Tuesday, December 30, 2008

rimau yang jahat benar

klik gambar utk dapatkan saiz sebenar.mana tau kalau korang rajin pulak nak kira belang rimau tu ada berapa.

Dekat rumah mak mertua aku ni, ada satu tempat tu yang tuannya namakan taman tema. banyaklah binatang n pokok n benda2 lain yang korang buleh tengok kalau korang gi sana. kena bayar rm10 utk orang dewasa. gambar2 ni aku snap masa aku melawat lye huat garden di napoh, kedah.

ini untuk panduan korang, ni lah aku rajinkan diri taipkan sedikit panduan, manalah tau kalau2 korang tak tau binatang ni apa jenisnya. tengok nombor ya.

1.yang ni ikan (goreng pun sodap)

2.yang ni plak buaya (kulit dia buleh buat beg tangan). itupun kalau dia tak ngap tangan koranglah

3.yang ni rusa (buleh buat sate tau. kalau lye huat benarkan la). aku pun kesian rusa ni sebab kandang dia sebelah kandang rimau yang garang tu. rimau tu plak tak habih2 mengaum. aku tataulah apa perasaan rusa ni setiap kali rimau tu mengaum. hiburan kot. harap2lah.

4.encik janggut AKA kambeng

5.kesian spesis kakak ni. aku rasa dia dah tua dah

6.rimau yang garang tu. dia ada belang macam baju ahli sukan malaysia .tapi ahli sukan malaysia tak garang sgt macam rimau ni. sebab diaorg selalu dikalahkan. sorry ek. kenyataan memang pahit utk ditelan. tapi korang dah biasa telan, kan? telanlah.

7 & 8-inilah tempat aku berdiri.tepi kandang rimau yang garang ni. haih.

9.ini burung yang ada mahkota kat kepala dia. tapi dia burung la

10.ini burung cenderawasih.susah nak snap gambar dia sebab dia asyik terbang je

11.encik kambeng lagi. taktaule berapa lama dah dia tak mandi

12.burung kenyalang. tak payah gi sarawak kalau nak tengok burung ni. kat napoh pun ada

13.kerengga. tapi tak nampak sebab buah berwarna oren tu lagi menawan

rimau belang yang menghanginkan aku
dalam banyak2 binatang yang aku snap. aku paling hangin dengan rimau belang ni. hampeh betul rimau ni. rimau ni jahat korang tau. rimau belang ni yang pada asalnya duduk melambakkan punggungnya menghadap pengunjung tiba-tiba bangkit dan melompat betul2 ke arah muncung kamera aku. niatnya jahat bebenar. nak merengkuh kepala aku le tu. jahat betul la dia ni. aku memang terkejut betul hari tu. aku amik masa beberapa minit lepas tu utk snap gambar lain sebab tanganku gigil skit akibat terkejut dengan nawaitu jahat rimau belang itu. selalunya, kalau aku melawat rimau di zoo2 lain, rimau2 kat itu pakat-pakat pula bermalasan seperti berbaring2 atau bersembunyi pulak akibat kehilangan taring. yang sekor ni lain benar feel dia.mungkin dia tengah period kot. tapi tak mungkinlah kan.hmmm, kenapa eh?

oh,sudahlah buat kali ni. bye.

aku dan keibubapaan

Ramailah yang datang ke rumahku pada sambutan aidil adha yang lalu. Inilah yang aku hendak ceritakan kepada korang ni. Bukannya apa aku rasa, ini mestilah disebabkan ramai yang nak melihat anakku yang baru berjaya dilahirkan oleh isteriku dengan jayanya pada 16 nov. yang lalu.

Kemudian daripada itu, biasalah. Ramai orang yang datang tu mengatakan muka anakku iras mukaku. Hidung anakku iras hidung iseriku. Aku dan mem aku dengar dan senyum2lah. Malah, aku berasa lega pula setiap kali orang membandingkan fizikal anakku dengan diriku dan isteriku. Bukannya apa, bayangkan kalau orang yang membandingkannya tu tak berjaya pula mengesan dimanakah persamaan anakku dengan aku mahupun isteriku. Bukankah itu menimbulkan persoalan lain pula. Uhhh, minta dijauhkanlah.

Kemudian, tak cukup dengan membandingkan, banyaklah nasihat dan panduan keibubapaan yang aku terima dengan percumanya pula daripada pelawat-pelawat yang datang. Aku pun mengangguk-angguklah seperti kokka ketika mendengar nasihat itu walaupun ada di antaranya pelik bebenar aku dengar.

Tak cukup dengan menasihati, ada juga yang siap buat tilikan lagi. Habislah pusat anakku ditiliknya. Salah satu tilikan tu mengatakan bahawa anakku yang bakal lahir selepas ni adalah anak lelaki juga. Haih, aku dan mem memanglah seronok benar kalau dapat anak lagi. Tapi, aku dan mem harap dapat anak perempuanlah pulak. Jadi, aku minta tukang tilik tak bertauliah tu adjust2 sikit tilikannya supaya jadi anak perempuan. Hasilnya, negative. Hahaha. Aku tak percayalah tilikan tu suma.

Anak aku pulak yang pada mulanya akan terjaga setiap kali orang datang melawatnya ketika dia sedang tido, akhirnya menjadi mangli pulak dengan situasi tu. Sudahnya, korang datanglah, buatlah apa saja, beleklah apa yang nak dibelek, yang penting aku nak tido. Hahaha. Yang ni aku tak pasti dia ikut feel emak dia atau ayah dia. Hihihi (ketawa mengada-ngada).

Namun, dalam suma lawatan tu, banyak benarlah nasihat yang aku dapat. Dan dalam banyak-banyak nasihat yang aku terima, adalah satu nasihat tu sama sahaja walaupun datangnya daripada orang yang berbeza pada masa yang berbeza pula. Nasihat itu ditujukan kepada akulah.

Bermula daripada ayah aku, emak aku, Abang aku, kakak aku, adik aku pun, masing-masing menasihatkan aku agar banyak2 bersabar. Membela anak ni bukan macam membela ikan di dalam akuarium. Cukup masa kasi makan. Membela anak ni perlu banyak pengorbanan dan kesabaran, kata mereka.

Jangan cepat marah atau hilang sabar. Anak kecil macam anak aku ni tak tau apa-apa. Sakit memanglah dia nangis. Gatal badan pun dia nangis. Mengantuk pun dia nangis. Pendek kata, banyaklah nangis daripada ketawa. Jadi, mereka berpakat-pakat pula menasihatkan aku supaya bersabar dan bersabar.

Kalaulah pada hari itu aku dapat kira berapa banyak perkataan sabar yang mereka sebutkan dan ditujukan khas pula kepada aku, hai boleh penuh bakul juga aku rasa.

Jadi, kesimpulannya, aku ni bukan penyabar ke?

Jawapannya, berdasarkan kesedaran diriku yang sedar diri ini, ya, betul. Dulu2 aku lebih teruk wei. Aku ni jenis yang pemarah betul. Barannya tak sudah2. masa awal-awal perkahwinanku dengan isteriku yang satu itu, kesian dia. Penat jugalah dia menahan telinga. Penat jugalah dia memuncungkan mulutnya. Aku tak ukurlah pula berapa meter panjang kemuncungannya itu.

Tapi sekarang ni aku dah banyak berubah dah. Memang dah lama aku membuat perubahan ini. Dan alhamdulillah, keluarga aku amat bahagia dengan perubahan yang aku buat itu. Sekarang lagi bahagia dengan adanya cik abang yang kecil tu. Dulu, masa mula2 mengajar pun, banyak jugalah pelajar yang makan hati dengan aku yang pemarah ni. Ada sorang budak tu, terperosok kat bawah meja beb. bukannya apa-apapun, aku hanya menghadiahkannya sedikit lempangan saja. Haih. masa tu, silap sikit, kenalah budak2 ni. Tapi, itu suma dululah.

Lagi satu, pasal bersabar dengan anak ni. Setakat ni aku tak pernahlah marahkan anak aku yang tak tau apa-apa tu. Aku sayang anak aku tu. Sampaikan seekor nyamuk pun tak dibenarkan menyentuh kulit badan anakku yang gebu itu. Apatah lagi menggigitnya. Malahan, kalau ada nyamuk yang membuat lintas langsung di hadapan atau di atas anakku yang berbaring tu, alamat kepenyekanlah jadinya. Memang penyet punya. Begitulah kasihnya dan sayangnya seorang aku yang bergelar ayah ini. Cuma, aku harap kasih sayang ini berkekalan dan bertambah-tambah pula dari semasa ke semasa.

Ah, aku malas nak menulis lagilah. Oh, lupa pulak aku nak cakap. Aku baru teringat apabila kawanku cikgu hisyam yang menghantar sms kepadaku semasa aidiladha hari tu. Ginilah ayat dia: waa, tahun depan ko bulehlah sambut hari bapa ye. Isteri ko pun sama jugak. Tahniah and welcome to the club!

Hmm, mesti bestkan jadi ayah dan ibu. p/s: anak aku dah mula senyum beb! Yahui!

ini gambar hiasan kali ini. harap2 gambar ni ada kena mengena dgn en3 inilah sebab hari tu nabil ada bertanya apa kena mengena gambar lipas dgn en3 ko. tak puas lagi, zalisa pulak bertanya, apa kena mengena gambar kaki anak ko dgn en3 ini. jawapannya, kena mengenanya ialah kedua2 benda tu aku yang masukkan. aku harap zalisa menjadi amat memahami kali ini. Aku pun harap encik nabil merajinkan dirinya membaca en3 ni dan kesannya dia menjadi tidak sabar2 lagi untuk jadi ayah. Tapi dia tu rajin ke? Entahlah, tak sempat aku nak periksa.

Byes.

Saturday, November 22, 2008

soalan tatabahasa daripada seorang sahabat

soalan berkenaan berasakan, merasakan dan terasakan.

seorang sahabat bertanya tentang penggunaan perkataan. soalannya yang kat atas tulah. mula2 sekali aku nak beritahu korangslah bahawa aku ni bukanlah kamus tatabahasa atau kamus dewan. maksudku, bukan aku tak nak menjawab soalan tu, maksudnya ialah diriku ini tidaklah sempurna. ada juga aspek tatabahasa yang aku sendiri pun tatau. bidang bahasa ni luas benar ruang lingkupnya. tapi aku cuba tolong terangkanlah mana yang dapat. harap2 dapatlah membantu. cuma, sejujurnya soalan yang sahabat ni berikan, aku sendiri pun tatau macam mana nak menerangkan.tapi aku cubalah sekadar termampu.

setahu aku, perkataan berasakan, terasakan dan merasakan itu ialah kata terbitan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan apitan. kata dasarnya ialah perkataan rasa. ber+rasa+kan. satu r dihilangkan melalui proses yang ada orang sebut sebagai proses peluluhan perkataan. ada banyak istilah lainlah untuk proses itu. aku tak ingat sangat.

menurut KAMUS DEWAN;
berasa=mendapat rasa
berasakan= tidak ada pengimbuhan ini
terasa=dapat dirasa(i)
terasakan=terasa akan (dia terasakan sesuatu yang memilukan hatinya.)
merasa=mengalami rasa dengan lidah
merasakan=menjadikan berasa atau merasai, menginsafi, memikirkan

yang menjadikan keadaan keliru ialah belakangan ini, ramai benar orang yang menggunakan kata terbitan berasakan walaupun setelah dirujuk kamus dewan, tidak ada pengimbuhan itu. aku minta maaf sebab tidak dapat membantu utk aspek ini. cuma, aku rasa, berasakan itu sama maksudnya dengan berfikiran atau beranggapan. sebab ada orang guna ayat seperti ini: saya berasakan bahawa perkara itu amat serius dan perlu ditelitikan. cuma, dari segi sistem pengimbuhannya, tak pastilah betul atau salah. bila aku rujuk tatabahasa dewan, memang ada pengimbuhan ber-...-kan. cuma, aku tak pasti sama ada boleh digunakan utk berasakan. jadi, sesiapa yang lebih arif, silalah tampil membantu.

cuma, aku nak jelaskan pada korang tentang bezanya kedua-dua perkataan inilah, iaitu BERASA dan MERASA. kedua2nya tidak sama tetapi aku pernah jumpa novel yang ada ditulis ayat seperti ini: dia merasa sangat hairan. aku kesiankan penulis buku itu kerana kesilapan itu dan kerana editornya juga tidak mampu melihat kesalahan tatabahasa itu. salam takziah buatnya.

berasa=mudahnya, berkaitan dengan perasaan: dia berasa gembira, berasa hairan, berasa geram, berasa rindu, dll.
merasa=mudahnya, berkaitan soal mendapat rasa iaitu emak kita merasa masakannya, cukup garam atau pun tidak. itulah situasi penggunaannya.

gambar hiasan kali ni. kaki baby aku. bila dah takde keje nak dibuat. rakam guna 50mm lens + close up filter.

okeis, byeis!

