalam sejarah hidupku. dan terima kasih sebab awak berdua masih tidak berubah (berdasarkan pengamatan aku terhadap video tu). sebab kalau manusia berdua ni berubah, aku pasti akan merindui wazeerah dan atiqah yang dahulu.


Selepas kemunculan wazeerah azmi dan atiqah mahmud, muncul pula syuhadah dan izarra. dua manusia ini pun turut memeriahkan kehidupan aku sepanjang di sri aman. dan terima kasihlah sebab tidak pernah sekalipun manusia-manusia ini menyebabkan aku berasa sedih, marah, benci-mereka muncul dan muncul. photo studio itu seperti rumah kedua mereka. foto studio itu termasuk diriku ini menjadi tempat luahan rasa kecewa marah sedih bangga syuhadah dan izzarra, terutamanya izarra.

Selepas izarra dan syuhadah melangkah pergi, muncul pula farah nawal dan ksherah. entah kenapa aku didatangkan pakej manusia-manusia riang ini secara berpasangan.  seperti waze, atiqah, izarra dan syu, farah nawal dan ksherah juga tiada bezanya. gelak tawa mereka, dan segala macam perilaku mereka berdua ini cukup menceriakan hidupku di sri aman.

Malangnya, seperti waze, atiqah, izarra dan syuhadah, farah nawal dan ksherah juga akan melangkah pergi. dan mereka akan tetap pergi. yang tinggal hanya kenangan pahit manis masam masin kehidupan mereka sebagai pelajar sambil dikelilingi oleh pelbagai ragam guru-guru yang setia menghabiskan usia mendidik anak bangsa.

terima kasih wazeerah.
terima kasih atiqah.
terima kasih izarra.
terima kasih syuhadah.
terima kasih farah nawal.
terima kasih ksherah.

terima kasih kalian.
semoga Allah merahmati hidup kalian!

selamat malam puan2. malam ni jiwa kacau sikit.


Tuesday, October 16, 2012

lukisan abstrak. abstrak sangatlah kan.


Itulah tajuk entry pilihan hati ini kali ini. ini kisah semalamlah. sewaktu aku tengah mengantuk benar menunggu budak SMKTM menjawab soalan exam pmr, aku perasan satu sms dah masuk dalam kotak ingatan telefon bimbit aku. kemudian, semasa mengiringi seorang pelajar ni ke tandas, secara spesifiknya ialah semasa budak itu berada di dalam tandas, aku sempatlah baca sms tu.

-abang buat perangai hari ni. bergaduh dengan kak elin sebab berebut water colour. boleh tak tolong belikan masa balik nanti. beli yang murah2 je sebab i dah janji nak belikan kat dia-

macam tulah bunyi sms tu. sms tu daripada mem. so, takpelah- aku tau irfaan dan anak2 orang lain yang seusia dengannya memang pantang dijanjikan apa2, dia pasti akan menuntutnya sampai dapat. so, aku pun berazamlah untuk membelikan dia water colour tu petang nanti.

dalam perjalanan balik ke rumah, aku sempat singgah kedai buku dan beli water colour yang murah ni-satu setlah dengan buku lukisan, berus dan apa2 yang berkenaanlah. semasa memandu kereta, aku perasan ada lagi satu sms. sewaktu di lampu isyarat, aku sempat membaca sms tu. mem pesan jangan lupa beli water colour sebab ada orang ternanti2kan water colour dia. mujurlah aku dah beli-kalau tak kesianlah jugak.

sebaik aku membuka pintu utama rumah-bunyi keriut yang kecil pada pintu itu dapat ditangkap oleh telinga irfaan. dari atas, aku terdengar irfaan melaung namaku.

