Tuesday, June 16, 2009

aku jatuh cinta


diriku ini dah tulis dah entri ni masa cuti tu-ni ha, diriku copykan je. baca tau-sebab kalau dah baca, maka bertambahkan pembacaan. byes.

pendahuluannya;
Cinta memerlukan keikhlasan hati yang disulam dengan elemen kasih dan sayang, kesetiaan dan kejujuran serta rasa hormat-menghormati antara satu sama lain. Ketiadaan salah satu elemen ini, maka cinta itu bakal menjadi cinta yang hampa. Hampa dalam erti kata kosong dan tidak bermakna!- inilah falsafah cinta ciptaanku bersempena entri kali ini.

isi pentingnya;
Ini ialah petang yang amat panas aku rasakan, sejak kepulanganku ke kampung halaman yang dicintai. Kampungku yang semakin tua dan dengan jalan-jalan yang kelihatan amat uzur itu tidaklahlah pula kurang kemesraannya. Hal ini kerana kampungku tetap mesra tersenyum menyambutku yang merupakan umat manusia yang dulunya dilahirkan dan dibesarkan di sini.

Dan entah kenapa, petang ini perasaan aku terlintas untuk menulis pasal cinta. Uuhhh, ada orang yang mudah tersentak kalau menyebut perkataan ini di sekolahku. Semacam ada arus elektrik yang mengalir seiring dengan perkataan cinta itu sendiri. Asal sebut je, tersentaklah. Sebut saja, tersentak!

Untuk pengetahuan kalian yang mungkin terlintas untuk membaca entri ini kerana mungkin kalian sedang bercinta, atau mungkin kalian sedang mencari cinta, atau mungkin baru putus cinta, atau mungkin kalian mendambakan cinta, atau mungkin kerana kalian berasa heran pula kenapa aku bercakap pasal cinta, atau mungkin kalian juga tersentak membaca tajuk entri ini, ketahuilah bahawa aku menulis entri ini dengan cara memuntahkan apa-apa yang terlintas di fikiranku sahaja tanpa merujuk kepada mana-mana buku, atau pakar cinta, kerana semuanya datang berdasarkan pemerhatian atau pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain.

Pengalaman sendiri? Uhhh, engkau ada pengalaman bercinta? Soal hatiku sendiri kepada diriku sendiri? Oi, jangan nak pandang rendah terhadap orang lain okeyyy. Kata hatiku sendiri kepada diriku sendiri. Apa, aku ini tidak layak dicintai ke? Puihhhh, keangkuhan yang membuak-buak!

Persoalan satu.
Kenapa budak-budak sekolah ni senang-senang je jatuh cinta dan senang-senang pulak putus cinta?
Aku rasalah, budak-budak ni bukannya tahu pun apa itu cinta. Mereka tak tahupun betapa luhurnya jika cinta mereka itu diletakkan di tempat yang sewajarnya. Betapa sucinya cinta. Ada orang yang ketawa bila mendengar perkataan cinta suci. Ketawanya sinis dan penuh dengan unsur ejekan. Budak-budak sekolah ni suka kepada perkara-perkara baru yang ingin mereka cuba dalam hidup mereka, apatah lagi cinta iaitu yang sebenarnya ialah perasaan kasih dan sayang antara satu manusia dengan manusia yang satu lagi. Perasaan yang menuntut sikap saling menghormati dan mengasihi. Yang aku rasakan ialah budak-budak ini mempergunakan perkataan cinta itu untuk menerokai perkara-perkara yang sebelum ini tidak pernah mereka alami. Sebabnya, cinta itulah. Cinta itulah yang membolehkan atau menghalalkan mereka melakukan perkara yang tidak senonoh kerana kesegalaannya dilakukan atas dasar cinta yang membuak-buak itulah. Cinta konon. Mana-mana pasangan yang tidak merelakan perkara-perkara ini berlaku ke atas dirinya perlulah bersedia untuk mengalami keadaan yang dikatakan putus cinta. Lebih teruk lagi, jika kedua-dua pihak dalam pasangan ini bersetuju untuk berkompromi apa-apa sahaja perlakuan mereka atas dasar cinta. Maka hanyutlah mereka ini sehanyut-hanyutnya. Kesianlah ibu dan bapa mereka.

Jadi, nasihat aku buat budak-budak sekolah yang terjebak dengan perasaan cinta pada awal usia remaja ini ialah fikirlah balik tindak-tanduk anda. Adakah tindakan anda tepat dan adakah anda sudah bertanduk. Jika sudah bertanduk, banyakkanlah keinsafan sebelum terlambat. Aku bukannya apa, aku tensen tengok budak-budak sekolah yang baru tingkatan satu atau dua, putus cinta sampai tahap nak membunuh diri, atau pengsan-pengsan di sekolah atau hilang semangat sampai kena mandi bunga. Yang susahnya mak bapak juga. Haih.

Persoalan dua.
Apahal ada orang bercinta berbulan-bulan atau bertahun-tahun tetapi perkahwinannya bertahan tak sampai suku tempoh percintaan itu sendiri? Tak pelik ke? Sedangkan orang-orang tua dahulu bercinta selepas berkahwin boleh menghasilkan anak sampai sedozen dan perkahwinan itu kekal sampai ke akhir hayat pulak tu. Tak pelik ke?

Aku rasalah, ada orang yang bercinta ini masing-masing berusaha secara bermati-matian untuk menampilkan imej atau perawakan yang paling sempurna setiap kali berdating. Atau bersua muka. Sekalipun ketika berbual di telefon. Masing-masing bermati-matian cuba menyembunyikan kelemahan masing-masing sehingga kedua-dua pihak kelihatan amat sempurna. Kemudian, bila dah berkahwin, segala lakonan pun berakhir. Yelah, takkan nak berlakon hingga akhir hayat kot, penatlah gitu kan. Bila lakonan berakhir, apa lagi mulalah episod paling dahsyat apabila masing-masing tidak dapat menerima kelemahan pasangan masing-masing. Sudahnya, bercerai. Kononnya, tak serasi sebab yang lelaki tu kaki judilah, kaki purumpuanlah, kaki kentutlah, kaki ekorlah, kaki pukullah, dan macam-macam kaki lagilah walaupun kaki dia ada dua je. Yang purumpuan pulak kaki bebellah, kaki temberanglah, kaki shoppinglah, dan macam-macam kaki lagilah walaupun kaki dia pun ada dua jugak.

penutupnya;
Jadi, apa nasihat aku ni? Takkan bukak topic je tapi tak kasi nasihat pulak? Nasihatnya macam nilah. Bercinta biarlah berpada-pada. Lebih baik kalau bercinta pada yang maha Esa. Selamat hidupmu. Amin.

soalan pengukuhan:
ada tak kena mengena tajuk di atas dengan isi penting yang dirimu baca?

Byes!

Oh, sebelum itu, salmiza, aku cinta akan kamu!

7 comments:

Unknown said...

aku fikir sudah tak bakal wujud lagi entri baru dalam blog berhabukmu ini.

hmmm, aku dulu tak bercinta. kawen terus. bahagia je. cinta lepas kawen. lagi best. haha.

tapi sesapa yang nak ikut jejak langkah aku, janganlah pulak kawen sembarangan. kenal dulu la bakal pasangan.

peace no war. kikiki

mana kau pergi sejak-sejak ni? kirim salam sama itu salmiza dan sama itu irfan.

alias derais said...

nampaknya fikiran ko salah-n pasal blog berhabuk ni-amboih!

pasal kawen pulak, ye memang tak buleh dibuat main2-ini serius punya hal.

aku takde gi mana2pun-aku duduk2 diam2. tak mo kaco orang laen- n pasal salam tu, dah disampaikan. byes

iman said...

-_-?

azrianna said...

oh haha mandi bunga tuuuuu :P

alias derais said...

kesian budak suci murni-nampaknya fikiran terganggu-oi, azrianna, ingat mandi bunga tu buleh dibuat memain ke. kalau takde mandi bunga-apa kita nak buat dengan bunga2 yang banyak ke?

azrianna said...

bagi kat i ler

Jankaulu said...

saya suka post ni, membuka fikiran saya. Saya suka cinta.