Thursday, May 15, 2008

selamatlah hari guru

esoklah harinya kalau ikut sejarahlah.
budak2 aku tengah exam. jadi, kami sambut lewat skit iaitu lepas cuti skol nanti. terima kasihlah kepada suma pelawat blog ni yang tahu aku ialah cikgu dan mereka tanpa segan silu atau disuruh2 telahpun mengucapkan selamat hari guru untukku. aku terima dengan hati yang ikhlaslah ucapan2 tu suma.

guru oh guru!

sampai hari ni, aku dah beberapa tahunlah menjadi guru. untuk pengetahuan korang, aku ta' bekerja di sekolah kerajaan. aku bekerja di sekolah swasta. nama sekolahku Sekolah Seri Cahaya. oleh yang demikian, tak adillah sangat untuk aku membandingkan sekolahku dgn sekolah kerajaan. suasananya pasti berbeza. budaya kerja jugalah.

di sekolahku, dalam satu kelas tu adalah dalam 25 orang. itu kira maksimum tau. tapi kalau gomen skol, itu baru separuh kelaslah. kami di sini, kadang 2 mengajar pakei baju sejuk sebab sejuk tau skol aku ni. belajar dlm air cond. yg ni, gomen skol ta' boleh lawan lagilah.

pasal cabaran ni, memang banyaklah. kat private skol, suara ibu bapa amat didengari walaupun suara yang dilontarkan tu langsung tak merdu AKA buruk sesangat. suma komen diambil kira. kalau gomen, tak sangatlah kot. sebab dulu aku pernah dengar, kalau parents tu suka anak dia belajar kat skol tu, dia boleh staylah. kalau tak suka, dia boley blah. jangan nak cakap banyak!

skol kami, lainlah. satu pelajar tu kira satu customerlah. diaorg bayarpun cecah puluhan ribu. jadi, kenalah jaga betul2 pelajar2 ni walaupun ada diantaranya macam hantu.

kat skol aku ni ada dua sectionlah. satu, sekolah menengah dan satu lagi sekolah rendah. diaorg belajar dalam bangunan ynag tak sama. waktu rehat pun tak samalah. beberapa tahun lepas, aku ajar budak sekolah rendah. sekarang sekolah menengah pulak. dah tu, aku jadi antara guru disiplin plak tu. tapi aku tak garanglah. aku baik. aku pun tak ada misai yang panjang. kadang2 aku dapati aku tak ada misai pun. budak2 tu tak takutpun kat aku, tapi diaorang hormatkan aku. aku lagi suka macam tu. aku lebih suka dihormati daripada ditakuti.aku guna pendekatan yang berbezalah dengan student aku.

sekarang ni, sekolah aku dah ada satu lagi bangunan. bangunan tu ialah bangunan untuk international skol. aku mengajar BM juga kat situ. tapi sekarang cikgu lain dah take over tempat aku sebab jadual aku dah padat sangat.

sehingga hari ni, aku rasa mungkin cikgu2 lain tak boleh menyamai rekod akulah. sebab aku pernah mengajar budak2 dari darjah satu sampai tingkatan 5 dan juga di international skol. cubalah siapa2 menyamai rekod itu. tapi, aku tak banggalah sangat. sebab sebenarnya rekod itu menyebabkan aku penat sesangat.

dulu, orang kampung suka sangat pandang rendah kat cikgu sekolah rendah. kononnya, ajar budak lebih besar macam kat sekolah menengah tu lebih berprestij. sorry beb, aku sebenarnya respect betul kat cikgu sekolah rendah. aku rasa cabaran mengajar di sekolah rendah adalah lebih besar daripada sekolah menengah. ini berdasarkan pengalaman akulah. budak darjah atu mungkin tak merokok, tapi cabaran dia lain macam beb.

nasib baik aku dah mengajar sekolah menengah. kalau tak, mungkin pendek umurlah. tambah2 lagi mengajar budak darjah satu yg cute tapi tak faham bahasa.nangis2 berebut pensel, nangis buku hilang, pemadam kawan curi, hei macam2 lagilah. nak gila dibuatnya.

tapi, dalam nak gila tu, cikgu2 buat juga kerjanya. mencabar beb, jadi cikgu ni. tapi, aku taulah kerja korang pun mencabar jugak. cuma mungkin, cabarannya tu berbezalah.

dah banyak dah aku membebel ni. korang mungkin tak baca pun. korang baca tajuk n3 hari guru, jadi korangpun tulis komen ke , atau jerit2 kat shoutbox kata selamat hari guru. aku pulak cakap terima kasih. atau aku pun ulang ayat2 yang samalah. tq for coming here. muga hepi selalu.

kat bawah ni gambar hadiah yang pernah aku dapatlah. ada banyak lagi tapi ini je yg aku nak tunjuk. takut korang jatuh sakit sebab kecemburuan yang melampau. :)

budak2 senior 1 joy kasi aku bantal ni. sekaligus, kasi aku awardlah konon.

3 comments:

Unknown said...

aku bangga ada sobat sorang ceegu yg dedikasi cam ko ni. tahniah la. aku upload gambar cuppies yg aku buat ptg tadi kt flickr, anggap le aku hadiahkan ia untuk ko. selamat hari guru (walaupun aku dh wish kt blog aku, secara umum. kali ni khas utk ko dengan penuh keikhlasan)

Abang Long said...

Selamat Hari Cikgu. Ada apa apa permintaan ?

alias derais said...

to ainin,
tq ainin. tak selalu ko cakap dgn nada yg begini. tak selalu jugak ko wish aku secara khas n ikhlas. ko memang best.


abang long,
tq for wishing me ucapan tu. secara jujurnya, aku harap budak2 yg aku ajar tu berubah jadi baik sesangat. budak2 tu memang dah baik cuma ada satu dua yg berpotensi untuk jadi hantu. hisy, minta dijauhkan. aku takut hantu.