"Ya," jawabku.
"Papa beli tak, cat?" soalnya pula.
water colourlah tu. aku faham benar bahasa anak kecil ini.
"Beli," jawabku ringkas.
"Yeay!" irfaan menjerit keriangan. berkali-kali dia menjerit sebegitu.

tuan-tuan bayangkan kalau aku tak beli water colour tu. alangkah kecewanya. alangkah hampanya sekeping hati yang kecil dan belum menyerti apa2 tentang keperitan hidup ini. dulu, sewaktu aku kecil dahulu, nak dapatkan satu set pensil warna yang lengkap pun payah. asyik2 guna pensel warna abang punya. atau kakak punya-dengan pilihan warna yang cacat.

dengan demikian, aku amat bersyukur kerana anak ini, setakat ini tidak perlu melalui keperitan hidup yang dilalui oleh ayahnya. aku panjatkan doa ke hadrat Ilahi agar rezeki keluarga kami berterusan dan melimpah ruah-moga-moga dengan rezeki yang banyak ini, banyaklah lagi manfaatnya kepada keluarga kami.

walaupun irfaan masih muda lagi untuk mengenali water colour dan penggunaannya yang agak 'maafan',aku harap hikmahnya ialah dia kenal peralatan2 yang biasa digunakan di sekolah lebih awal sebelum dia menjejakkan kaki ke bangku sekolah nanti.

 jom kita tengok lukisan abstrak.

ini lukisan abstrak aku. sebenarnya asas lukisan ni sebuah kotak. tapi irfaan cakap, "apahal buat kotak2 pulak. lukislah lukisan abstrak. nilai artistik dan kematangan lukisan pun tinggi." akhirnya aku lukis yang inilah. tajuk lukisan ni ialah Kehidupan Ini Penuh dengan Keharuan dan Kadang kala Menjadikan Kita Haru-biru. itu sebab lukisan ni ada banyak warna biru.
yang ini pula lukisan abstrak hasil tangan iffah. tajuk dia Seorang Gadis Pingitan Yang Terjebak Dengan Noda. menurut iffah," warna biru tu melambangkan perkara yang baik dan warna merah tu ialah bila gadis tu buat benda tak senonoh."

ini lukisan abstrak hasil tangan irfaan. tajuk dia ialah Papa Hebat. pendeklah pulak tajuk dia . bila aku tanya kenapa tajuk lukisan tu ada nama papa, katanya, "Sebab papa belikan irfaan cat."


so, lukisan  abstrak yang manakah pilihan hati tuan-tuan dan puan-puan. tepuk dada tanyalah selera.

byes!

Sunday, October 14, 2012

perbualanku dengan kura2 (episod satu)

