Sunday, September 13, 2009

aku dan keterujaan

di bahagian2 tertentu entri ini ditulis khas untuk menyalahkan orang lain.

hari raya menjelang tiba(ayat skema). sebenarnya, aku amat berpengalaman menyambut hari raya. termasuk tahun ni, aku sudah menyambut hari raya sebanyak 32 kali. ini sudah cukup menggambarkan pengalaman aku yang amat luas dalam soal ini. tapi hari raya kali ni berbeza tau. oleh sebab itu, adalah beberapa keterujaan untuk menyambutnya.

keterujaan yang pertama aka keterujaan 1.0
1.1-puan salmiza telah berjaya melahirkan saudara irfaan pada 16/11/08 yang lalu. jadi, tahun ini menjadi tahun pertamalah aku dan puan salmiza menyambut hari raya dengan kehadian saudara irfaan. hmm, aku teruja beb. yang pertamanya, orang kampung yang amat prihatin itu tidak perlu lagi nak bertanya soalan menyakitkan hati seperti,"korang ni bila lagi nak dapat anak?" seolah-olah mendapat anak itu seperti pergi menulis surat permohonan kat mana-mana pejabat pendaftaran dan pegawai pejabat itu akan proses permohonan dan pemeriksaan kelayakan menjadi ibu bapa dan seterusnya mereka memberi kami satu anak atau dua anak sekaligus mengikut kemampuan. dan mereka juga menentukan nak kasi aku ni anak lelaki atau perempuan. heh! itu rezeki ditentukan Tuhan, itu tak faham2 lagike. dalam hal ini, aku bersimpati dengan sahabatku seperti nurul-joe, pidah -husband, epol-mas, siti murni-husband, dan ramai lagi kawan2ku yang sudah beberapa tahun berkahwin tetapi belum mendapat anak. moga-moga rezeki kalian murah selepas raya ni.amin.

1.2 aku mengalami keterujaan kerana yeay! baju melayu aku tahun ni sama corak n warna dengan baju melayu saudara irfaan (yang dijahitkan oleh mak tam (tq maktam). ahah, saudara irfaan pasti bertambah tahap kecomelannya kerana memakai baju melayu yang pastinya bersaiz amat comel pula. hari sabtu akan datang ni, irfaan boleh cuba baju melayu tu.

1.3 aku mengalami keterujaan kerana sesi fotogerapi tahun ni kami bertiga-tahun2 lepas, kesian aku sebab asik-asik bergambar dengan puan salmiza dan anak buah-kali ni gambar keluarga kecilku akan berhias cantik dengan adanya saudara irfaan-aum, keterujaan yang melampau-lampau!

keterujaan yang kedua aka 2.0
2.1 aku nak salahkan encik zul atas keterujaan ini. bayangkan, kami dah tak berjumpa sejak tahun 1997. alih-alih, petang tu aku mendapat panggilan telefon daripada encik zul yang pada mulanya ingin menyamar tetapi gagal kerana ketawanya yang tidak berubah-ubah-kuikuikui kantoi! dia ni kan tak pernah berubah dalam soal-soal yang kreatif-dalam panggilan tu encik zul telah memberitahuku bahawa dia dengan tiba-tiba ingin mengusahakan reunion pelajar tingkatan enam-tahun 1997-membuat reunion ialah perkara biasakan, tapi buat kami ini ialah kami pertama.jadi, aku terpaksa teruja kerana nak jumpa balik kawan-kawan lama yang dulunya sama-sama buat hal kat sekolah (ini sesi pembongkaran rahsia tanpa paksaan). so, encik zul, hang yang bersalah dalam keterujaanku ini.

2.2 si lizawati, melalui usaha encik zul telah menyemarakkan lagi keterujaan aku dengan mengupdatekan pasal reunion tu-hal ini menyebabkan keterujaan aku semakin bersemarak lagi-hmm, dengan ikhlasnya aku menyalahkan puan lizawati kerana kesinambungan keterujaanku ini. so, puan lizawati, hang pun aku salahkan juga.

2.3 atas sebab2 yang tidak aku ketahui, puan norhayati ghani telah menelefonku suatu petang itu dengan memberikan aku teka-teki tentang siapakah dirinya. oh ini pun satu hal. dah hampir 13 tahun tak berbual, jadi aku gagallah nak menjawab teka-teki tu-akhirnya aku tahu bahawa puan norhayati di hujung talian-haih, seorang kawan baik menelefon setelah sekian lama tak menelefon-pastilah aku teruja. apatah lagi kawan baik yang menelefon setelah sekian lama tak menelefon ni secara ikhlas dan bukan pula menelefon untuk menjual insurans atau menjual produk hai-o atau apa-apa produk lain. terima kasih untuk panggilan itu tetapi puan norhayati juga turut bersalah atas keterujaanku ini.

buat kawan2 dari pra universiti tahun 1996 sekolah menengah pendang, kedah-moga pertemuan ini bakal merapatkan kembali ukhuwah yang sebelum ini telah terjalin rapat. amin.

hoh, nampaknya aku sudah puas menyalahkan orang lain. jadi, sempena hari mulia yang bakal menjelang tiba ini-aku memohon ampun dan maaf atas salah silap yang aku lakukan. byes.
terima kasih yew garden kerana membenarkan aku snap gambar2 bunga kat sana.

6 comments:

Jankaulu said...

salam menyambuthari raya buat cikgu sekeluarga, semoga sihat dan ceria pada hari raya.Amin.

saya mohon maaf zahir batin atas apa-apa kesilapan.

Nabil said...

wah teruja benar ko alias :D

sama la kita

alias derais said...

terima kasih encik jankaulu-saya juga doakan lebaran ini membawa sejuta kebahagiaan kepada encik sekeluarga-maafkan jika ada salah dan silap-selamat hari raya aidilfitri.

encik nabil, moh le kita sama2 teruja. byes.

Nur Fazlinda said...

SELAMAT BERHARI RAYA CIKGU!

Unknown said...

ewah, aku pasti keterujaan ni takkan habis dalam waktu yg singkat.

apapun, selamat hari raya. hati-hati di jalan raya. semoga ceria di hari raya.

maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap.

alias derais said...

selamat hari raya untuk awak pun, cik faz.

puan ainin, ko memang amat memahami-cukuplah pujian seringkas tu walaupun aku tau ko mengharapkan lebih-lebih lagi. selamat hari raya n maafkan sebarang kesilapan diriku ini. byes.