Thursday, November 20, 2008

orang baru dah datang dalam keluargaku

oh, aku dah lama tak menjenguk blogku ini. bukannya apapun, aku sibuk dan keadaan menjadikan aku lebih sibuk. awal pagi ahad yang lalu, aku mengatur langkah dengan perasaan yang bercampur baur ke hospital. kejab2 happy, kejap2 bimbang, kejap2 takut, dan kejap2 macam2 lagilah perasaan aku. kira kalau tulis novel tu, kita tulis perasaan berkocaklah. sebabnya satu je. tanda2 orang rumahku nak melahirkan anak telah tiba. so, dengan tidak membuang masa lagi dan dibantu dengan segala jenis perasaan yang berombak di dadaku, aku menghantarlah orang rumahku ke hospital yang khas untuk orang pompuan bersalin, iaitu di pusrawi kota damansara.

actually, kalau nak diceritakan, panjang le jugak. jadi, aku pendekkanlah ceritanya. mem aku berjaya melahirkan anak secara kaedah pembedahan. doktor zulkhairi yang mengetuai acara bedah tu dengan cekapnya membedah perut memku. aku yang duduk di samping mem aku tatkala acara tu dijalankan melihatlah dengan berbagai-bagai perasaan juga.

akhirnya, baby berjaya dikeluarkan dari perut mem aku. masa tu, entah kenape aku tak taulah air mataku bergenang sikit kat mata. syukur dan rasa bahagia beb! kami berdua dah tunggu baby ni sejak enam tahun yang lalu, akhirnya penantian itu telah pun berakhir. dan aku, kini, bergelar bapa. dan mem aku tu, kini, bergelar ibu. yeay, kami menjadi ibu dan bapa setelah sekian lama kami menjadi suami dan isteri. terima kasih Tuhan atas limpah rahmat-Mu ini ke atas keluarga kami. syukur, ALHAMDULILLAH.

january dah tak lambat lagi dah. aku harap encik nabil akan datang ke sini dan baca entry ni. harapannya, supaya encik nabil menjadi bertambah2 teruja menanti kehadiran puterinya. tahniah in advance le buatmu nabil.


oh, melalui entri ni aku nak ucapkan terima kasih kepada suma2 orang yang mengesms atau mengecall aku untuk ucapkan tahniah kepadaku hari tu. dalam senarai panjang orang yang mengesms aku ada terselit nama ainin naufal dan mersik. terima kasih korangs!
ini gambar hiasan kali ni. dan, sebenarnya, inilah gambar hiasan yang aku paling suka. gambar baby aku. oh, lupa nak cakap. baby aku ni baby boy. berat masa lahir ialah 2.8kg. gambar baby yang berbalut kain pink tu ketika betul2 baru dilahirkan dan gambar baby berbalut kain biru tu ialah selepas diazankan dan diiqamatkan.

nota: untuk cikgu yunus AKA abangku, gambar ini bertujuan memenuhi permintaanmu. untuk senah pulak, entri ini untuk memenuhi selera membacamu. utk dr. zulkhairi dan staff di pusrawi kota damansara, terima kasih banyak2 atas perkhidmatan yang amat memuaskan hati.

nota lagi: dua tiga hari ni, aku asyik dok tenung muka baby tu. tak sekalipun aku rasa muka dia tak comel walaupun dia sedang bersin. lepas tu aku pikir2, macam mana orang sanggup beranak dan buang pulak anaknya itu? misteri, kan? meh le sama2 kita fikirkan.


byes!

Monday, November 10, 2008

tiba-tiba je...segalanya tinggal kenangan.

tahun 2008 bakal melangkah pergi.segala2nya kini hanya tinggal kenangan. tahun 2008 banyak membawa perubahan kepada diriku dan keluarga kecilku. kali ini, aku cakap pasal karier akulah. aku kan ada karier.

selama beberapa tahun aku berkhidmat di seri cahaya, kini tibalah masanya untuk aku mengubah haluan hidupku. bukannya seri cahaya tidak menyeronokkan. malah, seri cahaya amat bermakna buat diriku yang kerdil ini. namun, hidup mesti diteruskan. perubahan demi perubahan mesti dibuat. tadi siang, aku menyertai taklimat untuk menjadi penjawat awam. esok siang pulak, aku akan melangkahkan kakiku ini ke sekolah baru yang para pelajarnya telah pun bercuti, kecuali pelajar spm, rasaku.

bekas pelajarku, cheyenne, bukan main suka lagi bila dia tau aku akan menyertainya di sekolah itu. pauline, simone the cutest, pulak macam boring je sebab aku akan tinggalkan dia orang untuk sertai cheyenne. ramai pelajar yang berkata, "kenapa cikgu nak pergi? janganlah pergi, cikgu. cikgu tak suka kita orang lagi ke?" itulah yang nadia, ziany, amirah, avinaash, augustine, sean, kah haw, khai teq, matthew dan ramai lagi cakap. sayangnya, aku tak sempat jumpa faza, budak kelakar tu.

banyak lagilah ayat2 sebegitu aku dengar dua tiga hari ni. oh, hati siapa yang tak sedih? aku pura2 tak pedulikan kata2 itu tapi hakikatnya aku sedih sesangat. budak2 tu dah macam ahli keluarga aku. aku kenal benar semua budak2 tu. ada yang stabil, yang cepat emo, yang suka dipuji, yang mengada2, dan macam2lah. sesetengahnya aku ajar mereka sejak darjah dua lagi. cheyennelah, salah seorangnya. yang lain2nya is gary, darren, amelin, kelly fo, audrey, kailash, alex, dan ramai lagi.

farhana memanjangkan mukanya hari ni bila aku singgah sekejap di seri cahaya. aku taulah kenapa. aku purak2 tak perasan je. hanis n liyana tu biasalah, senyum2 tak habis2.ramai lagi yang tak tau aku pergi. segala2nya berlaku dengan amat pantas. oh ya, michellle n the gang from international skol pun terkejut sebab aku nak tinggalkan diaorang. semuanya pun marah dan sedih. apa boleh buat. korang masih terlalu muda untuk memikirkan jauh2 ke depan.

akhir sekali, aku ingin mengucapkan terima kasihlah sekolah seri cahaya kerana peluang yang diberikan selama beberapa tahun ini. hari pertama aku bertugas di seri cahaya ialah hari pertama aku bergelar seorang guru! kesegalaannya yang berkenaan dengan keguruan diriku ini bermula di seri cahaya. doaku, moga2 seri cahaya yang kusayangi ini akan terus maju ke depan dan muncul sebagai salah sebuah sekolah swasta yang terbaik dan moga2 rezeki sahabat2ku yang berjuang mendidik bangsa malaysia di seri cahaya akan melimpah ruah.

terima kasih, seri cahaya! terima kasih, segalanya!

mulai esok, aku akan menjadi guru di smk (p) sri aman pula. moga2 segalanya berjalan dengan lancar. moga2 penerimaan pelajar yang semuanya perempuan itu terhadap diriku ini sama atau lebih baik daripada ketika aku bertugas di seri cahaya! moga2!

rekod tugasku di seri cahaya!
2001- mengajar pelajar tahun 2 dan 3
2002-mengajar pelajar tahun 3 dan 5
2003-mengajar pelajar tahun 4 dan 5
2004-mengajar pelajar tahun 1 (tiga bulan) dan 6

keseluruhannya= aku pernah mengajar pelajar sekolah rendah bermula tahun 1,2,3,4,5 dan 6! wow. itu belum hebat lagi beb. tengok rekod yang seterusnya!

2005-mengajar pelajar tingkatan 2, 3 dan 4
2006-mengajar pelajar tingkatan 3 dan 5
2007-mengajar pelajar tingkatan 1 dan 2
2008-mengajar pelajar tahun 6 dan tingkatan 1

keseluruhannya=aku pernah mengajar pelajar tingkatan 1 hingga 5! wow. satu rekod lagi. jika digabungkan semua sekali. aku pernah mengajar bermula dari pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5. ada ke orang lain yang pernah buat begitu? oh, satu lagi. aku pernahlah mengajar di international skol walaupun beberapa hari je. (nak tunjuk hebat lagi tu.haih)

korang mungkin konfius kan? macam mana aku buleh mengajar di kedua2 buah sekolah. maksudnya, sekolah rendah dan menengah. jawapannya: sekolah aku ada rangkaian sekolah rendah, menengah dan international skol dalam satu kawasan yang sama. ketiga-tiga buah sekolah ini berkongsi kemudahan yang sama seperti padang bola sepak dan kantin. tapi waktu rehatnya tidak sama. so, tak bertembunglah.

ini gambar hiasan kali ni. perkataan cinta sekolah tu sebenarnya tajuk manuskrip asal bagi novel Kalkulator Mylia. tajuknya ganas benar. KD risau nak terbitkan novel guna tajuk tu.













*nama2 yang tak disebut dalam en3 ni, sorry ya. bukan tak ingat atau tak sayang. tapi terlalu banyak!

okies, byes!

Monday, November 3, 2008

belajar tatabahasa bersamaku episod 3

kali ni aku nak ajar korang tentang HUKUM PTKS. aku mula belajar ilmu ni dengan Prof.Dato'(atau Datuk) Dr. Nik Safiah Karim le. sebelum tu, aku pun tatau apa bendalah hukum ni. kenapa aku ajar cakap pasal ni? ini penting beb.

sebenarnya hukum ini ialah hukum pengimbuhan. beginilah kira-kiranya;
P-untuk kata dasar yang bermula dengan huruf P. cth: pukul, pasang
T-untuk kata dasar yang bermula dengan huruf T. cth: tari, tangis
K-untuk kata dasar yang bermula dengan huruf K. cth: karang,kumpul
S-untuk kata dasar yang bermula dengan huruf S. cth: sapu, susun

menurut hukum ini, kata dasar yang bermula dengan huruf P,T,K, dan S, apabila menerima imbuhan meN- akan bertukarlah huruf itu mengikut kesesuaiannya. cth:
1)meN- + pukul atau pasang =memukul atau memasang. huruf P akan bertukar menjadi huruf M.
2)meN- + tari atau tangis =menari atau menangis. huruf T akan bertukar menjadi huruf N.
3)meN- + karang atau kumpul =mengarang atau mengumpul. huruf K akan bertukar menjadi -ng.
4)meN- + sapu atau susun =menyapu atau menyusun. huruf S akan bertukar menjadi -ny.

korang pernah bercinta kan? atau jatuh cinta kan? dan korang ada pernah mengucapkan kepada pasangan korang ayat-ayat cinta seperti ini : aku menyintaimu, sayang. cheeiwahhh!

korang sedar tak bahawa perkataan menyintaimu tu salah pengimbuhannya?

sebab, mengikut HUKUM PTKS, kata dasar yang huruf mula2nya bertukar menjadi -ny ialah huruf S dan bukannya C. kalau korang cakap menyintaimu, kata dasarnya mestilah bermula dengan huruf S, iaitu Sinta dan bukannya Cinta. meN- sinta + -i + ka(mu)=menyintaimu. sebab dalam kes ni, huruf S tu pada perkataan Sinta sudah bertukar menjadi -ny. kalau takde imbuhan, lagi kelakar. aku sinta padamu.

lagi contoh imbuhan yang salah dah tidak menurut perintah HUKUM PTKS.

1)mensasarkan sepatutnya menyasarkan (tapi tak sedap didengar kan?)
2)mempastikan sepatutnya memastikan
3)menyintaimu sepatutnya mencintaimu
3)korang carilah sendiri yang lain. dah penat menaip ni.

akan datang aku nak ajar apa pulak ya? ntahle. tatau lagi.

sisipan cerita lain

oo, ada satu cerita. baru2 ni skol tempat aku bekerja tu manganjurkan talentime untuk budak2 senior. ada macam2 persembahanlah yang budak2 ni buat. aku jadi tukang main2kan lampu pengikut lagu dan tukang audiolah. itu kerja biasa aku. yang nak dijadikan cerita ni, kawan aku yang bernama Hisyamudin telah menjemput tiga orang untuk menjadi judge bagi persembahan itu, tak sangka pulak salah seorangnya ialah bekas kawan rapatku ketika di UM dulu. nama budak ni ialah Rahmat. aku sedar itu ialah Rahmat ketika emcee hari tu panggil dia naik ke pentas untuk ambil hadiah penghargaan daripada pihak sekolah. ada bebudak aku yang tanya, "cikgu, orang tu african ke?" sorrylah, Rahmat. penampilan ko jauh sangat berbeza. aku dah ingat2 lupa dirimu itu. tapi tak sangkalah boleh jumpa balik di skol setelah lebih 10 tahun tak jumpa kan.
ni gambar encik Rahmat yang bertopi besar macam Bob Marley.

Rahmat ni budak puisi beb. puisi dia sedap dibaca. aku ada simpan dua puisi dia.korang bacalah puisi dia ni, best woo.

monolog cinta


aku tak mungkin ada seorang bernama
kekasih

kerana...
dalam keruntunan jiwa yang bergelar hampa,
aku masih mencari erti realiti;
kabur dan tak pasti

mungkin juga kerana:
aku tak punya upaya bicara
sehebat Rama
memikat naluri lembut
Sitta yang setia.
aku juga tak punya suara halus
roman romeo
yang membisik mesra pada
telinga gebu juliet jelita.

yang hadir dalam diriku
cuma...
jasad kotor dan hati mati
kosong tanpa makna yang mengungkap cinta

mungkin aku hanya bisa jadi
sang pungguk;
menginginkan rembulan indah
sedang bulan tak pernah jatuh ke riba
dan terusan bersabar
menanti
selagi hayat masih ada.

ilham rasa,
T.M. Kail


huih, terpanjang pulak en3 ni, byes ye.

Sunday, October 19, 2008

kesian. ada cikgu tu, kena belasah, beb!

pada hari aku berasa gembira itulah, ada perkhabaran sedih dari kejauhan. nun di utara sana tu. aku gembira sebab novel awal remaja aku diterbitkan. memang le aku gembira sebab mampu menambahbiakkan lagi bahan bacaan berbahasa malaysia kepada anak-anak sekolah.

berita sedih dari utara yang aku maksudkan tu pula ialah bilamana seorang cikgu yang malang ni kena belasah dengan dua orang pelajar perempuan.

dimana silapnya suma2 ni? kemudian aku teringat pula satu tajuk karangan yang aku pernah ajar kepada budak2 aku. tajuknya PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENINGKAT. budak2 ni aku suruh bentukkan kumpulan dan keluarkan idea mereka.

waktu pembentangan itulah mereka menjelaskan banyak idea. ada yang klise dan ada yang tak klise. yang klise ialah didikan agama dan moral kurang, ibu bapa kurang memberi perhatian, kurang kasih sayang daripada ibu bapa, dan banyak lagi. idea yang aku rasa tak sangat klise dan jarang pelajar nyatakan ialah: kelas yang terlalu membosankan. maksudnya di sini, sesi pengajaran dan pembelajaran amat membosankan dan menggalakkan pelajar ponteng kelas atau sekolah. ya tak ya juga kan? kalau dah kelas begitu membosankan, siapa yang boleh tahan untuk berada di situ.

jadi, nampaknya di sini, punca2 masalah disiplin meningkat ni bukan disebabkan oleh pihak ibu bapa sahaja tetapi pihak2 lain termasuklah cikgu-cikgi. oleh yang demikian, aku ambik kesempatan yang selalunya ada inilah untuk memohon suma mak bapak dan cikgu-cikgi serta suma anggota masyarakat bagi bekerjasama membentuk remaja dan pemuda-pemudi kita.

jangan saling menuding jari menyalahkan. kadang-kadang ibu bapa bersalah, kadang-kadang cikgu-cikgi pun bersalah juga. kadang-kadang, orang-orang di sekeliling pun buat salah. kesimpulannya, suma pihak pun ada buat salah. jadi, sama2lah membaiki diri supaya dapat pula membaiki orang lain.

ingat, ibu bapa dan guru walau tidak bersetuju tetapi tetap bersatu! cheiiwah, macam iklan radio pulak.
ni gambar hiasan kali ni. ni gambar bunga ulam raja. banyak lagi le gambar yang aku snap masa hari raya. tapi aku nak tunjuk yang ini jelah dulu. takut nanti korang mengalami kecemburuan yang membuak-buak pulak.

byes, korang.

Friday, October 17, 2008

buku baru aku

atas sebab-sebab yang telah menyebabkan, akhirnya buku aku yang seterusnya untuk tahun ini telah diterbitkan. terima kasih karnadya kerana menerbitkan buku ini. ini novel awal remaja aku yang ketiga untuk tahun ini.

buat pelajar2ku yang belajar di tingkatan 4 dan 5 atau yang kini belajar di uni dan kolej yang sudah berkali-kali meminta aku agar menulis novel yang sesuai dengan peringkat umur mereka, aku nak kata: tunggulah kejap. masanya akan tiba nanti.

untuk pembaca2 muda yang ingin melengkapkan hidup dengan impian dan cita-cita suci murni, inilah buku yang patut anda baca. tanggapilah nilai dan pengajaran yang ada dalam novel ini untuk dijadikan azimat bagi mencipta impian dan mengecap kejayaan!


Blurb
"Kalaulah angkasawan negara boleh, kita pun boleh. Lagipun, kita mesti percaya dengan kemampuan diri kita," kata Boon Seng, berkobar-kobar.

Sinopsis
Dia berasa amat lega kerana dia berhasil menemui barang yang dicari-carinya, iaitu separuh keping roti canai. Tadi, sebelum berpisah dengan ISS, dia sempat memakan separuh roti canai di sana.

Dia bukan tidak mampu menghabiskannya, akan tetapi, dia ingin mencipta rekod yang unik dan tersendiri. Dia ingin menjadi manusia pertama yang makan sekeping roti canai di dua tempat yang berbeza iaitu di angkasa lepas dan di bumi. Dia tersenyum sendirian kerana dia pasti tidak ada sesiapa yang mampu menandingi rekodnya itu nanti.

Siapakah dia? Mampukah dia mencipta rekod yang ganjil seperti itu? Bacalah, anda pasti terhibur dengan kisah menarik sekumpulan remaja yang ingin menjadi angkasawan!

selamat membaca!

byes.

Sunday, October 5, 2008

sedihnya, cuti dah habis!

aku baru sampai dari kampung ni. sedihlah rasanya. sebab aku suka tinggal kat kampung n berkawan dengan pokok2, ayam itik, anak kucing yang comel gebu, bunyi2 burung, dan macam2 lagilah. memanglah aku sedih sebab aku sayangkan kampung aku tu. lebih lebih lagi, ramadan dah habis.

tapi, lagi enam minggu aku akan balik kampung sekali lagi. YEAY! dan, kali ni lebih lama. dan kali ni dengan satu lagi kelainan.
Ni gambar hiasan kali ni. anak buah aku, lea (tahun 2) kat laman rumah tokwan.

ok, byes!

Friday, September 26, 2008

selamat hari raya aidilfitri


esok, jumaat 26 Sept. 08 malam aku akan bertolak balik kampung untuk beraya.aku akan berada di tepian sawah sehingga hari ahad, 5 okt. 08. jadi, untuk sesiapa yang datang ke blog ni semasa aku takde sama ada kerana sengaja atau terbabas, aku ucapkan selamat hari raya le.pandai2lah korang layan diri sendiri.

byes!

Friday, September 19, 2008

belajar tatabahasa bersamaku episod 2

cheiwah! macam drama kisah masyarakat di tv plak ye, ada episod2. apapun, berdasarkan respons yang baik dalam kalangan pengunjung setia atau yang terbabas ke blog ini, aku lanjutkan lagi pelajaran BM kali ini.sebenarnya, semangat aku berkobar2ni sebab yelah korang dah kasik aku banyak respons positif dalam kelas pertama tu. walaupun bahasaku sedikit cacamarba, tujuannya murnilah. aku nak kongsi dengan korang suma pasal penggunaan kosa kata.

pelajaran episod ini ialah berkenaan penggunaan perkataan BOLEH dan DAPAT.

contoh,
1)Nenek tidak boleh mengangkat kotak yang berat itu.
2)Saya tidak dapat menonton wayang kerana tidak dibenarkan oleh ibu.

yang mana ayat yang betul, beb?
yang sebenarnya, kedua-dua ayat pun SALAH!

paling kritikal ialah penggunaan perkataan BOLEH. orang menggunakan perkataan ini dalam apa-apa situasi.

sebenarnya, perkataan BOLEH membawa makna KEIZINAN.perkataan DAPAT pula membawa makna MAMPU @ KEMAMPUAN.

contoh ayat;
1)Nenek Abu dapat mengangkat kotak yang berat itu walaupun sudah berusia 140 tahun. (dalam ayat ini, perkataan dapat menunjukkan bahawa si nenek itu mampu)

contoh ayat;
1)Saya tidak boleh bermain dengan budak-budak itu kerana tidak dibenarkan oleh ibu. (dalam ayat ini, perkataan boleh menunjukkan bahawa saya tidak diberi keizinan).......kalau korang nak lebih faham lagi, cuba fikir balik masa korang sekolah dulu. waktu nak pergi ke tandas tu, korang cakap,"cikgu, dapatkah saya ke tandas?" @ "Cikgu, bolehkah saya ke tandas?" ....korang cakap bolehkah kan? sebab korang sedang meminta izin.

PERSOALANNYA SEKARANG IALAH!
1)betulkah hukum bahasa bagi cogan kata "Malaysia Boleh"?

alah, korang fikirlah sendiri berdasarkan penerangan ringkas di atas tu.

pelajaran akan datang adalah tentang hukum PTKS. eh hukum apa benda tu?
ni kira hiasan kali inilah. gambar ni aku snap masa budak2 aku main futsal kat gelanggang basketball skol aku.

byes!

Monday, September 15, 2008

belajar tatabahasa bersamaku

Okeylah, tuan-tuan sekelian. sebagai salah seorang yang melibatkan diri dengan dunia blog, aku menyahut saranan kerajaan kita supaya menulis secara berhemah dan tidak menyinggung sesiapa.

Hmm, tapi kalau orang lain pulak yang menyinggung kita, camne?

Oh ya, kita mestilah teguhkan iman dan banyakkan bersabar.

Okeylah, buat pertama kalinya sebagai seorang yang hari-hari, kecuali hari cuti bercakap dengan budak2 pasal BM, kali ini aku mengambil peluang untuk menggunakan ruangan blog ini untuk mengajar sesiapa yang datang ke blog ini tentang BM.

okey, semua orang ynag berminat untuk belajar. Pelajaran hari ini ialah;

tentang penggunaan perkataan 'ialah' dan 'adalah.'

kalau korang pandailah, mana satu ayat yang betul?
1)Beliau adalah bapa kawan saya.
2)Warna kegemaran saya ialah biru.

Sebenarnya, kedua2 ayat di atas tu salah. Sering kali saya menemui pelajar saya menulis ayat yang salah seperti ini. Begitu juga dalam bahan bacaan lain. Banyak orang yang menyangka bahawa perkataan itu dapat digunakan sesuka hati sahaja. Sebenarnya salah!

Penggunaan yang sebenarnya ialah;
Perkataan 'ialah' digunakan selepas perkataan(kata nama am atau khas)cth,
1)Beliau ialah guru (kata nama am) sekolah kami.
2)Bangunan itu ialah Bangunan Sultan Abdul Samad (kata nama khas).

Perkataan 'adalah' pula digunakan selepas perkataan (kata sendi nama atau kata adjektif).cth,
1)Warna baju abang saya adalah biru (adjektif).
2)Hadiah ini adalah untuk (kata sendi nama) abang.

pun begitu, dalam satu laras bahasa yang lain pula, iaitu membuat pengumuman, ayat seperti ini biasa kita jumpa;
Adalah dimaklumkan bahawa.... Ayat ini diterima sebagai betul pula walaupun perkataan dimaklumkan bukanlah kata sendi nama.

ok, ada faham?

akan datang, aku nak ajar korang pasal penggunaan perkataan: boleh dan dapat. ada beza ke kedua2 perkataan ini?

kalau sesiapa yang ada maklumat tambahan tentang ilmu tatabahasa ni janganlah segan hendak berkongsi maklumat. dan kalau ada sesiapa yang tatau tentang soal ini, dan mendapat tau tentang soal ini selepas membaca en3 ini, ucapkan terima kasih. tak payah cakap kuat2lah. cakap dalam hati pun dah cukup.

ini gambar untuk hiasan je. bunga ni bunga liar yang tumbuh kat tepi longkang rumahku kat kampung bunga ni kecik sesangat. aku snap pakai macro mode + raynox 250!


okeys,byes!

Monday, September 8, 2008

detik yang dikenang-kenang!...terima kasih dan selamat tinggal.


pada tahun 2005 pun begitu. tahun ini juga sama. tahun ini mungkin kali yang terakhir.

apa yang aku maksudkan ialah tahun 2005 itu ialah tahun yang terakhir aku mengajar di jr. skol. aku mengajar pelajar tahun enam pada masa tu. kelas yang aku ajar tu memang happening habis dan meninggalkan banyak kenangan yang tidak mungkin dilupakan. jadi, pada tahun itu, dengan sedikit kreativiti, aku hasilkan satu cerpen tentang budak2 itu. mereka gembira amat!

tahun ini pun sama. setelah dua tahun tidak mengajar di jr. skol, this year aku diminta agar mengajar di jr. skol sekali lagi bagi membantu pihak pengurusan sekolah junior mengatasi masalah kekurangan guru yang berpengalaman mengajar pelajar tahun enam. aku dianggap calon paling sesuai kerana beberapa tahun sebelum itu aku memang mengajar pelajar tahun enam. so, tahun ini aku menjadi guru pelajar junior dan guru pelajar senior sekaligus. seronok tetapi memenatkan. apapun, budak2 jr. six yang aku ajar itu juga amat menyeronokkan. jadi, baru-baru ini, aku tulislah satu cerpen berkenaan budak2 ini. tajuk dia, "Detik yang dikenang-kenang!"

memang aku akan tetap mengenangnya kerana kini segalanya tinggal kenangan. esok UPSR akan bermula. hari ini menjadi antara hari terakhir aku melibatkan diri dengan pelajar2 yang baik ini. tiga hari selepas ini, aku secara rasmi menjadi cikgu pelajar sr. sepenuhnya. terima kasih dan selamat tinggal jr. six love students. korang memang best!

byes (copy again from winnie)

terima kasihlah korang!

1 Sept. hari tu, student aku yang bernama Nadia menyambut hari jadinya yang ke 13. bukan dia sahaja, bekas student aku iaitu Ainul Izzuddin turut menyambut hari jadi pada tarikh yang sama untuk kali yang ke 15. aku pun sambut hari jadi pada tarikh yang sama jugak. so, sesiapa lagi yang hari jadi pada hari yang sama, selamat hari jadilah buat korang.

terima kasih buat nur ziany dan kengkawannya yang menganjurkan sambutan hari jadi kepadaku lebih awal iaitu pada 29 Ogos yang lalu. aku memang suka kek coklat tu. juga terima kasih kepada student aku yang menghantar sms pada 1 ramadan itu untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada aku, terutamanya student yang kini telah pun berada di uni tetapi masih tidak melupakan tarikh itu. terima kasihlah korang!

ah, bacalah puisi ni. dah lama jugak aku tulis puisi ni.

Pesanan Buat Sahabat
(sempena hari kelahiranmu)

sahabat
bertolak dari sini
derap langkahmu semakin jauh
meninggalkan masa lalu
kenang-kenanglah seadanya
memori masa silam
yang indah sematlah di ingatan
yang pahit usahlah kau lupa
jadikanlah pengajaran
tika menongkah arus cabaran

sahabat
hidup ini penuh ranjau dan onak duri
yang datang menguji kesabaran dan kekuatan
maka pintaku padamu
tabahkanlah hatimu
teguhkanlah imanmu
usahlah dikau gentar
usahlah dikau lupa
Tuhan sentiasa bersamamu

sahabat
tingkatkanlah keyakinan dirimu
mara teruslah mara
semarakkan semangat yang membara
moga dikau berjaya!

26 Sept. 2001

aku memang lemah sikit menulis sajak. dulu2 pun pak zubir ali selalu tegur aku kerana sajak aku semuanya direct dan tak ada guna perlambangan segala. masa tu, aku khabarkan beliau alasanku bahawa aku tanak sajak aku kelihatan begitu subjektif utk ditanggapi oleh khalayak penikmat. lagi satu katanya, "apasal awak punya sajak asyik2melankolik je nadanya?"

yang sebenarnya, aku bukannya suka sangat menggunakan nada suara yang tinggi bila baca sajak. tu la pasal sajak aku suma2pun melankolik je.

okies, bye!

Saturday, August 23, 2008

Aku dan zaman kanak-kanakku ketika menyambut Ramadhan

Terima kasihlah buat dlyn, syima, ainin, danny (teman blog baru-aku akan linkkan nanti) dan mersik yang menaip komen mereka dalam entry aku sebelum aku balik kampung hari tu. Aku dah padam pun entry tu sebab aku pun tak sengaja nak gunakan perkataan yang boleh memanaskan hati sesiapa, walaupun orang tu aku tak suka. Hari tu hati tengah terbakar beb! sekarang, aku nak buka lembaran baru. Harap-harap aku tak diganggu lagi sebab aku pun tak ganggu sesiapa.

Aku baru balik dari kampung nun jauh di utara. Masa kat kampung, dalam pada sibuk-sibuk tu sempatlah aku berasa syahdu n kenang-kenangkan kembali zaman kanak-kanak dulu, terutamanya pada bulan Ramadhan. Kan aku ni penulis, walaupun penulis kecil-kecilan, aku dapatlah mengungkapkan kembali memori itu dalam bentuk tulisan. Bacalah, kalau rajin atau takde apa-apa yang nak dibuat, atau kalau nak tau pengisian aku masa bulan puasa dulu-dulu di kampung. Memori yang aku catatkan ni aku rasa masa aku darjah 3 atau empat. Sorrylah, entry kali ni takdak gambaq.

Part I (1 Ramadhan hingga 15 Ramadhan)

Kurang lebih seminggu daripada sekarang inilah, kita akan menyambutnya. Dulu pun begitu. Dulu-dulu pun begitu. Kita menyambutnya saban tahun. Bulan itulah. Bulan yang istimewa itu. Bulan Ramadhan.

Semasa aku menulis satu entri berkenaan budak-budak aku yang bakal menduduki UPSR, yang kemudiannya diganggu oleh peracau yang meracau-racau tak tentu pasal itu, Pezul ada memberi respons kepadaku dengan berkata, “budak-budak sekarang ni tak sabar-sabar nak membesar,” katanya.

Aku membalasnya, “memanglah begitu. Masa kecil-kecil tak sabar nak membesar, bila dah besar, teringat pula zaman kanak-kanak,” kataku.

Aku rasa, sesiapapun, walau dimanapun, atau apa bangsa dan negara pun, tak lekang daripada mengingati semula zaman kanak-kanak mereka. Begitu juga aku. Kadang-kadang, pada masa-masa tertentu, dan dengan sebab-sebab tertentu, aku teringat kembali zaman lampau. Zaman aku bergelar kanak-kanak. Zaman aku membesar dan melalui liku-liku kehidupan sebagai anak kampung.

Banyak benarlah yang hendak diingatkan jika dimenung-menungkan. Namun, aku, melalui entri ini ingin mengungkap kembali zaman kanak-kanak aku, terutamanya ketika menyambut bulan Ramadhanlah.

Dulu, zaman kanak-kanak, aku menyambut bulan Ramadhan dengan perasaan yang amat seronok tetapi menghadapinya dengan penuh keperitan pula. Keseronokannya ialah kerana selepas berhempas-pulas berpuasa dan walaupun tidak diberi upah oleh ibu bapa (tidak seperti mana sesetengah anak-anak zaman ini yang dijanjikan upah atau hadiah itu ini jika menamatkan 30 hari berpuasa) kami dapat pula menyambut hari raya. Keperitannya ialah melakukan ibadah puasa itu sendiri.

Seingatku juga, entah berapa kali aku melihat jam untuk mengira jumlah waktu yang masih berbaki dalam satu hari berpuasa itu. Ahh, waktu lambat benar bergerak. Ada sekali itu juga, aku terlupa bahawa aku berpuasa, lalu aku dengan selambanya meneguk air. Namun, aku terpaksa meluahkan semula air kerana teringatkan bahawa aku sedang berpuasa. Motivasinya cuma satu. Kalau kita berpuasa, Tuhan akan memberi banyak pahala.

Emak juga pernah berkata kepada adik-adik aku yang masih kecil lagi dengan kata-kata, “siapa yang tak puasa, dia tak boleh raya.” Aku terkesan juga dengan kata-kata emak itu. Alangkah tak seronoknya jika tak boleh sambut raya. Itulah ayat-ayat yang biasa emak katakan kepada aku dan mungkin adik-adik aku yang lain. Kadang-kadang emak berkata, “alah, tinggal lagi 25 hari hendak puasa. Tak lama lagi, rayalah.” Cabarannya pula ialah aku tidak mahu kalah berpuasa dengan kawan-kawan aku yang sebenarnya ialah sepupu-sepupu aku.

Satu lagi cabaran bulan puasa ialah untuk bangun bersahur atau orang kampungku menyebutnya ‘bangkit soq’. Seingatku, aku punyalah liat bangkit soq sebab di kampung kalau waktu malam, cuaca sangat sejuk pada waktu itu. Iyalah, keliling rumah dipenuhi pokok-pokok menghijau. Ada sekali itu, aku dikejutkan supaya bangkit soq tapi aku terus turun ke bilik air dan mandi. Aku ingatkan, emak mengejutku supaya pergi ke sekolah. Rupa-rupanya, bangkit soq. Punyalah malu dan punyalah rugi kerana mandi di tengah malam. Begitulah aku berfikir pada masa itu.

Biasanya, selepas beberapa hari berpuasa, barulah kami memulakan aktiviti khas menyambut bulan Ramadhan. Seingatku, aku paling seronok bulan ini kerana membayangkan keseronokan berhari raya. Namun, lebih jauh daripada itu juga, aku seronok menyambutnya kerana pengisian bulan inilah. Seingatku, dalam bulan inilah sahaja kami membuat aktiviti yang tak pernah kami buat dalam bulan-bulan lain. Salah satunya ialah bermain meriam tanah, meriam tin, meriam katak atau bermain meriam koq!

Umum mengatakan bahawa meriam buluh amatlah berbahaya. Aku tak bermainlah meriam buluh. Setahuku, meriam buluhpun bukanlah famous sangat di kampungku. Ramai yang bermain meriam tin susu atau meriam tanah. Tetapi, aku gemar bermain meriam koq. Meriam jenis ini paling senang hendak dibuat dan tidaklah bahaya. Aku tak minat bermain meriam buluh kerana orang cakap bahaya dan aku sendiri pun bukan jenis yang begitu gigih menyusahkan diri mendapatkan buluh dan menjadikannya meriam pula.

Apa yang menyeronokkan sangat bermain meriam ini? Hmm, aku rasalah, yang paling aku suka ialah apabila melihat sumbatan daun pisang pada muncung meriam yang terpelanting jauh ke depan setiap kali meriam itu meletup. Selebihnya, bunyi meriam itu sendirilah yang membuatkan aku seronok bermain meriam.

Bila kami bermain meriam? Oh, ada beberapa sesilah. Mula-mula sekali, sebelah petang iaitu sekitar selepas solat Asar. Selalunya kami bermain meriam selepas menonton rancangan ‘Rumah Kedai’ di TV3. (aku harap tahun ini TV3 menayangkannya semula). Sebenarnya, taklah lama sangat kami bermain meriam. Lebih kurang setengah jam sahaja.

Selepas itu, kami lepak-lepaklah di rumah sebab kadang-kadang atau selalunya masa itulah nanti kami menjadi pekerja kurier yang menghantar juadah yang emak aku buat ke rumah jiran-jiran kami yang lain. Jiran-jiran kami pun bukannya orang lain. Mereka semua terdiri daripada pak ndak, pak long, pak cik, dan rumah nenek dan tuk wan juga terletak bersebelahan dengan rumah kami.

Sesi kedua bermain meriam ialah selepas solat maghrib iaitu selepas berbuka puasa. Kadang-kadang kami saling melawan tembakan meriam dengan anak-anak jiran kami yang juga merupakan sepupu kami. Tapi taklah lama sangat kami bermain meriam kerana selepas itu kami pakat-pakat pergi ke masjid pula sebab ada disediakan moreh, selepas selesai solat tarawih nanti.

Lagipun, ayah dan emak akan bekerjasama dan bersatu hati untuk memarahi kami jika kami tak pergi ke masjid. Kami tak maulah kena marah sangat. Apabila kami pergi ke masjid, sekali lagi kami berjumpa dengan kawan-kawan kamilah. Dalam perjumpaan itulah kami kemudiannya berbual-bual tentang bunyi meriam kami tadi sehinggalah salah seorang daripada kami kemudiannya mencadangkan satu lagi permainan ganjil pada bulan puasa. Permainannya begitu menyeronokkan walaupun amatlah bahaya.

Permainannya sangat senang dan ringkas. Caranya, kami ambil sabut kelapa yang bercambah di kampung kami dan kami nyalakan di hujungnya sehingga menjadi bara. Kemudian, kami selitlah pada reranting basikal kami. Selepas itu, kami berkayuhlah keliling kampung dan bara api yang ada pada hujung sabut itupun nampaklah merah apabila basikal di kayuh. Bulatan merah dan kadang-kadang ada percikan api yang terkeluar setiap kali kayuhan dibuat juga menyebabkan suasana begitu meriah. Kami kayuhlah basikal sekeliling kampunglah untuk menunjuk-nunjukkan kepada kumpulan budak-budak kampung yang lain yang belum ada idea sebaik itu. kami tak takut hantu pun kerana emak dan nenek kami selalu cakap bahawa hantu dan setan kena ikat dalam bulan puasa.

Anak-anak muda yang baru pulang dari solat isya dan hanya bertarawih beberapa rakaat sahaja melepak di kedai runcit turut ketawa bagai nak pecah perutlah menengokkan kebiulan kanak-kanak di kampung mereka bermain dengan api. Haih, tapi syukurlah tak seorang pun daripada kami yang tercedera dengan permainan api pada basikal itu.

