Thursday, August 18, 2011

kueh raya dan lagu raya

irfaan dan iffah, putera dan puteriku.

salam.

sekarang pukul 2.30 pagi. aku belum tidur lagi. ini ramadan ke 17 tahun ini. sebenarnya, aku sedang temankan mem buat kueh raya sambil melayan lagu raya. tahun ini macam tahun 2009 dimana beliau dengan gigihnya buat kueh sendiri. tak banyakpun. ada le dalam dua tiga jenis je. sebab nak kena berjaga tengah malam tu yang menjadi kekangan sikit tu.

aku tunjukkan korang gambar yang aku baru amik petang tadi. dua tiga menjak ni aku hilang kata-kata untuk cakap banyak2 kat blog.

ta'tau kenapa.

Friday, July 8, 2011

anak ini, kadang-kadang menjadi terlalu chomel (episod tiga)


malam tadilah aka 7 jun 2011.

aku sedang menonton televisyen dengan mem. irfaan sedang baring-baring sambil hisap susu botol di sebelah mem yang sedang berbaring. iffah pula sibuk menyulur ke sana ke marilah. akhirnya, setelah kepenatan, beliau membuat keputusan untuk berbaring pula.

ketika beliau berbaring hampir dengan abang itulah aku melihat perilaku anak-anak kecil ini. iffah berbaring amat hampir dengan aku tetapi kakinya yang comel itu mampu menyentuh kepala dan badan abang. kemudian, aku terpandang sesuatu yang kemudiannya menjadi hiburan aku dan mem malam tadi.

sewaktu abang sedang leka melayan susu botolnya, si adik ni menghulurkan kakinya yang kecil ini ke atas bantal abang lalu menggosok kepala abang dengan kakinya. abang beralih pandangan ke arahnya. mereka bertentang mata sekejaplah. secara spontan jugalah kaki iffah berhenti menggosok kepala abangnya. bila abang mengalih pandangan ke arah kaca tv, perbuatan yang sama diulang lagi. aku mencuit mem dan memuncungkan mulut ke arah kaki adik. beliau tersenyumlah melihat kerenah di adik dan abang ni.

dua tiga kali iffah berbuat begitu, akhirnya irfaan hilang sabar.
"adik ni, janganlah kacau abang," jeritnya sambil menolak kaki adik. "Kacau je," katanya lagi. dan iffah berkebil-kebil sekejap sambil kemudiannya menjerit kuat seperti kebiasaan bila memberi respons terhadap acahan sesiapa.

oh anak-anak dah mula pandai bergurau dan barangkali tak lama lagi bergaduh. hmm, hidup semakin bertambah meriah.

p/s: aku tengah fikir bagaimana sahabatku yang beranak lima itu menghadapi kehidupan hariannya dengan putera dan puteri beliau.

Thursday, July 7, 2011

oh damainya kampung


saja nak tunjuk2. ini gambar kampung halamanku-snap pada jun 2011 saat aku menjengah kampung halaman dan isi di dalamnya. banyak perubahan telah berlaku. ramai anak kampung meningkat remaja dan dewasa-sehingga aku tidak lagi mengenali mereka-terutamanya generasi baru.

namun satu je yang kekal setia-sungai inilah. sungai tempat pelbagai kisah suka duka penduduk kampung mengalir di dalamnya.

terima kasih. aku tengah rindukan kampung.

byes.

Tuesday, July 5, 2011

anak ini, kadang-kadang menjadi terlalu chomel (episod dua)

irfaan-beberapa bulan yang lalu

salam.

seperti biasa, sejak aku menjadi bapa-penulisan di blog ini cenderung menceritakan perihal anak-anak-sesuatu pengalaman yang amat lama ditunggu selepas melangsungkan perkahwinan.
itu mukadimah dia.

ini cerita menggunakan teknik imbas kembalilah-beberapa bulan yang lepas ketika irfaan mula mampu menyebut perkataan dengan agak baik. ada satu malam tu, selepas solat maghrib, irfaan tiba-tiba duduk di atas ribaanku ketika aku baru lepas bersolat-saat hendak melafazkan doa.

dan aku berkata, " tak baik kacau papa nak semayang," kataku. "Nanti Allah marah," kataku lagi.
dan irfaan terdiamlah kerana mungkin dia langsung tidak faham apa yang aku katakan.

kemudian aku bertanya kembali kepadanya, " nanti siapa marah?"

jawabnya, "nanti ayah marah."

aku tersenyumlah. dia maksudkan Allah. tetapi sebutannya yang masih kurang tepat menghasilkan bunyi perkataan 'ayah'.

kemudian, aku pilih perkataan lain yang mungkin membantu dia menyebut dengan lebih tepat.

"bukan ayah marah," kataku kemudiannya. "nanti Tuhan marah," kataku lagi. kali ini aku memilih perkataan Tuhan pula. sengaja nak tengok respons dia.

kemudian aku bertanya semula," nanti siapa marah?"

katanya, " nanti to'wan marah." bunyi sebutan itu akan-akan perkataan tokwan. satu ayah, satu lagi tokwan. haihh.

aduhai anak ini. itu baru konsep permulaan pasal agama-belum jauh-jauh ke dalam lagi. apapun, cabaran pasti diharungi. yeah!

byes.

yang sebenarnya

radha-scary wei muka dia tu.

salam.

buat siapa-siapa yang peduli pasal entri yang teramat slow dalam blog ni, utk pengetahuan koranglah-aku memang bercita2 untuk tidak mengusangkan blog ni-namun, cita-cita aku tak kesampaian.

satu je sebabnya-sejak aku pakai broadband ni, entah apa silapnya-hampir setiap kali bila aku terasa nak log in bloggers, mesti dia jadi sial-maksud aku, ada je halangan yang membuatkan aku rasa menyampah utk log in-sudahnya, blog macam mati!

utk puteri isyatur radiah-sahabatku itu-insyaallah, aku akan selalu updatekan blog-kalau broadband tak buat kacau le-aku ni kurang penyabar orangnya-

okey, cau.

Thursday, March 3, 2011

anak ini, kadang-kadang menjadi terlalu chomel (episod 1)

ni gambar aktiviti nelayan di kuala kedah
ni gambar nelayan di kuala kedah yang baru sampai dari laut

ini kisah sehari dua yang lalu. aku tengah nonton tv waktu tu. irfaan sedang elok bermain dengan segala macam permainan yang dia longgok dan sepah2kan kat ruang nonton tv. aku biarkan jelah. tengah-tengah dia sebok bermain tu, kemudian dia panggil mama dia.

"Mama," panggilnya, satu kali.
tiada jawapan.
"Mama," panggilnya lagi, kali kedua.
masih tiada jawapan.
"Mama," panggilnya lagi, kali ketiga dan kali ini lebih kuat.
masih tiada jawapan.
kemudian, terkeluarlah perkataan yang amat tidak dijangka-jangka.
"Yang," panggilnya.
"Yang," panggilnya lagi dengan tone suara yang aku biasa gunakan.

memandangkan panggilan emaknya dengan menggunakan perkataan mama tidak berkesan, dengan spontannya juga dia menukarkan panggilan itu dengan panggilan yang biasa papa dia gunakan. oh anak!

aku tersentaklah juga n tergelaklah sorang-sorang sebelum aku kena beritahu irfaan bahawa emaknya ada kat bawah, di luar rumah sebab menyidai baju. dan bila salmiza selesai tugas suri rumah tangga tersebut, aku storylah pasal tu kat dia, rugi betul katanya sebab dia tak dengar irfaan memanggilnya begitu.

sekian, terima kasih.

pengajarannya: aku kena berhati2 betul sekarang ni sebab proses imitation irfaan berlaku dengan amat berleluasa.

Wednesday, February 9, 2011

perbualan dengan irfaan, anak sulungku itu.

pokok pegaga di tepi laman rumah-daun dia takdelah sehijau ni-aku dah mekap sikit guna photoshop.

kaki lima rumah mak ani (pengasuh baru anakku).

"best tak mak ani?" soalku.
"best," jawab beliau. ringkas.
"Mak ani pukul irfaan tak?" soalku lagi.
"mak ani pukul," jawabnya.
aku hanya tersenyum. tak panik pun. budak 2 tahun lebih ni biasanya akan ikut-ikut je perkataan di hujung ayat kita.
"Mak ani pukul macam mana?" soalku lagi. menduga.
sambil mengangkat kedua-dua tangannya, beliau keluarkan bunyi beginilah dari mulut beliau dengan sepenuh perasaan.
"Booooommmmm!"
"mak ai, itu bukan memukul tu, itu dah tahap mengebom," kataku di dalam hati. luculah juga melayan budak2. irfaan masih teringat lagi bunyi mercun yang berdentum2 malam tadi sebab sambutan tahun baru cina.

itulah yang berlaku pada hari pertama aku hantarkan irfaan ke rumah mak ani, pengasuh sementara beliau. kak midah akan ke umrah. so, mak ani take over sekejap. dua hari pertama irfaan nangislah-hari ni hari ketiga, dia siap salam n cium tanganku sambil kemudiannya melambai-lambaikan tangan kepadaku pula.

aduhai senangnya dalam hati.

n adik iffah kat rumah mak ngah lagi. malam tadi lewat tidur. nak mengajak orang bermain2 dengan dia-mengikut laporan mak ngahlah.

kesimpulannya, alhamdulillah, anak2 dah makin membesar dan kehidupan semakin meriah.

byes.

