Saturday, March 8, 2008

itulah...jangan ketawakan orang

semalam, aku n mem gi pasar segar yang baru dibuka di kawasan aku ni. besar pasar tu. everything is new including staff. aku pun amik troli n beli n belilah barang keperluan dapur rumahku itu.
adapun, selepas puas membelek dan membeli, kami pun pegilah ke kaunter bayaran. kami disambut dengan senyuman yang amat manis oleh cashier kat kaunter tu. so, dia pun taglah barang2 yang kami beli dengan alat elektronik yang aku tak tau apa namanya.
so, jumlah keseluruhannya berjumlah rm51.15. nombor dia memang cun. mem aku pulak jenis yang suka simpan duit satu sen yang merah2 tu. so, dia dapatlah bagi jumlah yang setepat2nya, iaitu rm51.15.
entah apa silapnya, budak cashier tu tersalah tekan wang yang mem aku beri dengan angka yang begini: rm5115.00. so, ditolakkan dengan rm51.15, kenalah dia pulangkan rm 5063.85. menggelabah beb!

aku plak sesaje nak menyakat dia, aku cakap;
"miss, u suppose tu giv her rm 5063.85," sambil aku menunjukkan resit tu.
"takde cik, isteri awak kasi sama saya ini macam punya banyak saja.cukup2 juga. tak ada lebih punya," kata chasier yang menggelabah tu.
"dah la tu, bang," kata mem i. " dik, takpe dik, dah ok," kata mem i sambil menolak badanku.
kesian budak tu. aku pulak, tak tahan nak ketawa bila tengok resit tu. then, sambil berjalan ke arah keta, aku bantailah ketawa (tapi tak kuat2lah).
then, mem i cakap;
"Itulah, ketawakan orang sangat. Tuhan dah balas dah kat abang," katanya sambil menunjukkan tayar keretanya yang kempis habis.
haih, masa orang lain sibuk keluar masuk ke dalam pasar segar baru tu, aku pula sibuk tukar tayar belakang yang kena paku!

chesss! (pinjam perkataan ainin) chess! chesss! (pinjam lagi)

ok, ini pula hiasan tambahan. tapi ada juga sebabnya aku letak gambar ni.

durian ni dah takde lagi kat dunia ni. aku dah makan dia sampai habis, kecuali durinyalah.

dulu, aku suka sangat tengok siri cerita ni.

kat sinilah aku baiki tayar keta. tak jauh pun dgn rumah aku.

okie, cau.

6 comments:

Nabil said...

setelah baca entry ko ni aku simpan niat aku utk ketawa tu sbb nanti aku lak kena nasib yg sama...huhu (ni nangis)

alias derais said...

oh okeyy. kalau ko nangis tapi tak ikhlas, aku rasa ko akan dapat nasib yang sama gak. baik ko nangis seikhlasnya, nabil. itupun, kalau ko percaya kata2 aku ni la.

Nabil said...

aku rasa kan..mungkin gak sebab ko gelakkan aku n ainin yg tak dpt cuti seminggu tu laa...~_~

Unknown said...

erm... lebih baik aku pun jangan ketawa, takut kena badi. :P

tapi tersengih-sengih blm dikira ketawa kan?

aku rasa kata2 nabil tu ada betulnya. Ko kena daulat kami tu. :P

Vee said...

mango chokonan & tilapia.. hehehe.=D

alias derais said...

itu plak yg ko baca vie. haih. orang penat2 taip entry tu. aku suka makan tilapia goreng la.mango tu mem punya. makan dgn kuah rojak hari tu. then aku join sekali la sebab bab makan ni aku tak kesah sgt..