Kemudian, apabila waktu solat tarawih hampir selesai, kami cepat-cepatlah pergi ke masjid semula sebab tidak lama selepas itu, moreh akan diedarkan. Kemudian, sebelum pulang ke rumah masing-masing, kami berjanjilah untuk bermain lagi seperti malam itu pada malam esoknya. Namun, ada ketikanya, rancangan kami tergendala apabila ada antara kami yang bermulut bacul menceritakan aktiviti kami kepada ibu bapanya. Kemudian, seorang demi seorang dimarahi oleh ibu bapa masing-masing.

Guru besar sekolah kami pada masa itupun bukan main lagi garangnya. Beliau dengan ikhlasnya turut melantik beberapa orang spy yang tidak boleh dipercayai sebenarnya untuk menspykan aktiviti kami di masjid. Adalah sekali itu, aku dan kawan-kawan aku yang merupakan sepupuku dipanggil oleh guru besar yang besar dan garang itu kerana kami dituduh berbuat bising di koridor masjid. Tetapi, memandangkan salah seorang daripada sepupuku itu pula anak ketua JKKK kampung kami iaitu anak pak long aku, guru besar itu dengan baiknya pula melepaskan kami tetapi dengan amaran terakhir kali yang pertamalah.

Aku belum puas lagi bercerita. Kali ni pasal aktiviti emak dan kakak kami pada waktu petang bulan puasa. Emak kami pandai memasak, menggoreng atau apa-apa lagi skill memasak yang lainlah. Kakak kami pun menjadi pandai setelah selalu sangat terpaksa membantu emak kami memasak pada setiap petang bulan puasa.

Jadi, kami seronok juga menanti setiap petang melihat apakah juadah yang emak kami masak. Pada masa itu, di kampung kami bolehlah dikatakan semua penduduk kampung menyediakan juadah sendiri. Jarang dibeli dari luar seperti sekarang ini. Malah, aku sendiri tidak pernah tahu tentang wujudnya bazaar Ramadhan. Lagipun, juadah yang emak buat sendiri lebih sedap.

Satu keseronokan yang berlaku dalam bulan Ramadhan tetapi tidak pada bulan lain di kampung kami ini ialah aktiviti bertukar-tukar juadah makanan terutamanya kuih-muih. Kadang-kadang, semasa kami menghantar kuih-muih ke rumah jiran kamilah kami sempat pula berselisih dengan sepupu atau kawan kami yang turut pula menghantar juadah ke rumah kami.

Biasanya, selepas 10 hari berpuasa, semangat sudah semakin meningkat. Puasa pun tidaklah lagi perit seperti pada mulanya. Rasa aku, dalam tempoh-tempoh begini, aku sudah mula kurang melihat jarum jam pada dinding rumahku. Aku lebih leka dengan meriam dan mula menyimpan wang sikit-sikit. Bukan hendak membeli baju raya tetapi membeli mercun dan bunga api.

Aku suka bermain mercun katak. Bentuknya bukan macam katakpun. Iras-iras pun tak ada. Cuma, warnanya hijau dan setiap kali mercun ini dicucuh, dia akan meletup beberapa kali. Setiap kali mercun ini meletup itulah dia akan melompat. Jadi, kami gelarkanlah mercun ini mercun katak. Kami pun ikut melompatlah setiap kali mercun ini melompat. Itulah keseronokannya.

Selain itu, aku paling suka membeli mercun lada. Bentuk mercun ini seperti mercun papan yang orang Cina bakar sempena sambutan kongsifachai. Kami menggelarnya mercun lada kerana saiznya yang lebih kecil dan jika ketika membakarnya tidak sempat pula dicampakkan ke tanah, kesannya hanyalah rasa kebas pada jari. Rasa kebas itu tidaklah lama.

Aku, bagaimanapun kurang suka bermain mercun papan kerana saiznya besar dan letupannya kuat. Selain itu, sumbunya bukan main cepat lagi menyala. Silap hari bulan, bengkaklah jari. Tetapi sebagai anak kampung, aku tidak menjadikan kejadian itu sebagai batu penghalang untuk memeriahkan lagi malam-malam bulan puasa.

Pernahlah sekali tangan aku bengkak terkena mercun tetapi aku tidak laporkan kepada emak aku pasal itu. Aku sendiri yang ubatkan penyakitku sendiri. Aku, pada asalnya bukanlah berdikari sangatpun, tetapi aku tidak melaporkan kepada emak kerana bimbang emak akan bekerjasama dengan ayahku buat sekian kalinya memarahi aku. Dan, seperti yang aku sedia tahu, mereka akan menggunakan kuasa keibubapaan mereka untuk menghalangku bermain mercun. Alangkah tak seronoknya nanti.

Pada malam-malam ke sepuluh puasa dan ke atas, kampung kami mula bising dengan bunyi cucuhan meriam dan bunyi letupan mercun. Kanak-kanak pun bukan main meriah dan gembira lagi bermain bunga api. Mereka membeli bunga api yang pemegangnya besi dan mereka menyalakannya beberapa batang serentak dan mengangkutnya pada pokok bunga.

Kami pun selalu membeli mercun telur naga. Sebelum kami nyalakan cucuhannya, kami bersiap sedia dengan lastik. Selepas cucuhannya menyala, kami lastiklah mercun itu ke langit malam. Wah, percikan apinya memang cantik. Kami memang kreatif pasal itu.

Polis tak tangkapkah orang yang bermain mercun dan bunga api?

Pada masa itu, mercun dan bunga api diharamkan. Setahu aku, mula-mula sekali, kilang bunga api dan mercun dilarang beroperasi di Malaysia sejak kebakaran dan letupan kilang bunga api di Sungai buloh, Selangor. Kemudian, selepas ramai budak-budak yang mengalami kecederaan akibat bermain mercun, polis marah kalau kanak-kanak bermain mercun. Penjual mercun pun menjualnya secara sembunyi-sembunyi.

Tetapi di kampung kami yang agak pedalaman pada masa itu, polis tidak masuk meronda. Sudahnya, kampung kami tetap meriah dan ceria dengan bunyi letupan meriam dan mercun setiap kali bulan puasa.

Ah, alangkah seronoknya saat-saat itu!



Part II (16 Ramadhan hingga 1 Syawal)

Setelah 15 hari berpuasa, maka menjelmalah penggal kedua bulan puasa, iaitu 15 hari yang berikutnya untuk dilalui. Namun, semasa aku masih dipanggil kanak-kanak dahulu, penggal kedua inilah yang paling menyeronokkan. Di kampungku, pada saat ini, seperti diserang kesibukan dalam kalangan penduduknya.

Emak dan kakak mula berbincang tentang aneka kuih-muih yang ingin mereka buat dan sajikan untuk tontonan para tamu. Aku dan kawan-kawan aku pula mula memikirkan tentang rumah mana harus ditandangi terlebih dahulu. Rumah yang tahun lepas tidak memberikan duit raya yang sepatutnya akan diletakkan di bahagian paling bawah sekali.

Namun, keluarga kami mempunyai tradisi yang berlainan sikitlah. Kami, anak-anak mesti bertandang ke rumah semua bapa saudara kami yang jumlahlah beberapa buah rumah itu. Ada yang terletak bersebelahan rumah kami dan ada yang agak jauh sedikit. Apapun, rumah-rumah ini mesti ditandangi. Jika tidak, bersedialah untuk dimarahi oleh emak dan ayah, mahupun emak dan bapa saudara.

Bukan kami sahaja begitu, anak-anak saudara emak dan ayahku juga tidak boleh jika tidak bertandang ke rumahku. Bertandang ke rumah bapa dan emak saudara ialah suatu kemestian. Maka sebab itulah setiap kali menyambut perayaan, rumah kami dan rumah emak dan bapa saudara kami akan menjadi sesangat sibuk menerima kunjungan saudara mara. Tradisi itu berterusan melangkaui zaman kanak-kanakku sendiri.

Seingatku, isu bertandang ke rumah penduduk kampung ini kadang-kadang menjadi amat lama dibincangkan. Biasanya, semasa berbincang itulah juga kami berbincang sekali kelucuan dan tragedi yang berlaku ketika kami bertandang pada tahun sebelumnya. Misalnya, aku akan sentiasa mengingati peristiwa aku dan kawan-kawanku bertandang ke rumah pak long wang (sebenarnya, beliau bernama pak long awang tetapi kami sepakat memanggilnya pak long wang).

Ada seorang kawanku ini yang sedikit tamak berpura-pura belum mendapat duit raya walaupun baru sahaja diberi duit raya oleh pak long wang. Akhirnya, dengan ikhlasnya pak long wang memarahinya. Terkulat-kulatlah kawanku itu. Kami pula tidaklah begitu simpati terhadapnya sebaliknya mengetawakannya pula kerana ketamakannya itu. Lagipun, pak long wang pada masa itu bukanlah tua sangat. Ingatannya masih tajam.

Selepas itu, dalam penggal kedua bulan puasa ini, kami turut berbincang tentang baju raya. Aku tidaklah gemar benar berbincang soal ini. Bapaku bukanlah kaya sangat pada masa itu. Apa sahaja baju raya yang aku minat pada masa itu pasti tidak akan aku dapat. Sedihlah juga tetapi kesedihan itu tidaklah pula kekal kerana bukan itulah satu-satunya perkara yang boleh menggembirakan kanak-kanak seperti aku pada masa itu.

Seingatku, selain aku sibuk dengan meriam koq, aku tidak juga melupakan bagaimana gigihnya aku membantu abangku membuat pelita panjang daripada buluh. Kemudian, kami membuat pancangan tempat meletak pelita buluh tersebut. Biasanya, pelita buluh itu kami pasangkan di kiri dan kanan jalan betul-betul di pintu masuk ke laman rumahku.

Hendak membuat pelita buluh ini bukannya susah benar. Abang aku biasanya memilih batang buluh yang agak kecil saiz dan ruasnya. Abang akan menebuk lubang pada setiap ruas dan kemudiannya abang akan memotong bahagian zink yang tidak digunakan lagi untuk membuat corong sumbu pelitanya. Bahagian sumbunya pula tugas akulah. Aku akan pergi ke bangsal ayam di belakang rumahku untuk mencari guni padi yang lama. Biasanya, adalah guni di situ.

Ayah biasanya menyimpannya di situ. Aku akan mengambil sedikit guni padi itu dan memintalnya sehingga menjadi sumbu pelita. Kemudian, seperti biasa abang akan mengarahkan aku mendapatkan tanah liat pula. Tujuannya ialah untuk ditekapkan di keliling corong sumbu pelita. Itu semua kerja akulah kerana kerja abangku ialah memberikan arahan demi arahan kepadaku. Tetapi, aku tak marahlah kerana aku seronok menolong abang membuat pelita untuk rumah kami. Lagipun, tak baiklah kalau kita melawan cakap abang kita.

Pelita-pelita lain pun turut kami pasang. Biasanya, kami pasang sehingga di tepi jalan rumah pak ndak dan anak pak ndak pula menyambungnya sehingga di tepi jalan rumah pak cik dan anak pak cik menyambungnya sehingga ke jalan besar. Alangkah cantik suasana pada waktu malam kerana laman rumah kami dan rumah jiran kami dihiasi sinaran pelita meliuk-lintuk. Kami pun bukan main sibuk lagi pada masa itu untuk pergi meronda keliling kampung untuk melihat bagaimana rumah-rumah lain turut memasang pelita.

Pada masa itu, lampu lip lap belum famous lagi di kampung kami. Penduduk kampung semuanya memasang pelita yang menggunakan minyak tanah. Kadang-kadang, hujan turun pada waktu malam menyebabkan kami tidak dapat memasang pelita pada malam tersebut. Ah, alangkah bosannya. Akan tetapi, bulan puasa hujan biasanya jarang turun kerana cuaca pada bulan puasa biasanya amat terik.

Selepas 20 hari berpuasa, keadaan sibuk bertambah-tambah. Siaran radio bukan main lagi galaknya mengumandangkan lagu-lagu raya di corong radio. Seingat aku, lagu raya yang paling famous pada masa itu ialah nyanyian Saloma.

Selamat hari raya / hari untuk kita bersuka ria / setahun hanya sekali/ hari raya disambut dengan gembira
Di masa bulan Ramadhan / kita berpuasa hingga sebulan / pabila Syawal menjelma / hari raya disambut dengan gembira

Begitulah lagu itu, rasa aku. Aku tak hafal sangat lagu-lagu raya ni. Tapi, setiap kali nak menyambut hari raya, lagu-lagu inilah yang diulang-ulang diputarkan oleh dj radio. Lagipun, lagu-lagu ini sudah evergreen. Selain lagu ni, lagu Ahmad Jais, Uji Rasyid dan Hail Amir, P. Ramlee, Sanisah Huri, Rafeah Buang, Aman Shah, Sudirman, dan DJ Dave pun famous jugak. Aku bukan main suka lagi mendengar lagu-lagu raya ni. Lagu-lagu inilah yang menyerikan suasana sambutan hari raya zaman kanak-kanakku hingga sekarang.

Pada masa itu, di kampungku telah kelihatan beberapa muka yang sekian lama tidak kupandang. Penduduk kampungku yang merantau telah kembali untuk menyambut sambutan hari raya. Aku tak pedulilah soal itu kerana abang dan kakakku pada waktu itu masih lagi tinggal bersama kami. Pendek kata, setiap hari, siang dan malam keluarga kami adalah sama ahlinya, tidak pernah kurang.

Emak pula pada masa itu tidaklah marah-marah jika abang menguatkan peti radio yang sedang galak mengumandangkan lagu raya. Mungkin emak sendiri menikmati suasana yang sibuk itu dengan perasaan yang amat gembira juga. Maklumlah, anak-anak saudaranya yang berada di perantauan ramai yang telah pulang ke kampung. Begitulah emak dan begitulah juga ayah. Ayah aku anak bongsu dalam keluarganya. Jadi, sebelah bapaku memanggilnya pak su sementara emak aku pula anak sulung dalam keluarganya. Jadi, anak saudara sebelah emakku memanggilnya mak long pula.

Aku rasalah, di samping lagu raya yang memeriahkan suasana bulan puasa pada hari-hari terakhir kami berpuasa pada masa itu, ada lagi perkara lain yang turut memeriahkan suasana iaitu kesibukan emak membuat kuih raya. Kadang-kadang, disebabkan tidak cukup pembantu, aku pun terjebak sekali dalam usaha membuat kuih raya. Masa itu belum ada kuih Almond London atau kuih yang colourful seperti sekarang ini.

Kadang-kadang, dalam kesibukan itu aku terlepas juga menonton rancangan ‘Rumah Kedai’ kegemaran aku. Tapi aku tak kisahlah sebab menolong emak membuat kuih raya pun seronok juga. Emak pun bukannya membuat kuih raya setiap bulan. Bulan puasa sahajalah emak membuat kuih. Cuma yang kurang menyeronokkan satu sajalah, iaitu emak tidak sempat pula hendak masakkan dua tiga jenis cucur untuk berbuka puasa nanti. Biasanya, pada hari ini jugalah emak dan kakak akan membuka daun mempalas untuk membuat ketupat.

Pada hari inilah aku biasanya tidak lagi menyertai kawan-kawan aku kerana aku suka melihat emak dan kakak membalut ketupat menggunakan daun mempalas. Ada juga sekali dua aku cuba membalut ketupat. Jadi tu jadilah, tapi tak cantik. Di kampungku, jarang benar orang membuat ketupat empat segi yang diperbuat daripada daun kelapa. Semua ketupat yang dibuat menggunakan daun mempalas dan bentuknya ialah tiga segi. Ada jugalah orang kampung yang membuat lemang seperti rumah pak long aku. Tetapi, aku bukannya gemar benar makan lemang yang pak long buat kerana pulutnya lembik dan melekit-lekit pula.

Akhirnya, tibalah hari terakhir berpuasa. Hari ini sibuk betul. Mula-mula sekali, aku dan abang akan pergi ke pasar untuk membeli daging lembu untuk dibuat rendang atau kari untuk dimakan bersama ketupat dengan lahapnya. Emak sudah berpesan awal-awal lagi bahawa tengoklah kaki lembu yang digantung untuk tahu daging mana yang patut dibeli. Emak menyuruh kami membeli daging lembu yang datangnya daripada kaki yang sederhana kecil menandakan lembu muda. Jadi, dagingnya nanti tidaklah keras atau liat benar.

“Kalau tak ada kaki?” soal abang, bergurau pula.
“Eh, mesti ada,” kata emak. “Kalau tak ada juga, jangan beli daging yang merah benar warnanya kerana itu mungkin daging kerbau. Lagi liat dan keras,” kata emak lagi.

Pada sebelah tengah hari pula, biasanya emak akan mula menyediakan bahan-bahan untuk membuat dodol. Aku pun tak faham mengapa emak suka membuat dodol pada hari terakhir berpuasa sedangkan dodol boleh dikacau lebih awal dan tahan lama. Tapi, apa yang baiknya ialah hari terakhir ini dipenuhi dengan aktiviti sehingga aku terlupa bahawa aku berpuasa pada hari itu dan aku sepatutnya letih tetapi entah mengapa perasaan letih itu hilang begitu sahaja kerana mungkin keterujaan untuk menyambut hari raya yang menguasai diriku.

Pada hari ini juga, dalam pada kami (aku, abang dan ayah serta kadang-kadang emak dan kakak) sibuk mengacau dodol, emak dan kakak pula akan mula mengisi pulut di dalam ketupat. Usaha membalut ketupat juga dibantu oleh nenek emak yang turut tinggal bersama kami. Pada masa ini, kadang-kadang nenek emak kami itu akan bercerita tentang pengalamannya menyambut hari raya pada zaman penjajahan lagi. Pada zaman kampung kami ini masih diserkup hutan lagi.

Segala-galanya disiapkan pada hari ini seolah-olah sudah tahu bahawa esok ialah hari raya. Menjelang petang, biasanya semua keperluan telah disiapkan, termasuk dodol yang telah dikacau selama berjam-jam lamanya sehingga aku rasa bagai nak putus urat keting aku berdiri sambil mengacau dodol.

Menjelang waktu berbuka puasa, kami pun makanlah seperti biasa. Dimulakan dengan kurma kalau stok masih ada. Kalau tidak, dilanggah air dahulu selepas ayah atau abang atau aku membaca doa berbuka puasa. Kemudian, kami akan turun ke bawah dan memasang pelita minyak tanah sebelum naik semula ke atas rumah untuk menunggu pengumuman tarikh hari raya.

Pada aku, itulah saat yang dinanti-nantikan. Tidak ada seorangpun yang dibenarkan bercakap ketika pengumuman itu dibuat. Masing-masing diam. Masing-masing fokus. Dan kemudiannya, kami, kanak-kanak yang akan menjerit dengan gembiranya apabila tarikh hari raya yang diumumkan menunjukkan esoklah harinya.

Selepas itulah kami turun ke bawah untuk bermain bunga api dan mercun. Ayah pula akan ke masjid. Selain itu, aku akan mencucuh meriam lagi sambil televisyen di ruang tamu mula mengumandangkan takbir hari raya. Kakak akan menemani kami bermain mercun dan bunga api sekejaplah sebelum dia naik semula ke atas rumah dan mengemaskan rumah sebaiknya.

Malam itu kami tidur lewatlah. Kami berseronok benar. Emak dan ayah pun tak melarang kami berbising-bisingan di laman rumah bermain bunga api atau mercun. Dan kami bergembira berterus-terusan pada malam itu. Kadang-kadang, pada malam itu sudah ada tetamu yang datang ke rumah kami untuk memberi beras fitrah kepada nenek emak kami. Bagi kami sekeluarga pula, beras fitrah diselesaikan awal-awal lagi kerana ayah memang tidak suka membayar beras fitrah lewat-lewat begitu.

Esoknya, kami tidak lagi bangkit soq. Namun, seingat aku, kami tetap bangun awal pada pagi itu. Sebenarnya, sejak malam tadi lagi tidur aku tidaklah senyenyak malam-malam sebelumnya. Selepas mandi dan mengenakan baju raya, kami bersalam-salamanlah dengan ahli keluarga kami pada waktu itu. Kemudian, kami mula mengatur langkah. Langkah yang akan menjadi sangat panjang berbanding hari-hari biasa kerana hari ini hari raya.



Nota:
Begitulah jadinya ketika aku masih lagi kanak-kanak. Dalam pengkisahan aku, kadang-kadang aku menggunakan perkataan aku dan kadang-kadang aku menggunakan perkataan kami. Perkataan aku merujuk kepada akulah dan perkataan kami pula merujuk kepada aku dan kawan-kawanku atau aku dan abang aku.


Part III (sekarang)

Segala-galanya telah lama berubah. Sejak usia aku menginjak dewasa. Sejak aku telah pun memiliki keluarga aku sendiri. Pastinya suasana yang aku gambarkan dua bahagian terdahulu tidak lagi sama dan tidak akan menjadi sama buat selama-lamanya. Aku tidak lagi pergi bertarawih kerana moreh, tetapi kerana aku sedar betapa berharganya 30 hari dalam bulan Ramadhan itu. Betapa istimewanya bulan itu. Betapa ALLAH telah mengurniakan berbagai-bagai ganjaran dalam bulan Ramadhan ini.

Aku tidak lagi bermain meriam dan mercun, pastinya. Malah, kanak-kanak di kampungku tidak pandai membuat meriam lagi. Mereka tidak meletakkan bara sabut di reranting basikal seperti kami dulu-dulu. Mereka juga tidak sibuk lagi memasang pelita minyak tanah, apatah lagi mencari tanah liat dan mendapatkan buluh untuk di buat pelita buluh. Semuanya telah digantikan dengan lampu lip lap yang sentiasa berkelip-kelip setiap kali dihidupkan. Malah, kelip-kelip lampu itu juga berbagai-bagai coraknya.

Juadah berbuka puasa juga kurang ditukar-tukarkan dengan jiran kerana malulah hendak memberikan kepada jiran juadah yang sebenarnya dibeli di bazaar Ramadhan. Semuanya telah berubah. Kanak-kanak juga mungkin tidak lagi sibuk berbincang tentang baju raya atau juga berbincang tentang rumah yang ingin ditandangi oleh mereka.

Masakan mereka dapat bertandang ke rumah penduduk-penduduk kampung sedang televisyen pula menggoda hati mereka dengan berbagai-bagai rancangan menarik sepanjang sambutan hari raya. Sudahnya, mereka berbaju raya tetapi berlingkar di ruang tamu rumah menonton televisyen.

Sebab itulah apabila aku membaca tulisan Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad, iaitu penulis kegemaranku, yang bertajuk ‘Detik-detik Diri di Daerah Daif’ yang menceritakan tentang betapa sedihnya beliau terhadap kegemulahan kampung kelahirannya, di Sik, Kedah, aku teringatkan kampung aku sendiri. Ciri-ciri kegemulahan di kampungku juga mula terserlah. Aku kira tidak lama lagi, kampung aku juga akan senasib dengan kampung Shahnon Ahmad. Dan aku, penduduk kampung yang dahulu membesar di dalamnya akan turut berasa sedih meratapi kegemulahannya.

Tuesday, August 12, 2008

selamatlah korang semua.



hari tu, aku tatau apa nak buat. duduk2 depan laptop, jadi aku gatalkan tangan buatkan benda ni. saja jelah, syok2. so, untuk semua pembaca novel aku yang akan duduki exam upsr tu, atau pelajar2 aku yang keypo sangat datang ke blog ni, pun aku nak ucapkan selamat menduduki upsr.


so, aku nak amik kesempatan ni untuk ucapkan selamat menduduki UPSR kepada budak2 aku di seri cahaya.

p/s: untuk mengelakkan amir dan konco2nya menggotong-royongkan aku secara ikhlasnya, terpaksalah aku mengubahsuaikan entry ini dengan ikhlasnya juga. haha

ok byes! (i copy this word from winnie)

Sunday, July 27, 2008

manggis dan penyelenggaraannya



aku saja je letak gambar ni buat hiasan blog aku. gambar ni juga khas buah pemakan buah2an tempatan.kan sekrg ni meriah dengan musim buah2an.

makanlah buah2an tempatan. jangan bimbang. kos penyelenggaraan buah manggis tak seperti perdana V6 so tak payah le korang makan buah epal.

satu lagi, mem aku bising sebab aku tak tempah lagi baju raya tahun ni. rupa2nya, dah nak puasa balik. yahui, bestnya. ramadhan nak datang balik. mulakan azammu, kawan2ku.

byes!

bila seseorang menyapa

hari ini, entah apa tuahnya, atau hikmahnya, aku disapa seseorang. seseorang dari salah seorang yang sebelum2 ini membangkitkan rasa kagumku.

waktu itu, aku baru sahaja turun dari satu bangunan ilmu. mungkin itulah antara lain kelebihan yang Tuhan berikan kepadaku kerana kesanggupanku menjalankan kelas tambahan buat anak2 kecil yang bakal berperang dengan UPSR pada bulan September ini.

sebelum ini, aku tak pernah mengajar pada hari Ahad. cuma, jemputan oleh pemilik pusat tuisyen itu agar aku menolongnya mengajar dua kelas pada setiap hari Ahad bagi tempoh dua bulan sahaja aku terima.

atas dasar memberi pertolongan pada yang amat memerlukan pertolongan, aku terimalah permintaan itu walaupun sebelum ini, aku tidak akan mengajar pada hari Ahad, hari yang mana aku kategorikan sebagai hari keluarga bagi keluarga kecilku.