Monday, February 7, 2011

adakah rupa aku ini iras-iras lelaki bangla yang bersepah-sepah kat Malaysia ni?

gambar permainan irfaan dan hadiah epal merah daripada lani-aku amik di laman sempit rumahku. oh, hijaunyee.

aku berada di kedai pasu. sebabnya, aku nak beli pasu yang membolehkan aku tanam pokok benban dan satu spesis pokok lagi. aku dah deal satu pasu ni dengan pekerja bangla tu, tetapi ada satu pasangan pembeli ni dengan agak kurang wajarlah telah memanggil pekerja ni ke tempatnya-lalu aku ditinggalkan bersendirian.

dan waktu itulah datangnya satu lelaki cina ini menyapaku dengan pantas dan mencipta perbualan yang pantas.

kata beliau: eh abang, itu pasu kalau saya mau beli berapa dia punya harga. ala, kasi murahlah ye.
kata aku: ayo, tak boleh kasi murahlah toke. minta maaflah.
kata beliau: jangan ini macamlah. sekarang chinise new year maaa. harga kasi murahlah.
kata aku: toke, saya memang tak boleh kasi murah. saya pun tatau berapa dia punya harga.

lalu beliau memandang ke arahku dengan perasaan hairan pula. mungkin dalam hati beliau, beliau berkata begini. aku agaklah: apa punya pekerja. harga pasu pun tatau. ataupun lebih kasar: tak guna punya bangla!

kata aku selepas melihat beliau kehairanan: saya tak boleh kasi murah toke. sebab, saya bukan kerja sini. saya pun mau beli pasu macam u juga.

dan beliau tersengihlah.

lalu kata beliau: aiya, sorry, sorry. saya ingat u kerja sini.
kata aku: tak adalah toke. saya pun tunggu pekerja tu datang sini. dia ada ramai customer tapi pekerja sikit-

dan kami pun berbual2lah sekejap. part ni aku tanak storylah-tak best.

persoalannya:
1)adakah rupa aku ini iras-iras lelaki bangla yang bersepah-sepah kat Malaysia ni?

hmm, musykil.

adakah aku sudah menjadi wanita dan perbualan tentang pencapaian yang amat sedikit

ini gambar puan nitce-beliau ialah penguasa zon selatan-pun begitu, hilaian ketawa beliau kini tinggal kenangan- aku merancang nak masukkan gambar penguasa zon utara tetapi aku bimbang pula beliau dengan rakusnya akan menyaman aku sambil ketawa. cukuplah dengan jelingan beliau itu, cukuplah.

salam tuan-tuan dan puan-puan.

atas kesedaran yang amat tinggilah, sukalah aku mengakui bahawa sudah agak lama aku tidak menulis di sini. dan malehlah aku nak kasi apa-apa alasan-kerana alasan akan tinggal alasanlah. pun begitu, sekurang-kurangnya tahun 2010 yang lepas, aku berjaya meningkatkan jumlah entri dalam blog ini.

kiranya, itu ialah satu pencapaianlah jugak kan. ada 40 entri kalau tak silap aku-suatu jumlah yang agak okey jika dibandingkan dengan jumlah entri pada tahun 2009-28 entri je kalau tak silap. ah, malunya. hehe.

tapi ini tahun yang lain pula. ini tahun baru. ini tahun 2011. azamnya bukanlah nak memperbanyak entri tapi nak menulis dengan lebih banyak sebab diriku ini menyedari bahawa menghentikan sesuatu yang menjadi tabiat terlalu lama akan menyebabkan permulaannya semula menjadi semakin sukar-minta dijauhkan.

aku kan penulis-apa maknanya menjadi penulis tetapi tidak menulis. idak gitu yob?

oh sudahlah-aku tiba-tiba diserang pula perasaan ingin menonton tv-rancangan masak2-hehe-rancangan yang dulunya khas utk kaum wanita.

adakah aku sudah menjadi wanita?

tidak juga.

oh ada satu cerita utk kalian-nantilah aku tulis dalam entri lain-nanti panjang benar pulak jadinya entri ini.

byes!