Sunday, March 23, 2008

misi cuti sekolah yang lalu

"cikgu, ada kelas tak cuti ni?" tanya sorang student aku yang belajar tuition dgn aku.
"takde. cuti ni saya ada misi penting," jawabku selamba.
"oh, okey," jawab studentku itu. dalam hatinya, dia melompat2 sebab tak ada tuition.
"So, wat is your misi penting tu cikgu?" tanyanya lagi.
"i jadi photographer majlis kawin le," jawabku pula.
entah apa yang kelakarnya, dibantainya ketawa pulak. tapi aku tak dapat dengarlah dia ketawa kerana kami berbual pun gunakan msn messenger.

so, cuti sekolah hari tu, aku tak baliklah ke kampung. sorrylah, kampung. aku memang rindu kat engkau, tapi apa nak buat, orang kampung yg nak datang sini.
so, rumah aku yg kecik ni pun dipenuhi dengan sedara-mara akulah kerana mereka dan aku sekali akan pergi ke pahang untuk memenuhi jemputan majlis perkahwinan sepupu aku (anak makngah).

yang bestnya, aku dapatlah tengok majlis perkahwinan di felda. sebelum ini, aku tak pernah jejakkan kaki di felda. kat sini, aku dapat tengok beberapa perkara yg tak pernah tengok lagi. korang tengoklah gambar kat bawah ni supaya kita dapat tengok sama-sama.

nasi dikukus dan bukannya ditanak. beras + ramuannya dimasukkan ke dalam susunan talam dan dikukus dengan menggunakan alat ini.

alat ni orang kampung panggil apollo. aku tak pernah tengok lagi alat ini. biasanya kat kampung aku diaorang masak pakai kawah atau periuk besar je.

ini gambar anak buah aku dari kampung. ini anak adik aku. nama dia aliya.aku snap gambar ni waktu diaorang datang ke rumah aku.

ini plak gambar aliya n syabil. dua2 pun anak buah aku. sebenarnya, aku ada 4 orang anak buah yang sebaya. semuanya sama umur, iaitu 3 tahun. elin, aliya (girl) n syabil n adam (boy). aku plak suka amik gambar budak2. sebabnya: ala budak2 kan cute.

okie, cau.

No comments: