Sunday, October 19, 2008

kesian. ada cikgu tu, kena belasah, beb!

pada hari aku berasa gembira itulah, ada perkhabaran sedih dari kejauhan. nun di utara sana tu. aku gembira sebab novel awal remaja aku diterbitkan. memang le aku gembira sebab mampu menambahbiakkan lagi bahan bacaan berbahasa malaysia kepada anak-anak sekolah.

berita sedih dari utara yang aku maksudkan tu pula ialah bilamana seorang cikgu yang malang ni kena belasah dengan dua orang pelajar perempuan.

dimana silapnya suma2 ni? kemudian aku teringat pula satu tajuk karangan yang aku pernah ajar kepada budak2 aku. tajuknya PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENINGKAT. budak2 ni aku suruh bentukkan kumpulan dan keluarkan idea mereka.

waktu pembentangan itulah mereka menjelaskan banyak idea. ada yang klise dan ada yang tak klise. yang klise ialah didikan agama dan moral kurang, ibu bapa kurang memberi perhatian, kurang kasih sayang daripada ibu bapa, dan banyak lagi. idea yang aku rasa tak sangat klise dan jarang pelajar nyatakan ialah: kelas yang terlalu membosankan. maksudnya di sini, sesi pengajaran dan pembelajaran amat membosankan dan menggalakkan pelajar ponteng kelas atau sekolah. ya tak ya juga kan? kalau dah kelas begitu membosankan, siapa yang boleh tahan untuk berada di situ.

jadi, nampaknya di sini, punca2 masalah disiplin meningkat ni bukan disebabkan oleh pihak ibu bapa sahaja tetapi pihak2 lain termasuklah cikgu-cikgi. oleh yang demikian, aku ambik kesempatan yang selalunya ada inilah untuk memohon suma mak bapak dan cikgu-cikgi serta suma anggota masyarakat bagi bekerjasama membentuk remaja dan pemuda-pemudi kita.

jangan saling menuding jari menyalahkan. kadang-kadang ibu bapa bersalah, kadang-kadang cikgu-cikgi pun bersalah juga. kadang-kadang, orang-orang di sekeliling pun buat salah. kesimpulannya, suma pihak pun ada buat salah. jadi, sama2lah membaiki diri supaya dapat pula membaiki orang lain.

ingat, ibu bapa dan guru walau tidak bersetuju tetapi tetap bersatu! cheiiwah, macam iklan radio pulak.
ni gambar hiasan kali ni. ni gambar bunga ulam raja. banyak lagi le gambar yang aku snap masa hari raya. tapi aku nak tunjuk yang ini jelah dulu. takut nanti korang mengalami kecemburuan yang membuak-buak pulak.

byes, korang.

5 comments:

syimasyawal said...

aku dulu teruk gak kena belasah gan cikgu tak lak aku gi ngadu gan mak pak aku atau aku belasah balik cikgu tu... semua ni budak2 dah mental problem ni. kurang kasih sayang dari segi rohani....

ketuk ketampi jangan cakaplah hehehehehe ada sekali aku kena suruh keluar kelas lagi bukan teruk sangatpun kesalahan aku tapi aku keluar aje ler nak wat apa lagi... macam2 budak 2 zanam sekarang ni.

aku tak pikir lain, anak2 akupun bakal besar gak. adakah perangainya bakal sesempurna manusia? itu aje yang aku cuakkan...

alias derais said...

aku pun sama macam ko lah jugak dulu2. lebih teruk lagi, kalau aku kena marah dengan cikgu, n kalau aku complain kat mak bapak aku, mereka berdua akan meningkatkan lagi kerjasama dan mengukuhkan lagi keazaman mereka untuk memarahi diriku. alangkah malangnya nasib diriku ini pada waktu itu.

sudahnya, sendiri buat salah, sendiri tanggung le. tapi akhirnya, aku berjaya menjadi manusia dan sekarang berusaha memanusiakan pula manusia lain. yeay!

wish me good luck, okey. byes.

Nabil said...

wah alias..mana pegi chatbox ko?

Nicole said...

Cikgu, ini Nicole Chang a.k.a. ahli sihir. Saya dah updated blog saya. Check it out lah. Cikgu ada letak novel baru cikgu di senior library? Send me in email untuk say yes atau no. Saya pergi senior next year dan saya mahu baca novel cikgu.

alias derais said...

nabil,
chatbox aku sengaja dipasifkan utk menguji tahap kerajinan ko. kalau ko datang tempat aku n menaip komen, masukkan huruf2 tu n letakkan email ko, kira ko tabahlah.

kalau tak, kosong markah!

nicole,
i dah pergi blog u. buku tu i belum dapat lagi. nanti bila dapat, i akan letakkan di library skol. kalau nak baca library punya, mabye next year bcoz tempoh pinjaman buku utk 2008 dah nak habis ni. anyway, tq sebab setia membaca buku i.

so nabil n nicole, byes!