Sunday, May 11, 2008

selamat hari ibu

untuk sesiapa yang melawat blog aku ni n dia tu dah bergelar ibu, aku ucapkan selamat hari ibulah. walaupun aku ditakdirkan tak bley jadi ibu, aku prihatin jugaklah dengan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. susah beb, jadi ibu ni. aku tau.

cuma , dalam kesempatan inilah, aku nak ucapkan selamat hari ibu untuk mak aku kat kampung. dah semestinya mak aku tak akan baca ucapan ni sebab mak aku dah dipanjat usia. aku sayang mak aku. mak aku pun sayang aku jugak. aku rasa korang punya mak pun macam tu jugaklah.
hari jumaat yang lalu, aku masuk kelas dan tak mengajarlah. aku amik peluang tu utk ceritakan kat anak murid aku tu tentang apa2 perkara yang mak kita semua buat tapi kita dah lupakan.

aku pernah jadi ketua fasilitator dulu masa kat uni. aku gunakan skill itulah utk psiko kan murid2 aku. yang mana hati lembut tu, ada juga air mata yang merembes. yang hati keras pulak, sekadar duduk diam2lah.

last sekali, aku cakaplah kat anak2 muridku, jangan lupa ucapkan selamat hari ibu pada tahun ini. takut2 tak sempat nak ucap pula pada tahun depan. makin ramailah yang nangis. sebenarnya, melihat budak2 tu nangis, hati aku pun nangis jugak. sebabnya, sejak duduk n kerja di selangor ni, dalam setiap tahun tu, bolehlah aku kira dengan jari berapa kali aku sempat balik ke kampung jenguk mak aku.

utk suma2 ibu,
terima kasihlah sebab sudi jadi ibu
sebab bila dah jadi ibu
pengorbanan menjadi beribu-ribu.

selamat hari ibu!



ini lipas ibu atau lipas bapa? aku tataulah. tapi aku terpaksa menyahkan lipas ni dari rumah aku sebab mem aku takut sangat dengan makhluk ni.

2 comments:

Unknown said...

weh, dah le ko bunuh ia. ko buat tayangan jenazahnya pulak. psiko la ko ni. tak sangka aku....

alias derais said...

itu baru sikit je tu. aku boleh buat lebih teruk lagi. tapi itu dalam mimpilah. kat realiti, ish taklah.