Friday, October 17, 2008

buku baru aku

atas sebab-sebab yang telah menyebabkan, akhirnya buku aku yang seterusnya untuk tahun ini telah diterbitkan. terima kasih karnadya kerana menerbitkan buku ini. ini novel awal remaja aku yang ketiga untuk tahun ini.

buat pelajar2ku yang belajar di tingkatan 4 dan 5 atau yang kini belajar di uni dan kolej yang sudah berkali-kali meminta aku agar menulis novel yang sesuai dengan peringkat umur mereka, aku nak kata: tunggulah kejap. masanya akan tiba nanti.

untuk pembaca2 muda yang ingin melengkapkan hidup dengan impian dan cita-cita suci murni, inilah buku yang patut anda baca. tanggapilah nilai dan pengajaran yang ada dalam novel ini untuk dijadikan azimat bagi mencipta impian dan mengecap kejayaan!


Blurb
"Kalaulah angkasawan negara boleh, kita pun boleh. Lagipun, kita mesti percaya dengan kemampuan diri kita," kata Boon Seng, berkobar-kobar.

Sinopsis
Dia berasa amat lega kerana dia berhasil menemui barang yang dicari-carinya, iaitu separuh keping roti canai. Tadi, sebelum berpisah dengan ISS, dia sempat memakan separuh roti canai di sana.

Dia bukan tidak mampu menghabiskannya, akan tetapi, dia ingin mencipta rekod yang unik dan tersendiri. Dia ingin menjadi manusia pertama yang makan sekeping roti canai di dua tempat yang berbeza iaitu di angkasa lepas dan di bumi. Dia tersenyum sendirian kerana dia pasti tidak ada sesiapa yang mampu menandingi rekodnya itu nanti.

Siapakah dia? Mampukah dia mencipta rekod yang ganjil seperti itu? Bacalah, anda pasti terhibur dengan kisah menarik sekumpulan remaja yang ingin menjadi angkasawan!

selamat membaca!

byes.

6 comments:

danny said...

tahniah. terbit lagi novel baru. semoga dapat menulis lagi di masa akan datang

syimasyawal said...

tahniah cikgu....

marilah kita sama2 mengembara di angkasayo.. selamat maju jaya!

alias derais said...

terima kasih atas doa encik danny dan puan syima syawal. insyaallah, saya akan terus berusaha.

byes.

Mersik said...

Tahniah Alias dgn kelahiran nvl awal remaja yg baru ni. Wah.. ala2 futuristik gitu.. hik hik.

Semoga terus berkarya.

Bila mau ngeteh2 aaa?

Catatan ZZ said...

wah, deme keluar novel baru lagi..tahniar ler..

alias derais said...

to encik mersik n cik zahida.

tengkiu le encik mersik (yang pada firasatku telah menyiapkan mss berkoyan2 banyaknya-tunggu nak lancarkan je. hihi) dan cik zahida (yang mungkin sedang cuba menyiapkan mss berkoyan2 juga).

oo, pasal nak ngeteh2 tu nanti dulu la. aku diserang kesibukan.