"alias," sapa lelaki itu yang tatkala itu berada di tempat duduk keretanya. tingkap kereta di bahagian pemandunya dibuka luas2.

sebetulnya, aku tak kenal langsung orang yang menyapaku itu. memang aku tak kenal langsung.sebaik menoleh ke belakang, aku membalas senyuman kepada penyapa itu dan aku yang saat itu telahpun membuka pintu keretaku berpatah balik pergi ke arah penyapa itu dengan perasaan yang berbaur kehairanan.

sebaik sahaja aku tiba di tepi pintu keretanya, salam dihulurkan.

"Ami masra," penyapa itu memperkenalkan dirinya ketika kami bersalaman.aku agak terkejut juga kerana nama itu bukanlah asing dalam dunia penyair tanah air.
"dah banyak menulis?" soalnya.
"oh, adalah sikit. saya baru mula menulis tahun lepas. sebelum ni pun menulis juga, tapi tak pernah terbitkan sebab saya sendiri pun tak tau boleh menulis ke tidak," balasku merendah diri.dia tersenyum mendengarnya. kemudian, kami berbicara sebentar sebelum akhirnya sempat bertukar nombor telefon.

aku kembali ke keretaku dan sempatlah aku mendengar kata2 beliau bahawa "kalau ada apa-apa, contactlah," katanya. aku berpaling ke belakang dan keretanya mula meluncur pergi.

huiyo, AMI MASRA yang menyapa aku rupa2nya. aku memang meminati penulisan sajak. cuma, aku tak pandai menulis. dulu, aku belajar menulis puisi dengan A. Wahab ali dan zubir ali. aku pernah juga ikut bengkel yang diberikan oleh hasyim yaakob dan W. S Rendra. tapi itu cerita dulu2lah.

tapi entahlah. setakat ini, daripada banyak2 puisi ynag aku tulis, hanya satu sajak aku yang membanggakan iaitu sajak yang aku tulis dan menjadi johan bagi majlis deklamasi sajak berunsur keislaman peringkat intervarsiti yang dideklamasikan oleh sahabatku(aku bangga amat pada masa itu).

itulah sebabnya apabila Marsli N.O ada menyapa di blog ini hari itu, aku gembira amat. sebab Marsli pun tersohor beb! hari ini, Ami Masra pula yang menyapa aku. pun aku gembira amat.

rupa2nya, salah seorang anak kecil yang aku ajar di pusat tuisyen itu ialah anak Ami Masra. agaknya anak kecil ini memberitahu bapanya bahawa guru tuisyen barunya ini seorang penulis sepertinya juga.

pastinya si anak tak tau cikgunya yang dah tua ni masih muda amat dalam bidang penulisan jika nak dibandingkan dengan bapanya yang sudah tersohor itu. kat bawah ni aku letakkan salah satu puisi beliau yang telah disiarkan dalam salah sebuah majalah.

MATA YANG MELIHAT

Mata sering membawa
seribu bencana
mata yang melihat
dengan daya fikir
diberikanNya ladang ketenangan
mata yang merenung
dengan rasa insaf
dianugerahkanNya kebun kedamaian
mata yang meneliti
dengan setulus hati
dihamparkanNya padang kekayaan
mata yang memerhati
dengan seikhlas kebaikan
dibalasNya lautan pahala
mata yang memandang
dengan seribu nafsu
dibalasNya dengan kesakitan
yang amat pedih!

Ami Masra
Jelita Mac 1999

sajak ini pula oleh seorang lagi penyair yang aku minat. beliau berasal dari Terengganu dan sudah lama bermastautin di Pahang, iaitu Marsli N.o. rasa aku, Marsli dan Ami Masra ini seangkatan. kalau Marsli datang ke sini, tolong betulkan aku kalau fakta ini salah.

DI RUMAH ITU

Di rumah itu
seorang ayah duduk di tangga
menghitung baki usia
dan dari rahang rindunya
terdengar bisikan memanggil
"seorang anak
bilakah pulangmu
memotong rumput dan lalang
di laman hatiku."

Marsli N.O
dipetik dari Negeri, ini anak
November 1984


siapa yang tak kenal Marsli dengan puisi pendeknya. kependekan puisinya itulah yang akhirnya menjadi trademark Marsli N.O.

okies, byes!

Saturday, July 12, 2008

cintaku pada bola sepak

bila aku nemulis sebuah novel yang bertunjangkan sukan bola sepak, yang kemudiannya aku letakkan pada tajuknya nama pemain yang paling aku gemari iaitu Zinedine Yazid Zidane, korang boleh bayangkanlah betapa aku amat meminati sukan ini.

sebenarnya, aku ta' pandai main bola sepak pun. tapi, minat sangat pada sukan ini. dalam dua bulan lepas, aku membaca novel remaja bertajuk Priiit! karya Alias Ismail. terima kasihlah alias ismail kerana dalam buku itu mengingatkan kembali kepada khalayak pembaca tentang kehebatan pasukan bola sepak Malaysia suatu ketika dulu. menurut buku itu, pasukan bola sepak negara kita pernah beraksi di pusingan akhir bola sepak sukan olimpik di Munich, Jerman pada tahun 1972.

tetapi sekarang...haih

dahulu, pasukan bola sepak Malaysia pernah menewaskan seteru seperti pasukan Korea Selatan (3-0) walaupun Super Mokh (mokhtar Dahari tidak bermain. kita pernah menewaskan Singapura (6-0) dan Indonesia (6-1). pada masa itu, pasukan seperti Myanmar dan laos tak usah cakaplah. pasukan belasahan Malaysia beb!

tetapi sekarang...haih

kali terakhir kita mengalahkan korea selatan ialah pada tahun 1985 (1-0) melalui jaringan Dollah Salleh dalam perlawanan di Kuala Lumpur. tapi semasa kita berkunjung ke Seoul dalam pusingan kedua, kita tewas (0-2). itupun masih kira hebatlah.

tetapi sekarang...haih

sekarang park ji sung dah bermain dengan Manchester United! dimana pemain negara kita? ada, di tepi bilik persalinan kerana sedang melayan emosi yang terganggu sehingga menyepak cermin kaca bilik persalinan sehingga pecah. pecah beb cermin tu! hebat tuu.. jadi, itulah kehebatan pemain kita buat masa ini.

aku ada baca info pasal ranking pasukan bola sepak sedunia. spain dah jadi pasukan terbaik di dunia selepas memenangi EURO 2008 baru-baru ini. korang tengoklah sendiri kat bawah ni.

1 Spain
2 Italy
3 Germany
4 Brazil
5 Netherlands
6 Argentina
7 Croatia
8 Czech Republic
9 Portugal
10 France
11 Russia
12 Romania
13 Cameroon
14 Turkey
15 England
16 Scotland
17 Bulgaria
18 Greece
19 Mexico
20 Ghana
34 Japan
53 Korea Republic
111 Thailand
124 Vietnam
127 Singapore
132 Indonesia
164 Myanmar
166 Malaysia
169 Philippines
187 Brunei Darussalam
189 Laos
199 Timor-Leste


aku maleh nak analisis la. korang tengok sendirilah. buat sakit hati je.

okies, byes!

Wednesday, July 9, 2008

cooking master!


n3 ni khas untuk seri cahaya students sr. 2.

i baru saja upload ur photo. sorry to sr. 2 love bcoz gambar u all tak ada. dat bcoz i tidak dimaklumkan bahawa u all akan masak2 on dat day. so, when i go to KH lab, u all dah habis makan.

sr. 2 hope pula, i sampai ke KH lab when u all is ready to eat.so, i just snap some photo when u all makan je.

for sr 2 joy pula, i sempat cover semua aktiviti memasak yg u all buat. but the most important is this class very sporting n they all tak seperti jakun or sakai with camera like some of student from another 2 classes. tq senior 2 joy.

so, i take this opportunity to say tq to;

sr 2 love
bcoz u all kasi i minum jus lemon yang masam sangat. nasib baik i tak sakit perut.haha

sr 2 hope
group che ying: tq coz kasi i makan nasi goreng yang nampak sedap tapi sedikit masin. but my stomach still can accept dat nasi goreng.
group sonia: tq coz kasi i minum air yang menakutkan. u all dah campur macam2 buah2an kat dalam tu. i nak describekan rasa air tu pun tatau

sr 2 joy
i seronok tengok u all masak2. kelam-kabut sangat! tq to sian see group yang layan i makan nasi goreng u all. memang sedap nasi goreng tu. n sorry to khai teq n kuang jin punya gorup. i kenyang d when u offer me ur nasi goreng.

so, sesapa yang nak collect gambar dia, just click my photo gallery. klick pada gambar n klick lagi pada (all size) to get saiz sebenar gambar u all. byes!

Monday, July 7, 2008

marilah gembirakan hati isteri

hari ni aku memasak.


sebenarnya, dah banyak kali dah aku memasak. cuma kali ni je aku nak storykan skit. kenapa aku memasak?

objektif
1)aku nak makan le
2)aku nak gembirakan lagi hati mem aku yg memang dah gembira
3)niat yang nombor dua tu le

mem aku baru sampai dari kedah pagi ni. dia naik airasia lah. kalau naik keta pun, balik2 sama jugak kan kosnya. baik naik belon je.satu jam dah sampai.

lepas balik dari sekolah, aku terus call mem. aku tipu skit ah. aku cakap, hari ni tak payah masak apa2. nanti malam aku keluar n bungkus makanan. yang sebenar-benarnya, aku nak masak malam ni. konon kejutan la.

dari skol, aku singgah kedai runcit n beli ayam. aku beli potato n daging hancur ramly pun. sebabnya, aku nak masak ayam masak merah n buat begedil. sesampai je kat rumah, aku pun buatlah apa2 yang patut. contohnya, aku mandi. aku kan baru balik skol, mestilah kena mandi kan. pastu, aku lepak2 kejap depan tv tunggu asar jab. lepas tu barulah start projek masak2.

sebenarnya, mem aku baru je mengalami perkara baru dalam diri dia tu. sebenarnya, dia dah mula rasa pergerakan baby kat dalam perut. excited tau dia tu. kerap jugalah aku kena lekapkan telinga aku kat perut dia sebab dia kan nak kongsikan perasaan yang sama dengan aku. aku tak dengar apa2 pun.haha. tapi, kadang2 aku pura2 cakap aku dengarlah, sebab aku kan nak jaga hati dia.

tu la yang menyebabkan aku memasak ni. lagi satu, mem aku belum pernah try lagi begedil aku. jadi, aku nak le dia jadi food tester aku. dipendekkan cerita, sebab aku dah malas nak bercerita, mem aku pun balik n dia terkejut le sebab aku dah siapkan makanan. tapi dia taklah terkejut sesangat sebab dia dah biasa jugak macam tu. aku biasa jugak masak cuma bukan selalulah. aku tak cakap kat siapa2lah pasal aku tolong mem aku memasak. aku takut nanti orang panggil aku suami mithali. aku malulah kalau orang panggil aku macam tu. walaupun aku memang nak jadi macam tu.

oo, tapi kawan2 kat sekolah tau le yang aku rajin memasak. sebab masa mem aku kerja kat johor dulu, aku selalu masak n pagi2 aku sarap dengan masakan akulah.yang lebih menyebabkan dia orang tau yang aku selalu memasak ni bukannya apapun, dia oranglah yang tanpa perasaan telah menghabiskan masakan aku. tapi aku tak kisah pun, sebab sebagai chef (hahahaha) aku mesti berkhidmat kepada pemakan dan pencinta makanan.
begedil ni dapat pujian drpd mem AKA food tester aku. walaupun dia kata kulit begedil aku tak menarik sangat tapi isi begedil tu sedap. alah, memang le aku tak pentingkan sangat kulit dia. yang aku pentingkan ialah isi dia la. korang takkan tak biasa plak. kacang kan lupakan kulit. kali ni aku tukarlah skit. seperti begedil lupakan kulit.

satu lagi kan, mesti korang heran apasal plak aku cakap pasal masak2 ni. sebenarnya, aku saja je buat macam ni sebab aku nak join kelab yang diasaskan oleh ainin n nabil tu. aku rasa ainin pengasasnya. nabil baru nak berjinak2. dengan adanya n3 ni, secara automatically aku dah join kelab diaorang ni.

aku rasa nama kelab tu ialah : kelab penulis buku yang suka ceritakan pasal apa yang diaorang masak n diaorang letak n3 masakan kat dalam blog diaorang. macam gitu le panjangnya nama kelab tu. jadi sekarang ni aku dah join kelab ni lah. kelab ni tak pula dibuka kepada sapa2 yang sudi. hanya orang tertentu je yang boleh join. kalau korang nak join jugak sebab korang dah mengalami kecemburuan yang melampau, aku benarkan le. sebab aku kan baik hati orangnya.

tapi, korang kenalah bayar yuran. tak mahal pun. jumlahnya cuma RM625. macam rebate subsidi petrol yang kerajaan bagi tu. dengan adanya yuran tu, bolehlah nanti kami gunakan untuk setahun sepertimana yang kerajaan hendak kami buat dengan duit RM625 tu. eh apa pulak tak cukupnya. mestilah cukup sebab kerajaan kan bijak. yang tak bijaknya, rakyat macam kitalah. sebenarnya, kita kenalah setuju bahawa kita kena ubah cara hidup kita kalau duit tak ada. contohnya, kalau dulu makan nasi, lepas ni makanlah ubi kayu. eleh, malu2 plak. nenek moyang kita masa zaman jepun dulu pun buat macam tu.

lagipun, ubi kayu kan best. kita kreatifkanlah otak kita dengan ubi kayu tu. kita buatlah kerepek plak. macam yang man krup krap buat tu. lepas tu, ramai2lah kita makan kerepek dan bolehlah kita merepek.

aku tanak cakap lagilah. aku rasa macam aku sedang melalut.maklumlah, la ni kan dah lewat malam. badan aku kan dah penat sebab tadi aku berusaha memasak dengan penuh keikhlasan.
aku nak tidolah.

oh ya, aku kasi korang tengoklah gambar geffren aku yang terbaru.


okie, byes!

Wednesday, June 18, 2008


Yeay, novel aku diterbitkan lagi. Terima kasihlah karnadya. Aku memang suka menulis tapi aku lagi suka kalau apa yang aku tuliskan tu menggembirakan orang yang membacanya. Hari tu mem aku cakap, dia ternampak budak2 di sekolah dia membaca buku Boleh Tanya Tak? n pernah juga dia nampak budak2 sekolahnya baca Kalkulator Mylia. Aku harap novel aku yang keempat ini juga akan menggembirakan sesiapa yang membacanya. So, belilah dan bacalah.

Sinopsis:

“Aku hairan betullah dengan engkau, Doni. Kau tak malu ke bekerja dengan Lokman? Bekerja dengan budak-budak. Umur kau sudah lanjut. Patut-patutnya kau yang jadi bos, bukannya si Man Krup Krap itu,” kata Mak Piah, menempelak Doni.

“Apa pula yang nak dimalukan, Mak Piah. Saya berbangga lagi adalah. Bukannya ramai bos muda seperti dia,” jelas abang Doni.

“Bangga? Hisy, memanglah engkau jenis yang tak malu. Bekerja dengan budak-budak. Mendengar arahan budak-budak. Kalau aku, jangan haraplah aku nak bekerja dengan budak-budak seperti itu,” balas Mak Piah, mencebik bibirnya, tanda tidak suka.

Siapakah bos muda yang dimaksudkan? Mengapakah Mak Piah begitu marah sekali dengan Doni. Bacalah, anda pasti terhibur dengan kisah menarik seorang remaja bertukar menjadi bos yang disegani!

OPKIM by KKTAZ UM 99/2000 di KG. SELANYAU, MIRI



aduhai!


ketika aku berdiri di muka pintu bagi menyambut kedatangan penduduk kampung di selanyau, miri yang datang ke kenduri doa selamat di rumah abang khamis, wajah2 yang hampir lapan tahun tidak kulihat masih ceria tersenyum memandangku, juga menyambutku.
kemudian, tidak lama kemudian acara bermula. aku sibuk dengan kameraku merakam detik2yg korang dapat lihat jika korang klikkan pada foto galeriku.

bukan gambar itulah yang aku ingin fokuskan. gambar itu sekadar untuk ditataplah. cuma, aku tersentuh dengan kemesraan dan cara mereka menyambut kedatanganku kembali ke kampung itu. seolah2 mereka begitu mengenaliku.cuma, rasa simpati dan kesian sahaja yang melimpah2 di kolam hatiku.

"pak cik dah telefon dia beberapa kali, tapi tak ada orang yang angkat telefon," kata pakcik itu. kemudian, pakcik itu menambah lagi kata-katanya.
"baru-baru ini, pakcik telefon dia lagi. tapi, yang menjawabnya orang lain, bukan dia," katanya.

"Tataulah. pakcik dengar dia sudah berkahwin," satu suara lagi mencelah.

itulah yang membuatkan aku berasa kesian kepada orang kampung itu yang sebenarnya masih mengharapkan atau menunggu anak angkat dari semenanjung yang pernah tinggal di rumah mereka hampir seminggu, lapan tahun yang lalu. mereka tertanya-tanya, apakah perkembangan anak angkat mereka. namun, aku sedih sebab ada di antara anak angkat itu tidak menghubungi keluarga angkat mereka langsung selepas pulang dari miri lapan tahun yang lalu.

terima kasihlah kepada encik Ang yang merupakan salah seorang peserta aktiviti OPKIM yang masih lagi menghubungi ibu angkatnya. melalui emak angkatnya yang aku temui, aku mendapat tahu bahawa Ang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dan kini berada di luar negara untuk menyambung pelajarannya. semoga Ang menjadi salah seorang peguam yang terbaik di negara kita nanti. hakikatnya, pemuda cina itu masih menghubungi keluarga angkatnya di miri walaupun aspek budaya dan bahasa serta agama jauh membezakan mereka.

jadi, buat kawan2 yang pernah ke miri sarawak bersamaku dahulu, tolonglah hubungi keluarga angkat kalian di sana. mereka amat merindui kalian. untuk pengetahuan kalian, aku diserbu di sana pada hari pertama aku tiba di kampung itu. bukannya sebab mereka nak tengok perkembanganku, sebaliknya masing-masing bertanyakan tentang kalian, anak angkat mereka.

malangnya, aku tidak ada jawapan untuk soalan-soalan mereka itu!

Tuesday, June 10, 2008

aku dan kawan baikku, cuti.

jalan kecil ke kampungku. tapi bukan satu jalan ni je tau. ada banyak lagi jalan lain.


akhirnya, cuti sekolah pun habislah.

sebenarnya, macam ni lah aku bahagikan cuti sekolah kali ni. tiga hari setengah di kampung aku, n tiga hari setengah lagi di kampung mem aku n empat hari lagi aku gi miri,sarawak. sebenarnya, dah lama jugak aku tak naik kapal terbang ni. asal cuti je, balik kampung.setakat balik kedah tu, aku pandu keta je lah.

mesti korang tertanya2, apasal plak aku pegi miri. biasakan orang pegi kuching. sebenarnya, ginilah. aku ada famili angkat di kampung selanyau, bekenu, miri, sarawak. dulu, masa kat uni, aku pernah join aktiviti yang namanya OPKIM aka Operasi Khidmat Masyarakat. aktiviti tu dibuat di kampung ni lah. n masa tu, diaorg nilah keluarga angkat aku. tak sangkalah plak, hubungan tu berterusan sehingga sekarang.

empat hari aku melepak di situ. pembahagian aktiviti aku beginilah.

hari satu:
aku sampei dan makan tengah hari beramai2 kat situ. petang, aku tak gi mana2, just lepak je kat rumah. borak2 sebab banyak benda nak diceritakan. orang2 sebelah sana pun ada banyak benda nak diceritakan. so, kami bertukar2 cerita sampai malam.

hari dua:
pagi, aku gi pekan bekenu. ada tamu kat situ. mak angkat aku jual pisang n jualan dia habislah semua pada hari tu. tengah hari, tiba-tiba aku rasa penat plak. jadi, aku tidolah barang sekejap. tapi, aku terbabas dekat dua jam. tapi aku tak kisahpun, sebab aku kan tengah bercuti. cuti memanglah gitu, makan tido, makan tido. petang tu, aku gi rumah abang angkat aku, dia orang prepare buat kenduri doa selamat. jadi, aku berkenalanlah dengan penduduk kampung kat situ. aku tak kenal sangat semuanya tapi yang bestnya, dia orang kenal aku lagi.

malam pula ada kenduri. ramai jugak yang datang n aku bersalamlah dengan semua tetamu tu. suma2 pun cakap aku dah gemuk. aku tak kisahpun, sebab memang badan aku dah tak sekeping macam mula2 datang ke kampung tu dalam lapan tahun yang lalu. so, malam tu, kami makan-makan dan bual-buallah.
kenduri doa selamat


o, aku terlupa nak kasitau korang.

sebelum siang pergi dan malam datang, petang datang dululah seperti biasa. aku sempat lagi mencelah pergi ke pantai bungai petang tu. walaupun ada nelayan yang turunkan hasil tangkapan ikan di situ, tapi pantai tu masih bersih lagi. pasir dia masih putih seperti masa aku mula-mula datang ke situ dulu. ombak pun tak letih-letih lagi menghempas pantai tu.
pantai bungai


hari tiga:
aku bangun lewat skit sebab lepas solat subuh, aku sambung tido balik. sedar2, pukul sembilan pagi. kat sana, sembilan pagi kira lewat sangat le tu. aku pegi bekenu lagi. beli ikan yang fresh dan murah plak tu. mem aku dah janji kat famili angkat aku yang hari tu kami hidangkan kepada diaorang makanan kedah. so, mem aku masak ikan bawal masam-masam manis n ikan pari cecah air asam.

petang tu plak, aku gi ke kebun. part ni aku suka. kami gi kebun pokok naga yang dimiliki oleh encik kadir AKA abang angkat akulah. abang kadir ini pula dimiliki oleh kak masni sebab abang kadir tu suami kak masni. aku n mem pegi situ n buat kali pertamanyalah aku tengok pokok naga dari dekat n petik buah naga. lepas tu, kita orang lepak lagi. tapi kali ni,lainlah skit sebab kami lepak sambil makan buah naga le. suma spesies yg encik kadir dan isteri yang dimilikinya tanam itu jenis yang isinya berwarna merah.
kebun pokok naga
bunga buah naga
buah naga dah masak
buah naga terkorban

kat sini, dia orang makan buah naga dengan mewahnya. tapi, yang bestnya, aku dapat makan buah-buahan lain yang sebelum ni tak pernah aku makan lagi. salah satunya, buah tarap. buah ni kalau dari pandangan luarannya macam cempedak n ulas isinya pun kurang lebih sama le. cuma saiznya kecil. isi dia manis sesangat! aku pun makan dan makanlah. aku makan banyak jugak. lepas tu aku cakap kat diri aku sendirilah yang aku tanak makan lagi sebab aku dah makan banyak ulas. tapi aku tipu je, sebab lepas tu aku makan beberapa ulas lagi. sebabnyakan, mem aku tak menunjukkan minat dia pada buah tu. aku bukannya apa pun, aku kesian kat buah tu. kalau tak makan nanti, mesti dia kecik hati kan sebab manusia tanak makan dia.
buah tarap yang terkorban

malam tu, aku tak buat apalah. lepas makan malam tu, aku n mem tengok balik album gambar yang lama2 dulu. dalam banyak2 gambar yang aku jumpa tu termasuklah gambar aku masa mula2 jadi cikgu dulu. aku hantar gambar tu kat famili angkat aku sebab nak tunjuk kat dia oranglah pasal aku dah jadi cikgu. gambar2 tu nostalgia betul sebab budak2 yang bergambar dengan aku masa tu darjah dua. sekarang diaorang dah tingkatan tiga. aku plak, dalam gambar tu, kurus cekeding! tapi tak heranlah. sebab masa tu, aku kan asyik makan megi je. ada sekali tu, bukak puasa pun aku makan megi. tapi sekali tu je lah.

lepas tengok2 banyak gambar, tiba-tiba mata aku berat sesangat. rupa2nya aku dah mengantuk plak. aku pun tido lah sebab kalau kita mengantuk, kita kenalah tido. lepas tu aku tataulah apa yang terjadi sebab aku kan tengah tido. sedar2 je, ayam dah berkokok.

hari empat:
hari terakhir kat kampung tu, aku gi beli ikan bawal dan taugeh serta beberapa barang lain di bekenu. sebabnya, hari ni kami sekeluarga plan nak makan ramai2 macam open house tu. mem aku masak sekali lagi resepi yang sama macam semalam sebab kesian tengok bapak angkat aku tu suka sengat makan masakan tu. tapi, mem aku tambah satu lagilah resepi dia, iaitu kerabu taugeh. dua2 masakan mem aku habis dia orang kerjakan. aku rasa sebab air tangan aku jugaklah makanan tu habis. sebab kan, aku le yang potong bawang dan tumbuk kerisik tu. sebelum aku buat suma2 kerja tu, aku cuci tangan dulu. mungkin air tangan akulah jugak, aku rasalah.

petang tu kami gi ke bandar miri. ronda2 kejap lepas tu gi airport miri. lepas tu, naik kapal terbang. lepas tu, aku panik skitlah sebab orang yang bawak kapal terbang tu cakap cuaca buruk n sebab tu lah kapal terbang tu bergoyang2 sakan. aku cuak tapi tak boleh suruh orang tu berentikan kapal terbang tu lah. nanti kapal terbang tu akan jatuh terus pulak kan. susahlah aku kalau dah jadi macam tu.

aku malas nak cerita lagilah. bye.




alah, korang pun bukannya baca suma2 yang aku tulis kan. korang tengok gambar je. aku tauuuu!