Di sudut laman rumahku, ada sebuah kolam fiberglass kecil berisi beberapa ekor ikan kap, ikan gapi dan ikan apa2 ntah yang berwarna oren (tinggal sekor je) dan3 ekor ikan bersaiz seumpama ikan ntah apa2 yang tinggal sekor tu. aku letakkan sekali seekor kura2 plastik sebagai hiasan di dalam kolam yang super kecil itu.
seperti biasalah, bila pulang dari kerja pada sebelah petang itu aku duduk2lah di tepi kolam fiber tu untuk melihat2 ikan berenang-renang dengan gembiranya. semuanya berjalan seperti biasa dan amat normal sehinggalah pada suatu hari.
sewaktu aku duduk2 di tepi kolam itu melihat2 ikan berenang, aku terdengar suara menyapaku.
"apa khabar tuan," katanya. aku amat terkejut. tak ada sesiapapun di situ, kecuali diriku ini.
oh sudahlah. adakah rumah ini berpenunggu. dan aku amat takut kalau perkara sebegitu berlaku. dalam pada aku takut2 itu, terdengar satu pertanyaan lain dari suara yang sama.
"Tuan, saya ingin melaporkan sesuatu, bolehkah?" kata suara itu.
aku semakin takut. kemudian, sesuatu yang amat mengejutkan telah berlaku. patutlah bunyi suara itu seperti amat dekat. rupa2nya kura-kura plastik itulah yang bercakap.
dengan amat takut, "aku pun menjawab pertanyaannya, "laporan pasal apa tu," jawabku takut-takut walaupun aku telah cuba memberanikan diri.
"Laporan pasal ikan ni," katanya pula.
"Laporan pasal ikan?" soalku kehairanan.
"Ya," katanya. "Ikan kap yang berbadan cantik itu telah mendapat anugerah ikan cemerlang beberapa tahun lepas," katanya.
"Habis tu?" soalku pula.
"Saya memerhati dia selama ini. saya menilai dia dan saya mendapati dia  tak cemerlang sebaik sahaja mendapat gelaran itu. kerjanya asyik2 makan dan asyik2 tidur je," lapor kura2 itu lagi.
kemudian, aku ternampak seekor ikan kecil berwarna oren yang berenang ke sana-sini dan sesekali menggigit lumut di dinding kolam.
"Wah, bagusnya ikan tu. yang itu pastilah ikan cemerlang juga, bukan?" soalku kepada kura-kura plastik itu.
 "Maafkan saya, tuan. ikan itu ikan biasa saja. ikan itu bukan ikan cemerlang," jawab kura-kura.
"Bukan cemerlang?" soalku pula. aku amat tidak puas hati dengan jawapan kura-kura itu.
"Ya. dia tidak cemerlang. memang dia melakukan banyak perkara. berenang ke sana-sini untuk memastikan semuanya OK. dan dia juga membuang lumut2 yang mengotori dinding kolam ini, tetapi dia tidak cemerlang," kata kura-kura itu.
"Kenapa tidak?" soalku pula.
"Sebab dia belum memohon untuk menjadi ikan cemerlang," jawab kura-kura itu. "Tanpa permohonan gelaran ikan cemerlang, ikan itu bukanlah apa2.  dia bukan ikan yang inovatif dan bukan juga ikan yang mencetuskan idea. pendek kata, dia bukanlah ikan yang berguna," kata kura-kura itu lagi.
hisy, geram betul aku mendengar kata-kata kura-kura itu. berani dia menidakkan kecemerlangan ikan lain dengan semudah itu.
"habis, ikan kap yang sedang tidur berdengkur itu cemerlang sangatlah?" soalku pula.
"Sehingga kini, memang ya. walaupun dia tidur, dia memang cemerlang.bila dia dianugerahkan ikan cemerlang, sampai bila2 pun dia dianggap cemerlang dan inovatif dan kreatif dan progresif dan juga mempunyai can go dan can do mentality," kata kura-kura itu.
"Kalau begitu, kenapa tadi awak sibuk nak laporkan kepada saya pasal ikan kap itu yang tidak cemerlang sebaik sahaja dia mendapat anugerah ikan cemerlang?" soalku pula.
"Itulah isunya sekarang. saya ingin tahu pendapat tuan tentang bagaimana saya boleh menyedarkan ikan itu tentang anugerah ikan cemerlang yang ada padanya bukanlah semata-mata untuk dia tidur di dalam kolam ini," kata kura-kura itu.
"Tak payahlah nak pening2kan kepala awak tu," kataku lagi. "Awak beritahu ikan kap itu kalau dia tidak berubah sikapnya, saya akan buang dia ke tempat lain. habis cerita," kataku pula.
"Eh, jangan tuan. jangan tuan berani buat begitu," kata kura-kura dengan penuh kebimbangan.
"Kenapa pula. awak dah jatuh cinta dengan ikan kap itukah?" soalku, menyindir.
"eh tuan ni, tak mungkinlah saya bercinta dengan ikan pula. walaupun saya mengamalkan dasar 1kolam, tapi saya tidak akan bercinta dengan spesis lain. saya ni jenis yang menjaga keturunan," jelas kura-kura itu.
"Habis tu, kenapa awak tak benarkan saya buang ikan kap itu?" soalku pula.
"Sebab gelaran ikan cemerlang dia itu telah membolehkan kolam kita ini mendapat markah yang tinggi. jika tidak, kolam kita ini akan ditarik balik status Kolam Berkeupayaan Luar Biasa," terang kura-kura itu pula.
akibat pening mendengar penerangan kura-kura itu, aku terus beredar.
"Tuan, tuan, tuan," aku terdengar kura-kura itu memanggilku. namun, aku terus melangkah pergi. aku ingin menenangkan fikiranku di dalam rumah pula. irfaan dan iffah pastilah sedang tertunggu-tunggu kepulanganku.

                                                           inilah kura2 yang ajaib tu.

byes!


anak kucing!

Irfaan baru lepas mandi. dalam keadaan masih wangi2 tu dia muncul di tepi meja aku.
"papa, jomlah main dengan ipan," katanya.
waktu tu aku sedang mula nak hidupkan laptop. iffah sedang terbaring di ruang tengah sambil menghisap susu botol dan nonton tv. layan baby tvlah tu. itu jelah satu2nya channel yang boleh buatkan dia melekat lama sikit kat depan tv.
pada masa irfaan mengajak aku bermain apa2 tu, aku baru je lepas melayan dia melukis. iffah pun join aktiviti lukis-melukis tu. cantik jugaklah lukisan abstrak yang iffah lukiskan. habis comot-momot bekas buku mewarna abang dia dikerjakan seikhlas hatinya.
"Abang nak main apa pulak ni," soalku malas2.
"Mainlah apa2," balas irfaan.
aku berdoa agar dia tak minta main ps2 sebab plug tu aku nak gunakan ke plug printer dan laptop.
tiba-tiba irfaan bersuara semula.
"Kita main buah-buahan ni, nak?" soalnya pula sambil menunjukkan kotak flash cards.
"oklah," balasku sambil mula duduk di atas lantai bilik bacaan.
kami berduapun mula menyusun gambar2 buah-buahan. bahagian gambar tu ditelangkupkan ke  muka lantai. yang dapat dilihat ialah nama buah-buahan tu yang ditulis dalam bahasa inggeris. budak ni tak boleh membaca lagi, so takpelah kita main teka2 buah.
gambar buah demi buah aku ambil dan tunjukkan kepada irfaan supaya dia dapat menekanya. kalau tekaannya betul, dia dapatlah kad itu. kalau salah, kad tu aku punya. bila habis game tu nanti, siapa yang dapat paling banyak kad dikira sebagai pemenang.
aktiviti tunjuk-menunjuk kad berterusan sehinggalah sampai ke buah mata kucing. waktu aku tunjukkan gambar mata kucing tu, dia macam ingat2 lupa. so, dengan dahi sedikit berkerut-kerut dia fikirkanlah tentang nama buah tu. kasihan melihat anak ini, aku pun bagi dia klu.
"Nama buah ni ada bunyi binatang ni tau," kataku sambil kemudiannya membuat bunyi "miawww" sebagai klu. "Buah apa?" soal aku kemudiannya.
dengan amat pantas terkeluarlah jawapan dari mulut anak ini.
"Anak kucing!" jawabnya.

hehehe. aduhai anak.

ini gambar irfaan memberi makanan kepada anak2 itik di bird pradise, langkawi. iffah & mem takde sebab iffah tido dalam keta waktu tu. so, aku dengan irfaan je yang masuk melawat binatang2 ni.

terima kasih tuan/puan kerana membaca. selalu-selalulah membaca. membaca jambatan ilmu.


Monday, October 8, 2012

perihal kesabaran melayan karenah anak2

Aku sedang tidur petang tadi ketika secara tiba-tiba pula irfaan mengejutkan aku. rasanya baru je aku tidur. ingatkan mem yang suruh dia kejutkan aku, rupa2nya dia sendiri yang kejutkan aku. so, dalam keadaan malas2 macam tu aku dengar dia cakap, "Jomla papa main game kereta tayar besar dengan ipan," katanya.

aduhai, dia kejutkan aku sebab nak ajak main ps2 rupa2nya. aduii, anak ini. dahlah aku jenis manusia yang susah nak tidur. kadang2tu baring2 dekat 20 minit pun belum tentu dapat tidur. padahal badan dah penat.

so, dengan malas2 macam tu aku pergi bilik bacaan AKA bilik ps2 jugak, layan dia main ps2. macam biasalah bila kita main dengan anak kecil, kita biarkanlah dia menang. itu biasalah. tapi hari ni, yang betul2 mencabar kesabaran ialah, dahle aku baru je tidur dia dah kejutkan untuk main game, dah tu main tak sampai 10 minit, dia kata, "tanaklah main game ni. game ni tak best la," katanya sambil tinggalkan aku macam tu.

kemudian, bila aku pergi ke ruang tengah-ruang nonton TV-elok je dia layan psp pulak. aduhai! nak nonton TV, iffah tengah enjoy layan Baby TV. takkan tiba2 nak tukar channel kan? haih.

kesimpulannya, anak2 ni semakin membesar, semakin mencabar nak melayannya. aku mohon Allah tingkatkan kesabaran dalam diri aku. kalaulah puteri isyatur radhiah baca entry ni, dia akan cakap dalam hati dia, 'tu baru dua orang anak hang. anak aku lima orang. hang bayangkanlah berapa banyak kesabaran yang aku perlu ada,'. ini aku rasalah.

apa2pun, aku amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kurniaan dua orang anak ini-sebab aku memikirkan betapa tak berserinya hidup aku tanpa mereka berdua ini.

tengok gambar. irfaan selalunya memberi cabaran kalu nak ambik gambar dia-ugutan demi ugutan kadang2 tak jalan langsung. 

 gambar 1: suka keluarkan lidah. hensem sangatlah kononnya tu.
 gambar 2: suka lompat2. enjoy sangatlah kononnya tu.
 gambar 3: tiba2 je waktu nak ambik gambar. ada topeng kat muka dia. dah tu mati2 tanak tanggalkan.
 gambar 4: aksi mulut yang tidak disangka2.
 tapi kalau dia senyum betul2, aduhai anakku. cuma gambar senyum macam ni amatlah sukar untuk diperoleh. takpe, aku akan banyak2 tabahkan hati.

byes.

Sunday, October 7, 2012

perihal puas dan memuaskan

Mungkin aku amat berbeza jika dibandingkan dengan orang lain. aku tak kisah sangat bersusah-payah melaksanakan sesuatu kerja-kerana aku- amat mementingkan kepuasan bekerja.

atas dasar itulah aku menjadi amat sibuk. aku rasa itulah puncanya aku sibuk-namun aku gembira. prinsipnya mudah-atas apa yangkita buat secara bersungguh-sungguh, jika hasilnya memberangsangkan, maka patutlah kita berasa puas.

ketika aku membuat dua buah pangkin di laman rumah, orang rumah cakap buat apalah awak bersusah payah. beli jelah kat kedai-bukannya awak tak mampu. lagipun, beli bangku kat kedai tu bukannya macam beli nasik lemak-yang mana kita beli berulang-ulang kali-beli bangku sekali je-salah ke kalau membeli?

aku tak kisah dengan pendirian itu-setiap orang ada pendirian-prinsip-mahupun pendapat sendiri. namun, aku berbeza, aku lebih rela buat sendiri sesuatu yang termampu aku buat. hasilnya, dua buah pangkin sedia utk digunakan-kos rm70. dapatlah save dekat enam tujuh ratus ringgit. dan tak ada seorang pun yang tengok pangkin tu kata tak cantik-malah jiran aku mr tan, cakap " awak ni cikgu KH ke?"

dan dia terkejut bila aku katakan bahawa aku ni cikgu BM. betul2 mr tan terlupa bahawa menjadi cikgu ialah menjadi semuanya. menjadi cikgu ialah menjadi ayah, emak, kakak, abang, tukang kebun, tukang cat, tukang kayu, polis, peguam, penyanyi, dan menjadi macam-macam lagilah. malulah aku kalau menjadi cikgu tapi taktau buat banyak benda-sebab cikgu mestilah manusia yang serba boleh-kerana kita bertanggungjawab mengisi keperluan pelajar yang juga berbagai-bagai itu.

kesimpulan daripada entry yang tidak bertema ini ialah, sembahyang itu ibadat, bekerja juga ibadat-kita sembahyang tidaklah lama benar dalam satu2 sesi-malah kita sembahyang semasa kita bekerja. tapi komitmen kita terhadap kerja lain. komitmen kita terhadap kerja ialah  siang dan malam, pagi dan petang-bayangkanlah kalau benda yang kita buat siang dan malam itu tidak mampu memberikan kita kepuasan-maka dimanakah seronoknya pekerjaan kita itu? dan alangkah malangnya kerana berjam2 lamanya waktu sehari kita habiskan dengan melakukan kerja yang amat tidak menyeronokkan

kesimpulan yang kedua ialah, aku mohon kepada Allah agar berikan aku kekuatan dan kesihatan untuk terus bekerja dengan bersungguh-sungguh dan beroleh kepuasan terhadap apa yang aku kerjakan.

cukuplah. tengok gambar pulak. ini satu lagi projek menyusahkan diri tapi hasilnya tetap memuaskan hati. rutin aku sekarang ni, balik sekolah, bukak kasut n terus jalan2 kat atas batu refleksologi ni-boleh tahan sedapnya-sebab kaki tengah lenguh2.

 peringkat awal pembuatan batu refleksologi-kalau kata kedai saiz yang diaorang buat 1 kaki x 1 kaki-yang aku buat ni 1.5 kaki x 1 kaki. lebih lebar n batunya lebih banyak. so, lagi bestlah memijak.
 ni bila aku dah letakkan kat laman.
ni pandangan dari ataslah.

terima kasih. byes!