buat KARNADYA. terima kasihlah sebab syarikat korang percaya dengan sekuman bakat yang saya miliki. terima kasih atas sokongan.
buat KOMUNITI di laman web KD. kadang-kadang, seperti bermusim. nama saya terpacul di laman web tersebut atau di ruang sembang laman web tu. terbatuk2 juga saya kat sini.
buat BERITA HARIAN. pernah satu kali tu, anda menaip sekecil2nya nama karya saya, Kalkulator Mylia dan dengan sebaris komen tentang karya saya yang entah siapa-siapa ni. saya amat menghargainya.
buat pembaca. korang memang tak kenal saya. tapi korang baca juga novel saya. itu sebesar2 sokongan yang saya dapat, sebenarnya.
geng, berterima kasih tu simple je amalannya. tapi itu tanda orang yang mensyukuri bantuanNya. saya bukan nak tunjuk bagus, tetapi nak ajak geng semua untuk turut mengamalkannya.
kalau dah amalkan, baguslah.
kalau kurang amalkan, banyakkanlah.
kalau belum amalkan, mulakanlah.
kalau tak pernah amalkan, insaflah. hahaha.