Tuesday, April 22, 2008

phantom n pesta buku


ni keadaan dalam dewan sekolah aku yg penuh dengan penonton drama tu. nama dewan ni Hall of Character.

PHANTOM OF THE OPERA

sejak pesta buku yang menyeronotkan itu, aku sibuk je memanjang. sekolahku ada menganjurkan persembahan drama "phantom of d opera" yang merupakan bahan teks bahasa inggeris sekolah (teks untuk form 2). ada empat hari persembahan. sebenarnya, kita nak buat tiga persembahan je tetapi memandangkan sambutan menggalakkan daripada sekolah2 sekitar sekolah kami, jadi kami tambahlah satu hari lagi pementasan menjadikan 4 hari pementasan. harga tiket RM10 bagi pelajar sekolah n pada hari Sabtu plak, pementasan utk ibu bapa. so, utk orang2 yang dah bekerja ni, kami tetapkan RM 20 bagi satu tiket. suma2pun sold out.

aku punya duty utk pementasan ni ialah sediakan program book n in-charge untuk bahagian lighting. aku paling suka tiga hari pementasan utk budak2 sekolah sebab diaorg ni pantang sikit tengok pelakon lelaki n pompuan pegang tangan, bukan main lagilah diaorg bersorak. tapi, semasa persembahan parent plak, ala boring skitlah. golongan ni macam formal sesangat. pakai bajupun lawa2 gitu.

PESTA BUKU 2008

aku campurkan skit n3 ni dgn kisah pesta buku boley kan?
dis year memang best sesangat. aku rasa la. aku dapat berjumpa dengan ramai penulis lain seperti syima syawal, tariq, amaleen, vie, nabil, cikgu busu, dewi sukma, ainin naufal, kak mimie, kak aina, bikash, mersik dan ramai lagilah.

aku beli banyak bukulah jugak tapi yg berharga murah. suma2pun novel. tataulah bila boleh habis membacanya. lagi satu, ada satu penulis tu pun kasi aku novelnya. so, terima kasihlah untuk penulis tu.

aku dah pergi melawat dah blog orang lain seperti vie, nabil, dewi sukma, syima, ainin dan orang lain pun. suma2 pun uploadkan gambar pesta buku hari tu. so, aku tak jadilah nak uploadkan gambar pesta buku (sebenarnya tak ada). jadi, aku gantilah dengan gambar lain yg takde kena mengena dgn pesta buku. kira sengaja nak cari kelainanlah ni. korang layanlah gambar2 ni yg aku snap sendiri.

yg ni tasik jaya, pj. aku amik masa petang2 skit. n hujan pun nak turun hari tu. so, gambar dia gelap skit.

yg ni plak, tasik shah alam. aku snap gambar ni masa tengah hari rembang.

yg ni plak tasik putrajaya. aku snap masa petang ahad hari terakhir pesta buku. masa ni pukul 6.45 pm macam tu.dalam tiga2 gambar tu, aku paling suka yg nilah.


okei, cau.

2 comments:

dS said...

~_~ Nak tanya, boleh tak? Itu semuanya.. tasik semulajadi atau buatan? Ada ikan? Dalam tak? Banyak plak tanya.. keke.. hrp chekgu tak cemberut!

alias derais said...

to ds,
cemberut tu apa, ds? ini 1st time i dengar perkataan tu. tasik tu suma, entahlah, rasanya suma2nya pun bukan semulajadi.kalo tasik chini ke, tasik bera ke, i berani comfirm la itu tasik semulajadi.