Tuesday, July 5, 2011

anak ini, kadang-kadang menjadi terlalu chomel (episod dua)

irfaan-beberapa bulan yang lalu

salam.

seperti biasa, sejak aku menjadi bapa-penulisan di blog ini cenderung menceritakan perihal anak-anak-sesuatu pengalaman yang amat lama ditunggu selepas melangsungkan perkahwinan.
itu mukadimah dia.

ini cerita menggunakan teknik imbas kembalilah-beberapa bulan yang lepas ketika irfaan mula mampu menyebut perkataan dengan agak baik. ada satu malam tu, selepas solat maghrib, irfaan tiba-tiba duduk di atas ribaanku ketika aku baru lepas bersolat-saat hendak melafazkan doa.

dan aku berkata, " tak baik kacau papa nak semayang," kataku. "Nanti Allah marah," kataku lagi.
dan irfaan terdiamlah kerana mungkin dia langsung tidak faham apa yang aku katakan.

kemudian aku bertanya kembali kepadanya, " nanti siapa marah?"

jawabnya, "nanti ayah marah."

aku tersenyumlah. dia maksudkan Allah. tetapi sebutannya yang masih kurang tepat menghasilkan bunyi perkataan 'ayah'.

kemudian, aku pilih perkataan lain yang mungkin membantu dia menyebut dengan lebih tepat.

"bukan ayah marah," kataku kemudiannya. "nanti Tuhan marah," kataku lagi. kali ini aku memilih perkataan Tuhan pula. sengaja nak tengok respons dia.

kemudian aku bertanya semula," nanti siapa marah?"

katanya, " nanti to'wan marah." bunyi sebutan itu akan-akan perkataan tokwan. satu ayah, satu lagi tokwan. haihh.

aduhai anak ini. itu baru konsep permulaan pasal agama-belum jauh-jauh ke dalam lagi. apapun, cabaran pasti diharungi. yeah!

byes.

No comments: