oh ya, selain tu, ada satu orang kawan tu chat kejablah dengan aku masa aku tengah edit gambor panning. dia story kat aku pasal kek cokelat dialah. banyak lagilah yang kami borakkan tapi tak boleh cakap kat sinilah kerana nantinya dia akan marahlah. lagipun aku tau, dia mungkinlah kot akan membaca en3 ni. dia tu rajin membacalah jugak orangnya.
cuma, dalam perbualan aku dgn dia tu, aku teringatlah satu sajak atau entah2 apa yang boleh aku namakan. aku pernah tulis masa aku di uni. dulu. itu pun dulu2lah.
bunyi sajak tu lebih kurang macam ni lah.
semalam di dalam tidur,
aku bermimpi kau marah-marah padaku,
lalu akupun berkata;
sayang,maafkanlah aku
terlupa hari lahirmu
juga hadiah buatmu
kerana aku memikirkan
hadiah buat Tuhanku
bila tiba hari
Dia menjemputku.
aku tulis patah-patah kata ini dan aku serahkan kepada pak zubir (zubir ali) sebagai tugasan mingguan kursus penulisan puisi. ingatkan nak kena reject sebab pendek sangat. tapi kena puji plak. haih. tu yang aku simpan sampai sekarang ni.
cuma itulah. korang cuba bayangkan. berapa ramai awek dan bini orang atau balak atau laki orang yang sanggup merajuk dan berkecil hati sebab hari jadinya dilupa atau dilupai atau dilupakan oleh orang yang tersayang. haih, patut2nya, ingatlah juga hari kita dijemput nanti. ingat jugalah apa2 bekal yang nak dibawa nanti. lahir memang dah lahir kan, nuu yang satu lagi tu. yang nak pergi tu.
okeh, korang layanlah beberapa keping gambar aku panning masa cuti hari buruh dan beberapa keping gambar aku snap masa balik kampung minggu lepas.







No comments:
Post a Comment