Tuesday, May 12, 2009

hukuman rotan dan si ibu yang pening lalat!

semalamlah harinya aku mendengar petikan kata2 seorang ibu yang lancang betul menyuarakan pandangannya di saluran radio Panas fm. katanya, "akak tak setuju kalau hukuman rotan dibenarkan. nanti cekgu2 akan merotan sesuka hati. akak pun hari2 pergi sekolah (mengintai2 sekolah tengok apa yang cikgu2 buat pada anak akak)." amat jengkel aku mendengar kata2 yang dilontarkan tanpa berfikir masak2 itu.

sudut pandangan A,
aku rasalah, kalau hukuman yang sedia ada tidak berkesan, dan hukuman merotan itu boleh mendatangkan rasa gerun di hati pelajar, maka hukuman itu patut dilaksanakan. untuk pengetahuan si akak ni, cekgu2 biasanya tidak boleh merotan sesuka hati. bukan juga mana2 cikgu boleh merotan. dan jika hukuman rotan amat berat tarafnya, maka pelaksanaannya juga akan dijalankan secara amat teliti dan berhati-hati pula.

aku rasalah juga, kalau si akak ni takut benar anak dia kena rotan, selalu2lah menasihati anaknya jangan buat jahat. kalau takut kena rotan jangan cari nahas. biasanya yang kena rotan ni adalah golongan pelajar yang amat bermasalah. jadi, soalan aku ialah, anak si akak ni bermasalah ke?

ada pula orang bagi cadangan, budak yang jahat ni kita buang sekolah je. biar padan dengan muka diaorang.

aku rasalah, muka yang akan dipadankan nanti ialah muka kita sendiri juga beb. sebab, budak yang kena buang sekolah ni tak ada haluan hidup beb. dia orang nilah yang biasanya cenderung pula untuk menyertai kumpulan2 budak2 nakal yang lain. akhirnya, budak2 ni merempitkan diri, membohsiakan diri, meragut orang yang jelasnya tak ada duit (orang jalan kaki atau naik motosikal atau basikal mana ada bawak duit juta2 kan? hilang akal ke apa?) dan macam2 lagilah. jadi, buang sekolah bukan penyelesaian tau.

kesimpulan sudut pandangan A ialah, kesian akak tu. lain kali kalau nak cakap kat radio tu, fikir2lah sikit. janganlah menonjolkan sangat kebengongan diri kepada seluruh rakyat malaysia yang lain.

sudut pandangan B,
aku rasalah, akak ni mungkin mengalami pengalaman yang begitu teruk ketika di bangku sekolah dulu. sebab tu lah, dia begitu tidak mempercayai guru. kesiannya. aku cadangkan, daripada akak ni sebok2 mengintai aktiviti cekgu, baik ajar je anak dia sendiri. tak payah2 nak buang masa mengintai2. bukannya dapat gajipun.

aku rasalah juga, mungkin cekgu2 pun kena fikirkan juga benda ni. kalau ada ibu bapa yang hilang kepercayaan terhadap guru seperti akak ni, dimana silapnya? takkan akak tu je yang silap. cekgu2 pun mungkin buat silap juga. jadi, melalui entri yang mungkin menimbulkan kemarahan sesiapa ni, aku mintaklah cekgu2 yang terbabas dan terbaca entri ni berfikir sejenak. mungkin kita juga ada buat silap dimana2 sehingga manusia seperti akak ni hilang kepercayaan terhadap cekgu.

ingat cekgu2, kita ini pembina negara bangsa. bukan buat kek pisang tau. kita membina negara bangsa. hui, susah tu. akhir sekali aku nak tirulah satu ayat yang best tu-juga dipetik dari saluran radio Panas.fm.

"ibu bapa dan guru, walaupun tidak setuju tetapi tetap bersatu."

byes!

9 comments:

Jankaulu said...

Secara pribadi sya stuju jika hukuman rotan dkembalikn kpd pihak sekolah.Saya yakin hukuman trsebut bukan dilakukan sewenangnya. Pastilah bukan semua guru boleh merotan dan bukan rotan kerana lepas geram tetapi rotan secara mengajar atas alasan mendidik.


Saya juga setuju buang sekolah bukan cara penyelesaiannya

dan saya juga bersetuju masyarakat hari ini hilang kepercayaan pada guru.

alias derais said...

terima kasih atas persetujuan demi persetujuan itu. pasal kepercayaan yang hilang itu-biasalah-bila manusia membuat persepsi-sekor kerbau bawa selut, suma terpalit n kotor. satu doktor baca surat khabar-suma doktor dianggap sama-satu cekgu buat jahat, suma cekgu dianggap jahat.

kalau sekalipun benar anggota masyarakat hilang kepercayaan terhadap guru, kerugian paling besar tetap ditanggung oleh masyarakat itu sendiri. kali ni setuju tak?

Jankaulu said...

Saya setuju sebab apabila anak masyarakat tersebut tidak dapat kita didik dengan sepatutnya, mereka akan menjadi liabiliti kpd masyarakat. Insan yang bodoh, jahat dan jumud tersebut akan beri kesan kepada masyarakat, kesan secara langsung. Masyarakat akan tidak membangun, dan dari segi kos berlaku pembaziran, dari segi moral - runtuh.

Adakah kerja yang lebih baik daripada kerja berusaha/mencuba menyedikan satu kehidupan yang lebih baik kepada insan lain?

Selamat hari guru cikgu!Semoga cikgu bersemangat selalu.Caya Cikgu!

CIKGU NAMAN said...

selamat hari guru jgk..nice writing

Jankaulu said...

saya teramat setuju lagi sebab kerugian itu masyarakat yang terima secara langsung...

sukar menjadi seoarang guru...kena banyak berkorban, termasuk wang ringgit dan tenaga. Hati selalu terguris tetapi masuk kelas kena senyum...ramai orang tak tahu...

syimasyawal said...

salam ya lah Lias...

Aku lak suka bab rotan2 ni sebab aku suka merotan wakkakaakakaka... tak lah kalau dah buat salah rotan jek cam zaman dulu2 tu... la ni jadi orang semua

tapi budak zaman sekarang ni, pantang dicuit sikit, habis ler mak pak mengamuk...

Aku lak, sekarang anak aku dah darjah satu, bila ada yang mengadu pasal perangai anak aku, sure balik ada habuan yang dia dapat... bukan nak mendera tapi nak mengajar... walaupun kadang ada penyesalan di sudut hati dengan tindakan aku tu huhuhuhuhu

en_me said...

salammms abang alias teww..

alias derais said...

bagus syima-rotan-rotankan lagi demi kebaikan-bagus en jankaulu-bagus atas kesedaran kesusahan kerja guru itu-bagus en_me-bagus sebab rajin letak komen kat sini-pendek kata-bagus semua

alias derais said...

bagus naman-bagus kerana ucapan hari guru itu