Sunday, November 4, 2012

aksi liga bola sepak subang 2 atau subang bestari

Pagi ini ketika membawa puan sal dan irfaan serta iffah menaiki kereta meronda-ronda sekitar subang 2, aku terpandang satu liga bola sepak yang dijalankan di padang berdekatan kawasan kilang2. padang ini sebenarnya agak aktif digunakan untuk tujuan ini. sudah banyak kali aku melihat liga seperti ini diaturkan. cuma kali ini, aku berasa teruja pula hendak membuat sedikit liputan.

sebenarnya, sudah lama tak snap gambar sukan. dan aku ingin mencabar keupayaan lensa kegemaran aku, iaitu 85mm. sebenarnya, untuk tujuan merakam gamabr aksi sukan, setahu aku, lensa yang paling rendah dalam kategorinya ialah lensa 70-200mm yang mana harganya pastilah tidak kurang daripada 5 ribu lebih dan ke atas. aku pernah melihat para wartawan daripada pelbagai surat khabar menggunakan lensa ini tak kiralah canon mahupun nikon.

sebagai seorang yang hanya merakam gambar untuk tujuan suka2, rasanya tak berbaloilah juga kalau aku membeli lensa yang begitu mahal. lagipun, bukannya setiap hari merakam gambar aksi sebegini. jadi, sebagai cabarannya, lensa 85mm ini aku gunakan untuk membuat satu liputan ringkas liga kecil ini.

sedikit maklumat atau tip (kalau korang sudi ambil tahulah) tentang setting kamera ini untuk merakam gambar2 ini.
aperture value-f1.8 (paling kecil dengan harapan nak dapatkan background paling blur)
shutter speed sekitar 1600-laju gila sebab nak seimbangkan dengan nilai aperture yang amat besar tadi tu.
iso sekitar 100-160 je.

jom tengok gambar dengan sedikit perincian peristiwa.

 setelah aku mendekati padang, sebenarnya bukan calang-calang pasukan yang bertanding. nama-nama besar seperti mancester unaited turut beraksi. dalam gambar di atas, pasukan mancester unaited telah dikejutkan melalui jaringan gol pembukaan oleh pasukan lawan yang amat kerdil namanya, tetapi sama saiz pemainnya.
 ini ialah penyerang pasukan lawan ini. skill individunya amat tinggi.

 namun begitu, berhadapan dengan pemain mancester unaited ini, penyerang ini hanya mampu mengerjar bola dari belakang. namun beliau masih mampu tersenyum. barangkali beliau sedar kamera sedang dihalakan ke arah beliau.
 saut lagi aksi hebat daripada pemain pasukan mancester unaited. pemain lawan hanya mampu mengejar bola.
 sebenarnya, bukan setiap masa pemain mancester unaited menguasai bola, pemain lawan juga mempunyai daya saing yang tinggi. hal ini terbukti melalui gambar di atas.
 nun di hujung sana, dua orang pemain simpanan sedang berlatih menyepak bola. pemain berjersi hijau pula kebosanan sambil menggosok-gosok perut sendiri.
 liga ini bukan sahaja disertai oleh pasukan mancester unaited, tetapi salah seorang pemain pasukan kebangsaan iaitu harimau malaya turut serta. sebagai pemain kebangsaan, skill yang dimiliki oleh pemain ini tidak wajarlah dipertikaikan. pemain lawan menerpa tetapi itu bukanlah masalah utama.
 lihat bagaimana beliau mengawal bola dengan begitu baik. gaya beliau juga boleh tahan dan sesuai dijadikan poster2 yang diselitkan dalam majalah bola sepak jika anda membeli isu istimewa.
 oh aksi kawalan bola yang sungguh menawan hati.
 pemain ini terjatuh akibat ditakel oleh pemain lawan. walaupun begitu, tiada siapa pun yang bersimpati dengannya.
 komentator yang dilantik mengulas perlawanan bukanlah bertaraf kampung. sebaliknya, pengulas ini bertaraf antarabangsa. wajah mereka juga bukan main kacak lagi dengan gaya santai yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
 hari yang malang. sudahlah tidak terpilih untuk bermain dalam kesebelasan utama, duit syilingnya pula hilang entah kemana. kasihan pemain berjersi 9 ini.
 pasukan real madrid turut beraksi dalam pertandingan ini. pasukan kerdil yang menentang pasukan real madrid ialah pasukan Kampung Pak Tam Duda (KPTD). kampung ini terletak bersebelahan Kampung Mak Tam Janda.(KMTJ). namun, pasukan KMTJ tidak bermain pada kali ini.
 ternyata pemain pasukan KPTD tidak mudah menyerah kalah. sebaliknya, pemain-pemain pasukan real madrid yang tertekan kali ini.
 tekanan yang dirasai oleh pemain real madrid ini menyebabkan pemainnya bermain dengan menggunakan tektik kotor iaitu menarik tangan pemain pasukan KPTD. pemain-pemain KPTD yang lain hanya mampu melihat rakan sepasukan mereka diperlakukan sebegitu kejam.
 taktik kotor tidak berjaya. sebaliknya, pemain pasukan KPTD dengan bergayanya menguasai perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan 1 gol berbalas 0 itu.
ini aksi hebat pasukan kerdil yang menjaringkan gol ketika menentang pasukan mancester unaited. di samping menelan air selut, pemain ini turut mampu menjaringkan gol yang mengejutkan pemain-pemain pasukan mancester unaited. sir alex ferguson amat marah dengan pemain2nya terutama sekali tindakan mereka memakai stokin bola yang singkat dan amat murah itu. memalukan sungguh!

byes, anda sekalian!

No comments: