Sunday, October 14, 2012

perbualanku dengan kura2 (episod satu)

Di sudut laman rumahku, ada sebuah kolam fiberglass kecil berisi beberapa ekor ikan kap, ikan gapi dan ikan apa2 ntah yang berwarna oren (tinggal sekor je) dan3 ekor ikan bersaiz seumpama ikan ntah apa2 yang tinggal sekor tu. aku letakkan sekali seekor kura2 plastik sebagai hiasan di dalam kolam yang super kecil itu.
seperti biasalah, bila pulang dari kerja pada sebelah petang itu aku duduk2lah di tepi kolam fiber tu untuk melihat2 ikan berenang-renang dengan gembiranya. semuanya berjalan seperti biasa dan amat normal sehinggalah pada suatu hari.
sewaktu aku duduk2 di tepi kolam itu melihat2 ikan berenang, aku terdengar suara menyapaku.
"apa khabar tuan," katanya. aku amat terkejut. tak ada sesiapapun di situ, kecuali diriku ini.
oh sudahlah. adakah rumah ini berpenunggu. dan aku amat takut kalau perkara sebegitu berlaku. dalam pada aku takut2 itu, terdengar satu pertanyaan lain dari suara yang sama.
"Tuan, saya ingin melaporkan sesuatu, bolehkah?" kata suara itu.
aku semakin takut. kemudian, sesuatu yang amat mengejutkan telah berlaku. patutlah bunyi suara itu seperti amat dekat. rupa2nya kura-kura plastik itulah yang bercakap.
dengan amat takut, "aku pun menjawab pertanyaannya, "laporan pasal apa tu," jawabku takut-takut walaupun aku telah cuba memberanikan diri.
"Laporan pasal ikan ni," katanya pula.
"Laporan pasal ikan?" soalku kehairanan.
"Ya," katanya. "Ikan kap yang berbadan cantik itu telah mendapat anugerah ikan cemerlang beberapa tahun lepas," katanya.
"Habis tu?" soalku pula.
"Saya memerhati dia selama ini. saya menilai dia dan saya mendapati dia  tak cemerlang sebaik sahaja mendapat gelaran itu. kerjanya asyik2 makan dan asyik2 tidur je," lapor kura2 itu lagi.
kemudian, aku ternampak seekor ikan kecil berwarna oren yang berenang ke sana-sini dan sesekali menggigit lumut di dinding kolam.
"Wah, bagusnya ikan tu. yang itu pastilah ikan cemerlang juga, bukan?" soalku kepada kura-kura plastik itu.
 "Maafkan saya, tuan. ikan itu ikan biasa saja. ikan itu bukan ikan cemerlang," jawab kura-kura.
"Bukan cemerlang?" soalku pula. aku amat tidak puas hati dengan jawapan kura-kura itu.
"Ya. dia tidak cemerlang. memang dia melakukan banyak perkara. berenang ke sana-sini untuk memastikan semuanya OK. dan dia juga membuang lumut2 yang mengotori dinding kolam ini, tetapi dia tidak cemerlang," kata kura-kura itu.
"Kenapa tidak?" soalku pula.
"Sebab dia belum memohon untuk menjadi ikan cemerlang," jawab kura-kura itu. "Tanpa permohonan gelaran ikan cemerlang, ikan itu bukanlah apa2.  dia bukan ikan yang inovatif dan bukan juga ikan yang mencetuskan idea. pendek kata, dia bukanlah ikan yang berguna," kata kura-kura itu lagi.
hisy, geram betul aku mendengar kata-kata kura-kura itu. berani dia menidakkan kecemerlangan ikan lain dengan semudah itu.
"habis, ikan kap yang sedang tidur berdengkur itu cemerlang sangatlah?" soalku pula.
"Sehingga kini, memang ya. walaupun dia tidur, dia memang cemerlang.bila dia dianugerahkan ikan cemerlang, sampai bila2 pun dia dianggap cemerlang dan inovatif dan kreatif dan progresif dan juga mempunyai can go dan can do mentality," kata kura-kura itu.
"Kalau begitu, kenapa tadi awak sibuk nak laporkan kepada saya pasal ikan kap itu yang tidak cemerlang sebaik sahaja dia mendapat anugerah ikan cemerlang?" soalku pula.
"Itulah isunya sekarang. saya ingin tahu pendapat tuan tentang bagaimana saya boleh menyedarkan ikan itu tentang anugerah ikan cemerlang yang ada padanya bukanlah semata-mata untuk dia tidur di dalam kolam ini," kata kura-kura itu.
"Tak payahlah nak pening2kan kepala awak tu," kataku lagi. "Awak beritahu ikan kap itu kalau dia tidak berubah sikapnya, saya akan buang dia ke tempat lain. habis cerita," kataku pula.
"Eh, jangan tuan. jangan tuan berani buat begitu," kata kura-kura dengan penuh kebimbangan.
"Kenapa pula. awak dah jatuh cinta dengan ikan kap itukah?" soalku, menyindir.
"eh tuan ni, tak mungkinlah saya bercinta dengan ikan pula. walaupun saya mengamalkan dasar 1kolam, tapi saya tidak akan bercinta dengan spesis lain. saya ni jenis yang menjaga keturunan," jelas kura-kura itu.
"Habis tu, kenapa awak tak benarkan saya buang ikan kap itu?" soalku pula.
"Sebab gelaran ikan cemerlang dia itu telah membolehkan kolam kita ini mendapat markah yang tinggi. jika tidak, kolam kita ini akan ditarik balik status Kolam Berkeupayaan Luar Biasa," terang kura-kura itu pula.
akibat pening mendengar penerangan kura-kura itu, aku terus beredar.
"Tuan, tuan, tuan," aku terdengar kura-kura itu memanggilku. namun, aku terus melangkah pergi. aku ingin menenangkan fikiranku di dalam rumah pula. irfaan dan iffah pastilah sedang tertunggu-tunggu kepulanganku.

                                                           inilah kura2 yang ajaib tu.

byes!


1 comment:

Anonymous said...

Dalam maksud post ni. Alangkah bahagianya menjadi ikan oren kecil kerana hidupnya tidak mengharapkan sebarang title.betapa ikhlas dirinya.