Sunday, November 11, 2007

bila seseorang bertanya...

ramai juga geng yang terkejut bila dapat berita yang saya menulis novel. tak pernah sekalipun dalam perkenalan terdahulu saya menyatakan bahawa saya ingin menjadi penulis.

jawapan: memang saya tak pernah berasa ingin menjadi penulis sebelum ini walaupun saya mempunyai asas untuk menulis. terima kasih prof A. Wahab Ali dan encik Zubir Ali yang suatu ketika dahulu saban minggu mendidik saya untuk menjadi penulis. saya biasa menulis cerpen dan sajak. terima kasih kepada seorang rakan dan bekas roomate dari Sabah yang pernah mendeklamasikan sajak saya dalam pertandingan sajak kemanusiaan dan menang tempat pertama pertandingan yang disertai oleh universiti2 tempatan (kami bagi pihak UM).namun buat masa itu, hasil penulisan itu bukan untuk diketengahkan dan tak terfikir pula untuk menulis novel. tetapi kenapa sekarang?

jawapan kepada jawapan: dah sampai seru.

selepas terhasilnya novel awal remaja kedua bertajuk Zizan Atau Zidane?, dalam satu email tu seseorang yang bergelar penulis mula bertanya. bila nak tulis cerita tentang budak2 pompuan main bola sepak?

jawapan: tunggulah. sekali dengar macam ganjil. namun, saya tak fikir perkara itu ganjil dalam dunia sekarang. masih ada ramai lelaki berkaki bangku sedang pada masa yang sama, orang pompuan berlari dan mengasak demi mengejar sebiji bola untuk menjaringkan gol.

dalam satu email yang saya dapat, seseorang bertanya. novel dah dua, gambarnya mana untuk dimuatkan dalam web KD?

jawapan: nantilah. sekejab lagi saya berikan gambar tu.

ada banyak lagi soalan. malas le nak jawab. alasan: masa tidak mengizinkan.

geng, jangan salahkan masa. kat atas tu adalah satu contoh alasan yang korang tak patut berikan.

No comments: